Bantuan BUDI – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Nov 2024 10:51:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bantuan BUDI – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 5,767 pelajar berjaya terima manfaat bantuan BUDI tahun lalu https://sabahmedia.com/2024/11/11/5767-pelajar-berjaya-terima-manfaat-bantuan-budi-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2024/11/11/5767-pelajar-berjaya-terima-manfaat-bantuan-budi-tahun-lalu/#respond Mon, 11 Nov 2024 10:51:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63574
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah sejak beberapa tahun lalu berjaya memberi manfaat kepada 5,767 pemohon di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu adalah melibatkan pemohon bagi peringkat pengajian Ijazah; Diploma; Asasi dan Matrikulasi.

Katanya, seramai 3,098 pemohon melibatkan pemohon peringkat Ijazah; 1,179 peringkat Diploma; 291 orang (Asasi) dan 599 orang di peringkat Matrikulasi.

“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan pemohon tertinggi melibatkan pemohon seramai 791 dan diikuti Tawau (721); Sandakan (605); Papar (342);Keningau (322); Tuaran (316); Keningau dan beberapa daerah lain.

“Selain itu, seramai 11,858 pelajar yang layak pada tahun lalu telah berjaya menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Arifin yang juga Naib Presiden Gagasan Rakyat berkata, pada tahun ini sebanyak 4,326 permohonan dibawah tajaan Yayasan Sabah (YS) telah diluluskan.

Katanya, bagi program biasiswa menengah, seramai 392 orang telah mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan berjumlah RM1.99 juta dan seramai 1,064 orang mendapat manfaat menerusi program pinjaman dengan jumlah peruntukan RM19 juta.

Manakala bagi program biasiswa, Arifin berkata, seramai 2,807 orang pelajar mendapat manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM47 juta.

“Bagi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini jumlah telah meluluskan peruntukan berjumlah RM7.08 juta kepada 7,299 pelajar yang telah memohon,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/11/5767-pelajar-berjaya-terima-manfaat-bantuan-budi-tahun-lalu/feed/ 0 63574
Kerajaan Sabah Agih RM1.2 juta Bantuan BUDI Kepada 670 Pelajar https://sabahmedia.com/2021/10/21/kerajaan-sabah-agih-rm1-2-juta-bantuan-budi-kepada-670-pelajar/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/kerajaan-sabah-agih-rm1-2-juta-bantuan-budi-kepada-670-pelajar/#respond Thu, 21 Oct 2021 09:22:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7758
Read Time:2 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengagihkan sebanyak RM1.2 juta menerusi Program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) kepada 670 pelajar di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, bantuan BUDI ini adalah antara usaha diambil kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.

“Pihak Yayasan Sabah menerusi BUDI menyalurkan bantuan one off sebanyak RM2,000 kepada 479 pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, manakala sebanyak RM1,500 seorang kepada 168 pelajar peringkat Diploma serta 23 di peringkat persedian.

“Selain bantuan BUDI, kerajaan negeri turut memberi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) bagi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebanyak RM200 seorang.

“Inisiatif lain yang turut dilaksanakan katanya ialah pengagihan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar yang tidak berkemampuan dan bakal menduduki peperiksaan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran JPA dan Bantuan Pendaftaran IPT (BUDI) kepada pelajar B40 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Ariff; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sentiasa beriltizam bagi memastikan tidak ada golongan yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik dan berkualiti.

Kerajaan amat prihatin terhadap bebanan kos pendidikan yang ditanggung ibu bapa, khususnya golongan B40.

“Setakat ini, bagi bantuan BUDI seramai 1,079 pelajar telah diluluskan daripada lebih kurang 5,000 yang dijangka menerima faedah ini dengan melibatkan peruntukan RM10 juta.

Bagi bantuan BAKTI pula, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 37,835 pelajar.

“Bantuan BAIK pula, setakat ini sebanyak 7,714 buah komputer riba telah diagih kepada pelajar terbabit dan selebihnya iaitu 2,272 lagi akan diagih sebelum hujung bulan ini,” katanya sambil menambah ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima akses kepada pendidikan berkualiti.

Sambil menegaskan kerajaan amat prihatin terhadap bebanan kos pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa, khususnya golongan kurang berkemampuan, katanya kerajaan akan berusaha untuk menambah peruntukan bagi bantuan pembiayaan pendidikan dan latihan sama ada dalam bentuk biasiswa, geran dan pinjaman.

“Kerajaan sentiasa komited dalam pembangunan modal insan khususnya dalam menyalurkan sejumlah peruntukan yang besar setiap tahun bagi membangunkan dan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan seterusnya dapat memberi pulangan.

Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam Program Pemberian Dermasiswa, juga telah memperuntukkan lebih RM40 juta kepada 670 pelajar asal Sabah bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

“Seramai 670 orang pelajar Bumiputera Sabah telah dipilih di bawah program ini dan seramai 59 pelajar hadir dalam majlis pada petang ini. Pelajar yang telah memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang ini akan mengikuti pelbagai program dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

“Saya meminta pelajar memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan dengan belajar bersungguh-sungguh kerana anda semua adalah tonggak serta harapan keluarga bagi membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/kerajaan-sabah-agih-rm1-2-juta-bantuan-budi-kepada-670-pelajar/feed/ 0 7758