Bantuan subsidi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Nov 2024 01:40:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bantuan subsidi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bantuan subsidi RM300 pelajar mula dilaksanakan tahun depan https://sabahmedia.com/2024/11/04/bantuan-subsidi-rm300-pelajar-mula-dilaksanakan-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/11/04/bantuan-subsidi-rm300-pelajar-mula-dilaksanakan-tahun-depan/#respond Mon, 04 Nov 2024 01:40:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63268
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Bantuan sekali bayar subsidi RM300 kepada pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tiggi (IPT) awam dan swasta di Sabah akan mula dilaksanakan tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan subsidi yang dikenali sebagai ‘Sentosa’ itu akan digunakan pada musim perayaan bagi memudahkan pelajar balik ke kampung.

“Alhamdulillah Ketua Menteri telah pun mengumumkan bantuan kepada anak-anak kita yang belajar di Sabah, di IPT awam dan swasta iaitu bantuan balik kampung yang kita perkenalkan nanti sebagai Sentosa.

“Ini akan digunakan sama ada bersempena Hari Raya atau sempena Krismas atau Tahun Baru Cina serta perayaan-perayaan yang lain digunakan ‘one-off’ setahun sekali dan ia akan dilaksanakan sebelum Hari Raya akan datang iaitu tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini semalam.

Konvensyen itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, proses bagi permohonan bantuan subsidi itu akan mula dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Disember ini.

“Proses permohonan akan mula dilaksanakan selewatnya Disember ini, kita sudah mula menerima atau mengambil dan memproses permohonan berkenaan.  Kita akan selaras supaya segera.

“Cara permohonan kita akan maklumkan melalui Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS),” katanya.

Dalam majlis sama, Pengerusi Sayap Pelajar GRS, Datu Hisammuddin Datu Hasim berkata, pihaknya menyambut baik bantuan subsidi tersebut yang diumumkan Ketua Menteri Sabah dalam konvensyen.

Katanya, ia merupakan hasil daripada usaha berterusan yang digerakkan dan dimohon daripada Sayap Pelajar GRS.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/04/bantuan-subsidi-rm300-pelajar-mula-dilaksanakan-tahun-depan/feed/ 0 63268
Pelajar IPT Sabah dalam negeri terima subsidi RM300 https://sabahmedia.com/2024/11/03/pelajar-ipt-sabah-dalam-negeri-terima-subsidi-rm300/ https://sabahmedia.com/2024/11/03/pelajar-ipt-sabah-dalam-negeri-terima-subsidi-rm300/#respond Sun, 03 Nov 2024 06:18:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63237
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Bantuan subsidi sekali bayar sebanyak RM300 akan diberikan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam negeri.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Raia Hotel, di sini hari ini.

“Ya, kita akan bagi subsidi kepada pelajar-pelajar kita yang menuntut dalam negeri. Contohnya jika mereka berasal dari Sandakan atau Tawau tapi menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau di Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau dimana saja di Kota Kinabalu, kita akan bantu mereka RM300 seorang.

“Begitu juga yang menuntut di cawangan UITM umpamanya di Tawau atau Sandakan, mereka balik Kota Kinabalu atau daerah lain, mereka juga kita bantu,” katanya.

Hajiji berkata, bayaran subsidi sekali bayar ini akan digunakan pada musim perayaan.

“Sama ada mereka mahu naik kapal terbang atau menggunakan bas dan sebagainya, mereka akan dapat setahun sekali sahaja terutama untuk perayaan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan GRS pimpinannya adalah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat. 

“Sebab itu kita sentiasa mendengar apa yang diminta oleh rakyat termasuk golongan pelajar kita.

Pelbagai inisiatif dan bantuan yang diberikan kepada rakyat khususnya pelajar adalah untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Sabah juga telah memberikan bantuan khas tiket penerbangan sekali bayar sebanyak RM600.

Bantuan yang disalurkan itu diberikan kepada pelajar Sabah yang menuntut di IPT Semenanjung,Sarawak dan Labuan yang dikreditkan terus ke akaun pelajar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/03/pelajar-ipt-sabah-dalam-negeri-terima-subsidi-rm300/feed/ 0 63237