bantuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jun 2026 03:17:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bantuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agong kurnia sumbangan RM500,000 kepada mangsa kebakaran Kudat dan Sandakan https://sabahmedia.com/2026/06/24/agong-kurnia-sumbangan-rm500000-kepada-mangsa-kebakaran-kudat-dan-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/06/24/agong-kurnia-sumbangan-rm500000-kepada-mangsa-kebakaran-kudat-dan-sandakan/#respond Wed, 24 Jun 2026 03:17:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98784
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan sumbangan kepada mangsa bencana kebakaran di Kudat dan Sandakan.

Sumbangan berjumlah RM500,000 itu disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor Tan Sri Avinderjit Singh kepada Hajiji sambil disaksikan sendiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini pada Rabu.

“Ini adalah tanda keprihatinan Baginda terhadap rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan dan sokongan yang diberikan, khususnya tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat serta tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan,” katanya.

Hajiji beerkata, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah akan terus memperkukuh usaha penyelarasan bantuan kebajikan, pengurusan pusat pemindahan sementara serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa sentiasa terpelihara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Sahari, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson dan Pegawai Daerah Kudat Charles William Dabbi.

Pada 16 April lalu, lapan buah rumah terbakar melibatkan 67 mangsa di Kampung Gumpa, Kudat manakala pada 18 April, 1050 buah rumah telah dijilat api menjejaskan 914 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Bahagia, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/24/agong-kurnia-sumbangan-rm500000-kepada-mangsa-kebakaran-kudat-dan-sandakan/feed/ 0 98784
12 KIR terjejas kebakaran di Kg Timbua terima bantuan wang tunai https://sabahmedia.com/2026/05/05/12-kir-terjejas-kebakaran-di-kg-timbua-terima-bantuan-wang-tunai/ https://sabahmedia.com/2026/05/05/12-kir-terjejas-kebakaran-di-kg-timbua-terima-bantuan-wang-tunai/#respond Tue, 05 May 2026 05:24:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96143
Read Time:46 Second

RANAU: Seramai 12 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Timbua, di sini, menerima bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi meringankan beban mereka.

Bantuan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam ketika mengadakan lawatan ke kawasan kejadian baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan merupakan antara langkah segera kerajaan negeri dalam membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat kebakaran tersebut.

Dalam pada itu, Joachim berkata kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan.

Beliau turut menzahirkan simpati terhadap semua mangsa yang terlibat dan berharap bantuan yang disalurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Selain itu, beliau juga menghargai usaha pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Kebakaran yang berlaku baru-baru ini menjejaskan beberapa keluarga di kampung berkenaan, sekali gus memerlukan tindakan segera bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/05/12-kir-terjejas-kebakaran-di-kg-timbua-terima-bantuan-wang-tunai/feed/ 0 96143
Masidi hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Timbua https://sabahmedia.com/2026/05/03/masidi-hulur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-timbua/ https://sabahmedia.com/2026/05/03/masidi-hulur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-timbua/#respond Sun, 03 May 2026 10:25:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96031
Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib penduduk terlibat.

Kejadian kebakaran itu memusnahkan 11 premis perniagaan dan menjejaskan seramai 54 mangsa daripada 11 keluarga. Daripada jumlah itu, 37 adalah orang dewasa manakala 17 lagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Sejurus insiden berlaku, satu inisiatif kutipan sumbangan digerakkan oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Ranau yang berjaya mengumpul pelbagai barangan keperluan dalam tempoh singkat.

Antara bantuan disampaikan termasuk pakaian, perabot asas serta bekalan makanan dan minuman bagi meringankan beban mangsa.

Selain itu, masyarakat setempat turut tampil menyalurkan bantuan termasuk sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

Penyampaian bantuan diwakili Pegawai Khas, Shahrin Mujin bersama Pegawai Khas Kebajikan ADUN N.37 Karanaan, Sujani Gipul, bagi pihak Masidi. Turut terlibat ialah Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat.

Masidi yang juga ADUN Karanaan menzahirkan simpati kepada mangsa dan berharap bantuan disalurkan dapat membantu mereka bangkit semula selepas ditimpa musibah.

Beliau turut memaklumkan bantuan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan turut menghulurkan bantuan, mencerminkan semangat solidariti tinggi dalam kalangan masyarakat Ranau.

Masidi turut menghargai usaha proaktif Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Ranau serta masyarakat setempat yang pantas menggerakkan bantuan kepada mangsa, sekali gus memperkukuh amalan gotong-royong.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/03/masidi-hulur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-timbua/feed/ 0 96031
75 masjid, surau di DUN Lumadan terima sumbangan https://sabahmedia.com/2026/02/23/75-masjid-surau-di-dun-lumadan-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2026/02/23/75-masjid-surau-di-dun-lumadan-terima-sumbangan/#respond Mon, 23 Feb 2026 00:45:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92068
Read Time:52 Second

BEAUFORT : Sebanyak 75 masjid dan surau di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini menerima sumbangan tunai menerusi Program Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa DUN Lumadan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, sumbangan yang disampaikan merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada masjid dan surau di kawasan berkenaan khususnya menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak.

“Saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam telah menyampaikan sumbangan kepada 34 buah masjid dan 40 buah surau khususnya dalam bulan Ramadan.

“Ini adalah mrupakan kolaborasi atau kebersamaan saya bersama Datuk Ruslan.  Ini adalah sebagai tanda sayang kami kepada pengurusan masjid dan surau sebelum bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa DUN Lumadan di sini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam.

Dalam pada itu, program sama turut menyaksikan perasmian Dewan Terbuka Al-Ukhuwwah, Mukim Gadong.

Matbali berkata, dewan yang bernilai RM250,000 itu merupakan hasil peruntukan yang diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/23/75-masjid-surau-di-dun-lumadan-terima-sumbangan/feed/ 0 92068
BAP 2026 wajib disalur sepenuhnya tanpa sebarang potongan – PIBKS https://sabahmedia.com/2025/12/31/bap-2026-wajib-disalur-sepenuhnya-tanpa-sebarang-potongan-pibks/ https://sabahmedia.com/2025/12/31/bap-2026-wajib-disalur-sepenuhnya-tanpa-sebarang-potongan-pibks/#respond Wed, 31 Dec 2025 05:52:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89021
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2026 perlu dan wajib disalurkan sepenuhnya kepada pelajar tanpa sebarang potongan, termasuk bagi tujuan aktiviti sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, bantuan itu merupakan amanah kerajaan yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan dan mesti dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

“BAP ini adalah untuk kegunaan pendidikan murid seperti pakaian sekolah, kasut, alat tulis, beg sekolah dan keperluan asas pembelajaran.

“Tiada potongan dibenarkan atas apa juga alasan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Arif berkata, ketegasan itu penting bagi memastikan objektif bantuan benar-benar tercapai, khususnya dalam membantu keluarga yang berdepan cabaran kos sara hidup serta faktor geografi, terutama di Sabah.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar menggunakan bantuan tersebut secara berhemah demi keselesaan, keyakinan dan motivasi anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

Dalam pada itu, Arif menyokong kaedah penyerahan bantuan melalui pertemuan bersemuka antara pihak sekolah dengan ibu bapa kerana ia menjamin ketelusan serta membuka ruang komunikasi dua hala berkaitan perkembangan murid.

“Bagi sekolah di kawasan pedalaman yang berdepan kekangan logistik, kaedah penyerahan secara fleksibel boleh dipertimbangkan selagi mematuhi garis panduan kewangan dan memastikan bantuan sampai kepada penerima yang layak,” katanya.

Beliau menambah, kerjasama erat antara pasukan Focal Person Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan terus diperkukuh pada 2026 bagi memastikan pemantauan bantuan pendidikan berjalan berkesan dan memberi manfaat maksimum kepada murid. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/31/bap-2026-wajib-disalur-sepenuhnya-tanpa-sebarang-potongan-pibks/feed/ 0 89021
Yayasan Axiata bantu 1,000 pelajar B40 Ranau melalui program Back to School 2026 https://sabahmedia.com/2025/11/11/yayasan-axiata-bantu-1000-pelajar-b40-ranau-melalui-program-back-to-school-2026/ https://sabahmedia.com/2025/11/11/yayasan-axiata-bantu-1000-pelajar-b40-ranau-melalui-program-back-to-school-2026/#respond Tue, 11 Nov 2025 02:35:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85472
Read Time:1 Minute, 27 Second

RANAU: Yayasan Axiata memperkukuh komitmen terhadap akses pendidikan di Sabah melalui pelaksanaan Program Back to School di daerah ini, sekali gus memberi manfaat langsung kepada 1,000 pelajar daripada keluarga B40 bagi sesi persekolahan 2026.

Program di bawah Dana Axiata Ekuiti dalam Pendidikan itu dilaksanakan sebagai sebahagian usaha yayasan merapatkan jurang pendidikan dan sosioekonomi, khususnya dalam kalangan komuniti pedalaman. 

Ranau menjadi lokasi terbaharu selepas Sabah dikenal pasti sebagai kawasan pelaburan utama melalui pelbagai inisiatif teras Pemantapan Komuniti.

Majlis peluncuran rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Wen, Ranau menyaksikan pelajar daripada lima sekolah menerima bantuan.

Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh, SMK Kundasang, SMK Ranau, SMK Lohan dan SMKA Mohamad Ali.

Sekolah terlibat menerima set lengkap kelengkapan sekolah merangkumi pakaian seragam, kasut, stoking serta alatan pembelajaran seperti set geometri dan kalkulator saintifik.

Dalam majlis sama, Yayasan Axiata menyerahkan cek cura bernilai RM214,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau sebagai simbolik sumbangan bagi pembekalan kelengkapan sekolah. 

Program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan PPD Ranau.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata, Mohamad Kamal Nawawi berkata inisiatif itu selari dengan misi yayasan untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti, saksama dan inklusif kepada semua.

Beliau menegaskan sokongan menyeluruh kepada pelajar B40 amat penting bagi memastikan mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan keyakinan dan kelengkapan yang mencukupi.

Sehingga kini, Program Back to School Yayasan Axiata memberi impak positif kepada lebih 4,000 pelajar seluruh negara dengan jumlah pelaburan RM1.7 juta. Inisiatif berterusan di Sabah mengukuhkan aspirasi yayasan untuk memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan ekonomi atau lokasi.

Pelaksanaan di Ranau sekali lagi menegaskan tekad Yayasan Axiata memperkasa komuniti melalui pendidikan, seterusnya membuka ruang mobiliti sosial yang lebih luas kepada generasi muda B40. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/11/yayasan-axiata-bantu-1000-pelajar-b40-ranau-melalui-program-back-to-school-2026/feed/ 0 85472
Tiga gereja di Ulu Dusun terima sumbangan bakul makanan https://sabahmedia.com/2025/10/15/tiga-gereja-di-ulu-dusun-terima-sumbangan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/tiga-gereja-di-ulu-dusun-terima-sumbangan-bakul-makanan/#respond Wed, 15 Oct 2025 01:09:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83298
Read Time:42 Second

SANDAKAN : Tiga buah gereja di kawasan Ulu Dusun di sini menerima sumbangan berupa bakul makanan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan bakul makanan itu disalurkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Jaffari Waliam.

Antara gereja yang menerima adalah Gereja SIB Ulu Dusun, Gereja Anglikan Ulu Dusun dan Gereja Roman Katolik Ulu Dusun.

Majlis penyampaian secara simbolik telah diadakan di Gereja SIB Ulu Dusun, yang menyaksikan sebanyak 114 bakul makanan diagihkan kepada para penerima.

Dalam ucapannya, Jaffari menekankan keprihatinan beliau terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat, khususnya di kawasan Gum-Gum.

Beliau menegaskan komitmen berterusan untuk mendengar dan membantu rakyat tanpa mengira latar belakang.

Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban dan menceriakan hari para penerima, sekaligus menyemarakkan semangat prihatin dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/tiga-gereja-di-ulu-dusun-terima-sumbangan-bakul-makanan/feed/ 0 83298
Kementerian Komunikasi salur bantuan kepada mangsa bencana di Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/27/kementerian-komunikasi-salur-bantuan-kepada-mangsa-bencana-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/kementerian-komunikasi-salur-bantuan-kepada-mangsa-bencana-di-sabah/#respond Sat, 27 Sep 2025 04:24:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82093
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Seramai 219 mangsa bencana banjir dan tanah runtuh menerima sumbangan daripada Kementerian Komunikasi dalam satu majlis penyampaian yang berlangsung di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, pada Jumaat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang hadir untuk menyampaikan bantuan tersebut turut menyatakan komitmen kementerian untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh mangsa, termasuk masalah tanah runtuh yang menjejaskan kediaman mereka. 

“Saya akan memberi sedikit taklimat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik beliau tiba di Kota Kinabalu,” katanya.

Fahmi (kiri) ketika ditemui media.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengulas mengenai masalah putus bekalan elektrik yang berlaku di Pantai Timur Sabah baru-baru ini yang turut memberi kesan kepada menara telekomunikasi.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti data gangguan rangkaian sepanjang dua tahun lalu bagi mengenal pasti menara yang paling terkesan dan memberikan cadangan penyelesaian.

“Saya telah mengarahkan supaya menara-menara yang paling terkesan dilengkapkan dengan sistem penjana elektrik (genset), solar, atau bateri, supaya rangkaian tidak terputus semasa bencana,” katanya.

Selain itu, beberapa Pusat Maklumat Rakyat (NADI) di Sabah turut terjejas akibat tanah runtuh, menyebabkan gangguan bekalan elektrik. MCMC telah mengenal pasti 11 menara yang memerlukan tindakan segera untuk diperkukuhkan bagi mengelakkan gangguan rangkaian berulang, terutama semasa musim Monsun Timur Laut.

Fahmi (kanan) menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima.

Sumbangan bantuan ini melibatkan 160 ahli Komuniti MADANI dari daerah Penampang, Beaufort, Kota Kinabalu, Papar, dan Tuaran, serta 56 warga jabatan dan agensi kementerian, dan tiga penerima dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Majlis ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Komunikasi dalam memberikan sokongan kepada rakyat yang terjejas oleh bencana, serta memastikan infrastruktur komunikasi terus berfungsi dengan baik semasa keadaan darurat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/kementerian-komunikasi-salur-bantuan-kepada-mangsa-bencana-di-sabah/feed/ 0 82093
GLC dan syarikat swasta bantu mangsa banjir di Sipitang https://sabahmedia.com/2025/09/22/glc-dan-syarikat-swasta-bantu-mangsa-banjir-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2025/09/22/glc-dan-syarikat-swasta-bantu-mangsa-banjir-di-sipitang/#respond Mon, 22 Sep 2025 00:31:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81760
Read Time:56 Second

SIPITANG: Beberapa buah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri dan syarikat swasta tampil memberi sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban penduduk kampung terjejas banjir di daerah Sipitang.

Antara yang tampil menyumbang adalah Qhazanah Sabah Berhad (QSB) dan Yayasan Qhazanah Sabah (YQS) yang menyampaikan sumbangan bakul makanan di Kampung Luagan.

Turut memberikan sumbangan adalah Seri Wilayah Engineering Sdn Bhd dan kakitangan PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah dan ZLNG.

Mereka memberikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk kampung terjejas banjir masing-masing di Kampung Tanjung Nipis dan Kampung Kawang Tali Air.

Pengerusi QSB yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob hadir di tiga majlis penyampaian bakul makanan di tiga kampung itu, semalam.

Beliau mengalu-alukan sumbangan bakul makanan tersebut dapat meringkan sedikit beban kepada penduduk yang terjejas banjir di daerah Sipitang.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau akan memastikan kebajikan mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan di kampung-kampung terjejas banjir dijaga.

Sebelum ini, mangsa banjir di tiga PPS Sipitang iaitu di Dewan Mini Mesapol, SM Padang Berampah dan SK Padang Berampah turut menerima sumbangan bakul makanan daripada QSB dan YQS.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/22/glc-dan-syarikat-swasta-bantu-mangsa-banjir-di-sipitang/feed/ 0 81760
491 keluarga terkesan banjir terima bantuan bakul makanan https://sabahmedia.com/2025/09/20/491-keluarga-terkesan-banjir-terima-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2025/09/20/491-keluarga-terkesan-banjir-terima-bantuan-bakul-makanan/#respond Sat, 20 Sep 2025 00:33:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81670
Read Time:57 Second

BEAUFORT :  Seramai 491 keluarga yang terkesan akibat banjir di kawasan Lumadan menerima bantuan bakul makanan bagi meringankan beban mereka selepas lebih seminggu terputus hubungan jalan.

Agihan itu disempurnakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Ia turut mendapat kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dua lokasi utama menjadi fokus agihan ialah Dewan Kg Bangkalalak yang melibatkan enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), serta Dewan Perpaduan DHRM Kg Mantulud yang melibatkan tiga JKKK.

Ruslan berkata, kawasan berkenaan diberi keutamaan kerana mengalami banjir berpanjangan hampir 13 hari.

“Malah ada kampung yang terputus hubungan jalan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat, para belia serta pemimpin masyarakat Zon Bangkalalak yang membantu menjayakan misi penyaluran bantuan itu.

Menurutnya lagi, agihan akan terus dilaksanakan secara berperingkat ke kampung-kampung lain di Lumadan yang turut terkesan banjir.

“Harapan kita bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga mangsa banjir. 

“Pada masa sama, usaha penyaluran bantuan akan dipastikan berterusan sehingga semua keluarga yang terjejas mendapat perhatian,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/20/491-keluarga-terkesan-banjir-terima-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 81670