bedah siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Sep 2025 05:38:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bedah siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ibu Zara buat keputusan bedah siasat tidak dijalankan – Saksi https://sabahmedia.com/2025/09/17/ibu-zara-buat-keputusan-bedah-siasat-tidak-dijalankan-saksi/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/ibu-zara-buat-keputusan-bedah-siasat-tidak-dijalankan-saksi/#respond Wed, 17 Sep 2025 05:38:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81447
Read Time:3 Minute, 1 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir membuat keputusan untuk bedah siasat tidak dijalankan ke atas jenazah Zara walaupun penerangan telah diberikan.

Saksi ke-7 dalam inkues kematian Zara, Pegawai Perubatan Forensik Dr. Logaraj Ratha, 33, berkata memandangkan tiada perkara dibangkitkan, pihak hospital telah menyerahkan jenazah Zara kepada ibunya, Noraidah Lamat mengikut polisi hospital dan jabatan.

“Selepas mendapat keputusan enggan bedah siasat daripada pihak waris, saya telah menyerahkan Surat Akuan Enggan bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri kepada Noraidah. Saya menjelaskan kandungan surat tersebut serta bahagian-bahagian yang perlu diisi.

“Saya turut menerangkan bahawa tanpa bedah siasat, pihak waris tidak akan dapat membuat sebarang tuntutan atau mendapatkan laporan bedah siasat rasmi berhubung punca kematian pada masa hadapan daripada Jabatan Perubatan Forensik hospital,” katanya ketika membacakan kenyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Dr. Logaraj berkata Noraidah telah mengisi di bahagian perenggan pertama dan butiran bahagian tandatangan pengenal/penuntut mayat di dalam surat tersebut, manakala kakak iparnya, Nur Shira Abdullah juga telah mengisi butiran sendiri di bahagian saksi dan menandatangani surat tersebut.

“Saya telah menandatangani surat tersebut sebagai doktor yang mengendalikan kes ini. Noraidah mengesahkan bahawa beliau memahami penjelasan dan kandungan surat yang telah diisi dan ditandatangani,” katanya.

Menurut Dr. Logaraj, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Inspektor Inspektor Wong Yew Zhung bahawa pihak polis tidak akan mengeluarkan borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat dan pihak hospital boleh menyerahkan jenazah Zara kepada keluarganya tanpa melalui proses bedah siasat mediko-legal.

Bagi pelepasan jenazah, Dr. Logaraj berkata beliau telah menerima surat pelepasan atau kebenaran penyerahan jenazah daripada Inspektor Wong agar jenazah Zara diserahkan kepada Puan Noraida tanpa melalui proses bedah siasat mediko-legal.

“Saya kemudian berjumpa dengan ibu kandung Zara iaitu Noraidah dan seorang ahli keluarga, Nur Shira Abdullah iaitu kakak ipar kepada Noraidah. Saya memaklumkan kepada Noraidah bahawa pihak polis tidak mengeluarkan borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat.

“Kemudian, saya cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian Zara. Saya juga telah menerangkan kepada Noraida dan disaksi oleh Shira, mengenai keperluan serta kepentingan bedah siasat.

“Walaupun borang Pol. 61 iaitu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat tidak dikeluarkan oleh pihak polis, proses bedah siasat klinikal sebenarnya masih boleh dijalankan tetapi tertakluk dengan kebenaran waris terdekat.

“Walau bagaimanapun, pihak waris, Puan Noraida membuat keputusan untuk bedah siasat tidak dijalankan ke atas jenazah Zara, walaupun penerangan telah diberikan,” katanya.

Terdahulu, Dr. Logaraj menjelaskan pada tarikh 17 Julai, jam 5 petang, beliau telah dimaklumkan tentang satu kematian di Wad Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan siasatan pihak polis.

Jenazah tersebut dikenali sebagai Zara kemudiannya telah dibawa dari Wad Neurosurgeri ke Jabatan Perubatan Forensik.

Katanya, salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perubatan Forensik adalah perkhidmatan mortuari.

“Skop perkhidmatan ini termasuk pengambilan, pendaftaran, penyimpanan, dan penyerahan jenazah daripada wad atau Jabatan Kecemasan dan Trauma kepada waris.

“Semua kematian di dalam Hospital Queen Elizabeth perlu melalui Jabatan Perubatan Forensik sebelum diserahkan kepada waris, selaras dengan polisi operasi Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth serta Standard Operating Procedure of Forensic Medicine Services Malaysia,” katanya.

Dr. Logaraj berkata memandangkan kes ini melibatkan siasatan polis, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pakar Patologi Forensik yang bertugas pada masa itu, iaitu Dr. Ding Chee Swan.

Beliau juga telah menghubungi Pegawai Penyiasat Polis bagi kes ini, Inspektor Wong daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

“Inspektor Wong memaklumkan bahawa beliau telah berjumpa dengan Dr. Pavankumar Balachandran, pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Neurosurgeri.

“Dr. Pavankumar mengesahkan bahawa punca kematian Zara adalah akibat Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy.

“Inspektor Wong turut memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan pegawai atasan sebelum memberi maklum balas lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/ibu-zara-buat-keputusan-bedah-siasat-tidak-dijalankan-saksi/feed/ 0 81447
Bedah siasat selesai, jenazah Zara Qairina akan dibawa pulang ke Sipitang https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-selesai-jenazah-zara-qairina-akan-dibawa-pulang-ke-sipitang/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-selesai-jenazah-zara-qairina-akan-dibawa-pulang-ke-sipitang/#respond Sun, 10 Aug 2025 12:59:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78980
Read Time:48 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Proses bedah siasat terhadap pelajar, Zara Qairina, selesai sekitar jam 7.30 malam ini di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), selepas dijalankan selama kira-kira lapan jam setengah.

Menurut peguam mewakili keluarga Zara, Shahlan Jufri jenazah akan dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi.

Terdahulu, pada jam 10.55 pagi, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun, tiba di HQE I.

Sebelum proses bermula, Pakar Patologi Dr Jessie Hiu memberi penerangan kepada ibu mangsa mengenai prosedur bedah siasat yang turut disaksikan oleh pegawai polis dan peguam keluarga.

Proses bermula pada jam 11.30 pagi dikendalikan oleh Dr Jessie bersama Dr Khairul Anuar, dibantu dua pegawai lain, dengan kehadiran peguam keluarga sebagai pemerhati dan pegawai polis di dalam bilik pemeriksaan.

Pada jam 8 malam, bedah siasat selesai dan penjelasan awal diberikan kepada keluarga sebelum jenazah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa pulang ke Sipitang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/bedah-siasat-selesai-jenazah-zara-qairina-akan-dibawa-pulang-ke-sipitang/feed/ 0 78980
Laporan bedah siasat bangkai orang utan sudah diterima – Christina https://sabahmedia.com/2024/02/13/laporan-bedah-siasat-bangkai-orang-utan-sudah-diterima-christina/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/laporan-bedah-siasat-bangkai-orang-utan-sudah-diterima-christina/#respond Tue, 13 Feb 2024 12:28:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49444
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bedah siasat ke atas seekor orang utan jantan dewasa spesies Pongo pygmaeus yang ditemui mati di Sungai Kinabatangan pada Isnin telah dijalankan namun tidak dapat memastikan punca sebenar kematian haiwan itu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Christina memaklumkan perkara itu setelah menerima laporan bedah siasat daripada Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) Augustine Tuuga.

“Saya berasa sangat sedih dengan kematian orang utan yang dipercayai berusia 10 tahun itu. Saya telah mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk mempergiatkan usaha melindungi khazanah hidupan liar negeri. Orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

“Berdasarkan bedah siasat, ia bukan ditembak kerana tiada kecederaan luaran diperhatikan, dan tiada sebarang tanda patah tulang serta tiada kesan tembakan.

“Orang utan itu mungkin terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas kerana tidak boleh berenang. Lebam di bahagian leher mungkin berpunca daripada trauma jatuh,” kata Christina dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata sampel organ yang dikumpul daripada haiwan itu, termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, hempedu dan hati, akan dihantar untuk kajian makmal.

Terdahulu, sejurus bangkai orang utan bawa ke darat, bedah siasat telah dijalankan oleh doktor haiwan di Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) kerana lokasi pusat itu terletak paling hampir dengan tempat bangkai ditemui terapung di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

Christina memuji DGFC atas tindakan pantasnya dalam menjalankan bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/laporan-bedah-siasat-bangkai-orang-utan-sudah-diterima-christina/feed/ 0 49444