bantuan banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Feb 2026 15:05:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantuan banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GLC, sektor swasta diseru tampil salur bantuan kepada mangsa banjir https://sabahmedia.com/2026/02/21/glc-sektor-swasta-diseru-tampil-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/glc-sektor-swasta-diseru-tampil-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/#respond Sat, 21 Feb 2026 15:04:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92007
Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU : Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta di negeri ini diseru tampil menyalurkan bantuan segera bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa buah daerah di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, situasi banjir yang disifatkan antara terburuk itu memerlukan sokongan menyeluruh, bukan sahaja daripada agensi kerajaan tetapi juga pemain industri dan korporat.

Menurutnya, semua agensi Kerajaan Negeri telah digerakkan seperti diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin termasuk pemindahan ke pusat penempatan sementara (PPS) serta penyaluran bekalan makanan.

“Namun dalam keadaan jalan raya terputus dan perhubungan terganggu, cabaran untuk memastikan bekalan sampai kepada semua mangsa amat besar. 

“Justeru, sokongan GLC dan syarikat swasta amat diperlukan bagi mempercepat dan meluaskan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pesuruhjaya Polis Sabah dan Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau di sini pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, penglibatan sektor korporat boleh disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan kewangan, bekalan makanan, barangan keperluan asas, bantuan logistik serta tenaga sukarelawan.

Beliau turut mengingatkan pihak pengurusan di peringkat daerah supaya mengambil langkah proaktif memastikan tiada mangsa yang tercicir daripada menerima bantuan.

“Dalam situasi seperti ini, semangat kebersamaan amat penting. Kita mahu pastikan setiap mangsa yang terjejas akibat banjir besar ini mendapat bantuan sewajarnya dan tidak terpinggir,” katanya.

Menurutnya lagi, kerjasama erat antara kerajaan, GLC dan sektor swasta akan memperkukuh usaha pemulihan serta membantu mangsa bangkit semula selepas bencana berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO PEJABAT MENTERI MOF

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/glc-sektor-swasta-diseru-tampil-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/feed/ 0 92007
Kumpulan Logop Charity Agih Sumbangan Kepada 80 Keluarga Mangsa Banjir Penampang & Papar https://sabahmedia.com/2021/09/26/kumpulan-logop-charity-agih-sumbangan-kepada-80-keluarga-mangsa-banjir-penampang-papar/ https://sabahmedia.com/2021/09/26/kumpulan-logop-charity-agih-sumbangan-kepada-80-keluarga-mangsa-banjir-penampang-papar/#respond Sun, 26 Sep 2021 08:21:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6870
Read Time:1 Minute, 20 Second

PAPAR: Sekumpulan individu yang dikenali sebagai ‘Logop Charity’ mengambil inisiatif mengagihkan bantuan berbentuk air mineral dan barangan keperluan kepada 80 buah keluarga mangsa banjir membabitkan daerah Penampang dan Papar, semalam.

Ketua kumpulan Logop Charity, Bibiana Binidict berkata kumpulannya yang terdiri daripada 11 orang individu itu telah mengumpul dan mengagihkan sumbangan terbabit daripada orang ramai dan juga hasil dari kutipan jualan kemeja T yang dikendalikan pihaknya.

“Hasil jualan kemeja T Logop Charity, sumbangan orang ramai dan juga termasuk sumbangan peribadi dari ahli kumpulan kami, kami agihkan semua sumbangan berbentuk air mineral dan keperluan harian ini ke tiga buah kampung.

“Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Sugud Penampang, Kampung Babah Penampang dan Kampung Labak Kinarut Papar.

“Bantuan yang diagihkan terbabit dapat memberi manfaat kepada 30 buah keluarga di Kampung Sugud, 12 keluarga di Kampung Babah dan 40 keluarga di Papar,” katanya.

Selain itu, Bibiana turut berkata selain air mineral, antara jenis bantuan yang diberikana ialah pakaian terpakai, barangan dapur, bahan memasak, barangan dapur terpakai, barangan keperluan harian, barangan bayi termasuk lampin pakai buang dan juga pelitup muka.

“Diharapkan dengan agihan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringkan beban mangsa banjir terutamanya yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Kami cuba melakukan yang terbaik sedaya mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai kumpulan Logop Charity, beliau berkata pada asalnya ia terdiri dari sekumpulan rakan-rakan terdekat yang aktif dengan kegiatan aktiviti kebajikan.

“Kami mula aktif pada tahun ini dan semuanya bermula apabila kami menghantar sumbangan untuk mangsa banjir di Beaufort yang berlaku sekitar pertengahan tahun ini.

“Kemudian kami meneruskan aktiviti kumpulan kami dengan menghantar dan mengagihkan sumbangan untuk golongan memerlukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/26/kumpulan-logop-charity-agih-sumbangan-kepada-80-keluarga-mangsa-banjir-penampang-papar/feed/ 0 6870