Bas sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Feb 2025 03:28:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bas sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM serah bas kepada enam buah sekolah menengah di Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/22/kpm-serah-bas-kepada-enam-buah-sekolah-menengah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/22/kpm-serah-bas-kepada-enam-buah-sekolah-menengah-di-sabah/#respond Sat, 22 Feb 2025 03:28:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69152
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Enam buah sekolah menengah di negeri ini masing-masing menerima sebuah bas berkapasiti 40 tempat duduk yang diserahkan dalam satu majlis ringkas di Wisma Pendidikan di sini Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, bas yang diserahkan itu akan digunakan sebagai pengangkutan murid yang tinggal diasrama selain kegunaan aktiviti kokurikulum.

“Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah memberikan bas baharu kepada enam sekolah menengah di Sabah.

“Saya berharap bas ini akan memudahkan pergerakan murid-murid yang tinggal di asrama hadir ke sekolah setiap hari.

“Bas ini juga  sudah tentu akan memudahkan pergerakan murid-murid dalam penyertaan  aktiviti kokurikulum yang diadakan di peringkat daerah mahupun negeri,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini semalam.

Raisin berkata, para pengetua yang menerima bas berkenaan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada KPM selain menyatakan komitmen akan menggunakan bas tersebut dengan sebaiknya bagi manfaat murid.

Antara sekolah yang menerima adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon Telupid; SMK Pinggan-Pinggan Pitas; SMK Kanibongan Pitas; SMK Kundasang Ranau; SMK Simpangan Beluran dan SMK Pekan Kudat. – SABAH MEDIA / FOTO JPNS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/22/kpm-serah-bas-kepada-enam-buah-sekolah-menengah-di-sabah/feed/ 0 69152
Remaja lelaki maut motosikal ditunggang bertembung bas sekolah https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/ https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/#respond Tue, 15 Oct 2024 07:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62257
Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kejadian di di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima makluman berkenaan satu kes kemalangan maut berlaku di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan melibatkan bas sekolah dengan motosikal itu pada jam 1.45 petang kelmarin (14 Okt).

“Pasukan polis tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan maut telah berlaku di Jalan Kampung Kalabakan yang melibatkan sebuah bas sekolah telah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berumur 19 tahun.

“Penunggang motosikal terperosok di bawah bas berkenaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, pemandu bas sekolah yang berumur 37 tahun dari arah Kampung Kapilit menuju ke Kalabakan, apabila melalui jalan berselekoh telah bertembung dengan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan lanjut mendapati semasa kemalangan suspek memandu bas di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai lesen memandu. Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jasmin meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil ke pejabat Trafik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/15/remaja-lelaki-maut-motosikal-ditunggang-bertembung-bas-sekolah/feed/ 0 62257