Banjir membakut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 Jan 2026 16:03:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Banjir membakut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hubungi segera PKOB jika terjejas banjir – Arifin https://sabahmedia.com/2026/01/03/hubungi-segera-pkob-jika-terjejas-banjir-arifin/ https://sabahmedia.com/2026/01/03/hubungi-segera-pkob-jika-terjejas-banjir-arifin/#respond Fri, 02 Jan 2026 16:03:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89138
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU :  Penduduk terjejas banjir khususnya di daerah Membakut dinasihatkan untuk sentiasa berhubung dengan jawatankuasa bencana atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan pegawai daerah telah bersedia dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Komuniti Kampung (JKKK), ketua-ketua adat, serta pemimpin-pemimpin setempat.

“Ya, kita sudah bersedia. Jawatankuasa juga yang dipengerusikan oleh pegawai daerah sudah bersedia dengan JKKK, ketua-ketua adat, dan pemimpin-pemimpin setempat seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Haul Ke-31 Tahun Allahyarham Tun Mustapha Harun di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasneh.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, beliau akan turun melawat kawasan terlibat pada Sabtu bagi meninjau keadaan secara langsung.

Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sering terjejas banjir, termasuk Kampung Baitam, Jambatan Baru, Lempijas dan sekitarnya, agar sentiasa bersedia dan berhubung dengan jawatankuasa tempatan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

Selain itu, pusat pemindahan sementara turut disediakan di Membakut termasuk Beaufort bagi menampung penduduk yang terjejas.

“Semua kawasan yang biasanya terlibat dengan banjir perlu bersedia dan berhubung dengan jawatankuasa kita. Kita juga sedia dengan pusat pemindahan sementara di Membakut dan mungkin di sebelah Beaufort,” katanya.

Sementara itu, Isnin yang juga ADUN Klias turut meminta dan menasihati penduduk terjejas agar sentiasa berwaspada.

“Setiap tahun Beaufort akan banjir. Kali ini awal tahun yang pertama.  Tahun lepas, 20 kali banjir. Jadi saya nasihatkan kepada semua rakyat di Beaufort, pertamanya, waspada. Keduanya, kalau dapat arahan pindah, pindahlah.

“Jangan tunggu. Sebab keadaan saya tengok besar sangat. Keadaan tidak menentu. Jadi saya minta kepada rakyat, setiap saat dengar arahan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/03/hubungi-segera-pkob-jika-terjejas-banjir-arifin/feed/ 0 89138
Membakut diisytihar kawasan bencana banjir, dua PPS dibuka https://sabahmedia.com/2025/09/15/membakut-diisytihar-kawasan-bencana-banjir-dua-pps-dibuka/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/membakut-diisytihar-kawasan-bencana-banjir-dua-pps-dibuka/#respond Mon, 15 Sep 2025 01:18:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81272
Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Daerah Membakut menjadi daerah terbaharu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Ibrahim Terki berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 8.22 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, dua pusat pemindahan sementara (PPS) turut diaktifkan antara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan dan Dewan Masyarakat Bongawan.

Pengaktifan PPS itu adalah selepas pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/membakut-diisytihar-kawasan-bencana-banjir-dua-pps-dibuka/feed/ 0 81272
PPS di Tambunan ditutup, mangsa terjejas banjir di Membakut meningkat https://sabahmedia.com/2025/02/09/pps-di-tambunan-ditutup-mangsa-terjejas-banjir-di-membakut-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/pps-di-tambunan-ditutup-mangsa-terjejas-banjir-di-membakut-meningkat/#respond Sun, 09 Feb 2025 10:41:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68319
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Tambunan pada Jumaat lalu berikutan bencana banjir yang berlaku di daerah itu ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tambunan Sobitun Makajil berkata, penutupan itu adalah selepas kejadian bencana banjir di daerah ini telah pulih sepenuhnya.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana banjir telah pulih sepenuhnya di Tambunan.

“Saya selaku Pengerusi JPBD Tambunan mengisytiharkan Dewan Masyarakat Tambunan ditutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PPS Dewan Masyarakat Tambunan sebelum ini menempatkan seramai 13 orang melibatkan empat ketua isi rumah (KIR).

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 989 mangsa terjejas banjir di tiga daerah di negeri ini masih berlindung di lima buah PPS setakat jam 4 petang tadi.

Dari jumlah itu daerah Membakut mencatat peningkatan jumlah mangsa terjejas banjir seramai 176 berbanding 160 orang pada jam 12 tengah hari tadi.

Kesemua mangsa yang terjejas banjir di Membakut ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut.

Manakala di Beaufort, jumlah mangsa terjejas banjir adalah kekal seramai 538 orang melibatkan 177 keluarga dan di Kinabatangan kekal dengan jumlah mangsa seramai 275 orang melibatkan 71 keluarga. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/pps-di-tambunan-ditutup-mangsa-terjejas-banjir-di-membakut-meningkat/feed/ 0 68319
JKKK, Ketua Kampung ambil tindakan segera bantu penduduk terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/02/09/jkkk-ketua-kampung-ambil-tindakan-segera-bantu-penduduk-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/jkkk-ketua-kampung-ambil-tindakan-segera-bantu-penduduk-terjejas-banjir/#respond Sun, 09 Feb 2025 00:36:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68259
Read Time:1 Minute, 15 Second

Membakut : Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung di daerah ini terutama yang terjejas dengan banjir diminta untuk mengambil tindakan segera untuk memindahkan penduduk terlibat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemimpin setempat juga diminta untuk membuat penyelarasan maklumat lokasi banjir dan ketua isi rumah (KIR) yang terlibat kepada Pengerusi Jawatankusa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Saya meminta semua yang terlibat agar bersabar dan saya juga meminta JKKK dan ketua kampung yang terlibat agar terus berpindah dan meminta memberikan maklumat kepada jawatankuasa.

“Kita sentiasa bersedia untuk memindah mereka. Disamping itu ada beberapa buah sekolah yang saya lihat turut terjejas antanya Sekolah Kebangsaan (SK) Sinoko dan SK Bambangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, PPS yang dibuka petang semalam itu menyediakan sebanyak lebih 50 khemas untuk menempatkan penduduk yang terjejas banjir.

“Keadaan pada hari ini (semalam) terkawal dan semua mangsa yang dipindahkan dapat dikendalikan atau diselaras oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh pegawai daerah Membakut.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Kebajikan, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan beberapa agensi lain yang membantu menyelaras proses perpindahan mangsa,” katanya.

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 160 orang mangsa melibatkan 53 keluarga yang terjejas banjir dipindahkan ke PPS Dewan SMK Membakut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/jkkk-ketua-kampung-ambil-tindakan-segera-bantu-penduduk-terjejas-banjir/feed/ 0 68259
Membakut diisytihar kawasan bencana banjir, lima kampung terjejas https://sabahmedia.com/2025/02/08/membakut-diisytihar-kawasan-bencana-banjir-lima-kampung-terjejas/ https://sabahmedia.com/2025/02/08/membakut-diisytihar-kawasan-bencana-banjir-lima-kampung-terjejas/#respond Sat, 08 Feb 2025 12:35:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68245
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lima buah kampung di daerah Membakut dilaporkan terjejas banjir berikutan hujan berterusan yang melanda daerah itu sejak petang semalam.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut Ibrahim Terki dalam satu kenyataan berkata, daerah itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada jam 3 petang tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada JPBD, selaku pengerusi jawatankuasa JPBD turut mengisytiharkan bahawa sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut diaktifkan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif turut berkesempatan melawat beberapa kawasan yang terjejas banjir petang tadi.

Antaranya di Kampung Jambatan Baru dan Kampung Baitam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut turut meminta penduduk terlibat agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan.

“Saya juga meminta penduduk agar sentiasa mematuhi arahan sekiranya perlu berpindah ke PPS sekiranya diarahkan pihak keselamatan,” katanya.

Anggota APM Membakut membantu memindahkan mangsa terjejas banjir – FOTO APM

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 8 malam tadi, seramai 721 mangsa terjejas banjir masih dipindahkan ke PPS di tiga buah daerah di negeri ini.

Antara daerah terjejas adalah di Beaufort; Kinabatangan dan Tambunan.

“Di Beaufort, seramai 430 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon melibatkan 137 keluarga dan di Kinabatangan, seramai 278 mangsa di tempatkan di dua PPS melibatkan 71 keluarga.

“Manakala di Tambunan, seramai 13 mangsa masih ditempatkan di satu PPS melibatkan empat keluarga,” katanya.

Di Membakut, setakat jam 8 malam tadi, proses pemindahan dan pendaftaran mangsa terjejas banjir masih dijalankan – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/08/membakut-diisytihar-kawasan-bencana-banjir-lima-kampung-terjejas/feed/ 0 68245
Banjir Membakut : Jumlah mangsa meningkat kepada 114 orang https://sabahmedia.com/2024/06/24/banjir-membakut-jumlah-mangsa-meningkat-kepada-114-orang/ https://sabahmedia.com/2024/06/24/banjir-membakut-jumlah-mangsa-meningkat-kepada-114-orang/#respond Mon, 24 Jun 2024 13:35:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56488
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa yang terjejas banjir di daerah Membakut meningkat kepada 114 orang setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat seramai 14 orang berbanding 100 orang yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon pagi tadi.

“Setakat jam 8 malam tadi, jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Selagon adalah seramai 114 berbanding 100 orang pada jam 8 pagi tadi.

“Jumlah mangsa dipindahkan ini adalah melibatkan 46 ketua isi rumah (KIR),” menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Pemindahan mangsa akibat banjir yang melanda Membakut adalah selepas daerah itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun berterusan.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Membakut adalah meningkat.- SABAH MEDIA / FOTO APM MEMBAKUT

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/24/banjir-membakut-jumlah-mangsa-meningkat-kepada-114-orang/feed/ 0 56488
Banjir Membakut : Jumlah mangsa meningkat kepada 100 orang https://sabahmedia.com/2024/06/24/banjir-membakut-jumlah-mangsa-meningkat-kepada-100-orang/ https://sabahmedia.com/2024/06/24/banjir-membakut-jumlah-mangsa-meningkat-kepada-100-orang/#respond Mon, 24 Jun 2024 01:25:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56449
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100 mangsa banjir di daerah Membakut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang dipindahkan itu melibatkan 40 buah ketua isi rumah (KIR).

“Setakat jam 8 pagi ini, seramai 100 mangsa telah dipindahkan ke PPS berbanding 99 mangsa pada 4 pagi tadi.

“Jumlah ini adalah melibatkan 40 buah KIR.  Dari jumlah mangsa dipindahkan, seramai 20 orang adalah lelaki dewasa; 36 perempuan dewasa dan masing-masing 22 untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pemindahan mangsa akibat banjir yang melanda Membakut adalah selepas daerah itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun berterusan.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Membakut adalah kekal. – SABAH MEDIA / FOTO APM BEAUFORT

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/24/banjir-membakut-jumlah-mangsa-meningkat-kepada-100-orang/feed/ 0 56449
37 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke PPS https://sabahmedia.com/2024/06/23/37-mangsa-banjir-di-membakut-dipindahkan-ke-pps/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/37-mangsa-banjir-di-membakut-dipindahkan-ke-pps/#respond Sun, 23 Jun 2024 13:06:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56444
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Seramai 37 mangsa banjir di daerah Membakut telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon Beaufort setakat jam 8 malam tadi.

Pegawai Daerah Membakut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Ibrahim Terki berkata, mangsa yang terlibat adalah melibatkan 17 ketua isi rumah (KIR).

“Sebuah PPS telah dibuka di Dewan Selagon Beaufort pada 4 petang tadi yang menempatkan seramai 37 mangsa banjir dari beberapa buah kampung sekitar Membakut.

“Mangsa yang dipindahkan adalah melibatkan sebanyak 17 KIR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, antara kampung yang terjejas adalah di Kampung Kayai; Kampung Mandangin; Kampung Bambangan; Kampung Baitam; Kampung Limpayai; Kampung Lampijas dan Kampung Jambatan Baru.

Trend semasa banjir di daerah berkenaan adalah meningkat.

Petang tadi, daerah Membakut diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun sejak semalam.

Ibrahim berkata, bencana banjir itu menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Dengan ini berdasarkan maklumat lapangan dan laporan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD Membakut adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut yang menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Saya telah mengarahkan agar semua agensi keselamatan berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian semasa keadaan banjir, terutamanya bagi tujuan pemindahan mangsa banjir,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO APM BEAUFORT

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/37-mangsa-banjir-di-membakut-dipindahkan-ke-pps/feed/ 0 56444
Membakut dilanda banjir, 24 KIR ditempatkan di PPS https://sabahmedia.com/2024/05/16/membakut-dilanda-banjir-24-kir-ditempatkan-di-pps/ https://sabahmedia.com/2024/05/16/membakut-dilanda-banjir-24-kir-ditempatkan-di-pps/#respond Wed, 15 May 2024 16:01:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54451
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Daerah Membakut diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir bermula hari ini berikutan hujan yang turun dalam beberapa hari lalu.

Pegawai Daerah Membakut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membaku Ibrahim berkata, bencana banjir itu menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Dengan ini berdasarkan maklumat lapangan dan laporan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD Membakut adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut yang menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Saya telah mengarahkan agar semua agensi keselamatan berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian semasa keadaan banjir, terutamanya bagi tujuan pemindahan mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ibrahim berkata,Bilik Gerakan Bencana (PKOB) Daerah Membakut juga telah dibuka dan semua petugas jabatan diminta bertugas sesuai tugas dan jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, LKOB daerah Membakut telahpun diaktifkan secara rasminya dan digerakkan sepenuhnya.

Sementara itu, JPBD Membakut dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kesenian Islam di sini dibuka bagi menempatkan 24 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir setakat jam 9 malam tadi.

Menurut JPBD, sebanyak dua buah kampung terlibat antaranya Kampung Kayai dan Kampung Brunei.

“Daripada jumlah itu, sebanyak tiga KIR melibatkan tujuh orang mangsa dari Kampung Kayai dan 21 KIR (65 mangsa) adalah dari Kampung Brunei

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut turut berkesempatan melawat mangsa terlibat yang ditempatkan di PPS Dewan Kesenian Islam malam tadi.

“Malam ini saya berkesempatan melawat mangsa yang terjejas banjir yang ditempatkan di PPS selain turut bertanyakan khabar kepada mereka.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang penuh dedikasi. Saya difahamkan beberapa sekolah turut ditutup kerana digenangi air, saya turut berharap agar esok semuanya akan mula reda,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/16/membakut-dilanda-banjir-24-kir-ditempatkan-di-pps/feed/ 0 54451