bantu golongan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 Jun 2023 09:21:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantu golongan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB bantu golongan memerlukan melalui wakalah zakat https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/ https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/#respond Fri, 30 Jun 2023 09:21:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37448
Read Time:54 Second

MEMBAKUT: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) amat prihatin dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan melalui program sumbangan Wakalah Zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar berkata pada tahun ini sebanyak RM938,208 telahpun diperuntukkan bagi melaksanakan 21 program sumbangan Wakalah Zakat di seluruh Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program sumbangan Wakalah Zakat SESB di Dewan Wawasan Kampung Pimping, Membakut pada Jumaat (30 Jun).

Program tersebut disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Agihan Wakalah Zakat SESB ini telah memberi manfaat kepada hampir 800 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, surau, masjid dan pusat tahfiz.

Antara kawasan yang telah menerima sumbangan ini adalah Kota Kinabalu, Putatan, Bongawan, Kimanis, Papar, Membakut, Beaufort, Sipitang, Kota Belud, Tawau dan Lahad Datu.

Program sumbangan Wakalah Zakat ini merupakan pengembalian wang zakat SESB yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri Sabah untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti yang telah digariskan dalam tatacara pengagihan Wakalah Zakat oleh Pusat Zakat seperti asnaf, anak-anak yatim, masjid, rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/feed/ 0 37448