Bap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 Jan 2026 09:30:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fadhlina ingatkan sekolah serah BAP RM150 penuh tanpa potongan https://sabahmedia.com/2026/01/14/fadhlina-ingatkan-sekolah-serah-bap-rm150-penuh-tanpa-potongan/ https://sabahmedia.com/2026/01/14/fadhlina-ingatkan-sekolah-serah-bap-rm150-penuh-tanpa-potongan/#respond Wed, 14 Jan 2026 09:30:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89701
Read Time:1 Minute, 38 Second

BERNAMA

NIBONG TEBAL: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 bagi setiap murid mesti diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang potongan untuk digunakan bagi persiapan persekolahan anak-anak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sebarang rancangan atau bayaran lain seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu diselesaikan secara berasingan dan bukan menerusi potongan BAP.

“RM150 ini memang Kerajaan MADANI peruntukan untuk persiapan sekolah. Jadi, RM150 ini hanya untuk bantuan persekolahan dan mesti diserahkan dengan jumlah RM150.

“Jika ada ibu bapa yang tidak terima RM150 ini, (walaupun) kurang sepuluh sen, (atau) kurang seringgit, kena beritahu kita (Kementerian Pendidikan) kerana tidak boleh berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah di sini pada Selasa.

Fadhlina berkata kerajaan telah memperuntukkan lebih RM800 juta bagi pelaksanaan BAP tahun ini yang memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan 6 di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata penyerahan BAP setakat ini berjalan lancar, dengan kebanyakan ibu bapa hadir untuk mengambil bantuan berkenaan berikutan minggu pertama sesi persekolahan menyaksikan ramai mengambil cuti bagi menghantar anak-anak ke sekolah.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga berharap dapat menyelesaikan agihan bantuan tersebut dalam minggu ini berikutan kebanyakkan daripada lebih 10,000 sekolah yang terlibat, telah menerima peruntukan untuk diagihkan segera.

Terdahulu, Fadhlina menyerahkan BAP berjumlah lebih RM34 juta yang memberi manfaat kepada lebih 227,000 murid sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa menandatangani Polisi Perlindungan Murid di sekolah, selewat-lewatnya minggu hadapan.

Beliau berkata polisi berkenaan merangkumi aspek pencegahan buli, gangguan seksual, penderaan serta isu kesihatan mental murid.

Semalam, Fadhlina berkata KPM komited menangani isu buli di sekolah dan semua pihak akan menandatangani Polisi Perlindungan Murid, sebagai janji untuk menjaga, memelihara, dan melindungi anak-anak di sekolah. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/14/fadhlina-ingatkan-sekolah-serah-bap-rm150-penuh-tanpa-potongan/feed/ 0 89701
BAP akan diagihkan lebih awal mulai tahun depan https://sabahmedia.com/2026/01/10/bap-akan-diagihkan-lebih-awal-mulai-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2026/01/10/bap-akan-diagihkan-lebih-awal-mulai-tahun-depan/#respond Sat, 10 Jan 2026 02:24:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89474
Read Time:1 Minute, 29 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan komitmennya untuk mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih awal bermula tahun depan selepas menerima rungutan daripada ibu bapa berhubung bantuan tahun ini yang hanya mula diedarkan pada minggu pertama persekolahan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengakui pihaknya ada menerima rungutan berkaitan bantuan berkenaan.

“Kebetulan tahun ini kita baru sahaja memulakan sesi persekolahan pada Januari, jadi memang ada sedikit rungutan yang kami terima.

“Mulai tahun hadapan, kami akan terus perbaiki dan saranan itu kami ambil secara serius. Maknanya (BAP) diberikan lebih awal supaya persiapan boleh dilakukan lebih awal,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga KPM di sini pada Jumaat.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi menyediakan BAP sebanyak RM150 kepada semua pelajar tahun satu hingga tingkatan enam tahun ini.

Ibu bapa dikehendaki hadir di sekolah untuk menerima bantuan berkenaan seawal 11 Jan ini.

BAP adalah bantuan tunai secara sekali bayar berjumlah RM150 diberikan kepada 5.2 juta murid bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

Bagi tahun ini, penyaluran bantuan akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

“Saya harap ibu bapa ambil RM150 ini untuk keperluan sekolah dan datang ke sekolah ambil bantuan serta berjumpa dengan guru untuk mendengar laporan dan juga saranan mengenai anak-anak kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata Jemaah Menteri pada petang ini akan membincangkan jangkaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah.

“Saya akan bawa dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri mengenai perkara ini dan keprihatinan itu untuk kami melihat secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia menjangkakan berlaku kenaikan tambang bas sekolah susulan peningkatan kos operasi seperti insurans, gaji pemandu dan alat ganti kenderaan. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/10/bap-akan-diagihkan-lebih-awal-mulai-tahun-depan/feed/ 0 89474
Agih BAP tanpa sebarang bentuk pemotongan -Arif https://sabahmedia.com/2025/01/11/agih-bap-tanpa-sebarang-bentuk-pemotongan-arif/ https://sabahmedia.com/2025/01/11/agih-bap-tanpa-sebarang-bentuk-pemotongan-arif/#respond Sat, 11 Jan 2025 04:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66766
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Pentadbir sekolah diingatkan untuk terus menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid tanpa sebarang bentuk pemotongan.

Focal Person Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Mohd Arif Tun Sakaran berkata, penyaluran BAP itu mampu membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak mereka.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan persekolahan kepada seluruh pelajar di Malaysia.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada pihak sekolah agar dapat mengendalikan pengagihan bantuan berkenaan dengan baik dan mengikut kadarnya dengan kadar segera.

“Sudah tentu, BAP ini akan dapat meringankan lagi beban para ibu bapa untuk membuat persiapan kelengkapan sekolah anak mereka dan saya harap tidak ada lagi isu-isu yang dikaitkan dengan pemotongan agihan BAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya di sini hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan menyatakan akan membuat agihan BAP sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025, bermula 13 Januari ini.

Menurut KPM, agihan BAP sebanyak RM150 untuk pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari manakala agihan kepada pelajar Tingkatan 6 baharu akan bermula 1 Julai.

“Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid. Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa atau murid (sekolah menengah), pengkreditan ke akaun bank murid, pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai 2025). 

Terdahulu mengenai majlis itu, Mohd Arif berkata, pihaknya akan sentiasa bersama pihak sekolah dalam memastikan para pelajar akan terus mendapat pendidikan yang secukupnya bagi masa depan yang cemerlang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/11/agih-bap-tanpa-sebarang-bentuk-pemotongan-arif/feed/ 0 66766