banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Oct 2026 22:23:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peralihan monsun bawa risiko banjir kilat, kepala air dan pokok tumbang https://sabahmedia.com/2026/10/07/peralihan-monsun-bawa-risiko-banjir-kilat-kepala-air-dan-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2026/10/07/peralihan-monsun-bawa-risiko-banjir-kilat-kepala-air-dan-pokok-tumbang/#respond Tue, 06 Oct 2026 23:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104932
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan kewaspadaan terhadap risiko banjir kilat, kepala air dan pokok tumbang susulan bermulanya fasa peralihan monsun yang dijangka bermula Jumaat ini.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fasa peralihan monsun dijangka berlangsung sehingga penghujung Oktober dan menyaksikan keadaan angin lemah dari pelbagai arah di seluruh negara.

Beliau berkata, keadaan itu berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang boleh menghasilkan hujan lebat, kilat serta angin kencang dalam tempoh singkat.

Katanya, kejadian berkenaan lazimnya berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam.

“Kawasan yang berpotensi terjejas termasuk kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika berlaku hujan lebat dan ribut petir.

Orang ramai juga disaran merancang aktiviti luar dengan mengambil kira keadaan cuaca, selain mengelak berada di kawasan terbuka atau berhampiran sungai ketika hujan lebat dan ribut petir.

Dalam pada itu, bermulanya fasa peralihan monsun turut menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei 2026.

Mohd Hisham berkata, perubahan arah pergerakan angin susulan berakhirnya Monsun Barat Daya dijangka menyebabkan kesan jerebu rentas sempadan dari negara jiran beransur-ansur berkurangan.

Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan sebarang amaran yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Hotline MET Malaysia di talian 1-300-22-1638.

MET Malaysia turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca sepanjang tempoh peralihan monsun bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/07/peralihan-monsun-bawa-risiko-banjir-kilat-kepala-air-dan-pokok-tumbang/feed/ 0 104932
Jawatankuasa khas dicadang selaras usaha tangani banjir di Sepanggar https://sabahmedia.com/2026/10/03/jawatankuasa-khas-dicadang-selaras-usaha-tangani-banjir-di-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2026/10/03/jawatankuasa-khas-dicadang-selaras-usaha-tangani-banjir-di-sepanggar/#respond Sat, 03 Oct 2026 07:51:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104680
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa khas dicadang untuk ditubuhkan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan penyelenggaraan sistem saliran susulan kejadian banjir kilat yang berulang di beberapa kawasan khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud, berkata jawatankuasa berkenaan antara langkah yang boleh dipertimbangkan bagi menyelaras usaha agensi berkaitan menangani kejadian banjir, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’.

Katanya, pemantauan awal mendapati kejadian banjir kilat sering berlaku di beberapa kawasan secara berselang-seli, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Inanam dan Darau.

“Pemantauan awal saya, semua agensi perlu sentiasa mengambil perhatian supaya penyelenggaraan perlu dibuat secara berkala.

mustapha sakmud

“Banyak juga yang melibatkan kawasan pembinaan, pembinaan jalan dan infrastruktur lain,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pekan Menggatal, di sini, pada Sabtu.

Mustapha berkata, kejadian banjir kilat minggu lalu lebih tertumpu di kawasan DUN Karambunai, manakala kejadian kali ini turut melibatkan kawasan DUN Inanam dan Darau yang sememangnya sering berdepan masalah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata penyelenggaraan parit dan sistem saliran di kawasan berisiko perlu diberi perhatian secara berterusan dan tidak hanya dilakukan selepas berlaku banjir.

“Saya akan cadangkan kepada Datuk Bandar supaya ada jawatankuasa khas diwujudkan. Kalau sudah ada, alhamdulillah, tetapi yang ini khusus untuk bagaimana kita bersedia menangani banjir ini.

“Terutamanya bagaimana kita menyelenggara parit-parit di kawasan yang kita sudah kenal pasti sebagai hotspot banjir,” katanya.

Menurutnya, penyelarasan lebih menyeluruh antara agensi diperlukan bagi mengurangkan risiko banjir kilat serta kejadian tanah runtuh, terutama ketika hujan lebat.

Beliau berharap usaha berkenaan dapat membantu meminimumkan kesan banjir kepada penduduk di kawasan terjejas serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi fenomena cuaca yang menyebabkan hujan lebat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/03/jawatankuasa-khas-dicadang-selaras-usaha-tangani-banjir-di-sepanggar/feed/ 0 104680
30 penduduk dipindahkan akibat banjir di Penampang https://sabahmedia.com/2026/10/02/30-penduduk-dipindahkan-akibat-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/10/02/30-penduduk-dipindahkan-akibat-banjir-di-penampang/#respond Thu, 01 Oct 2026 22:35:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104574
Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 30 penduduk daripada tiga kawasan di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang susulan banjir akibat hujan berterusan malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawasan terjejas membabitkan Kampung Penampang Proper, kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui dan Kampung Kibabaig.

Daripada jumlah itu, 10 penduduk dari Kampung Penampang Proper, 14 dari kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui dan empat dari Kampung Kibabaig dipindahkan ke PPS berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, operasi pemindahan bermula kira-kira jam 10 malam (1 Okt) dan berakhir sekitar jam 1.30 pagi tadi selepas semua penduduk yang terjejas berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

Operasi membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dengan menggunakan kenderaan Vigo serta bot NADMA.

Setelah memastikan semua mangsa selamat dan tiada lagi penduduk yang memerlukan bantuan pemindahan, operasi ditamatkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/02/30-penduduk-dipindahkan-akibat-banjir-di-penampang/feed/ 0 104574
Kota Kinabalu diisytihar kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2026/10/01/kota-kinabalu-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/10/01/kota-kinabalu-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/#respond Thu, 01 Oct 2026 15:20:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104561
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir selepas hujan berterusan sejak petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, berkuat kuasa jam 8 malam, pada Khamis.

Menurutnya, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan.

Susulan pengisytiharan itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Manggatal dibuka mulai jam 8 malam tadi bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir.

Sabin yang juga Datuk Bandar Kota Kinabalu berkata pembukaan PPS berkenaan dibuat selaras dengan pandangan dan cadangan Ahli Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Ahli Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu, adalah dengan ini saya selaku Pengerusi JPBD telah membuka PPS seperti berikut bagi menempatkan mangsa yang terlibat,” katanya.

PPS berkenaan dibuka bagi membolehkan mangsa yang terlibat mendapatkan tempat perlindungan yang selamat serta memudahkan agensi berkaitan menyelaras bantuan dan keperluan sepanjang tempoh pengurusan bencana.

JPBD Kota Kinabalu turut menyelaras tindakan bersama agensi-agensi berkaitan berdasarkan keadaan dan maklumat semasa di lapangan.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah dan lokasi yang berisiko dinaiki air dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan keadaan banjir serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/01/kota-kinabalu-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 104561
Hujan intensif singkat bukan luar biasa, sistem saliran bandar perlu dinilai https://sabahmedia.com/2026/09/30/hujan-intensif-singkat-bukan-luar-biasa-sistem-saliran-bandar-perlu-dinilai/ https://sabahmedia.com/2026/09/30/hujan-intensif-singkat-bukan-luar-biasa-sistem-saliran-bandar-perlu-dinilai/#respond Wed, 30 Sep 2026 01:38:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104439
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kejadian hujan pada Isnin lalu tidak boleh dianggap terlalu luar biasa bagi iklim tropika Sabah, meskipun terdapat episod hujan berintensiti tinggi dalam tempoh singkat yang mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan.

Pakar hidrologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Kehormat Dr. Kawi Bidin berkata, corak hujan konvektif seperti itu merupakan fenomena yang lazim berlaku di Sabah, khususnya apabila hujan turun dengan intensiti tinggi dalam tempoh tertentu.

Katanya, secara keseluruhannya jumlah hujan yang direkodkan pada hari berkenaan tidak semestinya terlalu tinggi, namun terdapat episod hujan yang sangat intensif dalam tempoh singkat atau very intense short-duration rainfall.

“Secara keseluruhannya, hujan pada hari tersebut bukanlah terlalu lebat. Namun terdapat episod hujan yang sangat intensif dalam tempoh singkat.

“Apa yang menarik ialah walaupun jumlah hujan tidak terlalu tinggi, banjir kilat masih berlaku di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu. Ini menunjukkan kita tidak boleh melihat faktor hujan semata-mata,” katanya.

Dr. Kawi Bidin

Menurutnya, kejadian tersebut perlu dilihat sebagai petunjuk bahawa keupayaan sistem perparitan dan saliran bandar, perubahan guna tanah, peningkatan kawasan berturap, keadaan saluran air serta keupayaan pelepasan air di kawasan rendah perlu dinilai secara menyeluruh.

Beliau berkata, selain kapasiti sistem perparitan, aspek pengurusan sampah sarap dan bahan puing yang berpotensi menyekat atau mengganggu aliran air dalam sistem saliran sedia ada juga perlu diberikan perhatian.

“Sistem yang mempunyai kapasiti mencukupi sekalipun boleh terjejas sekiranya laluan air tidak dapat berfungsi pada tahap yang sepatutnya.

“Persoalannya bukan sekadar berapa banyak hujan yang turun, tetapi seberapa cepat air hujan menjadi larian permukaan dan sama ada sistem perparitan mampu mengalirkannya pada kadar tersebut,” katanya.

Kawi berkata, peningkatan kawasan berturap akibat pembangunan juga boleh mempengaruhi kadar larian permukaan kerana air hujan kurang berpeluang meresap ke dalam tanah dan sebaliknya mengalir dengan lebih cepat ke sistem perparitan.

Justeru, katanya, kejadian banjir kilat di kawasan yang menerima jumlah hujan yang tidak terlalu luar biasa perlu menjadi asas kepada penilaian lebih terperinci terhadap sistem tadahan dan saliran setempat.

“Jika kejadian hujan yang tidak terlalu luar biasa sudah menyebabkan banjir kilat di lokasi tertentu, maka ada sesuatu pada sistem tadahan, saliran serta pengurusannya di kawasan berkenaan yang perlu kita lihat dengan lebih dekat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, data hujan beresolusi tinggi di peringkat tempatan amat penting untuk dipadankan dengan rekod kejadian banjir bagi mengenal pasti hubungan antara intensiti hujan, larian permukaan dan kapasiti sistem saliran.

Katanya, analisis sedemikian membolehkan punca sebenar kejadian banjir dikenal pasti dengan lebih tepat, selain membantu pihak berkaitan merancang langkah mitigasi yang bersesuaian mengikut keadaan setiap kawasan.

“Data hujan beresolusi tinggi di peringkat tempatan penting untuk dipadankan dengan rekod kejadian banjir supaya punca sebenar dapat dikenal pasti dan langkah mitigasi dapat dirancang dengan lebih tepat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/30/hujan-intensif-singkat-bukan-luar-biasa-sistem-saliran-bandar-perlu-dinilai/feed/ 0 104439
Penduduk terjejas banjir di Tawau meningkat kepada 335 orang https://sabahmedia.com/2026/07/25/penduduk-terjejas-banjir-di-tawau-meningkat-kepada-335-orang/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/penduduk-terjejas-banjir-di-tawau-meningkat-kepada-335-orang/#respond Sat, 25 Jul 2026 09:01:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100553
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Seramai 335 penduduk daripada 96 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda daerah Tawau setakat jam 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat, dengan sebuah kampung terjejas akibat bencana berkenaan.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, Tawau, yang mula beroperasi pada jam 11 pagi tadi.

Daripada keseluruhan mangsa yang dipindahkan, seramai 226 orang terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, iaitu 106 lelaki serta 120 perempuan.

Pihak berkuasa terus memantau perkembangan semasa banjir di daerah berkenaan, manakala operasi pengurusan PPS dan bantuan kepada mangsa diteruskan bagi memastikan kebajikan semua penduduk yang terjejas sentiasa terpelihara.

Jawatankuasa Bencana Alam Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana pada jam 8.30 pagi hari ini selepas beberapa kawasan perumahan di Tanjung Batu Keramat, Taman Ria 1, Taman Hot Spring, Taman Sunshu dan Taman Sri Balung dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/penduduk-terjejas-banjir-di-tawau-meningkat-kepada-335-orang/feed/ 0 100553
Semua agensi negeri diarah percepat operasi bantuan mangsa banjir di Tawau – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/07/25/semua-agensi-negeri-diarah-percepat-operasi-bantuan-mangsa-banjir-di-tawau-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/semua-agensi-negeri-diarah-percepat-operasi-bantuan-mangsa-banjir-di-tawau-hajiji/#respond Sat, 25 Jul 2026 08:33:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100543
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa terjejas akibat banjir di Tawau serta beberapa kawasan sekitarnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri sedang menggerakkan usaha menyeluruh bagi membantu penduduk yang terkesan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius situasi banjir berkenaan dan telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya menggerakkan sepenuhnya aset serta tenaga bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan pemindahan mangsa.

Katanya, arahan itu turut meliputi pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyaluran bantuan kepada penduduk yang terjejas bagi memastikan segala keperluan asas dapat disampaikan dengan segera.

“Saya ingin merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda Tawau serta beberapa kawasan sekitarnya.

“Kerajaan Negeri memandang serius situasi ini. Saya telah mengarahkan semua agensi berkaitan untuk menggerakkan segala aset dan tenaga bagi mempercepatkan operasi menyelamat, pemindahan mangsa, pengurusan PPS serta penyaluran bantuan kepada penduduk yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Hajiji berkata, keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah memastikan keselamatan nyawa rakyat sentiasa terpelihara di samping memastikan semua mangsa menerima bantuan dan keperluan asas tanpa kelewatan.

Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang terjejas serta kawasan berisiko supaya sentiasa berwaspada terhadap perkembangan cuaca dan mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Katanya, penduduk juga diminta segera berpindah ke lokasi yang lebih selamat sekiranya diarahkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya menyeru semua penduduk di kawasan yang terjejas dan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera berpindah sekiranya diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berharap keadaan banjir dapat kembali pulih dalam masa terdekat dan mendoakan agar semua mangsa diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan.

Beliau turut mendoakan agar seluruh anggota pasukan penyelamat sentiasa diberikan kekuatan, kesihatan dan keselamatan dalam melaksanakan tugas membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Jawatankuasa Bencana Alam Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana pada jam 8.30 pagi hari ini selepas beberapa kawasan perumahan di Tanjung Batu Keramat, Taman Ria 1, Taman Hot Spring, Taman Sunshu dan Taman Sri Balung dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Jawatankuasa itu juga sedang mengumpulkan maklumat mengenai jumlah mangsa yang terjejas bagi tujuan pemindahan ke pusat pemindahan sementara (PPS), jika perlu.

Sehingga jam 11 pagi hari ini, sebuah PPS telah dibuka di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau yang menempatkan 96 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan 335 mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/semua-agensi-negeri-diarah-percepat-operasi-bantuan-mangsa-banjir-di-tawau-hajiji/feed/ 0 100543
Beberapa kampung di Beaufort berdepan risiko banjir jika tindakan segera tidak diambil https://sabahmedia.com/2026/05/27/beberapa-kampung-di-beaufort-berdepan-risiko-banjir-jika-tindakan-segera-tidak-diambil/ https://sabahmedia.com/2026/05/27/beberapa-kampung-di-beaufort-berdepan-risiko-banjir-jika-tindakan-segera-tidak-diambil/#respond Wed, 27 May 2026 07:11:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97387
Read Time:1 Minute, 55 Second

BEAUFORT: Beberapa kampung di daerah ini dikhuatiri terus berdepan risiko banjir dan hakisan serius sekiranya langkah segera tidak diambil bagi menangani masalah aliran Sungai Padas.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, keadaan itu dapat dilihat menerusi tinjauan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di beberapa kawasan sungai yang dikenal pasti menjadi punca limpahan air ketika musim banjir.

Menurutnya, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Lago, Kukup Suasa,  Jabang, Bangkalalak dan Berumbai yang kerap berhadapan limpahan air apabila paras Sungai Padas meningkat.

“Ini adalah usaha kita untuk mengurangkan risiko banjir yang kerap kali berlaku di kampung-kampung terutama Kampung Lago, Suasa serta kawasan kukup, Jabang, Bangkalalak dan Berumbai.

“Sekiranya tindakan awal tidak dilakukan, penduduk di kawasan ini akan terus berhadapan risiko banjir dan kerosakan yang lebih serius pada masa akan datang,” katanya selepas menyusuri Sungai Padas bersama pegawai JPS di sini baru-baru ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, hasil tinjauan mendapati beberapa laluan sungai yang dahulunya menjadi saluran utama air banjir ke laut kini semakin cetek dan sempit sehingga menjejaskan kelancaran aliran air.

Katanya, keadaan itu berlaku di Sungai Belampat Membangan yang sebelum ini berfungsi menyalurkan limpahan Sungai Padas terus ke laut namun kini memerlukan kerja pendalaman dan pelebaran sungai.

Selain itu, beliau berkata, Kuala Sungai Malamin juga didapati sudah tertutup sepenuhnya sehingga tidak lagi dapat dilalui air seperti sebelum ini.

“Keadaan ini menyebabkan aliran air banjir menjadi perlahan dan meningkatkan risiko limpahan di kawasan kampung berhampiran,” katanya.

Beliau turut mencadangkan pembinaan lencongan baharu dari Sungai Nabahan Suasa menuju ke Sungai Belampat dan seterusnya ke Mambangan bagi mempercepatkan aliran air banjir ke laut.

Menurutnya, cadangan projek berskala besar itu termasuk usaha meluruskan beberapa tanjung di Sungai Padas dijangka dapat mengurangkan impak hakisan serta kerosakan infrastruktur awam.

Ruslan berkata, pihaknya juga bimbang hakisan aktif di kawasan Tanjung Suasa dan Tanjung Lalangut boleh menyebabkan jalan raya terputus sekiranya tidak ditangani segera.

Katanya, semasa tinjauan dilakukan, pihaknya mendapati terdapat jalan konkrit yang runtuh ke sungai selain tiang elektrik dan paip turut terjejas akibat hakisan.

“Kalau perkara ini dibiarkan, ia bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk tetapi turut menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, semua cadangan berkaitan akan dikemukakan kepada kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk untuk pertimbangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/27/beberapa-kampung-di-beaufort-berdepan-risiko-banjir-jika-tindakan-segera-tidak-diambil/feed/ 0 97387
66 mangsa banjir di Beaufort berlindung di PPK Selagon https://sabahmedia.com/2026/05/19/66-mangsa-banjir-di-beaufort-berlindung-di-ppk-selagon/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/66-mangsa-banjir-di-beaufort-berlindung-di-ppk-selagon/#respond Tue, 19 May 2026 13:41:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96977
Read Time:45 Second

BEAUFORT: Seramai 66 mangsa dari 24 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon selepas banjir melanda tiga kampung di daerah ini setakat jam 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, keadaan banjir di Beaufort dilaporkan semakin meningkat berikutan hujan berterusan di kawasan hulu dan limpahan air Sungai Padas.

PPK Selagon yang dibuka pada jam 3 petang tadi adalah selepas daerah itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir.

Pihak berkuasa terus memantau perkembangan semasa berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu dan paras air yang menunjukkan trend meningkat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sehingga jam 6 petang tadi, sebanyak enam buah sekolah di daerah Beaufort dilaporkan terjejas.

Antara sekolah terlibat Sekolah Kebangsaan (SK) Lago; SK Batu 60; SK Mempagar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul; SK Suasa; dan SK Jabang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/66-mangsa-banjir-di-beaufort-berlindung-di-ppk-selagon/feed/ 0 96977
25 kampung di Beaufort dilanda banjir, PPK Selagon diaktifkan https://sabahmedia.com/2026/05/19/25-kampung-di-beaufort-dilanda-banjir-ppk-selagon-diaktifkan/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/25-kampung-di-beaufort-dilanda-banjir-ppk-selagon-diaktifkan/#respond Tue, 19 May 2026 10:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96971
Read Time:1 Minute, 24 Second

BEAUFORT: Sebanyak 25 buah kampung di daerah ini dilaporkan dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Padas yang semakin meningkat sejak semalam.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, paras air Sungai Padas dijangka terus meningkat berikutan hujan berterusan di kawasan hulu termasuk Tenom, Tambunan dan Keningau.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang masih mendung turut menyumbang kepada peningkatan paras air sungai dan menyebabkan lebih banyak kawasan berisiko ditenggelami banjir.

“Banjir sudah bermula sejak kelmarin dan setakat hari ini kira-kira 25 kampung telah terjejas, antaranya Kampung Balibata, Binunuk, Luagan, Rompong, Labu, Berangin, Lawa, Kebajang Ulu, Lago, Suasa, Keramis, Jabang, Kuku, Berumbai dan Bangkalalak serta kampung-kampung di sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan terjejas banjir sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini pada Selasa.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, Pegawai Daerah Beaufort telah mengisytiharkan pengaktifan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon bagi menerima mangsa banjir yang terjejas.

Katanya, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digerakkan untuk membantu memindahkan penduduk dari beberapa kampung yang terjejas, termasuk Kampung Suasa, Lago, Kansap, Kuku dan Jabang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko agar sentiasa bersedia untuk berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa.

“Pastikan dokumen penting dibawa bersama, rumah dikunci dengan baik dan semua suis elektrik ditutup sebelum meninggalkan kediaman demi keselamatan,” katanya.

Ruslan turut mengingatkan penduduk agar tidak menunggu sehingga lewat malam untuk mendapatkan bantuan pemindahan kerana keadaan itu boleh menyukarkan operasi menyelamat dan meningkatkan risiko kepada pasukan keselamatan.

Beliau berkata, kerjasama penduduk amat penting bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar serta keselamatan semua pihak sentiasa terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/25-kampung-di-beaufort-dilanda-banjir-ppk-selagon-diaktifkan/feed/ 0 96971