batu sapi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Nov 2025 10:09:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png batu sapi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keselamatan komuniti jadi keutamaan di PPR Taman Batu Sapi https://sabahmedia.com/2025/11/01/keselamatan-komuniti-jadi-keutamaan-di-ppr-taman-batu-sapi/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/keselamatan-komuniti-jadi-keutamaan-di-ppr-taman-batu-sapi/#respond Sat, 01 Nov 2025 10:09:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84702
Read Time:50 Second

BATU SAPI: Program Kesedaran Keselamatan Komuniti 2025 telah dilangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna PPR Taman Batu Sapi di sini, hari ini.

Program yang dianjurkan bagi penduduk setempat itu bertujuan meningkatkan kewaspadaan terhadap aspek keselamatan rumah, kawasan kejiranan, serta langkah pencegahan jenayah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sekong, Safaruddin Abu, yang mewakili Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Dalam ucapannya, Safaruddin menegaskan bahawa kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan pimpinan Gagasan Rakyat Parlimen Batu Sapi dan kerajaan untuk sentiasa berdampingan dengan rakyat.

“Komitmen ini penting bagi memastikan program-program kesejahteraan dan keselamatan masyarakat dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sampai kepada yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, melalui inisiatif sebegini, penduduk bukan sahaja menerima maklumat penting mengenai keselamatan, malah berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak pimpinan dan wakil agensi-agensi yang terlibat.

Kehadiran penduduk yang menggalakkan ke program tersebut membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap isu keselamatan dan nilai program seumpamanya dalam membina komuniti yang lebih selamat dan prihatin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/keselamatan-komuniti-jadi-keutamaan-di-ppr-taman-batu-sapi/feed/ 0 84702
30 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Batu Sapi Pagi Tadi https://sabahmedia.com/2021/04/21/30-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-sapi-pagi-tadi/ https://sabahmedia.com/2021/04/21/30-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-sapi-pagi-tadi/#respond Wed, 21 Apr 2021 04:25:05 +0000 http://sabahmedia.com/?p=357
Read Time:1 Minute, 15 Second

 Kira-kira 30 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi dekat sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Martin Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.55 pagi dan sepasukan bomba dengan empat jentera tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.

“Anggaran keluasan kebakaran adalah 100 x 200 meter dengan anggaran rumah terbakar sebanyak 30 buah jenis tidak kekal.

“Kami telah mengambil sumber air daripada tangki air sejauh 1,300 kaki (396.24 meter) daripada lokasi kebakaran kerana pada ketika kejadian air laut telah surut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 9.17 pagi dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dalam siasatan.

Martin berkata pihaknya dengan bantuan penduduk kampung turut melaksanakan “firebreak” iaitu kaedah memutuskan kemerebakan api dengan merobohkan rumah dan jambatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Alias Sani berkata kebanyakan mangsa akan ditempatkan di dewan serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, manakala sebahagian kecil ditempatkan di balai raya kampung terjejas dan rumah saudara mara.

Seorang penduduk Mohd Zam Abdul, 60, yang tinggal di kampung itu sejak lebih 20 tahun, berkata kejadian kebakaran itu merupakan yang kedua berlaku selepas 2018.

Beliau yang tinggal bersama isteri dan enam anaknya berjaya menyelamatkan diri bersama enam ekor kucing peliharaan mereka.

Beliau turut membantu penduduk kampung lain untuk merobohkan rumah atas air terlibat bagi mengelak kebakaran merebak ke rumah lain di kampung itu.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/04/21/30-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-batu-sapi-pagi-tadi/feed/ 0 357