banjir sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Feb 2026 00:04:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Banjir Sabah semakin buruk, 5,532 mangsa dipindahkan https://sabahmedia.com/2026/02/27/banjir-sabah-semakin-buruk-5532-mangsa-dipindahkan/ https://sabahmedia.com/2026/02/27/banjir-sabah-semakin-buruk-5532-mangsa-dipindahkan/#respond Fri, 27 Feb 2026 00:03:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92342
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat kepada 5,532 orang setakat jam 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu melibatkan 1,943 keluarga yant terjejas di lima daerah iaitu Beaufort, Tenom, Membakut, Sipitang dan Sook.

Sebanyak 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih diaktifkan bagi menempatkan mangsa yang dipindahkan, manakala tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Tenom mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 3,149 orang daripada 1,063 keluarga, diikuti Beaufort (1,456 orang, 510 keluarga), Membakut (427 orang, 169 keluarga), Sipitang (421 orang, 176 keluarga) dan Sook (79 orang, 25 keluarga).

Antara PPS yang masih aktif termasuk Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Dewan DSP Banir, Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya serta beberapa sekolah dan dewan masyarakat di Tenom yang menempatkan ratusan mangsa.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama di kawasan rendah dan berisiko banjir.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/27/banjir-sabah-semakin-buruk-5532-mangsa-dipindahkan/feed/ 0 92342
2,288 mangsa banjir di enam daerah, Beaufort catat peningkatan https://sabahmedia.com/2026/02/26/2288-mangsa-banjir-di-enam-daerah-beaufort-catat-peningkatan/ https://sabahmedia.com/2026/02/26/2288-mangsa-banjir-di-enam-daerah-beaufort-catat-peningkatan/#respond Thu, 26 Feb 2026 01:07:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92285
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa terjejas banjir di enam daerah di Sabah meningkat kepada 2,288 orang melibatkan 935 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 140 kampung terlibat dengan 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) diaktifkan.

Daerah Beaufort mencatatkan peningkatan jumlah mangsa apabila 945 orang melibatkan 291 keluarga ditempatkan di beberapa PPS, manakala 58 kampung dilaporkan terjejas.

Di Pitas, seramai 528 orang melibatkan 318 keluarga masih berada di PPS melibatkan 46 kampung, dengan keadaan dilaporkan kekal.

Sipitang pula merekodkan 421 mangsa daripada 176 keluarga melibatkan 21 kampung, manakala Membakut mencatatkan penurunan kepada 315 mangsa daripada 125 keluarga.

Di Sook, seramai 79 mangsa daripada 25 keluarga masih ditempatkan di PPS, manakala Tenom masih dalam proses pendaftaran.

Antara PPS yang beroperasi termasuk Dewan Terbuka Kanibongan dan Dewan Sinukab Kanibongan di Pitas; Pusat Pemindahan Kekal Selagon serta PPS Dewan DUN Banir di Beaufort; Dewan Kesenian Islam dan SMK St Patrick di Membakut; Dewan Mini Mesapol, Dewan SK Padang Berampah serta Dewan SMK Padang Berampah di Sipitang; dan Dewan SLDB Dalit Gana di Sook.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/26/2288-mangsa-banjir-di-enam-daerah-beaufort-catat-peningkatan/feed/ 0 92285
Banjir Sabah : 4,348 mangsa masih berlindung di 32 PPS https://sabahmedia.com/2026/02/23/banjir-sabah-4348-mangsa-masih-berlindung-di-32-pps/ https://sabahmedia.com/2026/02/23/banjir-sabah-4348-mangsa-masih-berlindung-di-32-pps/#respond Mon, 23 Feb 2026 00:59:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92071
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Seramai 4,348 orang mangsa melibatkan 1,774 keluarga yang terjejas banjir ditiga daerah di Sabah berlindung di 32 buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang diaktifkan setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, tiga daerah yang masih terjejas adalah di Pitas; Paitan dan Tawau.

Pitas merupakan daerah tertinggi yang merekodkan jumlah mangsa seramai 2,618 orang melibatkan 1,276 keluarga.

Di Paitan, seramai 1,485 orang mangsa yang terjejas melibatkan 443 keluarga masih berlindung di PPS yang diaktifkan.

Manakala di Tawau, seramai 245 orang melibatkan 55 keluarga dilaporkan masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/23/banjir-sabah-4348-mangsa-masih-berlindung-di-32-pps/feed/ 0 92071
Banjir Sabah : Mangsa meningkat kepada 4,652 orang https://sabahmedia.com/2026/02/21/banjir-sabah-mangsa-meningkat-kepada-4652-orang/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/banjir-sabah-mangsa-meningkat-kepada-4652-orang/#respond Sat, 21 Feb 2026 09:05:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91993
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir di Sabah terus mencatatkan peningkatan kepada 4,652 orang melibatkan 1,799 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, daerah Pitas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,013 orang melibatkan 787 keluarga.

Semua mangsa yang terjejas di Pitas kini ditempatkan di 10 buah PPS yang diaktifkan di daerah itu.

Manakala di Kota Marudu, seramai 1,923 orang mangsa melibatkan 778 keluarga masih kekal berlindung di empat buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang diaktifkan.

Selain itu, daerah Paitan turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa seramai 716 orang melibatkan 234 keluarga yang kini berlindung di 11 buah PPS yang diaktifkan.

Di Kota Marudu, antara PPS yang dibuka ialah SMK Tandek 2, SMK Tandek, SK Taritipan dan SMK Bandau yang menempatkan ratusan mangsa.

Di Pitas pula, PPS melibatkan SK Rukom Ulu, Dewan Majlis Daerah, Dewan Kusilad, Dewan Kabatasan, SK Salimpodon Darat, SK Pekan II, SK Dandun, Dewan Kg Senaja, Dewan Terbuka Kanibongan dan SMK Pitas dengan sebahagiannya mencatat peningkatan jumlah mangsa.

Sementara itu di Paitan, PPS yang dibuka termasuk SMK Simpangan, Dewan Binsulung, Masjid Kandangan, PPS Komuniti Batangon Darat, Dewan Serbaguna Kg Tangkarason, PPS SK Lubang Buaya, Dewan Kg Sungai-Sungai, Rumah Pengerusi JKKK Kg Cocos, SMK Pamol serta Balai Raya Kampung Pinampadan selain Kg Rancangan Cocos.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/banjir-sabah-mangsa-meningkat-kepada-4652-orang/feed/ 0 91993
Semua agensi kerajaan digerak, bantuan banjir di Sabah disegerakan – TPM https://sabahmedia.com/2026/02/21/semua-agensi-kerajaan-digerak-bantuan-banjir-di-sabah-disegerakan-tpm/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/semua-agensi-kerajaan-digerak-bantuan-banjir-di-sabah-disegerakan-tpm/#respond Sat, 21 Feb 2026 04:18:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91967
Read Time:1 Minute, 3 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR :  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat agar terus mendoakan kesejahteraan penduduk di Sabah yang kini berdepan ujian banjir ketika umat Islam menyambut Ramadan.

Beliau berkata sehubungan itu, semua agensi kerajaan Persekutuan dan negeri telah digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan.

“Keutamaan kita adalah keselamatan rakyat, kebajikan mangsa serta pemulihan kawasan terjejas secepat mungkin… saya mengingatkan semua yang berada di kawasan terlibat agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Sabah juga terus meningkat kepada 3,685 orang daripada 1,593 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 406 orang daripada 124 keluarga pada petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 18 pusat pemindahan sementara kini beroperasi di tiga daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas dan Paitan.

Sebanyak 47 kampung turut terjejas iaitu 30 di Pitas, 12 di Kota Marudu serta lima di Paitan selepas banjir melanda ketiga-tiga daerah sejak 6 pagi semalam susulan hujan berterusan beberapa hari lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi manakala ribut petir berpotensi berlaku pada waktu petang dan malam. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/semua-agensi-kerajaan-digerak-bantuan-banjir-di-sabah-disegerakan-tpm/feed/ 0 91967
Banjir Sabah semakin buruk, Kota Marudu catat mangsa banjir tertinggi https://sabahmedia.com/2026/02/21/banjir-sabah-semakin-buruk-kota-marudu-catat-mangsa-banjir-tertinggi/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/banjir-sabah-semakin-buruk-kota-marudu-catat-mangsa-banjir-tertinggi/#respond Sat, 21 Feb 2026 01:08:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91955
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila seramai 3,685 penduduk daripada 1,593 keluarga di tiga buah daerah di negeri ini dilaporkan terjejas setakat jam 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 18 buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) diaktifkan  di Kota Marudu; Pitas dan Paitan membabitkan keseluruhan 47 kampung.

Kota Marudu mencatat jumlah tertinggi dengan 1,978 mangsa daripada 925 keluarga melibatkan 12 kampung, dan trend mangsa dilaporkan meningkat.

Pitas merekodkan seramai 1,515 mangsa daripada 593 keluarga melibatkan 30 kampung dengan keadaan kekal, manakala Paitan mencatat 192 mangsa daripada 75 keluarga  membabitkan lima kampung dan menunjukkan peningkatan.

Sebanyak 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di ketiga-tiga daerah berkenaan. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Di Kota Marudu, empat PPS dibuka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2, SMK Tandek, SK Taritipan dan SMK Bandau, dengan sebahagian pusat menunjukkan pertambahan mangsa.

Sementara itu, di Pitas, lapan PPS beroperasi termasuk SK Rukom Ulu, Dewan Majlis Daerah, Dewan Kusilad, Dewan Kabatasan, SK Salimpodon Darat, SK Pekan II; SK Dandun dan Dewan Kg Senaja dengan jumlah mangsa dilaporkan kekal.

Manakala di Paitan, enam PPS turut diaktifkan iaitu di PPS Dewan Binsulung; Masjid Kaindangan; Dewan Serbanguna Kampung Tangkarason; Dewang Kg Sungai-Sungai; Rumah Pengerusi JKKK Kg Cocos dan SMK Pamol.

Pihak berkuasa negeri terus memantau situasi semasa dan menyalurkan bantuan kepada mangsa yang ditempatkan di PPS, selaras dengan perkembangan cuaca dan keadaan semasa di kawasan terjejas.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/banjir-sabah-semakin-buruk-kota-marudu-catat-mangsa-banjir-tertinggi/feed/ 0 91955
1,070 penduduk dipindahkan ke 10 PPS di Kota Marudu dan Pitas https://sabahmedia.com/2026/02/20/1070-penduduk-dipindahkan-ke-10-pps-di-kota-marudu-dan-pitas/ https://sabahmedia.com/2026/02/20/1070-penduduk-dipindahkan-ke-10-pps-di-kota-marudu-dan-pitas/#respond Fri, 20 Feb 2026 13:01:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91935
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 1,070 penduduk yang terjejas banjir di Sabah melibatkan 376 keluarga dipindahkan ke 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, daerah terjejas banjir adalah di Kota Marudu dan Pitas, membabitkan keseluruhan 38 kampung terjejas.

Daerah Pitas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 780 orang daripada 286 keluarga melibatkan 30 kampung, dengan trend jumlah mangsa dilaporkan meningkat.

Antara PPS yang dibuka di daerah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom Ulu, Dewan Majlis Daerah, Dewan Kusilad, Dewan Kabatasan dan SK Salimpodon Darat yang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa.

Turut dibuka ialah SK Pekan II dan SK Dandun yang masih dalam proses pendaftaran.

Sementara itu, di Kota Marudu, seramai 290 mangsa daripada 90 KIR dipindahkan melibatkan lapan kampung dengan keadaan dilaporkan kekal.

PPS yang dibuka termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2, SMK Tandek dan SK Taritipan.

Pihak berkuasa melalui Pusat Kawalan Bencana Negeri terus memantau situasi semasa dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Penduduk di kawasan rendah dan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/20/1070-penduduk-dipindahkan-ke-10-pps-di-kota-marudu-dan-pitas/feed/ 0 91935
Kerajaan Negeri pantau rapi situasi banjir https://sabahmedia.com/2026/02/20/kerajaan-negeri-pantau-rapi-situasi-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/02/20/kerajaan-negeri-pantau-rapi-situasi-banjir/#respond Fri, 20 Feb 2026 10:28:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91930
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan yang terjejas.

Beliau berkata semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan yang terjejas.

“Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk mengaktifkan jenteranya bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurut JPBN, seramai 406 individu daripada 124 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas.

JPBN juga sedang memantau situasi di Sandakan dan Paitan.

Ketua Menteri menasihati penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan, susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sementara itu, Kerajaan Negeri hari ini menyampaikan sumbangan kepada 16 individu yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada 18 Februari lalu.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sembulan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/20/kerajaan-negeri-pantau-rapi-situasi-banjir/feed/ 0 91930
Patuhi arahan pihak berkuasa, utamakan keselamatan – Hajiji Noor https://sabahmedia.com/2026/02/20/patuhi-arahan-pihak-berkuasa-utamakan-keselamatan-hajiji-noor/ https://sabahmedia.com/2026/02/20/patuhi-arahan-pihak-berkuasa-utamakan-keselamatan-hajiji-noor/#respond Fri, 20 Feb 2026 06:40:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91919
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan rasa simpati yang mendalam kepada semua mangsa yang terjejas banjir di negeri ini.

Beliau berkata, keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri dan semua agensi keselamatan serta jabatan berkaitan telah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran bantuan kepada penduduk di kawasan terjejas. 

Menurutnya lagi. Kerajaan Negeri juga sedang dan akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan bantuan disampaikan dengan cepat dan berkesan.

“Saya merayu kepada semua penduduk di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Kota Marudu, Pitas, Paitan dan Sandakan serta kawasan berhampiran supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga. 

” Jangan sesekali mengambil sebarang risiko. Dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, marilah kita saling mendoakan dan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. 

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan kepada semua yang sedang diuji,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Jumaat.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 336 orang daripada 111 keluarga dilaporkan terjejas banjir di dua daerah di Sabah dan dipindahkan ke lima Pusat Penempatan Sementara (PPS).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/20/patuhi-arahan-pihak-berkuasa-utamakan-keselamatan-hajiji-noor/feed/ 0 91919
Mangsa banjir, tanah runtuh Sabah meningkat kepada 3,134 orang https://sabahmedia.com/2025/09/18/mangsa-banjir-tanah-runtuh-sabah-meningkat-kepada-3134-orang/ https://sabahmedia.com/2025/09/18/mangsa-banjir-tanah-runtuh-sabah-meningkat-kepada-3134-orang/#respond Thu, 18 Sep 2025 01:21:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81511
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di negeri ini terus merekodkan peningkatan kepada 3,134 orang melibatkan 905 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat 25 orang berbanding 3,109 orang yang direkodkan pada jam 8 malam pada Rabu.

Dari jumlah itu, Sipitang mencatat peningkatan jumlah mangsa seramai 285 orang melibatkan 103 keluarga.

Manakala Beaufort, Papar dan Putatan kekal mencatatkan jumlah mangsa seperti semalam masing-masing 289,369 dan 567 orang.

Di Penampang dan Membakut, jumlah mangsa terjejas banjir mencatat penurunan masing-masing kepada 639 dan 985 orang.

Sehingga kini sebanyak 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 905 keluarga terjejas. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/18/mangsa-banjir-tanah-runtuh-sabah-meningkat-kepada-3134-orang/feed/ 0 81511