Bayaran STR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jan 2024 02:43:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bayaran STR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembayaran STR Fasa 1 bermula hari ini https://sabahmedia.com/2024/01/29/pembayaran-str-fasa-1-bermula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/29/pembayaran-str-fasa-1-bermula-hari-ini/#respond Mon, 29 Jan 2024 02:41:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48649
Read Time:36 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima, bermula hari ini.

Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF sebelum ini, kerajaan menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, berbanding bayaran maksimum RM300 tahun lepas.

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula, penerima layak menerima RM100 hingga RM300.

Dalam pada itu, penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima RM150 dan RM100. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/29/pembayaran-str-fasa-1-bermula-hari-ini/feed/ 0 48649