Bayi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Dec 2025 07:58:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bayi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bayi lelaki baru lahir ditemui di Taman Awam Teluk Likas https://sabahmedia.com/2025/12/21/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-taman-awam-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2025/12/21/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-taman-awam-teluk-likas/#respond Sun, 21 Dec 2025 07:58:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88682
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di kawasan Taman Awam Teluk Likas, di sini, awal pagi Sabtu (20 Dis).

Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan selepas makluman awal diterima kira-kira jam 6.30 pagi hasil panggilan telefon daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, hasil siasatan awal mendapati bayi terbabit dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemukan.

Menurutnya, bayi itu ditemui dalam keadaan masih bernyawa, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak ambulans telah segera dipanggil ke lokasi dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Likas bagi mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada saksi mata yang melihat kejadian itu, selain kawasan berkenaan tidak dilengkapi kemudahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan individu yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut memaklumkan kejadian berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan susulan berkaitan kebajikan bayi terbabit.

Polis Daerah Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, SM Rosmah Pg Hasim di talian 011-316 7612.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi semua pihak yang terlibat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/21/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-taman-awam-teluk-likas/feed/ 0 88682
Wanita ditahan berkaitan kes kematian bayi dibuang https://sabahmedia.com/2025/07/22/wanita-ditahan-berkaitan-kes-kematian-bayi-dibuang/ https://sabahmedia.com/2025/07/22/wanita-ditahan-berkaitan-kes-kematian-bayi-dibuang/#respond Tue, 22 Jul 2025 10:45:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77737
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Seorang wanita tempatan berusia 30 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki yang dipercayai dibuang sejurus selepas dilahirkan di Kampung Burung, Jalan Bakawali, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek ditahan pada 20 Julai lalu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, selepas siasatan awal mengaitkannya dengan insiden pembuangan bayi tersebut.

“Hasil siasatan mendapati wanita terbabit mengaku telah melahirkan bayi lelaki berkenaan di rumahnya, sebelum meninggalkannya di hadapan sebuah rumah di kawasan kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Bayi itu ditemui masih hidup oleh orang awam sekitar jam 3.06 pagi pada 18 Julai, dan pihak polis menerima maklumat melalui panggilan kecemasan yang kemudiannya membawa kepada penemuan bayi terbabit.

Bayi berkenaan segera dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama, jam 7.02 malam.

Pemeriksaan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan pramatang dan mempunyai berat badan yang terlalu rendah, menyumbang kepada kematiannya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” tambah Dzulbaharin.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Lahad Datu, dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/22/wanita-ditahan-berkaitan-kes-kematian-bayi-dibuang/feed/ 0 77737
Cuai jaga bayi, pengasuh didakwa https://sabahmedia.com/2025/06/18/cuai-jaga-bayi-pengasuh-didakwa/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/cuai-jaga-bayi-pengasuh-didakwa/#respond Wed, 18 Jun 2025 10:08:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75787
Read Time:58 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana kecuaian terhadap seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang berada di bawah jagaannya.

Cherries Ferreline, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, Cherries sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap bayi tersebut, telah bertindak secara cuai dengan cara yang boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pipi.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 17 Disember 2024, jam 5.33 petang di sebuah perumahan di dalam daerah Tuaran.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 17 Julai untuk pengurusan kes.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan.

Syarat tambahan turut dikenakan, antaranya tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis sekali sebulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sementara menunggu perbicaraan selesai.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan bagi pihak Bryan Francis.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/cuai-jaga-bayi-pengasuh-didakwa/feed/ 0 75787
Bayi lelaki baru lahir ditemui tepi jalan di Semporna https://sabahmedia.com/2025/03/10/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-tepi-jalan-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/03/10/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-tepi-jalan-di-semporna/#respond Mon, 10 Mar 2025 04:56:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70128
Read Time:53 Second

Oleh FLORIETA DIET

SEMPORNA: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dengan kain ditemukan oleh orang awam di tepi Jalan Kampung Keramat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol, berkata bayi itu ditemui pada Jumaat (7 Mac) lepas, di atas rumput kira-kira jam 1 petang.

“Orang awam yang menemui bayi itu segera melaporkan kejadian kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut.

“Bayi itu telah dibawa ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan perubatan segera. Doktor yang merawat bayi itu mengesahkan tiada kecederaan serius yang ditemui. Bayi itu, yang dianggarkan seberat 3.1 kg, kini berada di hospital untuk pemantauan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Polis Daerah Semporna memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan bayi ini untuk menyalurkan maklumat melalui talian Hotline IPD Semporna di 089-782020 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 013-7557293.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/10/bayi-lelaki-baru-lahir-ditemui-di-tepi-jalan-di-semporna/feed/ 0 70128
Ibu bawa bayi ke PPV untuk terima vaksin https://sabahmedia.com/2021/07/30/ibu-bawa-bayi-ke-ppv-untuk-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/ibu-bawa-bayi-ke-ppv-untuk-terima-vaksin/#respond Fri, 30 Jul 2021 10:09:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3799
Read Time:56 Second

RANAU: Meskipun mempunyai anak yang baru lahir berusia tiga bulan, ia tidak menghalang buat seorang ibu Adyrinah Sauti, 34, untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau.

Katanya yang telah menerima tarikh janji temu penerimaan vaksin itu mengakui rasa teruja untuk hadir bagi menerima vaksinasi COVID-19.

“Meskipun saya risau dengan situasi pandemik sekarang, saya tiada pilihan dan terpaksa membawa anak kecil ini kerana dia perlu diberikan penyusuan.

“Jika ditanya perasaan saya apabila menerima vaksin ini, memang saya akui ia sesuatu yang amat penting dan berharga kerana ia adalah demi kebaikan sendiri, keluarga dan komuniti,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Ibu yang berasal dari Kampung Tinanom, terletak kira-kira 85 kilometer dari Pekan Ranau itu menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer.

Bagaimanapun, bayi Adyrinah yang diberi nama Edna Jarry tidak menangis dan berasa selesa semasa berada di PPV tersebut.

Terdahulu, seramai hampir lebih 900 orang penduduk sekitar daerah ini hadir mendapatkan dos suntikan pertama di PPV berkenaan yang bermula kelmarin.

Penduduk yang hadir juga mula tiba di PPV berkenaan seawal jam 6.30 pagi selain ada yang turut menerima vaksin dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/ibu-bawa-bayi-ke-ppv-untuk-terima-vaksin/feed/ 0 3799