bazar ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Mar 2026 03:00:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bazar ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 1,000 penjaja meriahkan bazar Ramadan di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2026/03/05/lebih-1000-penjaja-meriahkan-bazar-ramadan-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2026/03/05/lebih-1000-penjaja-meriahkan-bazar-ramadan-di-kota-kinabalu/#respond Thu, 05 Mar 2026 03:00:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92662
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempergiat pemantauan di semua tapak Bazar Ramadan sekitar bandar raya bagi memastikan lebih 1,000 penjaja yang terlibat mematuhi garis panduan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, sebanyak lebih 400 gerai beroperasi tahun ini dengan tiga bazar di bawah seliaan DBKK dan 16 lagi dikendalikan oleh syarikat yang dilantik.

Sabin Samitah

Beliau berkata, pemantauan di bazar Ramadan memberi penekanan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan termasuk penggunaan penutup makanan, kebersihan pakaian pengendali, serta kaedah penyediaan dan penyimpanan bahan mentah.

“Selain itu, pemantauan harga turut dilakukan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tidak munasabah. DBKK juga memastikan tiada makanan yang tidak dibenarkan dijual di tapak bazar.

Sabin ketika meninjau salah satu gerai di Bazar Ramadan di Lintasan Deasoka – Foto Alexter Rosalia

“Dari sudut pengurusan sisa, semua penjaja diwajibkan memasukkan sampah ke dalam beg yang disediakan sebelum dikutip pekerja pembersihan. 

“Bagi peniaga yang menjalankan aktiviti ‘live cooking’, minyak masak terpakai perlu disimpan dalam bekas khas dan dibawa pulang, bukan dibuang ke longkang atau kawasan sekitar,” katanya.

Bazar Ramadan Lintasan Deasoka yang sering menjadi tumpuan di bandaraya Kota Kinabalu – Foto Alexter Rosalia

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka di sini pada Rabu.

Sabin berkata, pengasingan sampah bagi bahan seperti kaca, plastik dan kertas turut digalakkan bagi mengelakkan pencemaran terutama sisa makanan basah yang boleh menyebabkan kebocoran dan mengotorkan kawasan persekitaran.

Antara gerai jualan di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka – Foto Alexter Rosalia

Dalam pada itu, Sabin berkata, sambutan pengunjung di lokasi bazar tahun ini lebih menggalakkan berbanding tahun lalu, termasuk jika dibandingkan dengan tapak di Padang Merdeka yang sebelum ini menerima rungutan kurang pengunjung.

“Walaupun tiada data rasmi direkodkan setakat ini berhubung jumlah pendapatan penjaja, penganjuran bazar dilihat terus memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi bandar serta memberi peluang pendapatan kepada peniaga kecil dan sederhana,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/05/lebih-1000-penjaja-meriahkan-bazar-ramadan-di-kota-kinabalu/feed/ 0 92662
DBKK perketat agihan lot bazar Ramadan, elak berlaku monopoli pihak tertentu https://sabahmedia.com/2026/02/07/dbkk-perketat-agihan-lot-bazar-ramadan-elak-berlaku-monopoli-pihak-tertentu/ https://sabahmedia.com/2026/02/07/dbkk-perketat-agihan-lot-bazar-ramadan-elak-berlaku-monopoli-pihak-tertentu/#respond Sat, 07 Feb 2026 08:19:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91185
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi jaminan proses pengagihan lot bazar Ramadan sekitar bandaraya Kota Kinabalu tahun ini akan dilaksanakan secara telus dan adil.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia bagi mengelakkan sebarang unsur kartel atau monopoli pihak tertentu dalam pengurusan pengagihan lot bazar Ramadan.

Katanya, DBKK pada tahun ini akan menambah satu kawasan baharu menjadikan kawasan niaga lebih panjang berbanding tahun lalu,  namun Padang Merdeka tidak akan digunakan sebagai lokasi bazar Ramadan pada tahun ini.

“Lokasi lain masih sama, cuma konsepnya ditambah baik.  Manakala satu kawasan baharu ditambah menjadikan lokasi jualan lebih panjang.

“Bagi memastikan tiada kartel wujud, semua peniaga diwajibkan memohon lot melalui aplikasi GONET yang akan dibuka mulai minggu hadapan.

“Kriteria jelas. Satu MyKad,satu telefon, satu permohonan sahaja. Sistem akan membuat tapisan dan pemeriksaan secara automatik bagi mengelakkan penyalahgunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Pesta Selera 2026 Sempena Ulang Tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu di pekarangan Bangunan DBKK, di sini pada Jumaat.

Sabin berkata, walaupun tiada kartel besar dikenal pasti sebelum ini, DBKK menyedari kemungkinan wujud kartel kecil yang mengawal pembahagian lot secara tidak rasmi.

“Sebab itu tahun ini kita perketatkan sistem supaya semua orang ada peluang yang sama. Kita mahu peniaga yang benar-benar berniaga, bukan orang tengah atau yang hanya pegang lot,” tegasnya.

Tambah beliau, DBKK juga akan menjalankan pemantauan di tapak bazar dan tidak teragak-agak membatalkan lot sekiranya didapati pemegang permit tidak berniaga sendiri.

Dalam pada itu, Sabin berkata, orang awam dan peniaga dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan khususnya melibatkan Bazar Ramadan kepada DBKK melalui WhatsApp, emel atau saluran aduan rasmi sebelum permohonan dibuka.

“Kita terbuka kepada pandangan. Matlamat kita mudah, beri peluang secara adil dan pastikan bazar Ramadan benar-benar memberi manfaat kepada peniaga kecil,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/07/dbkk-perketat-agihan-lot-bazar-ramadan-elak-berlaku-monopoli-pihak-tertentu/feed/ 0 91185
Elak pembaziran, berbelanja bijak di bazar Ramadan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/03/16/elak-pembaziran-berbelanja-bijak-di-bazar-ramadan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/03/16/elak-pembaziran-berbelanja-bijak-di-bazar-ramadan-shahelmey/#respond Sat, 15 Mar 2025 22:24:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70485
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh FLORIETA DIET

PUTATAN: Bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah berbuka, tetapi juga medan mendidik masyarakat mengenai kepentingan berbelanja secara bijak dan mengelakkan pembaziran.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, yang turun padang meninjau suasana Bazar Ramadan di sekitar Putatan pada petang Sabtu, menekankan kepentingan sikap berhemat dalam membeli makanan.

Shahelmey, yang juga Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya Sabah, melawat tiga lokasi utama Bazar Ramadan iaitu Bazar Ramadan Golden, Bazar Ramadan Uptown, dan Bazar Ramadan Taman Jumbo.

Dalam lawatan itu, beliau menyantuni para peniaga serta pengunjung sambil mengedarkan kurma kepada peniaga.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru orang ramai agar lebih bijak dalam memilih juadah berbuka bagi mengelakkan makanan terbuang.

“Juadah di bazar sangat menarik dan menyelerakan, tetapi kita perlu kawal keinginan dan elak membeli secara berlebihan. Ketika lapar, semuanya nampak sedap, tetapi selepas berbuka, banyak yang tidak habis dan akhirnya terbuang. Ini satu pembaziran yang boleh dielakkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Beliau turut memuji kelancaran operasi bazar serta tahap kebersihan yang baik di lokasi yang dilawati.

Menurutnya, kehadiran ramai peniaga dan pengunjung menunjukkan perkembangan positif dalam ekonomi tempatan, yang memberikan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

Dengan suasana meriah yang terus mewarnai bazar, Shahelmey berharap masyarakat dapat menjadikan Ramadan sebagai bulan yang lebih bermakna dengan mengamalkan sikap sederhana dan menghargai rezeki yang ada.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/16/elak-pembaziran-berbelanja-bijak-di-bazar-ramadan-shahelmey/feed/ 0 70485
Belum ada kompaun dikeluarkan kepada penjaja bazar Ramadan – DBKK https://sabahmedia.com/2025/03/14/belum-ada-kompaun-dikeluarkan-kepada-penjaja-bazar-ramadan-dbkk/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/belum-ada-kompaun-dikeluarkan-kepada-penjaja-bazar-ramadan-dbkk/#respond Fri, 14 Mar 2025 08:20:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70395
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) belum mengeluarkan sebarang kompaun kepada penjaja bazar Ramadan dibawah kendalian DBKK setakat ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tahap kebersihan selain kerjasama yang diberikan penjaja terlibat adalah pada tahap memuaskan.

“Setakat ini memuaskan dari segi tahap kebersihan sebab kita juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat pemeriksaan kepada peniaga-peniaga selain pemantauan berterusan turut dilaksanakan.

“Di pihak DBKK, kita turut menempatkan ramai pekerja kita untuk memastikan peraturan kebersihan dipatuhi oleh penjaja-penjaja terutama sekali dari segi pembuangan sisa makanan dan juga minyak sekiranya mereka memasak di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra ke bazar Ramadan Lintasan Deasoka di sini semalam.

Pada tahun ini, sebanyak empat lokasi bazar Ramadan dibuka dibawah kendalian DBKK antaranya di Lintasan Deasoka; Indah Permai; Tanjung Aru dan Sembulan.

Manakala, sebanyak 21 kawasan lain turut dibuka yang dikendalikan pengurusan luar atau swasta. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/belum-ada-kompaun-dikeluarkan-kepada-penjaja-bazar-ramadan-dbkk/feed/ 0 70395
Bazar Ramadan terus jadi tumpuan, meskipun terdapat kenaikan harga https://sabahmedia.com/2025/03/02/bazar-ramadan-terus-jadi-tumpuan-meskipun-terdapat-kenaikan-harga/ https://sabahmedia.com/2025/03/02/bazar-ramadan-terus-jadi-tumpuan-meskipun-terdapat-kenaikan-harga/#respond Sun, 02 Mar 2025 13:04:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69692
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Bazar Ramadan yang diadakan setiap tahun terutama di negeri ini sentiasa menjadi tumpuan masyarakat khususnya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Tinjauan Sabah Media di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut seawal jam 3.30 petang bagi mendapatkan hidangan berbuka puasa.

Lebih menarik, bazar berkenaan turut dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk para pelancong yang turut sama mahu mendapatkan juadah berbuka puasa.

Bagi pengunjung, Ahmad Fadhil, 29, mengakui pada tahun ini merupakan pengalaman pertama menjalani ibadah puasa di ibu negeri selepas berhijrah dari Lahad Datu.

Ahmad Fadhil

“Ini tahun pertama saya berpuasa di Kota Kinabalu, saya baru berhijrah ke Kota Kinabalu tahun lepas, jadi ini puasa pertama. Berbeza dengan tempat saya sebelum ini, Lahad Datu. Jika dilihat dari segi harga jualan ada berbeza.

“Tapi kita sedia maklum, kita faham mungkin tekanan ekonomi dan juga beberapa faktor inflasi dan kita lihat struktur ekonomi sekarang pun agak kurang memberangsangkan,” katanya ketika ditemui di sini petang tadi.

Bagi seorang peniaga sate yang mahu dikenali sebagai Yenny berkata, semua harga jualan masih dikategorikan sebagai mampu milik meskipun terdapat sedikit kenaikan kos bahan mentah.

Yenny (baju hitam) ketika menyediakan sate jamrut di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka

“Pada hari pertama ini, sambutan agak memberangsangkan mungkin disebabkan hari ini adalah hujung minggu. Jadi disebabkan itu ramai pengunjung cuti.

“Untuk harga makanan disini, sebenarnya kalau ikutkan semuanya mampu milik juga, sebab kalau diikutkan dengan bahan mentah yang kita ada sekarang dengan harga ada sekarang ini, adalah kategori masih boleh diterima. Namun saya akui kos barang saya naik 50 peratus,” katanya.

Perkara sama turut diakui peniaga Muhammad Imranshah Ibrahim,22, di mana terdapat kenaikan harga barangan mentah namun harga jualan masih boleh dikategorikan sebagai mampu milik.

Muhammad Imranshah (dua kanan) ketika melayani pelanggan di gerai jualannya

“Keadaan harga sini memang berpatutan, sesuailah. Untuk kita golongan-golongan yang B40 pun boleh datang sini juga, bukan orang tempatan saja, pelancong pun ada juga,” katanya.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebelum ini dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 16 lokasi Bazar Ramadan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dibuka untuk para pengunjung.

Antara lokasi terlibat adalah di Lintasan Deasoka melibatkan Dataran Lintasan Deasoka, Jalan Bandaran dan tempat letak kereta Lintasan Deasoka; Padang Merdeka (kawasan tempat letak kereta) dan Indah Permai (kawasan tempat letak kereta bersebelahan Bataras).

Selain itu turut dibuka di Pasar Malam Sembulan; Tanjung Aru (kawasan tempat letak kereta hadapan Daily Express); Pasar Malam Inanam; Pasar Malam Inanam Point; Pasar Malam Manggatal; Pasar Malam Kingfisher dan Plaza Manggatal.

Selain itu, lokasi lain termasuklah di University Apartment (UA); University Utama Square (UUS); Pasar Malam KK City Night Market (sebelah bangunan UMNO); 88 Marketplace; Plaza Juta LiLika Taman Awam DBKK Sungai Darau Greenway (hadapan bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan / Mini Putrajaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/02/bazar-ramadan-terus-jadi-tumpuan-meskipun-terdapat-kenaikan-harga/feed/ 0 69692
Pastikan tahap kebersihan makanan di bazar Ramadan sentiasa memuaskan https://sabahmedia.com/2025/02/21/pastikan-tahap-kebersihan-makanan-di-bazar-ramadan-sentiasa-memuaskan/ https://sabahmedia.com/2025/02/21/pastikan-tahap-kebersihan-makanan-di-bazar-ramadan-sentiasa-memuaskan/#respond Fri, 21 Feb 2025 02:29:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69114
Read Time:1 Minute, 23 Second

Beaufort : Penjaja bazar Ramadan terutama di daerah ini dinasihatkan untuk sentiasa memastikan tahap kebersihan makanan yang dijual berada pada tahap memuaskan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, kebersihan merupakan salah satu tuntutan dalam Islam.

“Kita memberi nasihat kepada para peniaga terutama penjaja bazar Ramadan untuk mengambil peluang dimana bulan Ramadan ini rezekinya sangat luas yang penting kita berusaha.

“Selain itu, tahap kebersihan, keterjaminan makanan itu juga perlu d ambil perhatian sebab sudah tentu dengan adanya juadah-juadah yang bersih itu adalah menjadi satu tuntutan Islam.

“Kebersihan itu adalah yang paling utama dan ketiganya apabila juadah mereka terjamin kualiti yang baik juga akan meningkatkan keyakinan para pelanggan dan sekaligus akan menambah pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Forum Anjung Al-Taqwa: Di Ambang Ramadan di Masjid DSP Hj. Lajim bin Hj. Ukin, Beaufort di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pada Ramadan tahun ini, antara pengisian yang akan di laksanakan termasuklah Kiamulail di Masjid Terpilih.

“Tahun ini, selain amalan biasa seperti berbuka puasa, solat tarawih, dan tadarus, kita akan mengadakan program Qiamulail secara berjadual di masjid-masjid terpilih.

“Inisiatif ini diharap dapat menghidupkan malam-malam Ramadan dengan lebih bermakna,” katanya.

Selain itu katanya, lawatan ke bazar Ramadan bersama bersama agensi kerajaan juga akan turut dilaksanakan.

“Tahun ini saya bersama agensi Kerajaan akan turun padang ke bazar Ramadan, bukan sahaja untuk bermesra dengan peniaga dan pengunjung, tetapi juga memastikan juadah yang dijual mematuhi standard kebersihan.

“Kita juga akan menziarah anak yatim kerana Ramadan juga menjadi ruang untuk menyantuni anak-anak yatim, memberikan mereka rasa kasih sayang yang mungkin dirindui,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/21/pastikan-tahap-kebersihan-makanan-di-bazar-ramadan-sentiasa-memuaskan/feed/ 0 69114
Komitmen pelbagai pihak laksana aktiviti mampu kukuhkan kerjasama dengan industri di Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/12/komitmen-pelbagai-pihak-laksana-aktiviti-mampu-kukuhkan-kerjasama-dengan-industri-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/komitmen-pelbagai-pihak-laksana-aktiviti-mampu-kukuhkan-kerjasama-dengan-industri-di-sabah/#respond Tue, 12 Apr 2022 02:33:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14174
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak khususnya dalam penganjuran bazar Ramadan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mampu mengukuhkan lagi jalinan kerjasama pihak universiti dengan industri yang terdapat di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Profesor ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, menerusi bazar yang diadakan akan mampu memudahkan pengunjung terdiri dari pelajar dan kakitangan universiti mendaptkan pelbagai juadah berbuka puasa.

“Program bazar Ramadan ini adalah satu platform `Learn and Earn’.  ‘Learn’ bermaksud pelajar UMS dapat menimba pengalaman keusahawanan daripada berniaga.

“Manakala ‘Earn’ bermaksud pelajar UMS dapat menjana pendapatan hasil daripada jualan mereka semasa bazar ini berlangsung. Malah, saya juga difahamkan, ada pelajar UMS yang diambil bekerja dengan peniaga di bazar ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Bazar Ramadan UMS 2022 disini semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ribin Wahid dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Madya Dr Raman Noordin.

Taufiq berkata, peluang yang diberikan kepada pelajar UMS ini akan dapat membuka minda keusahawanan pelajar dan pada masa sama mendekatkan pelajar dengan keusahawanan khususnya perniagaan.

Katanya, melalui bazar ini juga pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan rangkaian dengan komuniti usahawan luar daripada UMS.

“Oleh itu, bazar ini sebenarnya melatih pelajar dari segi pengurusan organisasi, komunikasi yang berkesan dan pengurusan kendiri agar lebih bersedia untuk lahir sebagai seorang usahawan yang memiliki minda keusahawanan yang cemerlang dalam perniagaan kelak.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua agar sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dan berjimat cermat dalam perbelanjaan semasa mendapatkan juadah berbuka dan pada masa yang sama mengelakkan amalan pembaziran,”katanya.

Terdahalu, Taufiq berkata, sebanyak  28 peniaga yang terdiri daripada pelajar dan peniaga luar yang merupakan orang awam dan alumni UMS menyertai bazar Ramadan berkenaan.

Katanya, penyertaan peniaga-peniaga ini amat memberangsangkan dengan kepelbagaian jenis jualan berbuka puasa.

“Selain itu, pelaksanaan penganjuran bazar ini juga mendapat kerjasama daripada pihak FAMA Negeri Sabah dan dibantu oleh Kelab Keusahawanan, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/komitmen-pelbagai-pihak-laksana-aktiviti-mampu-kukuhkan-kerjasama-dengan-industri-di-sabah/feed/ 0 14174
Masyarakat main peranan pastikan COVID-19 dapat dikawal https://sabahmedia.com/2022/04/10/masyarakat-main-peranan-pastikan-covid-19-dapat-dikawal/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/masyarakat-main-peranan-pastikan-covid-19-dapat-dikawal/#respond Sun, 10 Apr 2022 04:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14120
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Masyarakat di negeri ini memainkan peranan penting dalam memastikan penularan jangkitan COVID-19 di Sabah dapat dikawal dengan baik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang masih dikuatkuasakan oleh kerajaan meskipun telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memastikan mereka mematuhi semua SOP yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, pada akhirnya yang menentukan berjaya atau gagal kita mengawal penularan COVID-19 adalah masyarakat itu sendiri, jadi sebab itulah masyarakat perlu memainkan peranan dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kehadiran pengunjung di bazar-bazar Ramadan yang dibuka sepanjang Ramadan disekitar Sabah.

Masidi berkata, ini merupakan sumbangan masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan menangani penularan COVID-19 di negeri ini.

“Walaupun kita lihat dalam beberapa gambar yang diterima dimana sekumpulan atau kehadiran pengunjung yang ramai di bazar Ramadan, saya andaikan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih dalam mengawal keadaan,” katanya.

Semalam, Sabah merekodkan sebanyak 106 kes jangkitan COVID-19 selepas turun sebanyak 66 kes berbanding kelmarin.

Jumlah itu juga merupakan antara angka yang terendah sejak beberapa bulan lalu selain keadaan di negeri ini secara keseluruhan semakin bertambah baik.

Sehingga Sabtu, cuma tiga daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu 24 (-33), Penampang 19 (+7) dan Papar 10 (tidak berubah).

Selain Penampang, hanya dua daerah lain iaitu Putatan 6 (+3) dan Kinabatangan 3 (+1)  merekodkan pertambahan kes baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/masyarakat-main-peranan-pastikan-covid-19-dapat-dikawal/feed/ 0 14120
Pastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika mengunjungi bazar Ramadan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/07/pastikan-keselamatan-anak-anak-terjaga-ketika-mengunjungi-bazar-ramadan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/pastikan-keselamatan-anak-anak-terjaga-ketika-mengunjungi-bazar-ramadan-shahelmey/#respond Thu, 07 Apr 2022 10:54:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14030
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati selain menjaga keselamatan anak-anak ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan kawasan tumpuan ramai bagi mengelak berlaku jangkitan COVID-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, selain itu, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan juga perlu terus dipatuhi.

“Hampir dua tahun kita tidak ada bazar Ramadan dan apabila kita berada di fasa peralihan ke endemik, banyak kelonggaran telah diberikan contohnya bazar Ramadan kini telah dibenarkan, maka perasaan gembira dikalangan rakyat itu nyata sekali.

“Namun saya ingin menasihatkan agar ibu bapa untuk terus menjaga SOP dan keselamatan anak-anak ketika berkunjung ke lokasi tumpuan ramai contohnya bazar Ramadan dan pusat membeli belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ukhwah Ramadan 2022 bersama NGOs wanita anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah; SWISE dan Adabi di Wisma Wanita disini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki dan Flovia Ng.

Sementara itu, Shahelmey berkata, pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 kepada individu yang layak menerima masih diteruskan selain Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut dibuka di semua fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Justeru itu kita masih galakkan orang ramai yang belum menerima vaksin khususnya golongan warga emas dan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Begitu juga kepada mereka yang masih belum mendapat dos penggalak adalah turut disarankan untuk datang ke PPV yang disediakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/pastikan-keselamatan-anak-anak-terjaga-ketika-mengunjungi-bazar-ramadan-shahelmey/feed/ 0 14030
COVID-19 : Hati-hati berkunjung di tempat sesak – Masidi https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/#respond Mon, 04 Apr 2022 13:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13915
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di Sabah diingatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan pusat membeli-belah bagi mengelak jangkitan sporadik COVID-19 yang kembali meningkat pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini kepada 55 peratus setelah berada sekitar 43 peratus semalam.

Katanya, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi khususnya di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.

“Tempat-tempat awam yang perlu kita berhati-hati ialah bazar Ramadan dan pusat-pusat membeli-belah.

“Ramai pengunjung akan berpusu-pusu ke tempat-tempat sesak ini untuk membeli belah. Perlulah sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Sabah meneruskan trend penurunan dengan angka jangkitan baharu sebanyak 140 kes iaitu menurun sebanyak 27 kes berbanding semalam.

Katanya, secara keseluruhan kedudukan di hampir semua daerah semakin bertambah baik walaupun terdapat  perubahan turun naik jumlah kes baharu setiap hari.

“Hari ini cuma empat daerah yang mencatat kes baharu dua angka, iaitu, Kota Kinabalu (37), Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12).

“Sebanyak 17 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dimana 16 daripada daerah-daerah tersebut hanya merekodkan kes baharu antara satu hingga lima kes sahaja.

“Enam daerah, Kinabatangan, Nabawan, Keningau, Tongod, Kalabakan dan Putatan tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 135 kes atau 96.43 peratus daripada 140 kes pada hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, empat kes dalam Kategori empat dan satu kes dalam Kategori lima. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori tiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/feed/ 0 13915