Bas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Jul 2025 08:55:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu dan penumpang bas diingatkan pakai tali pinggang keledar atau disaman RM300 https://sabahmedia.com/2025/07/04/pemandu-dan-penumpang-bas-diingatkan-pakai-tali-pinggang-keledar-atau-disaman-rm300/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/pemandu-dan-penumpang-bas-diingatkan-pakai-tali-pinggang-keledar-atau-disaman-rm300/#respond Fri, 04 Jul 2025 08:55:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76685
Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar ke atas bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, semua pemandu dan penumpang diwajibkan memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak ke destinasi.

Pelaksanaan penguatkuasaan ini merupakan langkah penting ke arah memastikan kenderaan pengangkutan awam mematuhi ciri keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melibatkan nyawa.

“Pengendali syarikat serta pemandu perlu memainkan peranan dengan memberi penerangan kepada penumpang dan memastikan pemakaian tali pinggang keledar dipatuhi. Langkah ini penting untuk mengurangkan risiko kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan, selain mengelakkan penumpang tercampak akibat impak pelanggaran.

“Operasi penguatkuasaan kini giat dijalankan dengan pemeriksaan dilaksanakan di terminal bas, hentian rehat dan lebuh raya di seluruh negara termasuk penyamaran dalam bas. Penumpang juga boleh membuat aduan kepada pemandu sekiranya tali pinggang keledar didapati dalam keadaan tidak baik sebelum memulakan perjalanan,” katanya dalam sidang media selepas melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar ke atas bas ekspres dan bas Persiaran Terminal Bas KK Sentral di sini pagi tadi (4 Julai).

Tambahnya lagi, kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pemandu, penumpang dan pengendali syarikat dikenakan notis saman berjumlah RM300 di bawah Kaedah 4 dan 4A Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan 2008).

“Walau bagaimanapun, JPJ akan terus melaksanakan advokasi secara berterusan bagi mendidik masyarakat agar mematuhi peraturan tersebut,” katanya.

Mohd Harris juga menjelaskan, berdasarkan data, jumlah bas ekspres yang aktif beroperasi di Sabah ialah sebanyak 164 buah, manakala bas persiaran pula sebanyak 1,566 buah. Terdapat 40 syarikat pengendali bas ekspres yang aktif dan 1,118 syarikat pengendali pelancongan berdaftar di negeri ini. Bagi melancarkan penguatkuasaan ini, seramai 286 anggota JPJ telah digerakkan.

“Statistik kemalangan jalan raya di Sabah bagi tempoh 2020 hingga Mei 2025, sebanyak 1,315 kes kemalangan maut dan 93,189 kes keseluruhan telah direkodkan. Angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk memperketatkan pematuhan aspek keselamatan, termasuk penggunaan tali pinggang keledar oleh semua pemandu dan penumpang bas, khususnya dalam sektor pengangkutan awam,” katanya.

Beliau turut memberi saranan kepada orang ramai untuk menggunakan aplikasi MyJPJ sebagai platform utama untuk membuat aduan berkaitan kesalahan lalu lintas, selain melalui saluran SISPAA, [email protected] dan [email protected] bagi membantu JPJ mengambil tindakan segera terhadap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Beliau turut mengingatkan kepada penumpang kenderaan persendirian yang duduk di bahagian belakang agar memakai tali pinggang keledar.

Sekiranya didapati tidak berbuat demikian, mereka juga boleh dikenakan saman mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/pemandu-dan-penumpang-bas-diingatkan-pakai-tali-pinggang-keledar-atau-disaman-rm300/feed/ 0 76685
Bas ekspres jatuh gaung, enam mangsa cedera https://sabahmedia.com/2024/06/21/bas-ekspres-jatuh-gaung-enam-mangsa-cedera/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/bas-ekspres-jatuh-gaung-enam-mangsa-cedera/#respond Thu, 20 Jun 2024 17:10:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56301
Read Time:59 Second

LAHAD DATU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu berjaya mengeluarkan enam mangsa yang mengalami kecederaan dalam insiden kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bas penumpang terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam di sini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.24 malam tadi (20 Jun).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba Lahad Datu, Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Bas Senex Express (32 penumpang) hilang kawalan lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Seramai 19 orang penumpang menaiki bas berkenaan, separuh daripada mangsa telah keluar dengan sendirinya dari bas iaitu seramai 13 orang.

“Manakala terdapat enam orang mangsa cedera berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua enam mangsa diserahkan kepada pihak petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

“Seterusnya kesemua mangsa dihantar ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/bas-ekspres-jatuh-gaung-enam-mangsa-cedera/feed/ 0 56301
Sabah Lancar Bas Elektrik, Mahu Lebih Banyak Pihak Teroka Pengangkutan Awam Berteknologi Hijau https://sabahmedia.com/2021/10/12/sabah-lancar-bas-elektrik-mahu-lebih-banyak-pihak-teroka-pengangkutan-awam-berteknologi-hijau/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/sabah-lancar-bas-elektrik-mahu-lebih-banyak-pihak-teroka-pengangkutan-awam-berteknologi-hijau/#respond Tue, 12 Oct 2021 07:26:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7434
Read Time:2 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu lebih banyak pihak meneroka penggunaan bas elektrik (e-Bus) yang mampu digunakan sebagai landasan utama kepada pengangkutan awam berteknologi hijau di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya juga yakin penerokaan e-Bus itu akan mampu menjadi kenyataan bagi kegunaan penduduk di Kota Kinabalu dan di tempat lain di negeri ini.

Katanya, Sabah kini telah mengambil langkah terbaik dalam pengangkutan awam berteknologi hijau menerusi pelancaran e-bus sulung negeri Sabah yang diinisiatifkan oleh cabang pelaburan strategik kerajaan negeri Qhazanah Sabah Berhad (QSB).

“Ini adalah perkembangan yang baik untuk menjadikan pengangkutan awam kita berada pada landasan yang tepat untuk masa depan.  Jumlah kenderaan di jalan raya di negeri ini juga semakin meningkat.

“Kita perlu melakukan yang terbaik bagi mengatasi keadaan ini.  Di seluruh dunia, penggunaan kenderaan bertenaga elektrik semakin meningkat kerana ia dilihat lebih mesra alam untuk alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan e-Bus di Wisma Tun Fuad Stephens disini hari ini yang diwakili pembantunya Datuk Joniston Bangkuai.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif QSB Mohd Shukor Abdul Mumin; Pengarah QSB Datuk Dr. Johnson Tee, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Rizal Dahli, Pengarah Eksekutif Gemilang Coachwork, Pang Jun Jie, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noredah Othman, Pengarah Lembaga Perlesenan Komersial Sabah Norsiah Patah dan Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Sr. Lifred Wong.

Jafry turut memuji langkah QSB yang bekerjasama dengan Gemilang Coachwork Sdn Bhd iaitu salah sebuah pengeluar badan bas e-Bus dan aluminium terkemuka di Asia.

Dalam pada itu, Shukor berkata, Sabah akan melangkah lebih maju apabila projek perintis e-Bus ini dimulakan yang akan memanfaatkan tenaga hijau bagi menggerakkan pengangkutan awam di negeri ini.

“QSB berbangga apabila dapat memainkan peranan dan usaha kerajaan negeri mempromosikan ekonomi hijau sejajar dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

“e-Bus ini juga akan membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih ekologi secara lestari dan membantu mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar.  Kami juga akan berusaha untuk melaksanakan inovasi secara berterusan melalui pelaburan strategik dan untuk membantu kerajaan Sabah dalam usaha membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, QSB turut terbuka dan bersedia untuk melaksanakan inisiatif strategik untuk kepentingan rakyat di negeri Sabah.

E-Bus dijangka akan mula digunakan selepas koordinasi dengan pihak berkuasa dimuktamadkan bagi menampung pergerakan ribuan pengguna yang tinggal di Kota Kinabalu dan percubaan e-Bus dijangka bermula pada bulan Disember.

Selain menyediakan perjalanan ‘hijau’, e-Bus dengan kapasiti sehingga 66 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga emas dan orang kurang upaya di kerusi roda kerana dilengkapi dengan laluan menaiki kenderaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/sabah-lancar-bas-elektrik-mahu-lebih-banyak-pihak-teroka-pengangkutan-awam-berteknologi-hijau/feed/ 0 7434
Semua Pemandu,Pembantu & Petugas Kenderaan Awam Perlu Lengkap Vaksinasi https://sabahmedia.com/2021/09/06/semua-pemandupembantu-petugas-kenderaan-awam-perlu-lengkap-vaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/semua-pemandupembantu-petugas-kenderaan-awam-perlu-lengkap-vaksinasi/#respond Mon, 06 Sep 2021 13:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5933
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Semua pemandu dan pembantu serta petugas kenderaan awam seperti bas henti-henti dan bas sekolah, teksi serta perkhidmatan e-hailing hendaklah lengap divaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, syarat tambahan ini akan mula dikuatkuasakan secara ketat mulai 16 September ini.

“Ini adalah syarat tambahan baharu kepada syarat-syarat sedia ada dalam prosedur standard operasi (SOP) yang sedang berkuatkuasa, antaranya ialah pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.

“Selain itu, adalah juga diingatkan kembali bahawa semua perkhidmatan bas henti-henti dihadkan ke kapasiti 50 peratus sahaja, manakala untuk teksi dan e-hailingpula dihadkan maksimum hanya dua orang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak empat lokaliti di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Rabu ini hingga 21 September.

Katanya, PKPD di negeri ini membabitkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud; Kampung Pahu Pinawantai, Ranau serta Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Masidi berkata, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Papar yang sepatutnya tamat hari ini akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 21 September.

Katanya, sebanyak 18 lokaliti yang sebelum ini dikenakan PKPD akan ditamatkan esok mengikut jadual.

“Ia membabitkan Kampung Kota Tuaran, Tuaran; Taman Kinarut Ria dan Kampung Mondikot masing-masing di Papar serta Ladang Mawang, Kalabakan.

“Lokaliti di Penampang pula di Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama Penampang, selain Kem Sawmill (kilang papan) Mengayam Sri Arjuna, Sipitang.

“Di Tawau, Taman Ranggu Saujana; Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon, manakala di Kinabatangan di Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin,” katanya.

Katanya, lokaliti di Lahad Datu pula Perumahan Ladang FELDA Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu.

“Kita juga tamatkan PKPD di Kampung Manggaris 2, Kota Maradu, Sabah hari ini lebih awal daripada dijadual pada Sabtu ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/semua-pemandupembantu-petugas-kenderaan-awam-perlu-lengkap-vaksinasi/feed/ 0 5933
300 Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah Daerah Sandakan Terima Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/08/13/300-pemandu-teksi-dan-bas-sekolah-daerah-sandakan-terima-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/300-pemandu-teksi-dan-bas-sekolah-daerah-sandakan-terima-bantuan-bakul-makanan/#respond Fri, 13 Aug 2021 10:05:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4555
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Seramai 300 pemandu teksi dan bas sekolah daerah Sandakan menerima sumbangan bakul makanan daripada Bintulu Port Holding yang diadakan secara pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan pagi tadi.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Malaysia, Ling Tian Soon bersama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung.

Program tersebut telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Bas Sekolah Daerah Sandakan dan Persatuan Teksi Seluruh Sabah serta sokongan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Operasi Lapangan Terbang Sandakan, Gazzalih Hussain, Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah, Hiew Su Vun serta Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Seluruh Sabah, Lee Man Keong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/300-pemandu-teksi-dan-bas-sekolah-daerah-sandakan-terima-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 4555