banjir pps – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Jan 2026 13:28:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir pps – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPS baharu dirancang dibina di Padas Damit Beaufort https://sabahmedia.com/2026/01/07/pps-baharu-dirancang-dibina-di-padas-damit-beaufort/ https://sabahmedia.com/2026/01/07/pps-baharu-dirancang-dibina-di-padas-damit-beaufort/#respond Wed, 07 Jan 2026 13:24:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89369
Read Time:1 Minute, 2 Second

BEAUFORT: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu di Kampung Padas Damit, di sini dirancang untuk dibina bagi persiapan menghadapi banjir yang sering melanda daerah itu.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, cadangan pembinaan PPS baharu itu telah diluluskan Ketua Menteri kira-kira dua tahun lalu.

Katanya, tapak pembinaan PPS itu telah dikenal pasti dan dijangka menjadi kemudahan kekal yang lebih selesa, strategik, dan mampu menampung sekitar 1,000 orang atau 300 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Dewan Seri Dayang Padas Damit yang digunakan sebagai PPS pada banjir tahun ini merupakan kali pertama dibuka.

“Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk PPS kekal yang lebih teratur dan berhampiran kawasan terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan menyerahkan bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir di sini pada Rabu.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pejabat daerah kini sedang mengenal pasti lokasi sesuai serta menyusun pelan pembinaan bangunan PPS.

Katanya, ini termasuk penyediaan kemudahan lengkap bagi mangsa banjir dan petugas pengurusan bencana.

Menurutnya, pembinaan PPS baharu itu amat penting terutama bagi Zon Bangkalalak dan kampung-kampung sekitar, di mana proses pemindahan penduduk boleh dilaksanakan dengan lebih cepat dan selamat apabila banjir berlaku. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/07/pps-baharu-dirancang-dibina-di-padas-damit-beaufort/feed/ 0 89369
Kerjasama agensi Kerajaan tingkat keberkesanan PPS – James Ratib https://sabahmedia.com/2025/09/16/kerjasama-agensi-kerajaan-tingkat-keberkesanan-pps-james-ratib/ https://sabahmedia.com/2025/09/16/kerjasama-agensi-kerajaan-tingkat-keberkesanan-pps-james-ratib/#respond Tue, 16 Sep 2025 06:05:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81383
Read Time:1 Minute, 52 Second

PENAMPANG: Kecekapan dan komitmen agensi-agensi Kerajaan dalam menguruskan mangsa banjir di Sabah terus mendapat pujian dan penghargaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, beliau menyatakan rasa puas hati dengan tindakan pantas dan berkesan semua pihak yang terlibat.

Katanya, ia termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah; pihak berkuasa tempatan (PBT), dan agensi keselamatan.

“Setakat ini kita ckup puas hati, Tun (Musa Aman) pun puas hati di atas kecekapan pegawai-pegawai sama ada dari JKM; JPN; PBT dan pihak keselamat, memang kita sangat puas hati, mereka bertindak pantas.

“Cuma apakan daya ini kuasa tuhan, malapetaka yang melanda ini orang kata kita susah mahu tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan meninjau Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang di sini pada Selasa.

Terdahulu, James turut mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman ke PPS Meruntum Putatan dan PPS Tuavon.

Menurut James, setiap keluarga di PPS menerima kelengkapan asas seperti makanan, selimut, bantal dan barangan keperluan harian.

Beliau juga mengakui terdapat peningkatan ketara dalam aspek pengurusan berbanding sebelum ini.

“Kalau dulu, ada mangsa terpaksa tidur tanpa bantal atau selimut. Hari ini, kita ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan kerana telah membekalkan semua keperluan asas kepada penghuni PPS yang terkesan,” katanya.

Dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan operasi, beliau mencadangkan agar lebih ramai kakitangan sukarela atau pegawai sementara ditugaskan di setiap PPS bagi menampung kekurangan sedia ada.

Mengulas mengenai sumbangan kepada mangsa, James berkata, kementeriannya menerima banyak bantuan daripada NGO dan menyalurkannya secara terus kepada penghuni PPS.

“Ada sumbangan yang datang dengan nama, ada yang tanpa nama. Tapi kita terima semuanya dan salurkan kepada mangsa. Ini semua hasil kerjasama erat antara NGO dan kementerian,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua makanan sumbangan seperti roti akan diperiksa terlebih dahulu oleh Jabatan Kesihatan sebelum diedarkan kepada mangsa, bagi menjamin keselamatan dan kebersihan.

Dalam pada itu, James berkata, setakat ini, sebanyak 1,500 kit pengurusan bencana telah diagihkan di seluruh PPS sejak dua tahun lalu yang merangkumi pelbagai keperluan penting untuk mangsa yang ditempatkan sementara akibat bencana alam.

“Apa yang penting, semua agensi bekerja sebagai satu pasukan. Walaupun bencana ini di luar jangkaan, kita berusaha sebaik mungkin untuk bantu mangsa,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/16/kerjasama-agensi-kerajaan-tingkat-keberkesanan-pps-james-ratib/feed/ 0 81383
Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutup sepenuhnya https://sabahmedia.com/2025/02/17/banjir-sabah-pulih-semua-pps-ditutup-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2025/02/17/banjir-sabah-pulih-semua-pps-ditutup-sepenuhnya/#respond Mon, 17 Feb 2025 00:58:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68870
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh daerah yang terjejas banjir di negeri ini telah ditutup sepenuhnya berikutan bencana banjir yang telah pulih sepenuhnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah memaklumkan penutupan semua PPS di Sabah.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau di Kinabatangan menjadi PPS yang terakhir ditutup pada jam 11.05 pagi semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas, jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa semasa bencana banjir berlaku.

“Saya juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak, termasuk orang awam, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu mangsa- mangsa banjir semasa bencana itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hajiji berkata, walaupun daerah-daerah yang terlibat dengan banjir sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa bencana itu telah pulih dan tamat, namun penduduk kampung terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu sentiasa berwaspada dan bersiap sedia berikutan keadaan cuaca yang sukar diramal.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan daerah juga perlu sentiasa bersiap siaga serta membuat persiapan menghadapi kemungkinan kecemasan.

Pada 31 Januari lalu, kerajaan  negeri mengalu-alukan pengumuman peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Daripada peruntukan itu, masing-masing menerima sebanyak RM10 juta untuk pembaikan infrastruktur awam di negeri Sabah dan Sarawak.

Manakala sebanyak RM5 juta lagi iaitu masing-masing sebanyak RM2.5 juta untuk sumbangan kepada keluarga mangsa banjir bagi Sabah dan Sarawak mengikut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (setiap keluarga akan terima RM1,000).

Hajiji berkata, bantuan segera itu amat diperlukan bagi membantu membaiki kemudahan infrastruktur yang rosak dan terjejas akibat bencana banjir di beberapa daerah di negeri ini.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dengan bantuan segera itu,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/17/banjir-sabah-pulih-semua-pps-ditutup-sepenuhnya/feed/ 0 68870