Banjir sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Feb 2026 06:47:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Banjir sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 5,000 murid terjejas banjir di tiga daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/22/lebih-5000-murid-terjejas-banjir-di-tiga-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/22/lebih-5000-murid-terjejas-banjir-di-tiga-daerah-di-sabah/#respond Sun, 22 Feb 2026 06:47:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92034
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Seramai 5,730 murid melibatkan 533 guru dan 96 anggota kumpulan pelaksana (AKP) dilaporkan terjejas banjir dan terputus hubungan di tiga daerah di Sabah sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, ia membabitkan sejumlah daripada 52 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah Beluran; Pitas dan Sipitang.

Keadaan bilik guru SK Simpangan Paitan, Beluran yang rosak akibat banjir – Foto Ihsan Guru SK Simpangan Paitan, Beluran

Katanya, dari jumlah itu, sebanyak 16 buah sekolah rendah di Beluran melibatkan 2,575 murid dan 252 guru serta 54 AKP terjejas akibat banjir.

“Di Pitas pula, enam sekolah terjejas banjir dengan jumlah 2,029 murid, 187 guru dan 29 AKP. Selain itu, empat sekolah di daerah berkenaan turut dilaporkan terputus hubungan jalan, melibatkan 1,068 murid, 84 guru dan 13 AKP.

“Manakala di Sipitang, sebuah sekolah dilaporkan terjejas banjir membabitkan 58 murid dan 10 guru,” katanya.

Sementara itu, Raisin berkata, pihaknya telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan kelas ganti serta pemantauan rapi terhadap pelaksanaan sesi persekolahan murid yang terjejas banjir.

Pusat sumber SK Simpangan Paitan, Beluran yang rosak akibat banjir – Foto Ihsan Guru SK Simpangan Paitan, Beluran

Beliau berkata, pihaknya akan membuka kelas persekolahan seperti biasa, walaupun sesetengah sekolah masih terlibat dengan proses pembersihan akibat banjir.

“Sekolah yang terlibat masih dalam proses pembersihan, jadi kelas ganti mesti dilaksanakan. Saya telah meminta setiap PPD untuk memastikan bilangan hari murid tidak hadir dicatat dengan tepat.

“Ada dua sebab utama ketidakhadiran: pertama, sekolah itu sendiri ditenggelami banjir dan tidak boleh beroperasi, kedua, laluan ke sekolah berkenaan turut dilanda banjir,” katanya.

Beliau menambah, pihak PPD juga diarahkan untuk memantau pelaksanaan kelas ganti agar ia berjalan dengan sempurna dan murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Dalam masa yang sama, murid yang terkesan banjir akan menerima bantuan keperluan persekolahan melalui Program WeHelp, yang akan diselaraskan oleh PPD di daerah terlibat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/22/lebih-5000-murid-terjejas-banjir-di-tiga-daerah-di-sabah/feed/ 0 92034
Murid terjejas banjir diberi kelonggaran tidak pakai seragam, PdPR – KPM https://sabahmedia.com/2025/09/20/murid-terjejas-banjir-diberi-kelonggaran-tidak-pakai-seragam-pdpr-kpm/ https://sabahmedia.com/2025/09/20/murid-terjejas-banjir-diberi-kelonggaran-tidak-pakai-seragam-pdpr-kpm/#respond Sat, 20 Sep 2025 01:16:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81680
Read Time:1 Minute, 3 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA : Murid yang terjejas akibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah manakala bagi yang terkandas dan tidak dapat hadir ke sekolah, mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), menurut Kementerian Pendidikan (KPM) pada Jumaat.

Kementerian itu dalam kenyataan turut memaklumkan persiapan bagi pembukaan sekolah selepas cuti penggal 2, sesi 2025/2026, termasuk kerja pembersihan serta bantuan penyelenggaraan di sekolah yang terjejas banjir, sedang dilakukan.

“KPM menyediakan bantuan terbaik kepada murid terjejas, termasuk dari segi penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi,” menurut kenyataan itu.

KPM meminta ibu bapa, penjaga murid, guru, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana yang terjejas untuk memaklumkan situasi masing-masing kepada pihak sekolah atau jabatan.

“Pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah diminta untuk mendapatkan maklumat terkini situasi banjir daripada sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri, jabatan pendidikan negeri dan agensi berkaitan.

“KPM memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” menurut kenyataan itu. 

KPM memaklumkan setakat 8 pagi tadi, sebanyak 69 sekolah di Sabah dan Sarawak terkesan banjir merangkumi 33 sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Sabah manakala di Sarawak melibatkan 28 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah.

“Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di premis institusi pendidikan KPM negeri Sabah sedang beroperasi,” menurut kementerian itu.BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/20/murid-terjejas-banjir-diberi-kelonggaran-tidak-pakai-seragam-pdpr-kpm/feed/ 0 81680
Beberapa sekolah di Sabah tidak beroperasi akibat banjir – JPNS https://sabahmedia.com/2025/09/09/beberapa-sekolah-di-sabah-tidak-beroperasi-akibat-banjir-jpns/ https://sabahmedia.com/2025/09/09/beberapa-sekolah-di-sabah-tidak-beroperasi-akibat-banjir-jpns/#respond Tue, 09 Sep 2025 04:23:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80855
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Beberapa buah sekolah di Sabah terpaksa ditutup hari ini susulan banjir yang melanda beberapa buah daerah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin berkata, setakat jam 12.10 tengah hari tadi, sebanyak tujuh buah sekolah dilaporkan terkesan dengan keadaan cuaca dan banjir yang menjejaskan operasi sesi persekolahan.

“Di daerah Beaufort, dua sekolah iaitu Sekolag Kebangsaan (SK) Lago dan SK Mempagar tidak dapat beroperasi, manakala SK Batu 60 serta SK Suasa masih berjalan seperti biasa.

“Bagi daerah Kota Belud, sebuah sekolah terlibat iaitu SK Pituru yang tidak dapat beroperasi selepas laluan utama ke sekolah ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Selasa.

Sementara itu, di daerah Tenom, SK Kallang Kanar turut ditutup kerana banjir, manakala SK Inubai kekal beroperasi.

“JPNS akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

“Keutamaan adalah keselamatan murid, guru dan kakitangan,” katanya.

Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa berhubung dengan pihak sekolah serta mengikuti makluman rasmi JPNS dari semasa ke semasa.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/09/beberapa-sekolah-di-sabah-tidak-beroperasi-akibat-banjir-jpns/feed/ 0 80855
Banjir Nabawan : Lima sekolah tidak dapat beroperasi https://sabahmedia.com/2025/04/11/banjir-nabawan-lima-sekolah-tidak-dapat-beroperasi/ https://sabahmedia.com/2025/04/11/banjir-nabawan-lima-sekolah-tidak-dapat-beroperasi/#respond Fri, 11 Apr 2025 08:00:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71778
Read Time:59 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak lima buah sekolah di daerah Nabawan terjejas akibat banjir dan tidak dapat beroperasi pada sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin, berkata jumlah itu dilaporkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pensiangan sehingga jam 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, sekolah yang tidak dapat beroperasi akibat banjir diberi kebenaran untuk menggantikan hari yang tertinggal pada Sabtu selepas situasi banjir pulih.

“Jika ada sekolah yang masih dilanda banjir atau laluan ke sekolah dinaiki air, maka sekolah disarankan supaya mengadakan kelas pada hari Sabtu mengikut jumlah hari sekolah ditutup akibat banjir.

“Ini bagi memastikan jumlah hari persekolahan memenuhi 190 hari seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Antara sekolah yang terjejas akibat banjir adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan; Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan; SK Kg Enam; SK Kg Bahagia; dan SK Pementerian.

Pagi tadi, Daerah Nabawan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air di paras bahaya ketika ini.

Pengisytiharan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Nabawan Ts Marshal Anthony pada jam 5.30 pagi tadi. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA SOSIAL

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/11/banjir-nabawan-lima-sekolah-tidak-dapat-beroperasi/feed/ 0 71778
Jawatankuasa pemantau perlu ditubuhkan, kenal pasti ‘hotspot’ sekolah terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/03/14/jawatankuasa-pemantau-perlu-ditubuhkan-kenal-pasti-hotspot-sekolah-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/jawatankuasa-pemantau-perlu-ditubuhkan-kenal-pasti-hotspot-sekolah-terjejas-banjir/#respond Fri, 14 Mar 2025 08:39:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70397
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Sebuah jawatankuasa pemantau perlu ditubuhkan bagi membantu memantau sekali gus merancang dan mengurangkan risiko di kawasan sekolah yang sering mengalami bencana banjir terutama di negeri ini.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga perlu melibatkan pemimpin setempat dan pejabat daerah di kawasan masing-masing. 

“Perlunya ada satu jawatankuasa, kalau kita lihat terutama dari segi pemantauan, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada jawatankuasa tersebut terutamanya mungkin melibatkan daerah-daerah.

“Ini juga perlu melibatkan pemimpin setempat di daerah untuk membuat pemantauan supaya dapat dibincangkan dan dapat dirancangkan bagaimana untuk di kawasan-kawasan yang sering terjejas ini kita kena cari jalan.

“Kerana kawasan-kawasan sekolah ini sangat diperlukan untuk pembaikan dengan segera dan dirancang dengan baik supaya tidak berlaku lagi lagi banjir di tempat-tempat tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Pembelian Baju Raya Pelajar Asnaf di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, tidak dinafikan kerajaan negeri di bawah Sabah Maju Jaya dilihat  telah banyak memberikan pelbagai inisiatif bantuan termasuk dalam bidang pendidikan. 

“Tidak ketinggalan juga bila mangsa-mangsa terkesan oleh bencana banjir pada baru-baru ini dan saya berharap kerajaan negeri di bawah inisiatif untuk pendidikan supaya dapat disegerakan membantu sekolah-sekolah, pelajar-pelajar yang terjejas banjr yang berlaku baru-baru ini khususnya di daerah Beaufort,” katanya. 

Sebelum ini, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif memaklumkan bahawa kerajaan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) akan menyalurkan bantuan kepada semua sekolah terjejas banjir baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri melalui TPNS akan menyalurkan bantuan kepada semua sekolah yang terjejas akibat banjir ketika ini sama ada di Membakut, Beaufort, Tenom, Keningau dan di mana-mana daerah terlibat.

“Bantuan diberikan untuk keperluan seperti pembersihan, penggantian kerosakan dan sebagainya berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 bergantung kepada tahap kemusnahan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/jawatankuasa-pemantau-perlu-ditubuhkan-kenal-pasti-hotspot-sekolah-terjejas-banjir/feed/ 0 70397
24 buah sekolah di Beaufort, Membakut terjejas banjir https://sabahmedia.com/2025/03/08/24-buah-sekolah-di-beaufort-membakut-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/03/08/24-buah-sekolah-di-beaufort-membakut-terjejas-banjir/#respond Sat, 08 Mar 2025 10:07:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70019
Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort : Sebanyak 24 buah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort dilaporkan terjejas dengan banjir berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah terlibat adalah membabitkan di daerah Beaufort dan Membakut.

“Hujan di Beaufort yang tidak berhenti menyebabkan bilangan sekolah terkesan banjir bertambah.

“Berdasarkan maklumat sebanyak 24 buah sekolah terlibat banjir di PPD Beaufort.  Antara yang terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar; SK Pekan Membakut; SK Lago dan SK Bangkalalak,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini,

Raisin berkata, turut terjejas SK Klias Baru; SK Lupak; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST John; SMK ST Paul; SK Kg Brunei; SK Suasa; SK Pintas; SK Batu 60; SK Bukau dan SK Garama.

Selain itu katanya, SK Biah Batu 65; SJKC Kung Ming; SK Bambangan; SK Lingkungan; SK ST Patrick Membakut; SJKC Lian Hwa; SK Sinoko; SK Kebulu; SK Bandau dan SK Ladang Lumadan.

Menurutnya, jumlah itu adalah sekolah yang dilaporkan terjejas setakat jam 2 petang tadi namun tiada sebarang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan.

Dalam pada itu, Raisin berkata, semua pihak berharap agar cuaca bertambah baik dan sekolah terkesan banjir boleh beroperasi  agar murid dan guru boleh hadir ke sekolah seterusnya belajar seperti biasa.

“Jika ada sekolah yang masih dilanda banjir atau laluan ke sekolah tersebut dinaiki air, maka sekolah disarankan supaya mengadakan kelas pada hari Sabtu mengikut jumlah hari sekolah ditutup akibat banjir.

“Ini adalah untuk memastikan jumlah persekolahan murid dan guru adalah 190 hari seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 550,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO FB LIN YEE

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/08/24-buah-sekolah-di-beaufort-membakut-terjejas-banjir/feed/ 0 70019
17 buah sekolah terjejas banjir terima bantuan TPNS https://sabahmedia.com/2024/07/05/17-buah-sekolah-terjejas-banjir-terima-bantuan-tpns/ https://sabahmedia.com/2024/07/05/17-buah-sekolah-terjejas-banjir-terima-bantuan-tpns/#respond Fri, 05 Jul 2024 05:50:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57097
Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 17 buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah yang terjejas dengan bencana banjir di beberapa buah kawasan di Sabah baru-baru ini menerima bantuan banjir yang disalurkan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan yang disalurkan kepada sekolah terlibat adalah melibatkan jumlah dana sebanyak RM360,000.

“Hari ini saya bersama Pengarah Yayasan Sabah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) TPNS bermesyuarat untuk mempertimbangkan beberapa permohonan berhubung dengan pendidikan.

“Selain itu, TPNS juga telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang melibatkan sekolah.  Hari ini seramai 17 guru besar dan pengetua hadir mewakili sekolah bagi menerima bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir kepada sekolah-sekolah terjejas oleh TPNS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Daripada jumlah penerima bantuan, 16 daripadanya adalah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang masing-masing menerima bantuan berjumlah RM20,000.

Manakala sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) pula menerima bantuan berjumlah RM40,000.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, menerusi bantuan itu, pihaknya berharap ianya akan dapat membantu meringankan bebanan sekolah dalam memastikan pengajaran dan pembelajatan (PdP) dapat berjalan lancar selepas pasca banjir.

“Bantuan dari TPNS ini juga merupakan seperti mana yang diminta oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu agar kita menyantuni mereka.

“InsyaAllah kita akan terus membantu dan hari ini kita turut meluluskan beberapa permohonan termasuk permohonan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk anak-anak kita yang memerlukan cermin mata.

“Lebih kurang ada 5,000 anak-anak kita yang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memerlukan cermin mata ini. InsyaAllah kita akan bantu berperingkat,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga akan berhubung dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain termasuk Petronas untuk meminta sumbangan berbentuk cermin mata.

Dalam pada itu, Arifin berkata, sehingga kini TPNS telah memperoleh dana sebanyak RM57 juta yang disumbangan pelbagai pihak khususnya GLC di negeri ini.

“Saya ingin merekodkan, kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang yang terdiri daripada GLC dan baru-baru ini TPNS telah menerima RM7.7 juta dan turut disaksikan Ketua Menteri.

“Inilah yang kita manfaatkan, setakat ini kita sudah gunakan kira-kira RM5 juta dan telah dimanfaatkan untuk lebih kurang 5,000 penerima manfaat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/05/17-buah-sekolah-terjejas-banjir-terima-bantuan-tpns/feed/ 0 57097