Bapa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Jun 2025 02:26:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bapa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki tumbuk bapa kandung sehingga cedera, ditahan polis https://sabahmedia.com/2025/06/02/lelaki-tumbuk-bapa-kandung-sehingga-cedera-ditahan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/06/02/lelaki-tumbuk-bapa-kandung-sehingga-cedera-ditahan-polis/#respond Mon, 02 Jun 2025 02:26:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74947
Read Time:50 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas bertindak memukul bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Pitas, Bombalai, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, ekoran perbuatan itu mangsa seorang warga emas berusia 60-an cedera serius pada muka dan kepala.

“Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi apabila suspek secara tiba-tiba menumbuk mangsa sehingga menyebabkan kecederaan serius di muka dan kepalanya,” jelas beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Jasmin, bertindak atas laporan yang diterima, polis dari Balai Bombalai berjaya mengesan dan menahan suspek kurang dua jam kemudian di sebuah kawasan perumahan pekerja.

Beliau menambah, suspek cuba melarikan diri semasa tangkapan, namun berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan.

Pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar lebih peka terhadap kesihatan mental dan kawalan emosi dalam kalangan ahli keluarga serta menyelesaikan konflik secara matang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/02/lelaki-tumbuk-bapa-kandung-sehingga-cedera-ditahan-polis/feed/ 0 74947
Bapa dipenjara 16 tahun, 10 sebatan rogol anak perempuan https://sabahmedia.com/2025/05/16/bapa-dipenjara-16-tahun-10-sebatan-rogol-anak-perempuan/ https://sabahmedia.com/2025/05/16/bapa-dipenjara-16-tahun-10-sebatan-rogol-anak-perempuan/#respond Fri, 16 May 2025 11:21:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73916
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 64 tahun dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan kerana berulang kali merogol anak kandungnya bermula ketika dia baru berusia lapan tahun.

Kejadian rogol yang berterusan sehingga mangsa berusia 16 tahun itu mengakibatkan mangsa melahirkan seorang anak yang kini berusia 10 tahun.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan atas pertuduhan melakukan kesalahan itu pada akhir tahun 2014 di sebuah rumah tidak bernombor dalam daerah Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang tidak tahan dengan perangai tertuduh membuat laporan polis pada 4 Februari tahun ini yang membawa kepada penahanan tertuduh pada hari yang sama.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung anak mangsa.

Terdahulu dalam keputusannya, hakim berkata walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau, namun mahkamah tidak boleh mengambil memandang ringan kes itu.

Kes itu, tambahnya, memberi impak trauma yang mendalam bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada masa depan anak mangsa.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya meminta hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis meminta hukuman berat dijatuhkan berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan peningkatan kes serupa di Sabah.

“Sebagai bapa kandungnya, tertuduh sepatutnya memastikan kesejahteraan anaknya, bukan memusnahkan seluruh hidupnya,” kata Bryan.

Dalam kes ini, katanya, tertuduh telah merogol mangsa berkali-kali sejak berusia lapan tahun sehingga melahirkan seorang anak yang kini berusia 10 tahun.

“Kami juga ingin memaklumkan kepada Mahkamah bahawa menurut mangsa, tertuduh masih mengganggu mangsa dengan menghantar mesej lucah dan ugutan bunuh kepada mangsa dan ibunya,” katanya.

Tertuduh juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat tempoh penjara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/16/bapa-dipenjara-16-tahun-10-sebatan-rogol-anak-perempuan/feed/ 0 73916
Kes cederakan anak: Mangsa enggan teruskan, bapa dapat DNAA https://sabahmedia.com/2025/04/29/kes-cederakan-anak-mangsa-enggan-teruskan-bapa-dapat-dnaa/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/kes-cederakan-anak-mangsa-enggan-teruskan-bapa-dapat-dnaa/#respond Tue, 29 Apr 2025 12:39:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72911
Read Time:57 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang lelaki yang didakwa mencederakan anak perempuannya.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali memberikan DNAA kepada Jackson Koh Kok Fah, 56, selepas dimaklumkan oleh pihak pendakwaan berhubung arahan terbaharu untuk memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.

Jackson didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak perempuannya yang berusia 22 tahun dengan membaling seunit hard disk komputer sehingga menyebabkan anaknya cedera pada 5 Ogos 2023, jam 2 petang, di sebuah rumah di Kg Tunoh, Penampang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum, iaitu dua tahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM4, 000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, mangsa telah memberi keterangan di mahkamah dan menyatakan hasrat untuk menarik balik laporan polis terhadap bapanya. Bagaimanapun, tarikh perbicaraan telah pun ditetapkan untuk hari ini.

Menurut peguam Sylvester Kuan yang mewakili tertuduh, mangsa kemudian menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) menyatakan keengganannya untuk meneruskan kes tersebut, yang akhirnya membawa kepada keputusan DNAA oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan Muhammad Munir Khan mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/kes-cederakan-anak-mangsa-enggan-teruskan-bapa-dapat-dnaa/feed/ 0 72911
Bapa rogol, amang seksual anak, dipenjara 13 tahun, 12 sebatan https://sabahmedia.com/2025/03/21/bapa-rogol-amang-seksual-anak-dipenjara-13-tahun-12-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/03/21/bapa-rogol-amang-seksual-anak-dipenjara-13-tahun-12-sebatan/#respond Fri, 21 Mar 2025 11:31:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70885
Read Time:2 Minute, 22 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang ayah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun beserta 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 14 tahun.

Juruteknik berusia 40 tahun itu mengaku bersalah di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim terhadap dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta 10 sebatan kerana merogol anaknya pada Februari 2025, pada waktu malam, di ruang tamu sebuah kediaman dalam daerah Papar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta tersebut.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 14(a).

Disebabkan hubungan antara tertuduh dan mangsa, hukuman tambahan dikenakan, di mana mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun serta dua sebatan mengikut Seksyen 16(1).

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berasingan bermula dari tarikh penangkapan tertuduh pada 16 Mac 2025.

Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan akan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Berdasarkan fakta kes, mangsa, pada awal bulan Februari 2025, mangsa telah balik ke rumah tersebut selama seminggu semasa cuti sekolah Tahun Baru Cina. Dalam masa seminggu tersebut, mangsa telah tidur di ruang tamu rumah tempat kejadian.

Akibat perbuatan tertuduh terhadap mangsa, mangsa mengalami kemurungan dan berasa tertekan. Mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu, yang akhirnya membawa kepada penangkapan ayahnya.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukumannya diringankan. Tertuduh yang mempunya lima orang anak berkata dia telah insaf dan menyesal dengan perbuataanya. Dia juga berharap dapat berjumpa dengan keluarga dan anaknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Eugenie A. Gilbert memohon agar hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira keseriusan kes tersebut yang melibatkan anak kandungnya.

“Tertuduh telah menyebabkan penderitaan berpanjangan kepada mangsa serta menghancurkan harga dirinya. Oleh itu, selain hukuman penjara, hukuman sebatan wajar dikenakan sebagai langkah pencegahan terhadap tertuduh dan amaran kepada bakal pelaku jenayah seksual agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Mahkamah perlu menunjukkan ketegasan serta mengakui bahawa kesalahan seperti ini adalah amat serius. Individu yang melakukan jenayah sebegini harus menerima hukuman paling berat. Mahkamah juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi masyarakat daripada ancaman jenayah seperti ini, yang boleh membahayakan dan mengganggu keharmonian sosial,” katanya.

Seksyen 14 (a) memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Manakala Seksyen 16 (1) memperintukkan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada dua sebatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/21/bapa-rogol-amang-seksual-anak-dipenjara-13-tahun-12-sebatan/feed/ 0 70885
Bapa Bersama 2 Anak Mati Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Kunak https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/#respond Fri, 14 Jan 2022 06:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11080
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNAK: Seorang bapa bersama dua anaknya ditemui meninggal dunia dalam kejadian bot karam di Kg Hulu Madai dekat sini pada Khamis.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini, dalam kejadian 1.20 petang semalam (13 Jan 2022) pengadu yang juga kawan kepada mangsa memberitahu bahawa mangsa empat sekeluarga terdiri daripada suami isteri dan dua anak mereka yang menaiki bot pam telah karam di perairan laut Tingkayu disebabkan ombak laut kuat semasa perjalanan menuju ke kunak.

“Hasil maklumat mendapati tiga mangsa telah ditemui oleh orang awam pada hari kejadian 13 Jan 2022 iaitu dua orang kanak-kanak, seorang lelaki Mohd Haizal Saujal,5, dan seorang perempuan Suriani Saujal, 3, telah ditemui lemas dan meninggal dunia manakala ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Kalsum Alam, 35, ditemui dalam keadaan selamat.

“Sementara mangsa terakhir juga bapa kepada kanak-kanak terbabit iaitu Saujal Mangguna, 31, telah ditemui lemas oleh nelayan pada hari kedua kejadian iaitu 14 Jan 2022 pada jam 10.30 pagi tadi.

“Kesemua mayat mangsa telah di bawa ke hospital Kunak oleh pihak polis untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA) Sabah serta orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/feed/ 0 11080