bank rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Feb 2025 09:46:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bank rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 1,440 pelajar dari Penampang & Kota Belud terima sumbangan dari Bank Rakyat https://sabahmedia.com/2025/02/01/1440-pelajar-dari-penampang-kota-belud-terima-sumbangan-dari-bank-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/1440-pelajar-dari-penampang-kota-belud-terima-sumbangan-dari-bank-rakyat/#respond Sat, 01 Feb 2025 09:26:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67833
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh FLORIETA DIET

PENAMPANG: Bank Rakyat menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada seramai 1,440 pelajar daripada keluarga B40 di kawasan Penampang dan Kota Belud.

Bank Rakyat adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut menyumbangkan 460 set komputer kepada 55 buah sekolah di kedua-dua kawasan itu.

Sumbangan itu disampaikan melalui Program Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah di SK Piasau Kota Belud dan SMK Limbanak, Penampang, hari ini, yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, menyedari bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah, Bank Rakyat percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk menimba ilmu tanpa kekangan kewangan.

“Sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bara serta memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam akademik mereka,” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan set komputer kepada sekolah, Mohd Irwan berkata, kita sedia maklum bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan masa kini. Oleh itu sumbangan komputer itu bertujuan memastikan pelajar mendapat akses kepada peralatan pembelajaran digital yang lebh baik.

“Inisiatif ini juga sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan digital di Malaysia khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Bank Rakyat terus komited untuk terus menyokong agenda pendidikan negara dengan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/1440-pelajar-dari-penampang-kota-belud-terima-sumbangan-dari-bank-rakyat/feed/ 0 67833
Dua inisiatif keusahawanan Bank Rakyat bantu usahawan asnaf https://sabahmedia.com/2023/08/17/dua-inisiatif-keusahawanan-bank-rakyat-bantu-usahawan-asnaf/ https://sabahmedia.com/2023/08/17/dua-inisiatif-keusahawanan-bank-rakyat-bantu-usahawan-asnaf/#respond Thu, 17 Aug 2023 14:37:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40272
Read Time:1 Minute, 53 Second

Kuala Lumpur :  Program RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur adalah dua inisiatif keusahawanan Bank Rakyat untuk membantu usahawan dan siswa yang berpotensi daripada golongan asnaf meningkatkan kemahiran keusahawanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ini dengan hasrat kementeriannya mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

Beliau berkata, kedua-dua program itu berjaya membantu ramai usahawan asnaf sejak diperkenalkan pada 2020 dan 2021.

“Lebih membanggakan, sehingga kini, seramai 1,833 usahawan dan siswa asnaf berjaya dibantu dan keluar daripada golongan asnaf menerusi kedua-dua inisiatif itu.

“Kesinambungan kedua-dua program pembangunan usahawan oleh Bank Rakyat ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Bank Rakyat sebagai institusi perbankan yang prihatin terhadap kesejahteraan dan kemampanan usahawan khususnya golongan asnaf sejajar dengan nilai Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rakyatpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur 2023, di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Bank Rakyat, rakan kolaborasi program termasuk UiTM Technoventure Sdn. Bhd.  sebagai rakan pelaksana program RAKYATpreneur 2023 serta 20 Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat merealisasikan program Bank Rakyat UNIpreneur 2023.

Program RAKYATpreneur 2023 merupakan siri keempat penganjurannya sejak diperkenalkan pada 2020.

Beliau berkata, hasil pencapaian dan sokongan yang amat memberangsangkan oleh setiap peserta telah mendorong kesinambungan penganjuran program ini bermula Jun hingga November 2023 dengan penyertaan seramai 300 usahawan asnaf dari setiap pelusuk negara.

“Manakala program Bank Rakyat UNIpreneur pula telah memasuki tahun ketiga sejak dengan penyertaan seramai 500 orang siswa asnaf yang dipillih dari seluruh negara.

“Tahniah kepada kesemua 800 usahawan asnaf yang terpilih mengikuti program RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur 2023.

“Saya percaya menerusi intervensi daripada institusi kewangan seperti Bank Rakyat dapat membantu meningkatkan keupayaan usahawan asnaf dan B40 dalam membentuk kedudukan kewangan yang lebih kukuh,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap setiap peserta menggunakan peluang itu untuk menyediakan diri menjadi usahawan berjaya.

“Saya amat berharap agar inisiatif ini dapat mencapai objektifnya dan berupaya membantu lebih ramai usahawan asnaf.

“Inisiatif ini bertepatan dengan agenda utama program hak asasi global, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), dalam membasmi kemiskinan menjelang 2030 menerusi dana dan bimbingan secara inklusif.

“Ini bagi mentransformasi usahawan asnaf menjadi usahawan berjaya dalam bidang perniagaan, seterusnya menjadi pembayar zakat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/17/dua-inisiatif-keusahawanan-bank-rakyat-bantu-usahawan-asnaf/feed/ 0 40272