banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Jan 2026 00:38:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banjir Sabah: 495 mangsa dipindahkan di dua daerah https://sabahmedia.com/2026/01/04/banjir-sabah-495-mangsa-dipindahkan-di-dua-daerah/ https://sabahmedia.com/2026/01/04/banjir-sabah-495-mangsa-dipindahkan-di-dua-daerah/#respond Sun, 04 Jan 2026 00:38:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89174
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Banjir di Sabah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa apabila seramai 495 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di dua daerah di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah yang direkodkan setakat jam 8 pagi tadi itu melibatkan 159 keluarga di Beaufort dan Kota Kinabalu.

Di Beaufort, seramai 315 mangsa terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon melibatkan 113 keluarga.

Manakala di Kota Kinabalu, seramai 180 orang mangsa yang terjejas dilaporkan dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau melibatkan 46 keluarga.

Pada Sabtu, Kota Kinabalu telah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan kenaikan paras air sungai yang bahaya.

Pengisytiharan itu dibuat Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu pada jam 9 malam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/04/banjir-sabah-495-mangsa-dipindahkan-di-dua-daerah/feed/ 0 89174
Beberapa daerah di Sabah berisiko banjir mulai hari ini – PRABN https://sabahmedia.com/2025/11/04/beberapa-daerah-di-sabah-berisiko-banjir-mulai-hari-ini-prabn/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/beberapa-daerah-di-sabah-berisiko-banjir-mulai-hari-ini-prabn/#respond Tue, 04 Nov 2025 02:07:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84893
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Penduduk di beberapa daerah di Sabah diingatkan agar berwaspada susulan ramalan awal kemungkinan berlaku banjir mulai hari ini hingga esok.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam satu kenyataan memaklumkan, ramalan itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin.

Menurut PRABN, antara kawasan yang dijangka terjejas ialah daerah Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort di Bahagian Pedalaman; Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Bahagian Pantai Barat; serta Kudat di Bahagian Kudat.

Beberapa lembangan sungai utama seperti Sungai Padas, Sungai Benoni, Sungai Moyog, Sungai Inanam, Sungai Tuaran, Sungai Tempasuk dan Sungai Sikuati dijangka mencatatkan peningkatan paras air jika hujan berterusan dalam tempoh dua hari ini.

PRABN menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat dan berpindah ke kawasan selamat sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko diminta sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa dan tidak mengambil risiko melalui kawasan dinaiki air,” menurut kenyataan tersebut.

Agensi keselamatan negeri termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublicInfoBanjir bagi memantau situasi semasa di kawasan masing-masing. SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/beberapa-daerah-di-sabah-berisiko-banjir-mulai-hari-ini-prabn/feed/ 0 84893
91 keluarga terjejas banjir Sipitang terima sumbangan Qhazanah Sabah, Yayasan Qhazanah https://sabahmedia.com/2025/09/19/91-keluarga-terjejas-banjir-sipitang-terima-sumbangan-qhazanah-sabah-yayasan-qhazanah/ https://sabahmedia.com/2025/09/19/91-keluarga-terjejas-banjir-sipitang-terima-sumbangan-qhazanah-sabah-yayasan-qhazanah/#respond Fri, 19 Sep 2025 10:33:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81640
Read Time:56 Second

SIPITANG: Seramai 91 keluarga yang terjejas banjir di dua Pusat Pemindahan Sementera (PPS) Sipitang di sini menerima sumbangan makanan menerusi tanggungjawab sosial korporat Qhazanah Sabah Berhad (QSB) dan Yayasan Qhazanah Sabah (YQS).

Penyerahan sumbangan sebanyak 150 bakul makanan itu disampaikan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob hari ini.

Seramai 49 keluarga di PPS SK Padang Berampah dan 42 keluarga di SM Padang Berampah.

Selebihnya akan diagihkan terus kepada penduduk di kampung yang terjejas banjir.

Hadir sama, Abd Karim A.M Zahari, Pegawai Daerah Sipitang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sipitang, Ketua Polis Daerah Sipitang Supt Awang Anak Suanda dan Ketua Bahagian Parti Silolidariti Tanah Airku (STAR) Eric Suab @ Majid Boh.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban penduduk kampung yang terjejas banjir.

Katanya, pemindahan penduduk yang kediaman mereka terjejas banjir atas faktor keselamatan dan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menjaga kebajikan mereka dari segi makanan, tempat tinggal dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Dr Yusof turut menghargai sumbangan pasukan keselamatan dan agensi dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas dijaga.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/19/91-keluarga-terjejas-banjir-sipitang-terima-sumbangan-qhazanah-sabah-yayasan-qhazanah/feed/ 0 81640
2,602 penduduk masih terjejas, 22 PPS dibuka di enam daerah Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/19/2602-penduduk-masih-terjejas-22-pps-dibuka-di-enam-daerah-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/19/2602-penduduk-masih-terjejas-22-pps-dibuka-di-enam-daerah-sabah/#respond Fri, 19 Sep 2025 01:16:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81603
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda Sabah sejak beberapa hari lalu menyaksikan seramai 2,602 penduduk daripada 806 keluarga masih terjejas dan berlindung di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah setakat jam 8 pagi

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah yang terlibat ialah Beaufort, Penampang, Membakut, Papar, Putatan dan Sipitang.

Daripada jumlah itu, Membakut merekodkan angka tertinggi dengan 1,036 penduduk daripada 328 keluarga dipindahkan ke beberapa PPS termasuk SMK Bongawan, SMK St Patrick, Dewan Kesenian Islam serta SMK Membakut.

Di Penampang, seramai 554 penduduk daripada 156 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS antaranya Kompleks Sukan Penampang, Dewan Inobong, Dewan Kg Sarapung dan SK St Paul Kolopis.

Papar pula mencatatkan 304 penduduk terjejas, manakala Beaufort seramai 274 penduduk, Sipitang 436 penduduk dan Putatan 28 penduduk.

JPBN turut memaklumkan bahawa 208 kampung terkesan dengan bencana kali ini.

Walaupun beberapa kawasan menunjukkan paras air mulai surut, masih terdapat kampung yang kekal dinaiki air serta berisiko banjir susulan hujan berterusan.

Sehingga kini, enam daerah yang terlibat masih berstatus aktif dalam pemantauan dengan jumlah PPS yang dibuka dijangka berubah bergantung kepada keadaan cuaca. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/19/2602-penduduk-masih-terjejas-22-pps-dibuka-di-enam-daerah-sabah/feed/ 0 81603
Kota Marudu kembali dilanda banjir, jumlah mangsa terus meningkat https://sabahmedia.com/2025/02/07/kota-marudu-kembali-dilanda-banjir-jumlah-mangsa-terus-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/02/07/kota-marudu-kembali-dilanda-banjir-jumlah-mangsa-terus-meningkat/#respond Thu, 06 Feb 2025 22:25:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68138
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Daerah Kota Marudu kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya sejak semalam.

Berikutan itu, Pegawai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu Meirin Sugara berkata, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diisytiharkan dibuka jam 1.30 pagi tadi.

Katanya, PPS yang dibuka adalah di Dewan Kampung Nolotan.

“Saya selaku Pengerusi JPBD Kota Marudu mengisytiharkan satu PPS dibuka di Dewan Kampung Nolotan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa terjejas banjir terus meningkat kepada 608 orang dari 162 keluarga di tiga daerah di Sabah setakat jam 4 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, antara daerah yang terlibat adalah di Beaufort; Kinabatangan dan Keningau.

Setakat ini sebanyak lima buah PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas di daerah terlibat.

Di Beaufort, PPS yang dibuka adalah di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Selagon; Keningau di Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau dan Dewan Masyarakat Keningau.

Manakala di Kinabatangan, PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau dan SK Bukit Garam. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/07/kota-marudu-kembali-dilanda-banjir-jumlah-mangsa-terus-meningkat/feed/ 0 68138
Lima kampung dikenal pasti kawasan berisiko banjir https://sabahmedia.com/2025/01/15/lima-kampung-dikenal-pasti-kawasan-berisiko-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/01/15/lima-kampung-dikenal-pasti-kawasan-berisiko-banjir/#respond Wed, 15 Jan 2025 07:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66970
Read Time:1 Minute, 43 Second

Beaufort : Lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, kawasan dikenal pasti itu merupakan kawasan yang sering dilanda banjir selain berlaku kejadian air pasang dalam.

“Ini merupakan gelombang banjir yang ketiga berlaku di sini di mana sebelum ini berlaku penghujung Krismas dan awal Januari lalu. Keadaan air juga belum begitu pulih, sebagai persiapan, saya telah minta semua pihak dan penduduk Berwaspada dan berhati-hati.

“Jika kita lihat keadaan cuaca pada masa ini selain kejadian air pasang surut juga di laut pada ketika ini memang tinggi dan ia akan memberi yang agak perlahan untuk turun ke laut air-air banjir ini.

“Antara kawasan yang kita kenal pasti berisiko dan penduduk perlu berwaspada adalah di Kampung Bintuka, Kampung Mintulud, Kampung Weston, Kampung Lubuk dan Kampung Berumbai. Ini antara kawasan yang mana penduduk perlu berwaspada dan berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Koundo Suasa di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata kawasan itu mula dilanda banjir sejak tiga hari yang lalu dan keadaan cuaca kini tidak mengizinkan dan paras air sungai akan meningkat pada bila bila masa.

Beliau berkata pihaknya menerusi pejabat ADUN Lumadan, UPPM Lumadan dan JKKK serta sukarelawan telah bersiap sedia mengenal pasti mangsa banjir yang sering di landa banjir untuk berpindah ke transit sementara.

“Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan juga masyarakat agar peka dengan keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan makluman daripada METMalaysia.

“Pantau dan awasi anak anak daripada bermain di kawasan banjir, alihkan kenderaan lebih awal ke kawasan yang lebih tinggi atau yang kawasan yang tidak terlibat banjir, sekiranya ada warga emas, OKU atau mereka yang sakit di bawah jagaan.

“Saya menyeru agar mereka dapat ditempatkan di kawasan (seperti rumah saudara) yang tidak terjejas banjir. Sekiranya terdapat arahan untuk berpindah segeralah berpindah dengan membawa dokumen penting serta ubat ubatan di bawah bersama ketika berpindah ke mana mana PPS nanti,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/15/lima-kampung-dikenal-pasti-kawasan-berisiko-banjir/feed/ 0 66970
Bomba bantu pindahkan 58 mangsa terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/01/12/bomba-bantu-pindahkan-58-mangsa-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/bomba-bantu-pindahkan-58-mangsa-terjejas-banjir/#respond Sun, 12 Jan 2025 14:35:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66853
Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Seramai 58 mangsa dari 14 buah keluarga yang terjejas banjir di Kampung Beliajung Kota Marudu terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 6.15 malam.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bertindak memindahkan mangsa menggunakan bot (NADMA) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Teritipan.

 “Seramai 58 orang mangsa terdiri dari 14 keluarga dilaporkan  terperangkap dalam rumah disebabkan banjir,” menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Dari jumlah mangsa terlibat, seramai 17 orang adalah lelaki; 25 wanita; lima kanak-kanak lelaki; sembilan kanak-kanak perempuan dan masing-masint satu warga emas lelaki dan perempuan.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan. Semua mangsa terlibat dihantar semula sebaik air surut kira-kira jam 9.30 malam tadi,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/bomba-bantu-pindahkan-58-mangsa-terjejas-banjir/feed/ 0 66853
Banjir Beluran: Sembilan sekeluarga dipindahkan ke PPS https://sabahmedia.com/2024/01/14/banjir-beluran-sembilan-sekeluarga-dipindahkan-ke-pps/ https://sabahmedia.com/2024/01/14/banjir-beluran-sembilan-sekeluarga-dipindahkan-ke-pps/#respond Sun, 14 Jan 2024 09:36:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47958
Read Time:1 Minute, 41 Second

BELURAN: Seramai sembilan sekeluarga mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Cocos berikutan banjir yang melanda di Kampung Rancangan Cocos Pamol, dekat sini tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengahari tadi (14 Jan) mengenai kejadian banjir di Kg Rancangan Cocos Pamol menyebabkan sembilan mangsa terperangkap di sebuah rumah yang telah dinaiki air.

Pasukan bomba Beluran memindahkan sembilan mangsa banjir yang terperangkap di rumah ke PPS Cocos tengahari tadi. – Foto ihsan JBPM Beluran.

“Sepasukan Bomba Beluran bertindak memindahkan sembilan mangsa terlibat ke PPS Cocos dengan menggunakan bot penyelamat.

“Kesemua mangsa adalah ahli keluarga terdiri daripada tiga lelaki warga emas, seorang perempuan warga emas, tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Edoen, hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan banjir di kawasan Kg Rancangan Cocos Pamol dengan kedalaman air 1.5 meter pada paras bahaya.

“Pihak Bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan banjir secara berterusan di kawasan-kawasan yang berisiko dinaiki air kerana hujan tidak berhenti dan paras air semakin meningkat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir agar lebih berwaspada dengan paras air atau hujan di kawasan kediaman atau tempat kerja.

“Berpindah lebih awal ke kawasan selamat dan tidak terjejas banjir dan hubungi pihak bomba atau talian kecemasan (999) sekiranya memerlukan bantuan atau apabila kawasan dinaiki air, kawasan ditengelami air atau jalan terputus,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Pengerusi JPBD Kecil Paitan mengisytiharkan bencana banjir pada jam 8 pagi tadi dan pembukaan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah Pengerusi JPKK Kampung Cocos.

Menurut kenyataan sekretariat berkenaan, laporan yang dikeluarkan setakat jam 4 petang tadi (14 Jan), seramai 42 mangsa banjir melibatkan 20 keluarga dari kawasan daerah Paitan masing-masing menempatkan seorang mangsa di PPS SMK Pamol dan 19 mangsa di Rumah Pengerusi JPKK Kampung Cocos.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/14/banjir-beluran-sembilan-sekeluarga-dipindahkan-ke-pps/feed/ 0 47958