bantuan bakul makanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Feb 2025 02:50:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantuan bakul makanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mangsa terjejas banjir di Lumadan terima bakul makanan https://sabahmedia.com/2025/02/11/mangsa-terjejas-banjir-di-lumadan-terima-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/mangsa-terjejas-banjir-di-lumadan-terima-bakul-makanan/#respond Tue, 11 Feb 2025 02:50:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68414
Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Sebanyak lebih 3,000 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas banjir di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, meskipun terdapat kekangan terutama bekalan makanan mentah yang tidak mencukupi dari pembekal, namun perkara itu dapat diatasi segera.

“Hari ini (semalam) saya telah meninjau beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dilanda banjir. Kita melihat memang mempunyai kesukaran untuk mereka keluar ke pekan dan sudah tentu kita akan melihat bantuan-bantuan bakul makanan.

“Dalam tiga hari ini, InsyaAllah dalam 3,000 keluarga akan menerima bakul makanan dan seterusnya kita akan menyalurkan bantuan-bantuan bakul makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan banjir Zon Gadong di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, antara kawasan terjejas banjir yang terjejas termasuklah Kg Lubak, Kg Lupak, Kg Tuhu Lupak, Kg Beringin, Kg Palai, Kg Patani Gerama, dan Kg Lawa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan pihak yang terlibat dalam membantu menyelamat mangsa-mangsa terjejas banjir di beberapa kampung di Zon Gadong.

Dalam pada itu, Ruslan sekali lagi turut menasihatkan semua supaya sentiasa berwaspada dan bersedia berpindah lebih awal jika keadaan semakin buruk.

“Pasukan keselamatan sentiasa bersedia, namun jika air naik mendadak, usaha menyelamat akan menjadi lebih sukar,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/mangsa-terjejas-banjir-di-lumadan-terima-bakul-makanan/feed/ 0 68414
21 Kampung Terima Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/11/21/21-kampung-terima-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/21-kampung-terima-bantuan-bakul-makanan/#respond Sun, 21 Nov 2021 10:35:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8689
Read Time:1 Minute, 41 Second

TAMPARULI: Sebanyak 400 bantuan bakul makanan diagihkan kepada 21 buah kampung di daerah ini dan Kiulu sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Program CSR itu dianjurkan Kelab Kebajikan Raisul dan Kelab Komuniti Mitatabang di sini, hari ini.

Daripada jumlah bantuan bakul makanan itu, sebanyak 150 bakul makanan disumbangkan di Tamparuli, manakala selebihnya sebanyak 250 lagi di Kiulu.

Bagi kawasan Tamparuli, Kampung Wangkod, Madang dan Gayaratau telah terpilih sebagai lokasi program berkenaan.

Di Kampung Wangkod, sebanyak 50 bakul makanan disampaikan, Kampung Madang 53 bakul, dan Kampung Gayaratau 47 bakul.

Turut bersama sepanjang program di tiga kampung tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Jahid berkata, semangat sukarela kedua-dua NGO berkenaan amat dihargai, sebagai nilai tambah kepada usaha-usaha yang dibuat kerajaan bagi membantu golongan yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana alam di peringkat daerah.

“Saya difahamkan mereka yang terpilih hari ini adalah daripada golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, orang sakit dan penduduk kurang berkemampuan.

“Syabas dan tahniah kepada anak-anak muda yang telah mengambil inisiatif mulia ini, semoga memberi manfaat kepada semua golongan sasar mereka.

“Bagi pihak kepimpinan negeri, khususnya di kawasan Tamparuli, kami ingin berterima kasih kepada kedua-dua NGO ini kerana sudi berbakti bagi membantu masyarakat kampung yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang juga Pengerusi Kelab Kebajikan Raisul, Assalam Datuk Sulaiman Omar, Pengerusi Komuniti Mitatabang, Dr. Bonaventure Boniface, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Sementara itu, Dr Bonaventure memberitahu, kedua-dua NGO tersebut terdiri dalam kalangan belia dan golongan dewasa, yang bergabung tenaga sebagai sukarelawan bagi membantu golongan memerlukan.

Bagi Assalam pula, pihaknya amat berbesar hati kerana selain dapat membantu penduduk memerlukan, mereka juga berpeluang menimba pengalaman melawat ke pelbagai kawasan-kawasan baharu di Tamparuli dan Kiulu.

Mewakili semua penerima ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Wangkod, Jefanus Jamin, Pengerusi JPKK Kampung Madang, Claudius Maikol, Ketua Kampung Madang, KK Dosni @ Mathius Sabiau dan Pengerusi JPKK Kampung Gayaratau, Johari Kuruak.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/21-kampung-terima-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 8689
SEDCO Sumbang RM8,000 Untuk Agih Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/01/sedco-sumbang-rm8000-untuk-agih-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/sedco-sumbang-rm8000-untuk-agih-bantuan-bakul-makanan/#respond Wed, 01 Sep 2021 06:24:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5643
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyalurkan sumbangan berupa kewangan sebanyak RM8,000 kepada Tabung Makanan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar daerah ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Arsit Sedi berkata, sumbangan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat melalui gabungan NGO Kota Kinabalu bagi mengurus selia agihan bakul makanan tersebut. 

“Rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, dialu-alukan mendaftarkan nama kepada sekretariat NGO berdekatan bagi memudahkan pihak kita memberikan bantuan makanan.

“Ini merupakan tanggungjawab kita dan saya menyeru kepada masyarakat di luar sana yang terkesan pandemik untuk segera mendaftar agar kita tahu kesusahan yang mereka alami dan kita bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO dan Sumbangan Bakul Makanan di Anjung Selera Tanjung Lipat disini semalam.

Turut diadakan, kempen derma darah  bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama dua hari bermula semalam yang menyasarkan 100 pain darah.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir berkata, walaupun dalam kekangan pandemik namun sambutan masyarakat yang hadir menderma darah sangat menggalakkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Hadir sama menjayakan program berkenaan ialah Pengerusi Gabungan NGO Kota Kinabalu, Syed Hussin Habib Omar serta wakil-wakil NGO yang memberi sumbangan./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/sedco-sumbang-rm8000-untuk-agih-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 5643