bebas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Jun 2025 12:24:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bebas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mahkamah Rayuan bebaskan lelaki didakwa edar 1.4kg syabu https://sabahmedia.com/2025/06/17/mahkamah-rayuan-bebaskan-lelaki-didakwa-edar-1-4kg-syabu/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/mahkamah-rayuan-bebaskan-lelaki-didakwa-edar-1-4kg-syabu/#respond Tue, 17 Jun 2025 12:21:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75741
Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang mekanik dibebaskan selepas Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengetepikan sabitan serta hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan atas pertuduhan mengedar 1,413.4 gram syabu.

Hakim Dato’ Azman Abdullah, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Noorin Badaruddin, sebulat suara membebaskan dan melepaskan Muhammad Tarmizi Wong Abdullah, 50, selepas membenarkan rayuan Wong terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Pada 20 September 2023, Mahkamah Tinggi di sini telah mensabitkan Wong atas pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Wong diperintahkan untuk menjalani penjara seumur hidup iaitu pemenjaraan selama 30 tahun bermula dari tarikh tangkapannya pada 30 November 2020.

Wong didakwa mengedar syabu di hadapan kawasan memunggah barang di sebuah kampung di Menumbok, Beaufort, pada 30 November 2020.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Wong diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/mahkamah-rayuan-bebaskan-lelaki-didakwa-edar-1-4kg-syabu/feed/ 0 75741
Lelaki bebas tuduhan serangan seksual terhadap anak saudara https://sabahmedia.com/2025/05/27/lelaki-bebas-tuduhan-serangan-seksual-terhadap-anak-saudara/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/lelaki-bebas-tuduhan-serangan-seksual-terhadap-anak-saudara/#respond Tue, 27 May 2025 12:54:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74644
Read Time:38 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan seorang lelaki daripada pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak saudaranya.

Hakim Amir Shah Amir Hassan melepas dan membebaskan lelaki berusia 39 tahun itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil empat orang saksi.

Lelaki itu didakwa menyentuh payudara mangsa yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Penampang pada waktu siang, pada 31 Disember 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki tersebut diwakili oleh peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali, Nigel Neong Kaning, dan Hannan Razaini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/lelaki-bebas-tuduhan-serangan-seksual-terhadap-anak-saudara/feed/ 0 74644
Rayuan ditolak: Eksekutif jualan kekal bebas daripada tuduhan salah guna wang syarikat https://sabahmedia.com/2025/05/07/rayuan-ditolak-eksekutif-jualan-kekal-bebas-daripada-tuduhan-salah-guna-wang-syarikat/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/rayuan-ditolak-eksekutif-jualan-kekal-bebas-daripada-tuduhan-salah-guna-wang-syarikat/#respond Wed, 07 May 2025 06:24:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73346
Read Time:46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan pembebasan seorang eksekutif jualan daripada pertuduhan menggunakan kutipan tunai berjumlah RM41,515 milik sebuah syarikat untuk kegunaan peribadinya.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret terhadap Voo Li Kiam, 44, yang didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan selepas menolak rayuan pihak pendakwaan kelmarin (6 Mei).

Voo didakwa dengan curangnya menyalah gunakan atau menjadikan bagi kegunaan sendiri duit kutipan tunai tersebut di sebuah syarikat di Inanam antara 8 Disember 2018 dan 26 Januari 2019.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pada 22 Ogos 2023, Mahkamah Majistret di sini membebaskan Voo daripada pertuduhan tanpa memanggilnya membela diri selepas majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Voo diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

Timbalan Pendakwa Raya Teh Li Siew bagi pihak perayu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/rayuan-ditolak-eksekutif-jualan-kekal-bebas-daripada-tuduhan-salah-guna-wang-syarikat/feed/ 0 73346
Enam anggota tentera bebas tuduhan bunuh rakan sekerja https://sabahmedia.com/2025/04/15/enam-anggota-tentera-bebas-tuduhan-bunuh-rakan-sekerja/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/enam-anggota-tentera-bebas-tuduhan-bunuh-rakan-sekerja/#respond Tue, 15 Apr 2025 12:45:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72038
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini membebaskan enam anggota tentera yang didakwa atas tuduhan membunuh rakan sekerja mereka yang berusia 26 tahun, lima tahun lepas.

Kesemua tertuduh iaitu Mohamad Zaki Gusam, 31, Mohd Farhan Mohd Fudzi, 33, Mohamad Faeszudin Mohamad Jaes, 34, Mohammad Hasrul Faiz Mustaffa, 35, Mohd Borhan Zakaria, 36, dan Muhammad Nazri Mohd Kahar, 29, dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ismail Brahim yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Perbicaraan yang bermula pada 16 Mac 2023 menyaksikan pihak pendakwaan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan sebelum menutup kes pada 17 Januari lalu.

Kesemua tertuduh yang berasal dari Semenanjung didakwa secara bersama membunuh Muhammad Faiz Harun, 26, di Pos Mapan-Mapan, Kampung Mapan-Mapan, Pitas antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi pada 22 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Peguam Hamid Ismail mewakili Mohamad Zaki, Mohd Farhan dan Mohammad Hasrul, manakala tiga tertuduh lain diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani dan Lovely Natasya Charles.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/enam-anggota-tentera-bebas-tuduhan-bunuh-rakan-sekerja/feed/ 0 72038
Michael Ubu lepas, bebas dari tiga pertuduhan pecah amanah wang https://sabahmedia.com/2023/10/25/michael-ubu-lepas-bebas-dari-tiga-pertuduhan-pecah-amanah-wang/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/michael-ubu-lepas-bebas-dari-tiga-pertuduhan-pecah-amanah-wang/#respond Wed, 25 Oct 2023 13:23:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44177
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan peguam Persius Henry Bolutong @ Michael Persius Ubu atas tiga pertuduhan pecah amanah wang membabitkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 dan 2015.

Hakim Jason Juga membuat keputusan melepas dan membebaskan Michael, 67, daripada semua pertuduhan itu selepas mendengar hujah daripada Zahir Shah, peguam yang mewakili Michael.

Zahir meminta mahkamah untuk melepaskan dan membebaskan Michael daripada ketiga-tiga pertuduhan, susulan surat maklumbalas daripada Timbalan Pendakwa Raya bertarikh 14 Ogos 2023 yang bersetuju untuk menarik balik semua pertuduhan terhadap Michael.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong.

Berikutan keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM700,000 dan pasport antarabangsa dikembalikan kepada Michael.

Sebelum ini, bagi pertuduhan pertama Michael didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Julai 2014 iaitu sebagai ejen kepada RISDA dan di dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang berjumlah RM15, 545,400 yang telah dibayar melalui cek Bank Muamalat bernombor 022865 ke akaun AmBank 102010000858 atas nama beliau. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Manakala pertuduhan kedua, Michael didakwa menerima wang berjumlah RM1 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd, iaitu syarikat milik beliau, di tempat yang sama pada 25 Julai 2014.

Sementara pertuduhan ketiga pula, Michael didakwa menerima wang tunai sebanyak RM2, 960,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dilokasi Beverly Hills Plaza pada 27 November 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Michael didakwa di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, Ogos tahun lalu di mahkamah sama, telah melepas dan membebaskan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta, yang turut didakwa bersama Micheal Ubu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Haresh Prakash Somiah meminta mahkamah untuk melepaskan Peter tanpa dibebaskan daripada keenam-enam pertuduhan, namun tidak menyatakan sebarang alasan kepada mahkamah alasan Peter boleh mendapatkan pelepasan.

Manakala Peguam Peter, Martin Tommy berkata perkara dalam kes itu membabitkan wang berjumlah RM15 juta, sudah dibayar oleh seorang lagi tertuduh (peguam) kepada RISDA dan itu sebagai asas beliau meminta agar mahkamah melepas dan membebaskan Peter.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/michael-ubu-lepas-bebas-dari-tiga-pertuduhan-pecah-amanah-wang/feed/ 0 44177