beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Oct 2025 08:18:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kem Kepimpinan Generasi MADANI pupuk semangat patriotisme pelajar Beaufort https://sabahmedia.com/2025/10/27/kem-kepimpinan-generasi-madani-pupuk-semangat-patriotisme-pelajar-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/kem-kepimpinan-generasi-madani-pupuk-semangat-patriotisme-pelajar-beaufort/#respond Mon, 27 Oct 2025 08:17:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84269
Read Time:1 Minute, 23 Second

BEAUFORT: Program Kem Kepimpinan Generasi MADANI Siri 1 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort berjaya mencapai matlamat dalam membentuk pelajar yang berwibawa, berjati diri kukuh serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi.

Program selama tiga hari itu berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort II dengan penyertaan 120 pelajar Tingkatan Empat dan Enam daripada empat sekolah menengah di daerah ini termasuk SMK Beaufort, SMK Beaufort II, SMK Gadong dan SMK Kota Klias.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort, Mohd Nizam Awang Maslien, berkata program berkenaan merupakan salah satu inisiatif PPD Beaufort bagi melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin, berdaya saing serta mempunyai semangat kepimpinan tinggi berteraskan nilai-nilai MADANI.

“Program ini bukan sekadar membina jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, malah turut menanam nilai kesukarelawan serta tanggungjawab sosial agar mereka mampu menjadi ejen perubahan positif di sekolah dan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang kem termasuk ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan, aktiviti fizikal dan simulasi kepimpinan bagi mengasah potensi peserta sebagai pemimpin masa depan.

Katanya lagi, maklum balas positif diterima daripada pelajar dan guru pengiring yang menyifatkan kem berkenaan bukan sahaja memberi pengalaman baharu, tetapi turut berjaya menyemai nilai MADANI dalam diri mereka.

Dalam majlis penutupan program itu, Mohd Nizam turut menyeru semua peserta supaya menjadi duta kepada usaha membanteras perbuatan buli dan gangguan sesama pelajar di sekolah masing-masing.

Beliau turut mengingatkan agar pelajar sentiasa peka terhadap isu keselamatan dan kesejahteraan di persekitaran sekolah.

Menurutnya, PPD Beaufort akan meneruskan serta memperluas pelaksanaan program seumpama itu pada masa akan datang bagi memastikan generasi muda terus dibentuk dengan nilai kepimpinan, disiplin dan kualiti diri yang tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/kem-kepimpinan-generasi-madani-pupuk-semangat-patriotisme-pelajar-beaufort/feed/ 0 84269
Pemuda GRS Beaufort kecam demonstrasi mahasiswa, desak tindakan tegas https://sabahmedia.com/2025/06/23/pemuda-grs-beaufort-kecam-demonstrasi-mahasiswa-desak-tindakan-tegas/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/pemuda-grs-beaufort-kecam-demonstrasi-mahasiswa-desak-tindakan-tegas/#respond Mon, 23 Jun 2025 03:22:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76007
Read Time:2 Minute, 46 Second

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Klias, Mohd Shahril Osin mengecam sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 di ibu negeri pada 21 dan 22 Jun lalu.

Menurutnya, aksi demonstrasi yang diketuai oleh Fadhil Kasim bersama beberapa rakannya di bawah kumpulan Suara Mahasiswa UMS itu bukan sahaja melanggar nilai sopan santun budaya Sabah, malah memperlihatkan kebiadaban yang keterlaluan dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Lebih menjijikkan, perhimpunan itu disulami tindakan provokatif termasuk aksi membakar lukisan karikatur yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan sahaja biadab, malah satu penghinaan terbuka kepada pemimpin negara dan mencerminkan kegagalan penganjur untuk beradab dalam menyampaikan pandangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahril, tindakan sedemikian mencemarkan nama baik UMS dan seharusnya dikenakan tindakan tegas oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak pentadbiran UMS dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

“Tindakan membakar simbol pemimpin negara dalam perhimpunan kononnya atas nama antirasuah adalah sangat keterlaluan dan tidak wajar dibiarkan tanpa hukuman,” tegasnya.

Beliau turut menyelar keras penglibatan pemimpin pembangkang yang dilihat mengambil kesempatan politik dengan turut serta dalam demonstrasi itu, sekali gus menunggang golongan mahasiswa demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

“Budaya luar yang dibawa masuk ke bumi Sabah ini semakin keterlaluan. Aksi membakar, provokasi dan kekacauan bukan budaya orang Sabah yang terkenal dengan adab, hormat dan kesederhanaan. Malah, tindakan segelintir mahasiswa yang bukan pun anak jati negeri ini jelas mengundang perpecahan, mengganggu keharmonian dan mencemarkan nama baik UMS,” ujarnya.

Shahril berkata, kehadiran pemimpin pembangkang seperti Warisan di tengah-tengah aksi provokatif itu memperlihatkan corak politik terdesak dan tidak beretika.

“Kita lihat jelas agenda tersembunyi di sebalik aksi ini. Ia bukan semata-mata suara mahasiswa, tetapi telah dicemari oleh kepentingan politik sempit pihak pembangkang.

“Pemimpin Warisan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, bukannya mencetuskan suasana tidak tenteram di ibu negeri,” katanya.

Beliau turut mendesak agar pihak pengurusan UMS bertindak tegas terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat bagi memastikan universiti itu tidak dijadikan platform untuk percaturan politik luar.

“UMS adalah institusi ilmu dan kecemerlangan, bukan pentas politik. Pentadbiran UMS perlu bertindak segera agar insiden seperti ini tidak menjadi “precedent” kepada mana-mana kelompok yang mahu menjadikan perhimpunan sebagai gelanggang provokasi,” katanya.

Menurutnya, mahasiswa perlu kembali kepada landasan intelektualisme dan memperjuangkan isu dengan ilmu serta hujah, bukannya emosi dan tindakan jalanan yang tidak beradab.

“Mahasiswa sepatutnya membawa suara dengan ilmu dan hikmah, bukan dengan cara yang biadab dan melampau. Hormatilah tanah tempat anda berpijak! Sabah adalah negeri yang beradat, bukan tempat untuk uji kaji politik murahan,” ujarnya.

Shahril berkata, rakyat Sabah secara jelas menolak sebarang bentuk politik kebencian dan provokasi, apatah lagi apabila ia cuba disemai di institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tapak penyatuan generasi muda pelbagai latar belakang.

“Kita tidak mahu Sabah yang aman ini dicemari oleh tangan-tangan luar yang sengaja mahu menimbulkan huru-hara. Golongan mahasiswa bukan alat untuk agenda politik yang tidak bermaruah,” katanya.

Pemuda GRS Beaufort juga menyatakan sokongan penuh terhadap pihak keselamatan dan pentadbiran universiti untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pelajar atau pihak luar yang didapati mencetuskan ketegangan atau melanggar undang-undang negara.

Shahril turut menyeru mahasiswa tempatan agar terus menjadi agen perubahan positif dengan berpaksikan ilmu, hormat dan hikmah bukan menjadi mangsa kepada permainan politik yang rakus dan oportunis.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/pemuda-grs-beaufort-kecam-demonstrasi-mahasiswa-desak-tindakan-tegas/feed/ 0 76007
JIM Sabah tahan 64 PATI atas pelbagai kesalahan imigresen sekitar Beaufort & Sipitang https://sabahmedia.com/2024/10/21/jim-sabah-tahan-64-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen-sekitar-beaufort-sipitang/ https://sabahmedia.com/2024/10/21/jim-sabah-tahan-64-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen-sekitar-beaufort-sipitang/#respond Mon, 21 Oct 2024 08:09:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62540
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah menahan seramai 64 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar daerah Beaufort dan Sipitang awal pagi tadi.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Saleha Habib Yussof berkata operasi dijalankan pada 21 Oktober (Isnin) itu bermula jam lebih kurang 12.05 pagi dan berakhir pada jam 6.50 pagi.

Katanya, seramai 39 anggota penguat kuasa JIM Sabah terlibat menjalankan operasi di sekitar daerah Beaufort iaitu Tapak Pembinaan Taman Wawasan, manakala daerah Sipitang di Valley Hunters Estate (Sawit), Kampung Pasir Putih (rumah kampung) dan Kampung Tanjung Pagar (rumah kampung).

“Seramai 215 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 64 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Sh Saleha, PATI yang ditahan kesemuanya adalah warganegara Filipina berumur di antara satu bulan hingga 79 tahun yang terdiri daripada 18 orang lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa dan 29 kanak-kanak.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan dan pemeriksaan terdapat kejadian warga asing cuba melarikan diri dari anggota operasi tetapi keadaan adalah terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti, mereka yang ditahan tiada dokumen pengenalan diri di bawah Seksyen 6(1)(c).

“Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Pada sidang media sama, Sh Saleha turut memaklumkan statistik aktiviti penguatkuasaan JIM Sabah sehingga 21 Oktober 2024 iaitu jumlah operasi yang telah dijalankan sebanyak 1275, manakala daripada 25422 jumlah orang yang diperiksa,
seramai 4811 orang telah ditangkap dan 37 majikan telah didakwa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/21/jim-sabah-tahan-64-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen-sekitar-beaufort-sipitang/feed/ 0 62540
Dua maut terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beaufort -Menumbok https://sabahmedia.com/2024/07/29/dua-maut-terlibat-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-jalan-beaufort-menumbok/ https://sabahmedia.com/2024/07/29/dua-maut-terlibat-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-jalan-beaufort-menumbok/#respond Mon, 29 Jul 2024 10:00:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58260
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Dua maut termasuk seorang warga emas wanita selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabit empat buah kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort – Menumbok di kawasan persimpangan Jalan Kilugus Tangulian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika dihubungi media hari ini mengesahkan kejadian dan pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.45 petang Ahad (28 Julai).

Menurut Ismail, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku jam lebih kurang 3.27 petang itu semasa sebuah lori dan sebuah motokar bersama tiga orang penumpang dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Menumbok manakala dua buah motosikal dan seorang pembonceng dari arah Menumbok menuju ke arah Beaufort.

“Semasa tiba di persimpangan Jalan Kilugus Tangulian , sebuah lori tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan cuba masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Sebuah motokar yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori lalu terbalik dan melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Ismail berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tujuh orang mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun mangsa seorang lelaki penunggang motosikal berumur 23 tahun dan seorang wanita penumpang motokar berumur 73 tahun telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Penyu.

“Kes disiasat dibawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang di jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/29/dua-maut-terlibat-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-jalan-beaufort-menumbok/feed/ 0 58260
Penduduk temui bom lama di Kg Batu 61, Monternior, Beaufort https://sabahmedia.com/2024/06/21/penduduk-temui-bom-lama-di-kg-batu-61-monternior-beaufort/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/penduduk-temui-bom-lama-di-kg-batu-61-monternior-beaufort/#respond Fri, 21 Jun 2024 14:35:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56339
Read Time:1 Minute, 21 Second

BEAUFORT: Seorang penduduk telah menemui sebiji bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis Artillery Shell 105mm di Kampung Batu 61, Monternior, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan bom lama tersebut.

Menurutnya, kira-kira jam 10.40 pagi tadi (21 Jun) seorang pengadu wanita berusia 57 tahun telah memaklumkan penemuan bom itu di Kg Batu 61, Monternior, beaufort.

“Pada 6 Mei lalu, adik lelaki pengadu telah menggunakan jentera Hitachi mengorek tanah untuk membuat jalan berdekatan dengan rumah pengadu di kampung tersebut.

“Lebih kurang tempoh sebulan, tanah tersebut telah terhakis oleh hujan dan pada 17 Jun lalu, pengadu telah ternampak sebuah objek besi yang mencurigakan tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

“Hari ini (21 Jun), jam lebih kurang 10.00 pagi, pengadu sekali lagi pergi lihat objek itu dan objek itu kelihatan jelas dan pengadu mengesyaki ianya adalah sebuah bom lama dan laporan dibuat untuk tindakan pihak Polis,” katanya.

Susulan dengan maklumat itu, Ismail bersama Anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort telah ke lokasi kejadian untuk tinjauan awal dan kawalan keselamatan.

“Pihak polis telah memasang tali kuning dan menempatkan anggota untuk kawalan keselamatan sementara menunggu pasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.

Ismail berkata, bom lama tersebut dipercayai peninggalan perang dunia kedua jenis Artillery Shell 105mm. Panjang 17 inci dengan ukurlilit 12 inci. Anggaran berat 11 kilogram.

“Kerja-kerja pemusnahan bom lama tersebut telah selesai dijalankan pada jam 5.20 petang tadi dengan jayanya oleh Unit Pemusnah Bom IPK Sabah dengan dibantu oleh Unit Pemusnah Bom IPD Beaufort,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/penduduk-temui-bom-lama-di-kg-batu-61-monternior-beaufort/feed/ 0 56339
117 Graduan Kolej Vokasional Beaufort Terima Diploma https://sabahmedia.com/2022/03/02/117-graduan-kolej-vokasional-beaufort-terima-diploma/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/117-graduan-kolej-vokasional-beaufort-terima-diploma/#respond Wed, 02 Mar 2022 09:36:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12657
Read Time:34 Second

BEAUFORT:Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Beaufort Kali Keenam menyaksikan seramai 117 graduan menerima diploma masing-masing.

Mereka merupakan graduan daripada tujuh program yang ditawarkan di kolej tersebut iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara serta Diploma Teknologi Automotif.

Semua diploma disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Farzi Ahmad yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Farzi turut menyampaikan anugerah pelajar terbaik kepada graduan Diploma Pengurusan Pelancongan, Liuveca Liusi.

Turut hadir, Pengarah Kolej Vokasional Beaufort, Abd. Hafidz Pg. Adnan dan Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Dr. Hajah Kamsi @ Kamsiah Adil.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/117-graduan-kolej-vokasional-beaufort-terima-diploma/feed/ 0 12657
Dua Kampus Baharu Kolej Profesional Mara Akan Dibina Di Beaufort Dan Kapit https://sabahmedia.com/2022/02/22/dua-kampus-baharu-kolej-profesional-mara-akan-dibina-di-beaufort-dan-kapit/ https://sabahmedia.com/2022/02/22/dua-kampus-baharu-kolej-profesional-mara-akan-dibina-di-beaufort-dan-kapit/#respond Tue, 22 Feb 2022 13:10:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12461
Read Time:2 Minute, 2 Second

BANGI: Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasakan sektor pendidikan tingginya dengan pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) tahun ini.
 
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua kampus baharu itu akan dibina di Beaufort, Sabah dan Kapit di Sarawak.
 
“Kita merancang untuk membangun serta memperkukuhkan lagi sektor pendidikan dengan membina beberapa lagi institusi pendidikan di kawasan luar bandar yang strategik iaitu pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional Mara di Beaufort, Sabah dan sebuah lagi di Kapit, Sarawak.
 
“MARA akan terus memperkasakan akses kepada pendidikan berkualiti dalam meningkatkan modal insan berkemahiran masa hadapan bermula daripada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, di kampus induk German-Malaysian Institute (GMI) di sini hari ini.
 
Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan kakitangan pengurusan tertinggi kementerian serta agensi KPLB.
 
Tambah Mahdzir, MARA turut akan membina tujuh buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini yang akan melibatkan penambahan pengambilan pelajar seramai 4,350 orang.
 
“Antara kawasan pembinaan MRSM baharu itu adalah di Ranau, Sabah, Bintulu dan Lawas, di Sarawak, Ketereh dan Tanah Merah, di Kelantan, Sik, Kedah serta Dungun di Terengganu,” ujarnya.
 
Selain itu jelas Mahdzir, MARA juga akan membina dua buah Pusat GIATMARA di Limbang dan Batang Lupar di Sarawak.
 
“MARA akan terus memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET.
 
“Program TVET MARA akan ditambah baik berdasarkan permintaan industri dan set kemahiran baharu yang menitikberatkan tiga aspek utama iaitu penyelesaian masalah kompleks, reka bentuk dan pengatucaraan teknologi.
Bagi merealisasikan inisiatif ini, MARA akan mewujudkan lima Industry Centre of Excellence (ICOE) bersama pemain industri,” katanya.
 
Dalam pada itu, MARA juga melaksanakan transformasi dengan yang terbaharu menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan Al-Quran menerusi Program TVET-Tahfiz.
 
“Rasionalisasi TVET MARA juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan laluan artikulasi pelajar menerusi TVET MARA dimana terdapat peluang untuk pelajar yang telah mengikuti program sijil di GIATMARA dan IKM untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan Phd di UniKL di mana inisiatif ini adalah bagi mengelakkan pertindihan program yang sama dilaksanakan di antara IPMA,” jelasnya.
 
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan penghargaan kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, Melaka yang menerima pengiktirafan Anugerah Platinum Asia Pacific Accrreditation And Certification (APACC) baru-baru ini.
 
Ia merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang pertama kali diterima oleh sebuah institusi TVET di bawah KPLB.
 

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/22/dua-kampus-baharu-kolej-profesional-mara-akan-dibina-di-beaufort-dan-kapit/feed/ 0 12461
Johair Bersama Beberapa Pimpinan Warisan Bahagian Beaufort Umum Keluar Parti https://sabahmedia.com/2022/01/27/johair-bersama-beberapa-pimpinan-warisan-bahagian-beaufort-umum-keluar-parti/ https://sabahmedia.com/2022/01/27/johair-bersama-beberapa-pimpinan-warisan-bahagian-beaufort-umum-keluar-parti/#respond Thu, 27 Jan 2022 12:14:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11627
Read Time:1 Minute, 7 Second

BEAUFORT : Ketua Bahagian Parti Warisan (Warisan) Beaufort Datuk Johair Matlani bersama beberapa lagi pimpinan di peringkat bahagian mengumumkan keluar parti itu serta merta disini petang tadi.

Beliau berkata, tindakannya itu sekali gus melepaskan semua jawatan sebagai Ketua Bahagian Beaufort serta tugas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan WARISAN.

“Pada hari ini saya bersama Ketua Penerangan; Timbalan Ketua Ketua Wira; Timbalan Ketua Wirawati; Naib Ketua Wirawati Setiausaha Bahagian dan 10 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian mengistiharkan keluar daripada Warisan.

Isnin turut hadir pada majlis itu.

“Turut mengistiharkan keluar Warisan adalah Setiausaha Wanita; Ketua Penerangan Wanita; AJK Wanita dan AJK Wirawati Bahagian,” katanya dalam satu majlis ringkas disini petang tadi.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Beaufort Datuk Isnin Aliasnih.

Selain itu, turut mengistiharkan keluar Warisan Beaufort termasuklah ketua-ketua cawangan, Ketua PDM serta mantan-mantan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN); Ketua Kampung dan bekas kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) Klias.

Johair berkata, pengistiharan itu adalah atas dasar kerelaan hati melalui rundingan atau mesyuarat secara bersama dengan rakan-rakan kepimpinan Warisan Bahagian Beaufort.

“Dengan pengumuman pengistiharan ini, kami akan memberi sokongan kepada bekas Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony  yang sebelum ini turut keluar parti dan akan menubuhkan parti baharu esok.

“Seterusnya menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah ketika ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/27/johair-bersama-beberapa-pimpinan-warisan-bahagian-beaufort-umum-keluar-parti/feed/ 0 11627
Masyarakat Main Peranan Tingkat Kesedaran Menderma Darah https://sabahmedia.com/2021/10/10/masyarakat-main-peranan-tingkat-kesedaran-menderma-darah/ https://sabahmedia.com/2021/10/10/masyarakat-main-peranan-tingkat-kesedaran-menderma-darah/#respond Sun, 10 Oct 2021 12:08:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7383
Read Time:1 Minute, 45 Second

BEAUFORT: Masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran menderma darah bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Hospital khususnya ketika situasi pandemik COVID-19.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, kesedaran itu juga mampu menghasilkan rantaian penderma darah berulang yang akan memberi kesan positif kepada jumlah bekalan yang digunakan untuk rawatan pesakit.

“Penderma darah juga akan mendapat kesan positif kepada kesihatan mereka jika menderma darah secara ulangan sehingga empat kali dalam setahun.

“Mereka akan menjalani proses saringan sebelum menderma darah dan secara langsung akan tahu status kesihatan terkini mereka dengan hanya perlu hadir ke program-program derma darah yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kempen Darah Setitik Harapan Buat Mereka anjuran Jawatankuasa Masjid Ar-Rayyan Batu 60 bersama Klinik Subha disini semalam.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, melalui program itu juga masyarakat mampu memperoleh manfaat tambahan dengan mengetahui beberapa lagi kaunter infomasi yang turut dibuka.

“Pada program ini, masyarakat tidak hanya tertumpu kepada derma darah namun mereka mendapat manfaat tambahan dimana beberapa kaunter lain turut dibuka antaranya kaunter Pengikrar Pendermaan Organ, kaunter Kempen Cara Hidup Sihat serta pemaknan sihat selain kaunter pemerikaan mata percuma.

“Mereka yang hadir juga dapat berhubung terus dengan pegawai-pegawai kesihatan tanpa perlu pergi ke hospital, jadi saya gesa masyarakat untuk ambil peluang jika ada program seperti ini diadakan,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, Pejabat ADUN N.32 Klias, Sukarelawan Tabung Darah Hospital Beaufort dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Beaufort.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun, Ketua Balai Polis Beaufort, ASP Aliamat Hasim mewakili Ketua Polis Daerah Beaufort, Pejabat Parol Daerah Beaufort, KIP Ag Roni bin Ag Abdullah, Ustaz Naim Hj Miki, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rayyan Kampung Batu 60 merangkap pengerusi pelaksana Kempen Derma Darah tersebut dan Pegawai Perubatan Hospital Beaufort, Dr.Chong Kok Yan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/10/masyarakat-main-peranan-tingkat-kesedaran-menderma-darah/feed/ 0 7383
PICK : 232 Individu Dewasa Kampung Suasa Lengkap Terima Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-232-individu-dewasa-kampung-suasa-lengkap-terima-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-232-individu-dewasa-kampung-suasa-lengkap-terima-vaksin-covid-19/#respond Mon, 13 Sep 2021 08:08:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6246
Read Time:1 Minute, 26 Second

BEAUFORT : Seramai 232 individu dewasa di Kampung Suasa telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 bagi dos kedua menerusi pelaksanaan Program Jangkauan Luar disini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah individu yang menerima vaksin secara lawatan ke rumah dan pandu lalu bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Pada hari ini (semalam) saya telah meninjau pelaksanaan program jangkauan luar vaksinasi secara lawatan ke rumah di dua buah rumah di Kampung Keramis yang mana menerima mengalami masalah kesihatan dan sukar untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Alhamdulillah, saya difahamkan seramai 232 orang di Kampung Suasa telah melengkapkan vaksin COVID-19 menerusi program outreach, jumlah ini termasuklah yang diberikan di rumah dan juga pandu lalu serta seorang bagi suntikan dos pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program jangkauan luar vaksinasi di Dewan Desa Lestari Kampung Suasa disini semalam.

Ruslan berkata, daerah Beaufort kini telah mencapai 100 peratus penerima vaksin COVID-19 bagi dos pertama dan kini pihaknya giat mengumpulkan data bagi pelaksanaan program pemberian vaksin kepada remaja berusia 17 tahun dan ke bawah.

Beliau turut memuji usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort yang sentiasa mencari inisiatif bagi memastikan rakyat di daerah ini menerima suntikan vaksin sepenuhnya termasuk golongan remaja.

“Kini kami di peringkat ADUN sedang mengumpul nama-nama yang dibawah usia 17 tahun kebawah dan sasaran kita adalah kepada anak-anak sekolah.

“InsyaAllah senarai-senarai ini sedang kita perolehi melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/pick-232-individu-dewasa-kampung-suasa-lengkap-terima-vaksin-covid-19/feed/ 0 6246