Bataras – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Aug 2026 09:02:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bataras – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bataras tawar diskaun hingga 30 peratus barangan segar https://sabahmedia.com/2026/08/28/bataras-tawar-diskaun-hingga-30-peratus-barangan-segar/ https://sabahmedia.com/2026/08/28/bataras-tawar-diskaun-hingga-30-peratus-barangan-segar/#respond Fri, 28 Aug 2026 09:02:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102401
Read Time:1 Minute, 8 Second

PAPAR: Pengguna di Sabah berpeluang menikmati harga lebih rendah bagi 30 jenis barangan segar menerusi Kempen Turun Harga Barangan Segar @ Bataras, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kempen berkenaan berlangsung dari 28 Ogos hingga 31 Oktober 2026 di kesemua 58 cawangan Pasar Raya Bataras di seluruh Sabah.

Katanya, harga barangan terpilih ditawarkan antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga asal, sekali gus membantu mengurangkan perbelanjaan harian pengguna.

“Ini merupakan antara ikhtiar bersama dalam membantu meringankan kos perbelanjaan barangan keperluan rakyat.

“Usaha murni ini wajar diperluaskan dan dicontohi lebih ramai pemain industri termasuk subsektor peruncitan lain sebagai manifestasi tanggungjawab bersama dalam memelihara kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Armizan berkata, KPDN mengalu-alukan pelaksanaan kempen berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha bersama kerajaan dan pemain industri menangani cabaran kos sara hidup.

Menurutnya, pendekatan seluruh negara (whole-of-nation) penting bagi memastikan semua pihak memainkan peranan dalam membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Armizan memaklumkan beliau tidak dapat menghadiri pelancaran kempen di Pasar Raya Bataras, Papar berikutan tugasan di Putrajaya.

Pelancaran kempen berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

Armizan turut merakamkan penghargaan kepada Pengiran Saifuddin serta Bataras Sdn Bhd atas komitmen melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/28/bataras-tawar-diskaun-hingga-30-peratus-barangan-segar/feed/ 0 102401
Kempen Turun Harga Bataras bantu rakyat, KPDN gesa lebih banyak syarikat tampil https://sabahmedia.com/2026/04/26/kempen-turun-harga-bataras-bantu-rakyat-kpdn-gesa-lebih-banyak-syarikat-tampil/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/kempen-turun-harga-bataras-bantu-rakyat-kpdn-gesa-lebih-banyak-syarikat-tampil/#respond Sun, 26 Apr 2026 06:51:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95588
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengalu-alukan inisiatif sektor peruncitan seperti Kempen Turun Harga anjuran Bataras Sdn. Bhd. yang dilihat mampu membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kempen berkenaan menawarkan diskaun antara tiga hingga 70 peratus melibatkan kira-kira 9,000 item di semua rangkaian pasar raya Bataras di Sabah dan Labuan.

Menurutnya, program yang telah bermula pada 15 April lalu itu akan berlangsung sehingga 30 Jun 2024, sekali gus memberi lebih pilihan kepada pengguna mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.

“Kerajaan amat mengalu-alukan ikhtiar seperti ini kerana ia sejajar dengan pendekatan ‘whole-of-nation’ dalam menangani isu kos sara hidup, iaitu bukan hanya melibatkan kerajaan, tetapi turut memerlukan penyertaan industri dan masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Kempen Turun Harga di Pasar Raya Bataras di sini, hari ini.

Bataras, sebuah syarikat tempatan yang diasaskan pada 1998 di Labuan, kini memiliki 58 cawangan di Sabah dan Labuan serta merancang menambah enam lagi cawangan tahun ini.

Mengulas lanjut, Armizan menyeru lebih banyak syarikat khususnya dalam sektor peruncitan untuk mencontohi usaha berkenaan, meskipun berdepan cabaran ekonomi semasa.

Katanya, situasi global termasuk konflik di Asia Barat turut memberi kesan kepada rantaian bekalan dan harga barangan di pasaran.

“Konflik ini bukan sahaja menjejaskan bekalan tenaga, malah turut meningkatkan kos logistik dan premium insurans bagi penghantaran, sekali gus memberi tekanan kepada harga barang,” katanya.

Beliau berkata, kesan rantaian itu turut dirasai dalam sektor pengeluaran bahan pembungkusan seperti plastik yang berasaskan petrokimia.

“Apabila bekalan plastik berkurangan dan kos meningkat, ia secara langsung memberi kesan kepada harga barangan harian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerjasama semua pihak termasuk pemain industri amat penting dalam memastikan usaha menstabilkan harga dan mengurangkan beban rakyat dapat dilaksanakan secara berkesan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/kempen-turun-harga-bataras-bantu-rakyat-kpdn-gesa-lebih-banyak-syarikat-tampil/feed/ 0 95588