bantuan SENTOSA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Jul 2025 08:23:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantuan SENTOSA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 600 pelajar IPT terima manfaat bantuan SENTOSA https://sabahmedia.com/2025/07/20/lebih-600-pelajar-sabah-terima-manfaat-bantuan-sentosa/ https://sabahmedia.com/2025/07/20/lebih-600-pelajar-sabah-terima-manfaat-bantuan-sentosa/#respond Sun, 20 Jul 2025 08:19:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77617
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Lebih 600 pelajar melibatkan dua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hari ini menerima Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri Sabah (SENTOSA).

Sumbangan yang disalurkan Kerajaan negeri itu disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Ahad.

Arifin menyampaikan bantuan SENTOSA kepada salah seorang penerima

Dari jumlah pelajar yang menerima, seramai 319 orang merupakan pelajar UMS dan 323 orang lagi adalah pelajar Kolej MAHSA Sabah.

Hajiji dalam ucapannya berkata, bantuan SENTOSA yang dilancarkan pada Mac lalu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta.

Katanya, bantuan itu menyasarkan kira-kira 20,000 pelajar bumiputera Sabah yang menuntut di IPT dalam negeri.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar, khususnya untuk keperluan asas atau pulang ke kampung halaman. Ia juga mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan tiada pelajar yang tersisih daripada arus pendidikan.

“Saya berharap para pelajar memanfaatkan sepenuhnya segala bentuk bantuan yang disediakan dan terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing demi masa depan negeri dan negara,” katanya.

Sementara itu, beberapa pelajar ditemui merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan negeri atas inisiatif bantuan yang disalurkan.

Bagi pelajar UMS, Ivy Christie Felix berkata, bantuan yang diberikan berupaya membantu meringankan beban pelajar terutama ketika balik bercuti.

Ivy Christie Felix

“Terima kasih kepada Kerajaan negeri Sabah kerana memberi bantuan ini terutama untuk kami balik kampung, jadi ini sangat membantu sebagai duit poket sepanjang perjalanan.

“Saya juga berharap agar bantuan seumpama ini dapat disalurkan kepada pelajar pada masa akan datang bagi menjaga kebajikan dan meringankan beban pelajar khususnya,” katanya.

Sementara itu, pelajar Kolej MAHSA Sabah, Fazemah Mustapha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan negeri atas inisiatif bantuan yang disalurkan.

Fazemah Mustapha

Beliau turut berharap agar bantuan seumpama itu disalurkan lagi pada masa akan datang. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/20/lebih-600-pelajar-sabah-terima-manfaat-bantuan-sentosa/feed/ 0 77617
Lebih 2,400 pelajar UiTM terima bantuan SENTOSA daripada Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2025/07/10/lebih-2400-pelajar-uitm-terima-bantuan-sentosa-daripada-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/07/10/lebih-2400-pelajar-uitm-terima-bantuan-sentosa-daripada-kerajaan-negeri/#respond Thu, 10 Jul 2025 10:12:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77064
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Seramai 2,477 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah hari ini menerima bantuan pendidikan one-off di bawah program Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri Sabah (SENTOSA) bagi meringankan beban kewangan pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi dalam negeri.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan RM6 juta oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi manfaat kira-kira 20,000 pelajar Bumiputera yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negeri, dengan setiap pelajar yang layak menerima bantuan tunai sebanyak RM300.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ketika merasmikan majlis penyerahan bantuan itu di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, berkata bantuan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan melalui bidang pendidikan.

“Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu, berkemampuan dan beretika. Kerajaan Negeri serius memastikan tiada anak Sabah yang tercicir daripada agenda pendidikan nasional,” katanya.

Masidi turut memaklumkan bahawa program SENTOSA merupakan satu daripada 13 bentuk bantuan berkaitan pendidikan yang dilaksanakan tahun ini, melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM75.5 juta.

Bantuan lain termasuk penyelenggaraan sekolah, anugerah kecemerlangan pelajar, sokongan peperiksaan, subsidi penerbangan untuk pelajar di luar Sabah, serta bantuan komputer.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM125 juta melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada 4,170 pelajar, manakala Yayasan Sabah pula memperuntukkan RM11.25 juta untuk biasiswa, pinjaman pelajaran dan geran yang memanfaatkan seramai 1,879 pelajar.

Masidi turut menyeru semua pihak agar terus bekerjasama memastikan generasi muda Sabah menerima sokongan pendidikan yang mencukupi bagi menjamin kejayaan mereka.

Majlis tersebut dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dengan kerjasama UiTM Cawangan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/10/lebih-2400-pelajar-uitm-terima-bantuan-sentosa-daripada-kerajaan-negeri/feed/ 0 77064