Beg plastik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Aug 2024 23:08:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Beg plastik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK masih beri peluang guna beg plastik https://sabahmedia.com/2024/08/10/dbkk-masih-beri-peluang-guna-beg-plastik/ https://sabahmedia.com/2024/08/10/dbkk-masih-beri-peluang-guna-beg-plastik/#respond Fri, 09 Aug 2024 23:08:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58799
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) masih memberi peluang kepada beberapa pengusaha premis sekitar bandaraya untuk menggunakan beg plastik meskipun penggunaannya tidak lagi dibenarkan sepenuhnya bermula 1 Ogos lalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tindakan itu diambil berdasarkan beberapa faktor selain turut mendapat permintaan daripada pengusaha premis terlibat.

“Perkembangan setakat ini cukup bagus, cuma memang ada permintaan daripada kedai-kedai mempunyai jenama sendiri. Mereka mahu masa yang agak panjang sedikit bagi menghabisman bekalan plastik tersebut.

“Itu adalah antara yang kita temui dan hadapi selepas sembilan hari pelaksanaan kempen ini diadakan. Tapi kebanyakkannya berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Pra Pelancaran Aplikasi Sabah Smart Parking oleh DBKK Holdings Sdn Bhd di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai sambutan orang awam terhadap kempen itu, Sabin berkata, setakat ini sambutan yang diberikan oleh orang awam adalah baik.

“Seperti biasa, peringkat permukaan memang akan ada rungutan tapi dalam rungutan itu pun mereka bekerjasama juga untuk menggunakan beg-beg kertas, bakul dan sebagainya,”‘ katanya.

Bermula 1 Ogos lalu, penggunaan beg plastik adalah tidak dibenarkan sepenuhnya menerusi kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

Ia adalah sebagai satu usaha berterusan untuk memelihara persekitaran semula jadi bandar raya dan memberikan warisan alam yang lebih baik untuk generasi akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/10/dbkk-masih-beri-peluang-guna-beg-plastik/feed/ 0 58799
Peniaga pasar basah masih dibenarkan guna beg plastik – DBKK https://sabahmedia.com/2024/07/30/peniaga-pasar-basah-masih-dibenarkan-guna-beg-plastik-dbkk/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/peniaga-pasar-basah-masih-dibenarkan-guna-beg-plastik-dbkk/#respond Tue, 30 Jul 2024 09:37:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58318
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Peniaga pasar basah masih dibenarkan untuk menggunakan beg plastik kepada pembeli meskipun penggunaan beg plastik khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu tidak lagi dibenarkan sepenuhnya bermula 1 Ogos ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kempen ‘Bawa Beg Bah’ (3B) itu kini telah memasuki fasa akhir pelaksanaan yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik kovensional.

“Setakat ini reaksi peniaga dan pengguna cukup bagus.  Kempen ini sebenarnya telah dimulakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebelum ini hanya untuk beberapa hari dalam seminggu.

“Jadi bila kita mulakan pada 1 Ogos ini,  setakat ini respon yang kita dapat boleh dikatakan cukup baik sambutan daripada para peniaga dan juga orang ramai.

Salah sebuah premis di Kota Kinabalu yang melaksanakan kempen 3B

“Bagi pasar basah pula, kita masih boleh menggunakan plastik. Walaubagaimanapun kita cuba menggalakkan mereka untuk menggunakan bahan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra kepada peniaga sekitar Jalan Gaya seterusnya mengagihkan bendera Jalur Gemilang dan Sabah sempena pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.

Sabin berkata, pihaknya akan melaksanakan kaedah advokasi dan mengadakan lawatan mesra kepada para peniaga yang masih belum melaksanakan kempen 3B yang bermula Khamis ini.

“Seperti yang saya katakan, di peringkat permulaan ini kita akan membuat lawatan mesra dan melihat kenapa mereka tidak boleh laksanakan perkara tersebut.

“Tetapi kita yakin para peniaga dan orang ramai akan menyambut baik kempen ini,” katanya.

Sebelum ini, Sabin berkata, penggunaan beg plastik khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu tidak akan diberikan sepenuhnya kepada pembeli bermula Ogos depan.

“DBKK juga sedang dalam usaha untuk mengembangkan Kempen 3B ke fasa keempat pelaksanaannya.

“Fasa ini melibatkan pasar dalam dan luar bangunan dibawah pengurusan DBKK yang terdiri daripada enam buah pasar dalam bangunan dan 44 tapak pasar luar bangunan.

“Sementara itu, fasa kelima iaitu fasa terakhir kempen ini yang dijangka bermula pada Ogos akan menambah bilangan hari daripada tiga hari kepada tujuh hari seminggu,” katanya.

Sabin berkata, pihaknya berharap melalui kempen itu ianya dapat menggalakkan amalan hijau melalui konsep 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam kalangan warga Kota Kinabalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/peniaga-pasar-basah-masih-dibenarkan-guna-beg-plastik-dbkk/feed/ 0 58318
Bawa bakul sendiri, tiada lagi beg plastik untuk pembeli di Kota Kinabalu bermula Ogos https://sabahmedia.com/2024/06/20/bawa-bakul-sendiri-tiada-lagi-beg-plastik-untuk-pembeli-di-kota-kinabalu-bermula-ogos/ https://sabahmedia.com/2024/06/20/bawa-bakul-sendiri-tiada-lagi-beg-plastik-untuk-pembeli-di-kota-kinabalu-bermula-ogos/#respond Wed, 19 Jun 2024 16:37:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56254
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Penggunaan beg plastik khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu tidak akan diberikan sepenuhnya kepada pembeli bermula Ogos depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kempen ‘Bawa Beg Bah’ (3B) yang kini memasuki fasa keempat pelaksanaan adalah bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik konvensional.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga sedang dalam usaha untuk mengembangkan Kempen 3B ke fasa keempat pelaksanaannya.

“Fasa ini melibatkan pasar dalam dan luar bangunan dibawah pengurusan DBKK yang terdiri daripada enam buah pasar dalam bangunan dan 44 tapak pasar luar bangunan.

“Sementara itu, fasa kelima iaitu fasa terakhir kempen ini yang dijangka bermula pada Ogos akan menambah bilangan hari daripada tiga hari kepada tujuh hari seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan sambutan hari alam sekitar sedunia peringkat bandaraya Kota Kinabalu di sini.

Sabin berkata, pihaknya berharap melalui kempen itu ianya dapat menggalakkan amalan hijau melalui konsep 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dalam kalangan warga Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Sabin berkata, DBKK juga serius dalam menguatkuasakan undang-undang kecil bagi memastikan tahap kebersihan, keteraturan dan kesihatan Bandaraya Kota Kinabalu berada pada tahap yang baik.

Katanya, bagi tempoh bermula Januari hingga Mei tahun ini, pelbagai aktiviti penguatkuasaan telah dijalankan.

“Antaranya, pelaksanaan sebanyak 305 operasi penguatkuasaan Undang-undang Kecil Anti Sampah Sarap, dengan kompaun sejumlah 1507 telah dikeluarkan atas kesalahan membuang sampah di merata-rata tempat.

“Selain itu,pemeriksaan dan pengredan sebanyak 954 premis makanan. Daripada jumlah ini sebanyak 291 premis mendapat Gred A, 658 premis mendapat Gred B dan 5 premis mendapat Gred C.

“Sebanyak 194 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar syarat lesen dan kriteria dalam pemeriksaan kebersihan premis makanan. Sebanyak 240 premis telah menjalankan kawalan makhluk perosak (pest control),” katanya.

Tambahnya, turut dilaksanakan penarafan kebersihan tandas premis makanan.

“Sebanyak 583 tandas diperiksa, daripada jumlah ini sebanyak 125 tandas memenuhi keperluan tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) (taraf 4 bintang dan ke atas), 458 tandas mendapat taraf 3 bintang ke bawah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/20/bawa-bakul-sendiri-tiada-lagi-beg-plastik-untuk-pembeli-di-kota-kinabalu-bermula-ogos/feed/ 0 56254