banjir tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Jul 2026 10:41:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bomba selamatkan 12 mangsa banjir di SK Kuala Apas, Tawau https://sabahmedia.com/2026/07/25/bomba-selamatkan-12-mangsa-banjir-di-sk-kuala-apas-tawau/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/bomba-selamatkan-12-mangsa-banjir-di-sk-kuala-apas-tawau/#respond Sat, 25 Jul 2026 10:41:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100569
Read Time:1 Minute, 9 Second

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau berjaya menyelamatkan 12 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas, Batu 15, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.34 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 1.20 petang selepas jarak perjalanan sejauh kira-kira 32 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mengesahkan berlaku bencana banjir yang menyebabkan seramai 12 penduduk terperangkap.

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang terperangkap akibat banjir.

“Semua mangsa kemudiannya dipindahkan ke rumah saudara-mara masing-masing dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan  di sini.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada empat lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Operasi menyelamat membabitkan 10 anggota BBP Tawau dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Vigo serta sebuah bot YAPIEM bagi memudahkan pergerakan di kawasan yang dinaiki air.

Beliau berkata, selepas selesai operasi pemindahan, pasukan bomba meneruskan pemantauan di kawasan yang terjejas bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang selepas semua mangsa berjaya dipindahkan dan tiada lagi situasi kecemasan dikesan di lokasi,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/bomba-selamatkan-12-mangsa-banjir-di-sk-kuala-apas-tawau/feed/ 0 100569
Tawau diisytihar kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2026/07/25/tawau-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/tawau-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/#respond Sat, 25 Jul 2026 01:19:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100516
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Daerah Tawau pagi ini diisytiharkan sebagai kawasan bencan banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pengisytiharan itu dibuat Presiden Majlis Perbandaran Tawau Mohd Shoffian Mohd Said pada jam 8.30 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Tawau,” menurut kenyataan itu di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau memaklumkan, pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir awal pagi ini turut dijalankan susulan hujan lebat berterusan yang melanda daerah itu sejak awal pagi.

Operasi pemantauan yang bermula pada jam 3.55 pagi melibatkan empat anggota digerakkan ke beberapa lokasi hotspot banjir bagi menilai keadaan semasa serta memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Menurut sekretariat itu, tiada jalan dinaiki air atau terputus, selain tiada kampung yang terputus hubungan akibat cuaca buruk.

Setakat ini juga, tiada pusat transit atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana keadaan masih terkawal dan tiada mangsa yang perlu dipindahkan.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mengikuti arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku perubahan cuaca atau peningkatan paras air.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/tawau-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 100516