Banjir sook – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 May 2025 01:10:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Banjir sook – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 392 mangsa terjejas banjir di Sook dipindahkan ke tiga PPS https://sabahmedia.com/2025/05/03/392-mangsa-terjejas-banjir-di-sook-dipindahkan-ke-tiga-pps/ https://sabahmedia.com/2025/05/03/392-mangsa-terjejas-banjir-di-sook-dipindahkan-ke-tiga-pps/#respond Sat, 03 May 2025 01:10:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73078
Read Time:52 Second

Sook : Jumlah mangsa terjejas banjir di daerah ini meningkat kepada 392 penduduk melibatkan 126 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, banjir tersebut turut menyebabkan pembukaan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan berisiko, dengan bilangan kampung terjejas kini meningkat kepada empat buah kampung.

Antara PPS yang dibuka adalah Balai Raya Kampung Molosok Dalit yang dibuka pada 1 Mei menempatkan 23 keluarga  melibatkan 69 orang.

Selain itu PPS lain yang diaktifkan adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Keningau 2 yang dibuka pada 2 Mei dan menempatkan seramai  64 keluarga melibatkan 206 orang.

Turut diaktifkan adalah di Dewan Kampung Ansip Tengah yang dibuka pada hari sama yang menempatkan 39 keluarga melibatkan  117 orang.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan, namun jumlah kampung terjejas dan bilangan mangsa menunjukkan trend meningkat.

Pemantauan dan tindakan bantuan diteruskan secara bersepadu di kawasan-kawasan yang terjejas.

Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai diseru agar terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak keselamatan sekiranya pemindahan diperlukan. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/03/392-mangsa-terjejas-banjir-di-sook-dipindahkan-ke-tiga-pps/feed/ 0 73078