bantuan pendidikan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Oct 2026 03:56:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantuan pendidikan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bantuan pendidikan Sabah meningkat kepada RM90 juta tahun ini https://sabahmedia.com/2026/10/10/bantuan-pendidikan-sabah-meningkat-kepada-rm90-juta-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2026/10/10/bantuan-pendidikan-sabah-meningkat-kepada-rm90-juta-tahun-ini/#respond Sat, 10 Oct 2026 03:56:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105139
Read Time:2 Minute, 25 Second

SANDAKAN: Kerajaan Sabah meningkatkan peruntukan bantuan kepada sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam kepada RM90 juta tahun ini berbanding RM70 juta pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperluas akses kepada pendidikan yang lebih baik, selain membantu penyelenggaraan bangunan, aktiviti pembelajaran dan pengoperasian badan keagamaan.

“Prinsip kita jelas, iaitu Sabah First dan pendidikan untuk semua. Kerajaan hari ini akan terus berpegang kepada prinsip keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman.

“Kita tidak melihat bangsa atau agama dalam menyalurkan bantuan, sebaliknya kita melihat keperluan rakyat dan masa depan negeri yang perlu dibangunkan bersama,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, pada Majlis Perasmian Dewan Pusat Kegiatan Murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua Sandakan, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, jumlah bantuan kepada sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam meningkat daripada RM43 juta pada 2020 dan 2021 kepada RM47 juta pada 2022, RM54.05 juta pada 2023, RM56.75 juta pada 2024 dan RM70 juta pada tahun lalu.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM155 juta bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun ini, berbanding RM50 juta pada 2020, selain meneruskan 14 inisiatif bantuan pendidikan yang diperkenalkan sejak 2021.

“Semua usaha yang kita laksanakan ini tujuannya hanya satu, iaitu kita mahu memastikan anak-anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa dibebani masalah kewangan,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan modal insan di bawah kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 memberi penekanan kepada pembentukan generasi yang bukan sahaja berpendidikan, malah memiliki kemahiran, nilai, daya tahan, kreativiti dan keupayaan untuk menjadi penggerak ekonomi serta pembangunan Sabah.

Katanya, golongan muda perlu dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang baharu yang diperlukan oleh ekonomi masa depan supaya mampu bersaing di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Mengulas pembinaan Dewan Pusat Kegiatan Murid SMJK Tiong Hua, Hajiji berkata, kemudahan itu bukan sekadar sebuah bangunan baharu, sebaliknya mencerminkan komitmen bersama pihak sekolah, ibu bapa, komuniti, alumni dan sektor swasta dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif, selesa dan berkualiti.

Beliau berkata, dewan berkenaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai ruang untuk membina keyakinan diri, mengasah bakat dan memperkukuh disiplin, selain melahirkan generasi berilmu, berkemahiran serta mempunyai nilai dan integriti.

Hajiji turut menyifatkan SMJK Tiong Hua sebagai kebanggaan warga Sandakan kerana sekian lama melahirkan anak Sabah yang cemerlang dalam pelbagai bidang, termasuk akademik, perniagaan, kepimpinan dan perkhidmatan awam.

Katanya, semangat perpaduan yang ditunjukkan warga sekolah itu menerusi interaksi pelajar daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama mencerminkan identiti Sabah yang perlu terus dipertahankan.

“Perpaduan bukan slogan. Perpaduan adalah prasyarat kepada kestabilan dan kemajuan negeri kita. Jika kita mahu Sabah terus maju, kita mesti memastikan asas perpaduan ini sentiasa kukuh,” katanya.

Beliau berharap pelajar SMJK Tiong Hua memanfaatkan kemudahan dan peluang yang disediakan untuk mengembangkan potensi diri, menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran, sekali gus meneruskan kecemerlangan sekolah itu dalam pembangunan modal insan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/10/bantuan-pendidikan-sabah-meningkat-kepada-rm90-juta-tahun-ini/feed/ 0 105139
DUN Sabah : 6,060 pelajar IPTA/S dari Sabah terima bantuan BUDI tahun lalu https://sabahmedia.com/2023/08/08/dun-sabah-6060-pelajar-ipta-s-dari-sabah-terima-bantuan-budi-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2023/08/08/dun-sabah-6060-pelajar-ipta-s-dari-sabah-terima-bantuan-budi-tahun-lalu/#respond Tue, 08 Aug 2023 07:34:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39704
Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Seramai 6,060 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara yang berasal daripada negeri ini telah mendapat bantuan dibawah program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) bagi tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, BUDI merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif

Katanya, bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dan RM1,500 bagi Diploma/Asasi/Matrikulasi.

“Bagi tahun ini, seramai 656 pelajar telah diluluskan dengan peruntukan RM1,191,000. Bantuan ini akan terus dipertimbang dan diluluskan sehingga akhir tahun ini dengan sasaran lebih 6,000 pelajar.

“Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) iaitu bantuan secara one-off sebanyak RM 200 turut diberikan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STAM dan STPM bagi ibubapa atau penjaga mereka yang diketagorikan dalam golongan B40 dan M40. 

“Untuk  tahun 2022 seramai 35,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 7,000,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Amisah Yassin (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Arifin berkata, bagi tahun ini, seramai 37,500 pelajar dijangka akan  mendapat manfaat daripada bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 7,500,000 dan bayaran akan dibuat sebulan sebelum peperiksaan yang dijangka bermula iaitu Februari 2024.

Katanya, bagi Bantuan Aktiviti Guru dan Ibubapa Sabah (BAGUS) yang merupakan bantuan  secara ‘one off ‘ sebanyak RM 2,000 diberikan kepada 1,500 PIBG di setiap sekolah di Sabah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 3 juta untuk memperkasa dan memantapkan aktiviti yang dilaksanakan.

“Untuk tahun lalu, sebanyak 630 PIBG telah dibantu. Bagi tahun 2023 iaitu setakat bulan Julai sebanyak 490 PIBG telah dibantu yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 980,000.

“Selain daripada Bantuan one-off, Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) juga disediakan ia merupakan pemberian komputer riba (laptop) di kalangan pelajar-pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi,” katanya.

Beliau turut menambah, pada tahun lalu, seramai 560 pelajar telah mendapat bantuan tersebut manakala untuk tahun ini setakat Julai, 106 seramai pelajar telah dibantu.

“Syarat-syarat untuk memohon bantuan tersebut antara lain adalah permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal daripada negeri Sabah.

“Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih (pendapatan RM 3,000.00 ke bawah),” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/08/dun-sabah-6060-pelajar-ipta-s-dari-sabah-terima-bantuan-budi-tahun-lalu/feed/ 0 39704