Bantu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Mar 2024 02:07:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bantu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tamu bantu perkasa sosioekonomi penduduk luar bandar – Roslan https://sabahmedia.com/2024/03/11/tamu-bantu-perkasa-sosioekonomi-penduduk-luar-bandar-roslan/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/tamu-bantu-perkasa-sosioekonomi-penduduk-luar-bandar-roslan/#respond Mon, 11 Mar 2024 02:07:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50884
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA BELUD: Pewujudan tamu di kawasan perkampungan sangat penting bagi merancakkan aktiviti sosioekonomi penduduk di samping membuka peluang kepada peniaga di daerah ini untuk meluaskan perniagaan.

Ketua Daerah Kota Belud OKK Roslan Duraman berkata tamu atau pasar minggu, pada hari ini bukan hanya sekadar tempat pertemuan masyarakat untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu secara turun temurun tetapi berperanan untuk memperkasakan sumber ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar.

“Peranan tamu hari ini dilihat lebih dari tempat pertemuan penduduk untuk mendapatkan barangan tetapi kini peranannya lebih penting sebagai tempat strategik bagi penduduk kampung meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

“Malah, komuniti tidak lagi perlu ke pekan untuk keluar membeli bahan mentah kerana tamu menawarkan bekalan makanan dan keperluan harian yang segar pada kadar yang berpatutan kepada pengguna.

“Ia juga berperanan untuk mengetengahkan produk-produk tempatan serta untuk memperkenalkan Kadamaian sebagai destinasi kunjungan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tamu Mukim Lasau, Kadamaian Kota Belud.

Roslan yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Bahagian Kadamaian berkata, tamu luar bandar seperti Mukim Lasau ini sangat penting sebagai satu langkah positif merapatkan jurang ekonomi masyarakat bandar dan kawasan luar bandar.

“Justeru, saya berharap kerajaan dapat membantu terutama kemudahan asas seperti infrastruktur yang baik serta kemudahan lain untuk kemudahan penduduk ketika berkunjung ke Tamu Lasau Podi serta memudahkan penduduk kampung membawa hasil pertanian mereka ke kawasan tamu.

“Apa yang sangat penting ialah memperkasakan infrastruktur kawasan luar bandar supaya tamu ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat kampung tetapi juga mudah dikunjungi pelancong luar yang ramai berkunjung ke Kadamaian yang kaya dengan destinasi pelancongan alam semulajadi yang tumbuh seperti cendawan di sepanjang Sungai Kadamaian Sungai Wariu dan Sungai Panataran” katanya.

Roslan berkata, pewujudan tamu mingguan itu juga secara tidak langsung menghidupkan kawasan luar bandar seperti Mukim Lasau yang terletak jauh dari pekan Kota Belud.

Beliau turut mengalu-alukan cadangan pembinaan jalanraya menghubungkan Kampung Lasau Podi Kota Belud dan Kampung Banbangan Kota Marudu bagi merancakkan pembangunan ekonomi penduduk luar bandar di kedua-dua daerah ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/tamu-bantu-perkasa-sosioekonomi-penduduk-luar-bandar-roslan/feed/ 0 50884
Yayasan Pendidikan Tongod bantu pelajar kurang mampu lanjut pengajian https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/ https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/#respond Sun, 07 Jan 2024 05:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47618
Read Time:1 Minute, 7 Second

TONGOD: Yayasan Pendidikan Tongod akan ditubuhkan bagi membantu golongan pelajar daerah ini yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, langkah penubuhan yayasan berkenaan merupakan solusi baharu bagi menambah bilangan anak muda yang berpendidikan tinggi.

“Kita yakin akan lebih ramai modal insan yang berjaya dapat dilahirkan menerusi bantuan yayasan itu nanti, ” kata beliau di majlis kesyukuran Keluarga Milian di Kampung Alitang dan Seriwati yang dihadiri lebih 300 orang anggota keluarga berkenaan, semalam.

Menurutnya, kewujudan dua kilang terbesar yang akan beroperasi di Tongod tidak lama lagi akan membantu dari segi dana yayasan pendidikan itu nanti.

Kilang tersebut ialah Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dibangunkan dekat Kampung Inarad dan kilang ternakan khinzir di Kampung Entilibon.

Masiung berkata, dengan tertubuhnya yayasan pendidikan itu kelak, ia boleh mengubah nasib golongan miskin dengan memberikan akses pendidikan tertinggi kepada anak mereka menerusi yayasan berkenaan.

Pemegang amanah bagi yayasan itu nanti katanya, akan diuruskan oleh anak tempatan Tongod sendiri yang berkelayakan.

Beliau yang juga Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd, memberi jaminan 1,000 kekosongan jawatan bakal diwujudkan di syarikat berkenaan akan diberi peluang kepada warga Tongod mengikut kelayakan akademik.

Turut hadir memeriahkan majlis kesyukuran itu ialah Padri All Saint Kota Kinabalu, Dean Musa Ambai, Penolong Pegawai Daerah Tongod, Ronley Saringan dan Pegawai Unit Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hashim Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/07/yayasan-pendidikan-tongod-bantu-pelajar-kurang-mampu-lanjut-pengajian/feed/ 0 47618