BAP Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 Jan 2026 09:47:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png BAP Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 500,000 murid di Sabah nikmati BAP 2026 https://sabahmedia.com/2026/01/14/lebih-500000-murid-di-sabah-nikmati-bap-2026/ https://sabahmedia.com/2026/01/14/lebih-500000-murid-di-sabah-nikmati-bap-2026/#respond Wed, 14 Jan 2026 09:47:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89703
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 yang disalurkan merupakan bukti keprihatinan Kerajaan dalam memastikan setiap murid dapat memulakan persekolahan tanpa sebarang kekangan kewangan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, pendidikan merupakan tiang seri dalam membina sebuah masyarakat yang maju dan harmoni.

Beliau berkata, usaha memajukan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.

“Saya menyeru kepada semua ibu bapa dan penjaga serta warga sekolah agar memberi kerjasama sepenuhnya dalam mengekalkan prestasi yang cemerlang sepanjang proses pengagihan BAP pada tahun ini.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa pihak sekolah hendaklah mematuhi peraturan dan tatacara pengurusan kewangan yang melibatkan BAP serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2025: Bantuan Awal Persekolahan dalam menguruskan Pengoperasian BAP di sekolah agar lancar dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan BAP Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah JPNS (Sektor Pembangunan Murid) Muddin Beting.

Majlis disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Seramai 508,631 orang murid di 1,298 buah sekolah di seluruh Sabah menerima manfaat BAP dengan peruntukan sebanyak RM76 juta.

Menerusi Belanjawan 2026, Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM794 juta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan pengagihan BAP kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya pada sesi persekolahan 2026 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa/penjaga di seluruh Negara.

Sebanyak RM730 juta telah disalurkan kepada sekolah untuk diagihkan kepada semua murid bermula pada 8 Januari 2026. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/14/lebih-500000-murid-di-sabah-nikmati-bap-2026/feed/ 0 89703
Lebih RM67 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan BAP di Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/11/lebih-rm67-juta-diperuntukkan-bagi-pelaksanaan-bap-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/11/lebih-rm67-juta-diperuntukkan-bagi-pelaksanaan-bap-di-sabah/#respond Sun, 11 Feb 2024 01:37:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49317
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak lebih RM67 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di negeri ini untuk membantu golongan murid sekolah rendah dan menengah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, setiap murid akan menerima RM150 merangkumi sekolah rendah dan menengah iaitu murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

“Saya yakin bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi awal persekolahan dan semoga mereka dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberikan sumbangan untuk anak-anak Sabah dengan  lebih RM67 juta BAP yang diperuntukkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Negeri Sabah bagi Tahun 2024 di Dewan Sekolah Kebangsaan Malawa di sini baru-baru ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, proses saluran bantuan yang diagihkan kepada murid juga teratur dan berkesan yang dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dibantu oleh Pengetua serta Guru Besar.

Dalam pada itu, Arifin turut menyatakan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) juga menyediakan pinjaman dan biasiswa kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara dan keutamaan akan diberikan kepada anak-anak yang cemerlang tanpa mengira kaum.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan kewangan yang besar bagi pembangunan modal insan berteraskan pendidikan STEM, pengendalian kursus dan latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal, perdagangan dan TVET,” katanya

Pada majlis itu, sebanyak 24 Pejabat Pendidikan Daerah menerima cek curah BAP dalam majlis tersebut dan peruntukan lebih RM67 juta tersebut melibatkan 1,298 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin dan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Muddin Beting.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/11/lebih-rm67-juta-diperuntukkan-bagi-pelaksanaan-bap-di-sabah/feed/ 0 49317