Bapa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Mar 2024 02:19:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bapa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bapa, anak perempuan empat tahun maut dalam kemalangan jalanraya https://sabahmedia.com/2024/03/24/bapa-anak-perempuan-empat-tahun-maut-dalam-kemalangan-jalanraya/ https://sabahmedia.com/2024/03/24/bapa-anak-perempuan-empat-tahun-maut-dalam-kemalangan-jalanraya/#respond Sun, 24 Mar 2024 02:19:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51520
Read Time:1 Minute, 2 Second

KENINGAU: Dua beranak maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan manakala lima lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Apin-Apin dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa yang maut pemandu dikenali sebagai Masino Gelong, 45 dan anak perempuannya berusia empat tahun, Claeryina Mecthildis Masino.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah) berkata, kemalangan yang berlaku tengah malam tadi (24 Mac) di Jalan Apin-Apin, Keningau itu melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Avanza dan Nissan Navara.

“Terdapat 10 orang mangsa terlibat dalam kemalangan itu, tujuh sekeluarga dalam Toyota Avanza termasuk lima kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun dan dua dewasa merupakan ibubapa mereka.

“Bagaimanapun, bapa dan anak perempuannya dalam kenderaan Avanza disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian, manakala isteri dan empat lagi anak mereka yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga mangsa berada dalam kenderaan Nissan Navara hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.30 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/24/bapa-anak-perempuan-empat-tahun-maut-dalam-kemalangan-jalanraya/feed/ 0 51520
Bapa ugut guru didakwa di Mahkamah Majistret hari ini https://sabahmedia.com/2024/02/02/bapa-ugut-guru-didakwa-di-mahkamah-majistret-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/bapa-ugut-guru-didakwa-di-mahkamah-majistret-hari-ini/#respond Fri, 02 Feb 2024 05:51:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48863
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Seorang bapa yang mengugut guru dalam kejadian anaknya tertangkap merokok di kawasan salah sebuah sekolah menengah di sini, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh Daniel Dean Wong Kok Ching, 49, didakwa atas dua pertuduhan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun Daniel yang juga ejen hartanah mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Stephanie Sherron Abbie.

Menurut pertuduhan pertama, Daniel didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut secara lisan seorang guru lelaki berusia 40 tahun di perkarangan gelanggang bola keranjang sekolah pada 29 Jan, jam 9.30 pagi.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi guru lelaki berusia 40 tahun pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli dan Rustam Sanip.

Wong diwakili Peguam Lim Chun Yuan dan Jo Anne Jameson.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Anak lelaki tertuduh turut hadir bersama keluarganya pada pendakwaan itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial video tertuduh dan anak lelakinya bersemuka dengan guru sekolah selepas anaknya tertangkap merokok di dalam tandas sekolah.

Dalam klip video tersebut, tertuduh dilihat telah mengeluarkan kata-kata ugutan dan menyebabkan kecederaan ke atas guru tersebut.

Pelajar Tingkatan Lima yang sebelum ini dibuang sekolah dibenarkan untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun pelajar itu ditangkap merokok pada Isnin (29 Jan) yang membawa kepada kejadian dan penahanan tertuduh. Bagaimanapun anak lelaki tertuduh itu tidak ditahan.

Hukuman bagi ugutan jenayah memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/bapa-ugut-guru-didakwa-di-mahkamah-majistret-hari-ini/feed/ 0 48863
Bapa ugut guru ditahan, anak tertangkap merokok dalam tandas sekolah https://sabahmedia.com/2024/01/30/bapa-ugut-guru-ditahan-anak-tertangkap-merokok-dalam-tandas-sekolah/ https://sabahmedia.com/2024/01/30/bapa-ugut-guru-ditahan-anak-tertangkap-merokok-dalam-tandas-sekolah/#respond Tue, 30 Jan 2024 10:51:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48733
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu menahan seorang bapa kerana mengeluarkan kata-kata ugutan ke atas seorang guru berikutan anaknya telah tertangkap dan didapati merokok di dalam tandas sekolah terbabit semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurut Mohd Zaidi, sebelum kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, semalam (29 Jan), pengadu yang juga seorang guru lelaki berusia 40 tahun itu telah dimaklumkan oleh pelajar bahawa terdapat pelajar merokok di dalam tandas sekolah berkenaan.

“Pengadu terus pergi ke tandas untuk membuat pemeriksaan dan terhidu bau asap rokok, beliau mendapati tiga orang pelajar berada di dalam tandas itu.

“Pengadu mahu membawa pelajar terbabit ke bilik disiplin tetapi pelajar tersebut bertindak agresif. Pengadu juga telah memeriksa beg pelajar tersebut dan menemui dalam begnya mengandungi satu kotak rokok,” katanya.

Menurut pengadu kepada pihak polis, pelajar terbabit telah menghubungi bapanya dan tidak lama kemudian bapa pelajar itu telah datang ke sekolah dalam keadaan marah serta mempersoalkan pengadu kenapa memukul anaknya.

“Pengadu telah menjelaskan sebab menahan dan membuat pemeriksaan terhadap anaknya tetapi suspek tidak dapat menerima dan terus memaki hamun serta mengamuk di dalam bangunan sekolah,” jelas Mohd Zaidi.

Berikutan kejadian itu, Mohd Zaidi berkata, suspek (bapa pelajar) telah ditangkap dan siasatan lanjut diteruskan.

“Suspek telah ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/30/bapa-ugut-guru-ditahan-anak-tertangkap-merokok-dalam-tandas-sekolah/feed/ 0 48733