banjir sabah sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Dec 2023 01:53:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir sabah sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banjir : Jumlah penduduk dipindahkan meningkat https://sabahmedia.com/2023/12/27/banjir-jumlah-penduduk-dipindahkan-meningkat/ https://sabahmedia.com/2023/12/27/banjir-jumlah-penduduk-dipindahkan-meningkat/#respond Wed, 27 Dec 2023 01:53:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47187
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di Sandakan dan daerah kecil Paitan terus meningkat apabila jumlah penduduk terjejas bertambah kepada 180 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Paitan menjadikan jumlah PPS yang dibuka setakat ini adalah sebanyak tiga buah.

Antara PPS yang dibuka adalah dua di Paitan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol yang menempatkan enam penduduk terjejas melibatkan tiga ketua isi keluarga (KIR) dan di Rumah JPKK Cocos yang menempatkan 21 penduduk melibatkan enam KIR.

Sebuah lagi PPS iaitu di Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang Sandakan yang dibuka sejak semalam menempatkan seramai 153 penduduk melibatkan 37 KIR.

Berdasarkan situasi semasa di kedua-dua lokasi, katanya jumlah mangsa banjir di kedua-dua kawasan dijangka terus meningkat.

Petang semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat yang tertumpu di bahagian Sandakan, Kudat dan tengah negeri Sabah yang berkuat kuasa hingga jam 9 malam semalam. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/27/banjir-jumlah-penduduk-dipindahkan-meningkat/feed/ 0 47187