Bawang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 May 2026 07:32:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bawang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kundasang berpotensi jadi hab pengeluaran bawang merah negara https://sabahmedia.com/2026/05/23/kundasang-berpotensi-jadi-hab-pengeluaran-bawang-merah-negara/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/kundasang-berpotensi-jadi-hab-pengeluaran-bawang-merah-negara/#respond Sat, 23 May 2026 07:31:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97192
Read Time:1 Minute, 54 Second

KUNDASANG: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara menerusi pembangunan Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah MARDI di Kundasang yang berpotensi menjadi antara hab pengeluaran bawang merah strategik negara menjelang 2030.

Komitmen itu dizahirkan menerusi lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin ke projek berkenaan di Kampung Mesilou bagi meninjau perkembangan pelaksanaan pengeluaran benih bawang merah bersama usahawan tani bimbingan MARDI.

Lawatan itu sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memperkasa industri bawang merah tempatan melalui penghasilan benih berkualiti tinggi, peningkatan produktiviti serta pengurangan kebergantungan terhadap import bawang.

Dalam kenyataan media hari ini, Chan berkata beliau turut diberikan taklimat mengenai kemajuan projek termasuk penggunaan varieti bawang merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang dibangunkan khusus untuk menyokong pengeluaran bawang tempatan secara lebih mampan dan kompetitif.

Beliau turut melawat kawasan tanaman bawang serta Rumah Pengeringan dan Penyimpanan Benih Bawang Merah yang dibangunkan MARDI sebagai infrastruktur sokongan bagi memastikan pengeluaran benih dapat dilaksanakan secara konsisten dan memenuhi standard kualiti ditetapkan.

Kemudahan bernilai RM523,000 itu berfungsi sebagai pusat pengendalian, pengeringan dan penyimpanan benih sebelum diedarkan ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Inisiatif itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus menjelang 2030 selain memastikan industri bawang negara terus relevan, mampan dan berdaya saing.

Projek pengeluaran benih bawang merah itu dilaksanakan bersama usahawan bimbingan MARDI, Shahrizal Denci yang mula terlibat dalam program berkenaan pada 2024.

Sepanjang dua musim penanaman terdahulu, beliau berjaya menghasilkan 20 metrik tan bawang merah di kawasan seluas lima ekar.

Seiring perkembangan projek, kawasan penanaman kini diperluaskan secara berperingkat sehingga mencapai 40 ekar menjelang 2030 dengan sasaran pengeluaran keseluruhan sehingga 200 metrik tan.

Pembangunan berskala besar itu dijangka mampu meningkatkan bekalan bawang merah tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bawang.

Selain memperkukuh pengeluaran benih tempatan, projek berkenaan turut menjadi model kerjasama strategik antara kerajaan, institusi penyelidikan dan komuniti tani dalam membangunkan ekosistem industri bawang merah yang lebih moden, berdaya tahan dan bernilai tinggi.

MARDI akan terus komited memperkasa pembangunan teknologi pertanian, pemindahan inovasi serta sokongan teknikal kepada komuniti tani bagi memastikan industri bawang merah tempatan terus berkembang secara mampan dan menyumbang kepada agenda sekuriti makanan negara.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/kundasang-berpotensi-jadi-hab-pengeluaran-bawang-merah-negara/feed/ 0 97192
Empat usahawan tani bawang merah terima Geran RM215,000 https://sabahmedia.com/2025/10/04/empat-usahawan-tani-bawang-merah-terima-geran-rm215000/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/empat-usahawan-tani-bawang-merah-terima-geran-rm215000/#respond Sat, 04 Oct 2025 10:00:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82532
Read Time:3 Minute, 17 Second

KUNDASANG: Seramai empat usahawan tani bawang merah menerima Geran Usahawan Perintis berjumlah RM215,000 bagi aktiviti yang melibatkan pengeluaran benih bawang merah di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Arthur (dua kiri) dan lain-lain menunjukkan bawang merah yang ditanam di Kundasang.

Penyampaian geran tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika lawatan rasminya ke Plot Pengeluaran Benih Bawang Merah Usahawan Tani di bawah bimbingan MARDI di Kg Tanah Merah, Mesilou, Kundasang, Sabah pada Sabtu.

Menurut beliau, geran itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memperkukuhkan jaringan usahawan tani bawang merah tempatan serta meningkatkan kapasiti pengeluaran benih di Sabah.

Antara usahawan bawang merah di bawah bimbingan MARDI yang menerima geran itu ialah Shahrizal Denci, yang telah mengusahakan penanaman seluas 5 ekar dengan hasil 20 metrik tan bagi dua musim penanaman.

Shahrizal kini dalam usaha memperluaskan kawasan penanaman kepada 40 ekar bermula Oktober 2025, dengan sasaran pengeluaran sehingga 200 metrik tan.

Penerima lain termasuk Hezzro Abie dari Kg Kirokot Tambunan, Mohd Roslie Ahmaddani dari Kg Marasinsim Kota Marudu dan Justin Sansalu dari Kg Batu 3 Paitan.

Dalam pada itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, Sabah merupakan antara negeri berpotensi tinggi untuk penanaman bawang merah kerana faktor agroiklim tanah tinggi di Kundasang, Tambunan, Ranau serta beberapa kawasan lain yang mempunyai suhu sederhana dan tanah yang subur.

Menurut beliau, potensi ini diyakini mampu melonjakkan Sabah sebagai negeri peneraju pengeluaran bawang merah negara.

Katanya, pada masa ini, sebahagian besar keperluan bawang merah negara masih diimport, namun usaha berterusan sedang dijalankan bagi meningkatkan pengeluaran tempatan.

“Sehingga tahun 2025, keluasan penanaman bawang merah di Sabah dianggarkan sekitar 7 ekar yang melibatkan lebih 15 orang usahawan tani, termasuk projek rintis di bawah bimbingan MARDI.

“Dengan sokongan kerajaan, keluasan ini dijangka berkembang kepada lebih 100 hektar menjelang 2030, sekaligus berpotensi mengurangkan import sehingga 30 peratus,” katanya.

Selain itu, Arthur berkata, hasil penyelidikan varieti baharu oleh MARDI telah membuktikan bahawa bawang merah tempatan mampu mencapai hasil antara 4 hingga 6 metrik tan sehektar, bergantung kepada amalan agronomi dan pengurusan ladang yang baik.

“MARDI telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi peneraju dalam pengeluaran benih bawang merah negara melalui fasa pra-pengkomersialan (2024–2025) dan fasa pengkomersialan (2026–2030).

“Tiga varieti baharu iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 diperkenalkan hasil penyelidikan intensif, sesuai dengan agroiklim tempatan serta berdaya hasil tinggi.

“Setakat ini, seramai 15 usahawan tani telah dibangunkan sebagai rakan strategik MARDI bagi menghasilkan benih bawang merah tempatan, termasuk beberapa pengusaha dari Sabah,” katanya.

Tambahnya, MARDI akan terus menyediakan sokongan teknikal termasuk aspek agronomi, kawalan penyakit, pengurusan ladang dan penggunaan benih berkualiti bagi memastikan projek ini berdaya maju.

Berkenaan lawatan itu, Arthur memberitahu bahawa lawatan bertujuan memberi sokongan berterusan terhadap pembangunan usahawan tani bawang merah di bawah bimbingan MARDI, khususnya dalam memperkasa pengeluaran benih bawang merah tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada beliau untuk meninjau secara langsung keberkesanan projek perintis pengeluaran benih bawang merah di Kundasang, termasuk penggunaan varieti BAW-1, BAW-2 dan BAW-3, serta menilai potensi pengembangan ke skala yang lebih besar.

Di samping itu, lawatan tersebut juga mengiktiraf kejayaan usahawan tani tempatan yang telah menunjukkan hasil memberangsangkan dalam industri bawang merah, seterusnya memberi inspirasi dan galakan kepada usahawan lain untuk menceburi sektor pertanian bernilai tinggi.

Pada masa yang sama, ia dapat mewujudkan sinergi antara kerajaan, agensi penyelidikan dan komuniti tani dalam usaha memperkukuhkan ekosistem bawang merah di Sabah melalui sokongan teknikal, insentif dan pemindahan teknologi.

Secara keseluruhannya, lawatan ini menyokong agenda keterjaminan makanan negara melalui pembangunan pusat pengeluaran bawang merah strategik di Kundasang, yang berpotensi menjadi hab pengeluaran utama negara menjelang tahun 2030.

“Lawatan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan ekosistem bawang merah tempatan dan menjadikan Kundasang sebagai hab pengeluaran utama negara menjelang 2030,” jelas Arthur.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani bersama pengurusan tertinggi MARDI serta wakil-wakil usahawan tani bawang merah tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/empat-usahawan-tani-bawang-merah-terima-geran-rm215000/feed/ 0 82532