bazar ramadan kk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 Mar 2024 06:17:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bazar ramadan kk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiada kes pencemaran makanan di bazar Ramadan – DBKK https://sabahmedia.com/2024/03/28/tiada-kes-pencemaran-makanan-di-bazar-ramadan-dbkk/ https://sabahmedia.com/2024/03/28/tiada-kes-pencemaran-makanan-di-bazar-ramadan-dbkk/#respond Thu, 28 Mar 2024 06:15:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51780
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Tiada kes pencemaran makanan yang dilaporkan membabitkan bazar Ramadan dibawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sebelum ini telah mengambil sebanyak 80 sampel makanan.

Katanya, sampel itu diambil sepanjang dua minggu operasi bazar Ramadan dilaksanakan di sekitar ibu negeri.

“Jumlah sampel tersebut diambil melalui operasi DBKK bersama JKNS dan agensi-agensi lain adalah untuk memeriksa makanan yang dijual sekiranya terdapat sebarang kandungan tercemar oleh bakteria, seperti salmonella atau escherichia coli (e.coli). 

“Setakat ini hasil dari kajian sampel-sampel tersebut mendapati tidak ada sebarang pencemaran makanan yang dijual oleh peniaga-peniaga bazar Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa DBKK bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di sini, semalam.

Sabin berkata, pihaknya turut menugaskan pekerja DBKK untuk terus membersihkan tapak bazar sejurus sahaja tamat operasi penjualan bagi menjamin kebersihan tapak selepas bazar.

“Para peniaga bazar Ramadan juga sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh DBKK untuk membuang sisa makanan di tempat yang ditetapkan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/28/tiada-kes-pencemaran-makanan-di-bazar-ramadan-dbkk/feed/ 0 51780
15 lokasi bazar Ramadan dibuka sekitar bandar raya KK https://sabahmedia.com/2024/01/25/15-lokasi-bazar-ramadan-dibuka-sekitar-bandar-raya-kk/ https://sabahmedia.com/2024/01/25/15-lokasi-bazar-ramadan-dibuka-sekitar-bandar-raya-kk/#respond Wed, 24 Jan 2024 16:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48453
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka sebanyak 15 lokasi bazar Ramadan pada tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kebanyakan lokasi membabitkan tapak pasar malam dan kawasan letak kereta yang dijadikan lokasi sementara bazar.

“Lokasi utama bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini antaranya di Lintasan Deasoka (Jalan Gaya), Tanjung Aru, Sembulan, Damai dan Taman Indah Permai.

“Walaubagaimanapun, DBKK kini sedang mempertimbangkan untuk membuka lokasi bazar Ramadan baharu iaitu berhampiran Padang Merdeka atas permintaan yang agak menggalakkan daripada para peniaga,” katanya.

Beliau berkata deikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Sabin berkata, lokasi yang dicadangkan ini akan memberi peluang kepada peniaga dan pengunjung bazar Ramadan untuk membeli juadah seterusnya berbuka di kawasan tersebut.

Katanya, lebih 1,000 gerai dijangka akan ditawarkan kepada peniaga yang dibuka dari jam 2 petang hingga 7 malam.

Beliau berkata, kunjungan itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu ketujuh bagi menggantikan Datuk Noorliza Awang Alip berkuatkuasa 2 Januari lalu.

Sabin, 63, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan mempunyai pengalaman 40 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Hadir sama, isteri Sabin, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad Soffi dan Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbe

Turut mengunjungi Tun Juhar adalah rombongan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Sabah yang diketuai Chung Kee Shyong.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan kepada Tun Juhar tentang peranan pertubuhan tersebut selain mendapatkan pandangan beliau berkaitan peranan yang boleh dibantu oleh Pesuruhjaya Sumpah terutama dalam menangani isu pendaftaran lewat kelahiran yang banyak dialami oleh penduduk tempatan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/25/15-lokasi-bazar-ramadan-dibuka-sekitar-bandar-raya-kk/feed/ 0 48453