bazar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Feb 2026 01:02:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bazar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bazar Ramadan Putatan terus jadi tumpuan, destinasi wajib setiap tahun https://sabahmedia.com/2026/02/28/bazar-ramadan-putatan-terus-jadi-tumpuan-destinasi-wajib-setiap-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/02/28/bazar-ramadan-putatan-terus-jadi-tumpuan-destinasi-wajib-setiap-tahun/#respond Sat, 28 Feb 2026 01:02:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92424
Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Kepelbagaian hidangan juadah makanan, minuman dan kuih muih menjadi tumpuan utama para pengunjung mengunjungi bazar Ramadan yang disediakan di Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, selain merancakkan lagi aktiviti peniaga mengadakan jualan mereka, kemeriahan tersebut dilihat menjadi rutin orang ramai untuk datang ke daerah ini membeli juadah kegemaran mereka.

Katanya, ia sekaligus memperlihatkan Putatan terus menjadi lokasi signifikan bagi lokasi bazar terkemuka di Sabah secara amnya dan mendapat tempat di hati pengunjung.

“Dengan adanya bazar-bazar yang ada di Putatan ini, nampaknya ia secara berterusan menjadi lokasi yang wajib dikunjungi oleh mereka yang mahu membeli juadah berbuka puasa.

“Kita juga dalam masa sama mengingatkan para peniaga supaya menjaga kualiti makanan dan minuman yang dijual selain meletakkan harga yang munasabah untuk di beli oleh pelanggan.

“Saya berharap, dengan keunikan pelbagai juadah yang dijual di bazar tersedia di Putatan ini, ia terus meletakkan daerah ini sebagai lokasi yang menjadi menarik minat penggemar juadah-juadah berbuka dan pada masa sama membuka peluang para peniaga menambah pendapatan mereka,” katanya.

Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) berkata demikian selepas mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan Peladang dan Bazar Ramadan Legend Golden Centre Putatan, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama dalam program itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, Pegawai Khas Operasi Parlimen; Ir Ummar Ariff Abu Bakar

Pegawai Khas Kanan Parlimen Putatan; Mohd Sufian Matin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat; Latip Jiar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/28/bazar-ramadan-putatan-terus-jadi-tumpuan-destinasi-wajib-setiap-tahun/feed/ 0 92424
Beberapa jalan, tempat letak kereta di 16 lokasi ditutup sementara bermula esok https://sabahmedia.com/2025/03/01/beberapa-jalan-tempat-letak-kereta-di-16-lokasi-ditutup-sementara-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2025/03/01/beberapa-jalan-tempat-letak-kereta-di-16-lokasi-ditutup-sementara-bermula-esok/#respond Sat, 01 Mar 2025 02:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69610
Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 16 lokasi melibatkan jalan dan tempat letak kereta akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Bazar Ramadan yang akan bermula esok sehingga 30 Mac ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu akan bermula jam 1 petang sehingga 7 malam.

Antara lokasi terlibat adalah di Lintasan Deasoka melibatkan Dataran Lintasan Deasoka, Jalan Bandaran dan tempat letak kereta Lintasan Deasoka; Padang Merdeka (kawasan tempat letak kereta) dan Indah Permai (kawasan tempat letak kereta bersebelahan Bataras).

“Turut ditutup sementara adalah di Pasar Malam Sembulan; Tanjung Aru (kawasan tempat letak kereta hadapan Daily Express); Pasar Malam Inanam; Pasar Malam Inanam Point; Pasar Malam Manggatal; Pasar Malam Kingfisher dan Plaza Manggatal.

“Selain itu, lokasi lain termasuklah di University Apartment (UA); University Utama Square (UUS); Pasar Malam KK City Night Market (sebelah bangunan UMNO); 88 Marketplace dan Plaza Juta Likas,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Taman Awam DBKK Sungai Darau Greenway (hadapan bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan / Mini Putrajaya.

DBKK menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan dan kelancaran trafik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/01/beberapa-jalan-tempat-letak-kereta-di-16-lokasi-ditutup-sementara-bermula-esok/feed/ 0 69610
Permohonan lot Bazar Ramadan DBKK dibuka secara online bermula 18 Februari https://sabahmedia.com/2025/02/14/permohonan-lot-bazar-ramadan-dbkk-dibuka-secara-online-bermula-18-februari/ https://sabahmedia.com/2025/02/14/permohonan-lot-bazar-ramadan-dbkk-dibuka-secara-online-bermula-18-februari/#respond Fri, 14 Feb 2025 00:45:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68638
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka permohonan menjaja di bazar Ramadan bawah seliaan DBKK secara dalam talian menerusi pautan borang E-Bazar selama dua hari bermula 18 Februari ini.

DBKK dalam kenyataan memaklumkan, pautan borang E-Bazar akan dikongsikan menerusi Facebook Rasmi DBKK pada tarikh berkenaan bermula jam 10 pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, tapak lot adalah terhad dan berdasarkan ‘First Come, First Serve Basis’. 

“Tapak lot bazar Ramadan di bawah seliaan DBKK ialah Lintasan Deasoka, Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru dan Padang Merdeka Kota Kinabalu.

“Bagi memudahkan proses pengisian Borang E-Bazar tersebut, pemohon hendaklah menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan.

“Antaranya salinan sijil kad kesihatan yang masih sah; salinan sijil kursus pengendalian makanan; salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan satu gambar produk-produk jualan (berwarna dan dalam bentuk digital ‘soft copy’),” menurut kenyataan itu lagi.

DBKK berkata, kegagalan untuk memuat naik dokumen-dokumen yang telah dinyatakan tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak. 

Untuk pertanyaan lanjut, Bahagian Pengurusan Penjaja boleh dihubungi melalui talian 011-25198664, pada waktu pejabat, iaitu jam 8 pagi hingga 5 petang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/14/permohonan-lot-bazar-ramadan-dbkk-dibuka-secara-online-bermula-18-februari/feed/ 0 68638
Bazar Ramadan di Sabah kembali meriah https://sabahmedia.com/2022/04/03/bazar-ramadan-di-sabah-kembali-meriah/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/bazar-ramadan-di-sabah-kembali-meriah/#respond Sun, 03 Apr 2022 13:59:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13884
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Bazar Ramadan di beberapa kawasan sekitar bandar raya Kota Kinabalu,Putatan dan Kota Belud sempena hari pertama Ramadan kembali meriah dengan kehadiran pengunjung hari ini.

Rata-rata pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk meninjau makanan dan minuman di bazar Ramadan selepas dua tahun tidak dapat ke bazar berikutan pandemik COVID-19.

Antara bazar Ramadan yang sering mendapat sambutan luar biasa adalah di Bazar Ramadan Asia City; Bazar Ramadan Lintasan Deasoka dan Bazar Ramadan Sembulan berikutan gerai yang banyak serta kelainan menu di lokasi berkenaan.

Tinjauan mendapati, seawal jam 3 petang orang ramai sudah mula mengunjungi bazar Ramadan berkenaan meskipun dalam cuaca mendung, para pengunjung tetap datang untuk mencari juadah kegemaran untuk berbuka puasa.

Bagi pengunjung Noor Fazila Riani Abd Majid mengakui kali pertama merasai kemeriahan bazar Ramadan di Kota Kinabalu selepas hampir dua tahun tiada pengoperasian bazar akibat COVID-19.

“Sebelum ini saya bekerja di Semenanjung beberapa tahun selain di Sydney hampir dua tahun dan kembali ke kampung di Lahad Datu pada awal Jun 2019.  Selepas itu, saya ke Kota Kinabalu untuk bekerja sehinggalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal 2020.

Noor Fazila Riani Abd Majid ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan Asia City

“Jadi, inilah pengalaman pertama saya merasai bazar Ramadan di Kota Kinabalu, namun saya terkejut bila mana kehadiran pengunjung agak berbeza berbanding sebelum ini ketika saya berada di Semenanjung,”katanya.

Meskipun rasa teruja namun Noor Fazila meluahkan rasa sedih apabila sebilangan peniaga turut mengenakan harga jualan pada kadar yang tinggi.

Sementara itu di Putatan, beberapa kawasan yang menjadi lokasi bazar turut menjadi tumpuan pengunjung dengan menghidangkan beberapa juadah berbuka puasa.

Bagi pengunjung Siti Zaleen Yussof mengakui sangat teruja apabila dapat membeli pelbagai juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berbanding sebelum ini yang hanya memasak dirumah berikutan COVID-19.

“Secara peribadi, saya gembira dapat melihat dan memilih pelbagai juadah yang ada di bazar kerana tahun-tahun sebelum ini saya hanya memasak di rumah untuk keluarga.

“Selain memasak juadah sendiri, ada juga yang saya beli secara online namun kemeriahan untuk turun ke bazar itu amat berbeza,”katanya kepada Sabah Media disini hari in.

Zaleen yang membeli juadah di bazar Ramadan Dewan Sri Putatan disini turut berharap agar pengoperasian bazar akan terus kekal selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga perlu terus dipatuhi.

Kemeriahan sama turut dirasai di bazar Ramadan Kota Belud yang terletak di perkarangan Majlis Daerah Kota Belud.

Bagi Rick Laham Rudin merakamkan penghargaan terima kasih kepada kerajaan yang telah melonggarkan SOP termasuklah membenarkan bazar Ramadan dibuka.

Rick Laham Rudin

“Syukur Alhamdulilah kerana kita dapat merasai kembali perasaan berada di bazar Ramadan.     Terima kasih kepada kerajaan yang telah membenarkan operasi sedemikian.

“Ini satu kejayaan bagi kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Para peniaga juga boleh menambah pendapatan dan masyarakat boleh bersilaturrahim dengan rakan-rakan, ini suatu yang kita rindui,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/bazar-ramadan-di-sabah-kembali-meriah/feed/ 0 13884