Bayaran Interim Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Jul 2026 06:43:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bayaran Interim Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Sabah tuntut baki RM900 juta Pemberian Khas https://sabahmedia.com/2026/07/20/dun-sabah-sabah-tuntut-baki-rm900-juta-pemberian-khas/ https://sabahmedia.com/2026/07/20/dun-sabah-sabah-tuntut-baki-rm900-juta-pemberian-khas/#respond Mon, 20 Jul 2026 06:43:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100188
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah menerima bayaran interim Pemberian Khas berjumlah RM600 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2026.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Mohd Ishak Ayub berkata, Kerajaan negeri juga kini memohon agar baki RM900 juta disalurkan dalam tahun ini, sekali gus melengkapkan jumlah interim RM1.5 bilion yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, pengumuman peningkatan bayaran interim Pemberian Khas Sabah kepada RM1.5 bilion dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 pada 30 Mei lalu.

Susulan pengumuman tersebut, beberapa siri surat-menyurat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah telah berlangsung pada 9 Jun, 19 Jun dan 26 Jun 2026 bagi membincangkan pelaksanaan bayaran berkenaan.

“Bayaran interim pertama sebanyak RM600 juta diterima pada 12 Jun 2026, manakala permohonan telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan supaya baki RM900 juta disalurkan dalam tahun yang sama.

“Pada masa sama, persetujuan terhadap kadar interim RM1.5 bilion itu hanyalah satu penyelesaian sementara dan tidak boleh dianggap sebagai persetujuan terhadap amaun muktamad Pemberian Khas yang sepatutnya diterima Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tamparuli) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Isnin

Ishak berkata, persetujuan tersebut dibuat tanpa menjejaskan hak-hak Perlembagaan Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, selain tidak menghalang usaha meneruskan rundingan berhubung pelaksanaan formula 40 peratus bagi menentukan jumlah sebenar Pemberian Khas.

Menurutnya, Kerajaan Sabah turut menegaskan pendirian bahawa formula 40 peratus yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.

“Sekiranya persetujuan mengenai amaun muktamad Pemberian Khas gagal dicapai melalui rundingan, kerajaan negeri berpandangan bahawa pelantikan seorang penaksir bebas, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan, perlu dilaksanakan bagi menentukan jumlah yang sewajarnya diterima Sabah,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/20/dun-sabah-sabah-tuntut-baki-rm900-juta-pemberian-khas/feed/ 0 100188
Bayaran interim RM1.5 bilion bukti rundingan GRS bawa hasil untuk Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/30/bayaran-interim-rm1-5-bilion-bukti-rundingan-grs-bawa-hasil-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/30/bayaran-interim-rm1-5-bilion-bukti-rundingan-grs-bawa-hasil-untuk-sabah/#respond Sat, 30 May 2026 10:27:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97529
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyifatkan peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sebagai bukti pendekatan rundingan yang dibawa Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, membuahkan hasil.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menunjukkan hubungan baik serta kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berjaya memberikan manfaat nyata kepada rakyat Sabah.

Menurutnya, peningkatan bayaran interim itu turut menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri gagal memperjuangkan hak Sabah.

“Hakikatnya, perjuangan hak Sabah bukan diukur melalui laungan politik atau kenyataan beremosi di media sosial, tetapi berdasarkan hasil yang dapat dibawa pulang untuk negeri dan rakyat.

“Peningkatan bayaran ini membuktikan tuntutan Sabah terus didengar, dipertimbangkan dan diterjemahkan kepada komitmen kewangan yang lebih besar oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, proses menuntut dan memuktamadkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan, melibatkan pelbagai aspek perundangan, fiskal, pentadbiran serta hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, rundingan memerlukan kesabaran, ketelitian dan saling menghormati antara kedua-dua pihak bagi memastikan penyelesaian yang dicapai dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Kerajaan Negeri memilih pendekatan yang matang dengan terus mempertahankan hak Sabah secara tegas, namun pada masa sama menjaga hubungan kerja yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Pendekatan ini membolehkan rundingan diteruskan, ruang penyelesaian dibuka dan hasil interim yang lebih besar diperoleh sementara formula muktamad dimuktamadkan,” katanya.

Nizam berkata, walaupun bayaran interim RM1.5 bilion bukan penyelesaian akhir, ia merupakan perkembangan penting dalam usaha menuntut hak Sabah.

Beliau turut mengambil maklum penegasan Perdana Menteri bahawa pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah bukan lagi persoalan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak, sebaliknya hanya menunggu pemuktamadan mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.

Katanya, perkembangan itu amat signifikan dalam sejarah perjuangan MA63 dan membuktikan kerajaan negeri tidak pernah berdiam diri dalam memperjuangkan hak Sabah.

“Rundingan terus berjalan, tuntutan terus dibawa dan hasilnya semakin dapat dilihat secara berperingkat.

“Dalam isu besar seperti ini, kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh bertindak secara tergesa-gesa atau hanya mengejar kepentingan politik jangka pendek. Apa yang penting ialah memastikan keputusan yang dibuat kukuh, boleh dilaksanakan dan memberi manfaat jangka panjang kepada Sabah,” katanya.

Beliau berkata, Gagasan Rakyat akan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkan pelaksanaan hak 40 peratus itu secara segera, telus dan adil selaras dengan semangat MA63.

Menurutnya, pengumuman bayaran interim RM1.5 bilion membuktikan pendekatan rundingan yang dipilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukanlah jalan yang lemah, sebaliknya pendekatan yang mampu menghasilkan keputusan berkesan demi kepentingan Sabah dan rakyatnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/30/bayaran-interim-rm1-5-bilion-bukti-rundingan-grs-bawa-hasil-untuk-sabah/feed/ 0 97529