basikal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Oct 2021 00:33:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png basikal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 130 Peserta Sertai Program Etika Kayuhan & Keselamatan Berbasikal https://sabahmedia.com/2021/10/29/130-peserta-sertai-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/ https://sabahmedia.com/2021/10/29/130-peserta-sertai-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/#respond Fri, 29 Oct 2021 03:03:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8019
Read Time:1 Minute, 30 Second

LAHAD DATU : Seramai 130 peserta sekitar daerah ini telah menyertai Program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal sempena Pembudayaan Norma Baharu.

Program sehari itu dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Bahagian Pantai Timur Lahad Datu.

Setiausaha Kelab Berbasikal Felda Sahabat Yandy Merika berkata, penganjuran program itu merupakan kesinambungan daripada Bengkel Etika dan Keselamatan Berbasikal yang diadakan pada Rabu lalu.

Katanya, penganjuran program kayuhan itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan.

“Program ini merupakan insiatif KBSS dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas bersesuaian dengan objektif kerajaan yang memperkenalkan program ‘Sukan untuk Semua’ dan ‘Malaysia Cergas’ disamping membentuk etika berbasikal yang baik dan selamat di jalan raya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy turut menyempurnakan cabutan pengunjung bertuah

“Bagi pihak KBSS, saya merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini di Daerah Lahad Datu,” katanya kepada Sabah Media disini semalam.

Yandy turut berharap pengiat sukan berbasikal dapat mengamalkan keselamatan yang sempurna demi keselamatan semua pihak ketika berbasikal.

Terdahulu, program itu dirasmikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy.

Pelepasan kayuhan  dilepaskan Pegawai KBSS Bahagian Pantai Timur Sabah Irwan Iskandar bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Momen Anchai bermula jam 7 pagi disini semalam.

Kayuhan sejauh 30 Kilometer itu turut disertai Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pengarah FELDA Wilayah Dan Pengurusan FELDA Wilayah Sahabat Yusof Ismail.

Sebagai pematuhan kepada SOP, peserta kayuhan dibahagikan dalam kumpulan kecil dan dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing.

Para peserta juga diwajibkan mematuhi semua peraturan yang telah dipelajari dalam Bengkel Bimbingan Etika dan Keselamatan Berbasikal.

Hadir sama Penolong Setiausaha Sukan KBSS Sabdali Yusof; Pegawai Sukan Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau Junaidi Abbas dan Pegawai KBSS Daerah Semporna Marasun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/29/130-peserta-sertai-program-etika-kayuhan-keselamatan-berbasikal/feed/ 0 8019
OLIMPIK: Muhammad Shah Firdaus Akan Sertai Perlumbaan Esok https://sabahmedia.com/2021/08/07/olimpik-muhammad-shah-firdaus-akan-sertai-perlumbaan-esok/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/olimpik-muhammad-shah-firdaus-akan-sertai-perlumbaan-esok/#respond Sat, 07 Aug 2021 13:50:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4251
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Perkhabaran gembira buat seluruh rakyat Malaysia selepas pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan dia akan menyertai saingan suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik 2020, esok.

Perkara itu dimaklumkan Shah Firdaus menerusi kenyataan ringkas pada akaun Insta Story miliknya, hari ini, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mengambil berat mengenai dirinya.

Pelumba berusia 25 tahun itu bagaimanapun meminta semua penyokong tidak menghukum mana-mana pelumba susulan kemalangan yang menimpanya ketika saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu, hari ini.

“Alhamdulillah saya dalam keadaan baik. Terima kasih atas sokongan dan keperihatinan anda. Keputusan x-ray dan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) menunjukkan saya OK dan saya boleh menyertai perlumbaan esok.

“Kepada semua penyokong saya, tolong jangan menghukum mana-mana pelumba. Kemalangan terjadi di trek perlumbaan terutama dalam acara keirin.

“Namun, tiada siapa yang mahu menyebabkan kemalangan dengan sengaja, ia sebahagian daripada perlumbaan dan setiap orang mahu menang. Doakan untuk saya pulih dan saya akan cuba buat yang terbaik esok,” katanya.

Pelumba berbasikal trek Great Britain, Jack Carlin menjadi mangsa kecaman netizen Malaysia di media sosial selepas dia didakwa menjadi punca Shah Firdaus terbabit kemalangan dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas perlumbaan. BERITA HARIAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/olimpik-muhammad-shah-firdaus-akan-sertai-perlumbaan-esok/feed/ 0 4251
Acara Keirin Jadi Tumpuan Malaysia Di Olimpik Tokyo Hari Ini https://sabahmedia.com/2021/08/07/acara-keirin-jadi-tumpuan-malaysia-di-olimpik-tokyo-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/acara-keirin-jadi-tumpuan-malaysia-di-olimpik-tokyo-hari-ini/#respond Sat, 07 Aug 2021 02:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4184
Read Time:1 Minute, 15 Second

Cyberjaya : Tempoh rehat sehari semalam digunakan sepenuhnya Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom untuk menambah tenaga dalam misi memburu pingat emas acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas ‘mengorbankan’ perlumbaan pecut bagi menyimpan tenaga, Azizulhasni berkata rehat sehari itu digunakan untuk mengambil lebih banyak nutrisi, melakukan regangan­ serta mencatur strategi sebelum memulakan misi memburu pi­ngat keirin hari ini katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan hari ini.

“Kami top up nutrisi, kena makan cukup, buat regangan dan banyak rehat kerana kami sudah menempuh dua hari perlumbaan yang hebat (pecut). Ia bagus walaupun penat tapi kami seperti membuka enjin untuk keirin dan saya pun tidaklah terlalu penat.

“Kami tahu harapan yang diberikan dan sebagainya tapi bila sudah berada di tempat pertan­dingan, saya bersedia untuk menang emas.

“Saya lihat peluang bawa pulang emas tinggi, apa yang saya harapkan saya dan Shah dapat masuk ke final. Itu langkah pertama,” katanya.

Saingan tampak terbuka, malah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland yang memenangi kedudukan 1-2 dalam pecut semalam mampu menjadi pencabar sekali lagi.

Shah Firdaus akan beraksi pada saringan kedua bersama Matthew Richardson (Austra­lia), Hugo Barrette (Kanada), Jack Carlin (Jerman) dan Sergey Ponomaryov (Kazakhstan).

Azizulhasni pula berenap di serangan ketiga bersama Sebastien Vigier (Perancis), Stefan Boetticher (Jerman), Patryk Rajkowski (Poland), Jean Spies (Afrika Selatan) serta Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago.

Dua pelumba terbaik di peringkat saringan akan layak secara automatik ke suku akhir esok manakala yang kalah perlu melalui repechage untuk menempatkan diri dalam kalangan 18 pelumba terbaik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/acara-keirin-jadi-tumpuan-malaysia-di-olimpik-tokyo-hari-ini/feed/ 0 4184