Bayi lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Apr 2025 10:13:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bayi lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan tangga rumah https://sabahmedia.com/2025/04/25/bayi-lelaki-ditemui-ditinggalkan-di-hadapan-tangga-rumah/ https://sabahmedia.com/2025/04/25/bayi-lelaki-ditemui-ditinggalkan-di-hadapan-tangga-rumah/#respond Fri, 25 Apr 2025 10:13:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72669
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.00 pagi daripada Ketua Kampung Lok Urai.

“Siasatan awal mendapati, sekitar jam 5.30 pagi, seorang lelaki tempatan telah menemui sebuah beg berwarna hijau mengandungi seorang bayi lelaki yang dibaluti kain batik, diletakkan di hadapan tangga rumahnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, individu terbabit kemudian membawa bayi itu ke beranda rumah dan memaklumkan penemuan tersebut kepada Ketua Kampung sebelum pihak polis dimaklumkan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

Kasim turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung atas tindakan pantas melaporkan kejadian itu, sambil menegaskan bahawa pembuangan bayi adalah satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak berperikemanusiaan.

“Pihak polis menyeru masyarakat agar sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang kejadian mencurigakan di kawasan masing-masing, serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/25/bayi-lelaki-ditemui-ditinggalkan-di-hadapan-tangga-rumah/feed/ 0 72669
Bayi lelaki baru lahir ditemui di bawah kolong rumah https://sabahmedia.com/2023/06/13/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-bawah-kolong-rumah/ https://sabahmedia.com/2023/06/13/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-bawah-kolong-rumah/#respond Tue, 13 Jun 2023 14:07:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36320
Read Time:1 Minute, 34 Second

PAPAR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan tanpa pakaian ditemui ditinggalkan di bawah kolong rumah tidak bernombor Lorong Seroja, Kampung Sapat dekat sini awal pagi tadi. (13 Jun).

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak polis menerima panggilan telefon dari pengadu pada jam 5.35 pagi tadi (13 Jun) mengenai penemuan bayi tersebut.

“Siasatan mendapati orang awam yabg juga saksi kejadian merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun, mengatakan pada 13 Jun 2023 jam lebih kurang 4.00 pagi bertempat di rumahnya beralamat Lorong Seroja Kampung Sapat Papar, dia bangun hendak ke tandas. Saksi kemudiannya terdengar suara bayi menangis di bawah kolong rumah.

“Setelah hampir sepuluh minit tangisan bayi itu tidak berhenti, saksi beranikan diri untuk turun ke bawah kolong rumah dan mendapati ada satu objek yang bergerak-gerak. Saksi terus ke arah objek tersebut, mendapati ia adalah seorang bayi yang di tinggalkan dalam keadaan tanpa seurat benang (tanpa pakaian) di atas tanah bawah kolong rumah saksi.

“Setelah itu saksi memanggil isterinya dan meminta membawa tuala untuk menyelimutkan bayi tersebut kerana kesejukan. Selepas itu, saksi telah menghubungi pihak polis dan bayi telah dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Kamaruddin, bayi yersebut telah di periksa oleh pegawai perubatan dan didapati bayi dilahirkan cukup sifat dan usia belum sampai 24 jam .

“Bayi dalam keadaan stabil dan dimasukkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Papar manakala pihak Kebajikan Daerah Papar telah dimaklumkan berkenaan kes ini,” jelasnya.

Kamaruddin berkata, setakat ini pihak polis sedang giat melakukan usaha untuk mengesan suspek terlibat.

“Orang awam dinasihatkan melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada maklumat berkenaan kes ini. Sekiranya ada maklumat boleh hubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar iaitu Sarjan Noor Azura Linggisan di talian 016-8262067.

“Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana telah sengaja menyembunyikan kelahiran bayi yang masih hidup,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/13/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-bawah-kolong-rumah/feed/ 0 36320
Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan atas reban ayam https://sabahmedia.com/2023/06/12/bayi-lelaki-baru-lahir-ditinggalkan-atas-reban-ayam/ https://sabahmedia.com/2023/06/12/bayi-lelaki-baru-lahir-ditinggalkan-atas-reban-ayam/#respond Mon, 12 Jun 2023 11:29:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36253
Read Time:1 Minute, 1 Second

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan tanpa sebarang pakaian ditemui ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, dekat sini pada awal pagi tadi (12 Jun).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian ini disedari oleh seorang lelaki warga tempatan yang berumur 51 tahun merupakan penduduk kampung berkenaan semasa melihat ke kawasan reban ayam miliknya pada jam 6.30 pagi tadi.

Dr. Rohan berkata, sebaik menerima maklumat mengenai penemuan bayi tersebut, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi lelaki yang seberat tiga kilogram itu telah dibawa ke hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Rohan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana penjaga yang bertanggunjawab menjaga bayi tersebut dengan niat hendak membuang bayi terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dihukum
penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan
kedua-duanya.

“Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian Hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/12/bayi-lelaki-baru-lahir-ditinggalkan-atas-reban-ayam/feed/ 0 36253