bantuan kewangan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Nov 2023 04:32:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantuan kewangan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekolah, badan keagamaan bukan Islam Zon Pedalaman Bawah terima bantuan kewangan https://sabahmedia.com/2023/11/02/sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-zon-pedalaman-bawah-terima-bantuan-kewangan/ https://sabahmedia.com/2023/11/02/sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-zon-pedalaman-bawah-terima-bantuan-kewangan/#respond Thu, 02 Nov 2023 04:32:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44591
Read Time:1 Minute, 44 Second

Beaufort : Sebanyak RM5.62 juta disalurkan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam bagi Zon Pedalaman Bawah menerusi pemberian bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah.

Bantuan yang disalurkan kepada 79 penerima melibatkan 137 kelulusan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kung Ming di sini pagi tadi.

Arifin ketika berucap berkata, Kerajaan Sabah sentiasa prihatin selain turut menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek untuk membantu rakyatnya tanpa mengira kaum serta agama.

“Dalam belanjawan tahun 2023, Kerajaan Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM54.05 juta dengan agihan RM23 juta kepada sekolah dan RM31.05 juta untuk badan-badan keagamaan bukan Islam.

“Dengan peruntukan itu, sebanyak 1,810 kelulusan telah diberikan iaitu 346 untuk sekolah, manakala badan-badan keagamaan adalah sebanyak 1,464 kelulusan.  Untuk sesi pagi ini saya difahamkan seramai 79 penerima akan menerima bantuan kewangan ini.

“Jumlah yang disalurkan hari ini adalah sebanyak RM3.49 juta bagi 51 buah sekolah; RM1.24 juta untuk 59 buah gereja dan RM879,000 untuk 27 buah tokong,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya berharap menerusi sumbangan dan bantuan kewangan itu akan memberi keselesaan serta manfaat dalam memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat di Sabah.

“Saya menyifatkan bantuan kewangan ini sebagai antara lain usaha Kerajaan Negeri, juga sebagai pelengkap untuk meringankan beban pihak sekolah dan badan-badan keagamaan dalam usaha memperbaiki dan membangun sekolah serta rumah-rumah ibadat yang berkenaan agar selamat dan selesa digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, permohonan bantuan kewangan bagi tahun 2024 akan mula dibuka pada 2 Januari hingga Mac 2024.

“Insyaallah, sekiranya kedudukan kewangan negeri bertambah baik, kerajaan negeri akan meningkatkan amaun bantuan ini. 

“Sebagai tambahan, saya memohon jasa baik baik sektor swasta, dewan perniagaan atau persatuan perdagangan untuk turut serta menyahut seruan kerajaan negeri untuk sama-sama mendukung institusi sekolah dan badan-badan keagamaan di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA / PEJABAT MENTERI KSTI

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/02/sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-zon-pedalaman-bawah-terima-bantuan-kewangan/feed/ 0 44591
Sabah salur bantuan kewangan kepada sekolah, badan keagamaan bukan Islam Zon Pantai Barat Selatan https://sabahmedia.com/2023/11/01/sabah-salur-bantuan-kewangan-kepada-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-zon-pantai-barat-selatan/ https://sabahmedia.com/2023/11/01/sabah-salur-bantuan-kewangan-kepada-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-zon-pantai-barat-selatan/#respond Wed, 01 Nov 2023 02:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44518
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM21.6 juta disalurkan kepada sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam menerusi bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah bagi Zon Pantai Barat Selatan.

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun di Menara Kinabalu di sini semalam.

Dari jumlah tersebut, sebanyak RM7.77 juta diagihkan kepada 129 buah sekolah, RM10.92 juta kepada 531 buah gereja, RM2.63 juta kepada 51 buah tokong, dan RM270,000 kepada empat buah kuil.

Sesi penyerahan bantuan itu merupakan yang pertama untuk Zon Pantai Barat Selatan yang meliputi daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan.

Ini akan diikuti dengan lima lagi sesi yang diadakan untuk zon-zon lain termasuk Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah, Pantai Timur (Sandakan) dan Pantai Timur (Tawau).

Dalam ucapan beliau, Masidi berkata, komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap sektor masyarakat Sabah mendapat manfaat yang saksama dan adil.

“Saya ingin menekankan pentingnya institusi pendidikan dalam membentuk modal insan yang berilmu demi pembangunan Sabah.

“Selain itu, badan keagamaan juga memegang peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni dan toleransi di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Masidi juga menegaskan kepentingan dasar keadilan dan kesaksamaan kerajaan negeri dalam memberikan bantuan tanpa mengira kaum atau agama.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban sekolah-sekolah dan badan keagamaan dalam pembangunan dan pembaikan infrastruktur mereka,” katanya.

Beliau mengumumkan bahawa permohonan bantuan kewangan untuk tahun 2024 akan dibuka mulai 2 Januari hingga 31 Mac 2024 dan menyeru sektor swasta untuk memberikan sokongan kepada inisiatif ini.

Pada tahun 2023, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM54.05 juta, dengan RM23 juta untuk sekolah-sekolah dan RM31.5 juta untuk badan-badan keagamaan bukan Islam.

Sejumlah 1,810 kelulusan diberikan, yang terbahagi kepada 346 sekolah dan 1,464 badan keagamaan bukan Islam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/01/sabah-salur-bantuan-kewangan-kepada-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam-zon-pantai-barat-selatan/feed/ 0 44518