bekalan air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Mar 2024 11:37:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bekalan air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Air sungai di LRA Limbahau tahap kemasinan tinggi, punca gangguan bekalan air di Papar https://sabahmedia.com/2024/03/07/air-sungai-di-lra-limbahau-tahap-kemasinan-tinggi-punca-gangguan-bekalan-air-di-papar/ https://sabahmedia.com/2024/03/07/air-sungai-di-lra-limbahau-tahap-kemasinan-tinggi-punca-gangguan-bekalan-air-di-papar/#respond Thu, 07 Mar 2024 10:47:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50703
Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar daerah Papar berpunca Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau tidak dapat beroperasi disebabkan tahap kemasinan air sungai terlalu tinggi dan tidak dapat diproses.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, keadaan kemarau yang berpanjangan juga antara sebab LRA Limbahau tidak dapat beroperasi sejak 20 hari yang lalu menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Papar.

Shahelmey (dua kiri) meninjau keadaan air sungai di Loji Rawatan Air Limbahau hari ini.

“Loji ini telah tidak beroperasi sejak 20 hari yang lalu disebabkan oleh keadaan kemarau yang berpanjangan yang menyebabkan air laut masuk ke dalam sungai ini sehinggalah ke kawasan intake air yang ada sekarang.

“Ini menyebabkan tahap kemasinan air sungai yang ada pada masa sekarang jumlah bacaan 2899 mg/L yang jauh melebihi had maksima yang dibenarkan iaitu 120 mg/L, justeru, loji ini tidak dapat berfungsi,” jelasnya pada sidang media selepas membuat tinjauan ke LRA Limbahau di sini, hari ini.

Namun begitu, Shahelmey berkata, buat masa ini penduduk yang terjejas dibekalkan air dari LRA Kogopon.

“Jadi dalam masa loji ini tidak berfungsi kita terpaksa menggunakan air daripada Loji Rawatan Air Kogopon untuk kita bekalkan kepada lebih 52 ribu penduduk yang terjejas yang sepatutnya menerima bekalan air dari loji Limbahau.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Air dan meminta kerjasama daripada pejabat Daerah Papar untuk mengagihkan air di kawasan- kawasan yang terjejas.

Sehubungan dengan itu, beliau turut memaklumkan, semalam di Kabinet Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga bersetuju untuk melakukan pembenihan awan bagi mencetus hujan di kawasan-kawasan di hulu.

“Pembenihan awan ini dilakukan supaya air daripada sungai akan bertambah seterusnya boleh memberi bekalan air kepada loji-loji rawatan air kita yng terkesan dan juga kepada kawasan-kawasan yang menggunakan air graviti,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut mencadangkan intake air kedua perlu dibina di LRA Limbahau untuk menangani masalah kemasukan air masin di loji berkenaan.

“Memandang LRA Limbahau ini telah mempunyai rekod tahap kemasukan air masin yang tinggi sejak beberapa tahun yang lalu dan pada tahun lepas sahaja loji ini terpaksa ditutup operasinya selama lebih kurang 14 hari dan pada tahun ini sehingga hari ini sudah lebih 20 hari.

“Jadi kita memikirkan satu penyelesaian untuk membuat intake air kedua yang bebas daripada pengaruh air masin yang masuk ke dalam sungai.

“Perkara itu, saya sudah berbincang kepada pengarah dan jurutera tadi untuk mengenal pasti intake kedua bagi LRA Limbahau ini, jadi apabila intake pertama masuk air masin kita akan guna intake kedua nanti untuk memastikan loji Limbahau ini boleh terus beroperasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/07/air-sungai-di-lra-limbahau-tahap-kemasinan-tinggi-punca-gangguan-bekalan-air-di-papar/feed/ 0 50703
Penguatkuasaan tegas koloni setinggan di sekitar UMS, banteras sambungan haram bekalan air – Masiung https://sabahmedia.com/2024/01/19/penguatkuasaan-tegas-koloni-setinggan-di-sekitar-ums-banteras-sambungan-haram-bekalan-air-masiung/ https://sabahmedia.com/2024/01/19/penguatkuasaan-tegas-koloni-setinggan-di-sekitar-ums-banteras-sambungan-haram-bekalan-air-masiung/#respond Fri, 19 Jan 2024 07:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48197
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh agensi berkaitan ke atas koloni setinggan di sekitar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa menyumbang kepada masalah air di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, masalah air di UMS tidak akan berakhir selagi wujud penyambungan haram besar-besaran di perkampungan setinggan itu.

Selain itu katanya, penghuni flat rumah kos rendah milik LPPB di Taman Jaya Diri, Bukit Setia di Sepanggar dan Taman Sri Warisan di Inanam Laut merungut kerana kerap mengalami gangguan bekalan air selain tekanan air amat tendah.

” Walaupun Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah memberi jaminan masalah air di UMS akan selesai setelah Loji Rawatan Air Telibong 2 siap hujung Januari ini, namun UMS akan menerima tekanan air lebih rendah akibat terlalu banyak penyambungan haram koloni setinggan.

” Inisiatif MyJans yang diperkenalkan kerajaan tidak banyak mengubah keadaan kerana penduduk setinggan terutama warga asing sudah terbiasa menikmati air dan elektrik secara percuma hasil penyambungan haram,” tegas beliau.

Pada Khamis lalu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melancarkan aplikasi MyJans, di mana pengguna boleh mengakses bekalan air secara atas talian.

Masiung berkata, aplikasi MyJans yang dilancarkan JANS pada minggu lalu memang inisiatif baik, tetapi penyambungan haram tetap akan berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu menggesa agensi berkaitan terutama JANS supaya menjalankan operasi penguatkuasaan besar-besaran secara berjadual di kawasan setinggan dan kilang-kilang.

Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kewujudan koloni setinggan dianggarkan 12,000 rumah dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah bekalan air terbesar di universiti itu.

Kerajaan negeri mengalami kerugian 18 juta liter air sehari (MLD) akibat tindakan penyambungan haram.

Beliau berharap operasi penguatkuasaan agensi berkaitan tidak hanya melibatkan bekalan air tetapi turut menjalankan operasi penyambungan elektrik haram di kawasan-kawasan setinggan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/19/penguatkuasaan-tegas-koloni-setinggan-di-sekitar-ums-banteras-sambungan-haram-bekalan-air-masiung/feed/ 0 48197
Masalah bekalan air di Labuan sukar tarik pelabur – Anifah https://sabahmedia.com/2023/11/28/masalah-bekalan-air-di-labuan-sukar-tarik-pelabur-anifah/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/masalah-bekalan-air-di-labuan-sukar-tarik-pelabur-anifah/#respond Tue, 28 Nov 2023 12:39:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45812
Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Masalah bekalan air yang membelenggu rakyat Labuan dan memeritkan lagi keadaan itu sudah lama berlaku namun tidak ada tindakan drastik dilakukan walaupun ia terletak di bawah Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti, kata Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.

“Labuan adalah pulau yang cantik, apa yang dibentangkan ini saya setuju ulasan-ulasan tentang kuasa, biasiswa, akaun bank sangat bagus didengar tapi untuk rakyat Labuan ia tiada makna apa-apa, tidak ada ertinya kalau air tidak ada.

“Sekarang yang pelik sangat, Labuan dulu Menteri Wilayah Persekutuan beberapa menteri, KSU juga jadi Pengerusi Perbadanan Labuan tapi Labuan punya masalah air sangat simple (mudah) satu, maintenance (penyelenggaraan) paip yang bocor sudah 30-40 tahun, kedua, peruntukan, kalau tiada peruntukan tidak boleh buat maintenance, kalau kita tidak boleh buat maintenance rakyat yang menderita,” tegasnya ketika berucap membahas akta Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa ada pelabur-pelabur yang berpotensi datang ke Labuan tetapi tidak jadi melabur disebabkan masalah air dan bekalan elektrik tidak mencukupi.

“Saya sekarang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, saya ingin menjemput pelabur, three Fortune 500 companies datang jadi kita bagi taklimat dia tanya itu ini, kita tidak boleh sembunyi kenyataan yang sebenar bahawa air dan tenaga letrik ini tidak mencukupi di Labuan, so they told me “thank you very much” and left… jadi bagaimana kita hendak memajukan Labuan kalau kemudahan asas air dan letrik tidak ada?

“Tapi semua yang bagus kita dengar macam kita diibaratkan macam kita budak-budak kecil ini menangis dikasi gula-gula (candy) sampai bila kita nak dikasi candy saja, sampai bila budak-budak menangis saja?,” luahnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mempelawa pemimpin-pemimpin untuk datang ke Labuan dan melihat sendiri keperitan hidup rakyat Labuan dengan masalah yang dihadapi.

“Datang ke labuan dan tengok keperitan rakyat Labuan baru kita mengerti, kalau kita tidak ke Labuan, kita berucap di Dewan yang mulia ini kita menjawab soalan-soalan tapi penderitan rakyat Labuan tidak dirasai oleh pemimpin-pemimpin maka tidak ada ertinya semua ini.

“Saya berterima kasih ini pertama kali Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk Kelantan, Sabah, termasuk Labuan. Terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya ada cahaya di hujung terowong.

“Tapi lagi penting, pastikan ada duit semua, kita laksana dengan baik. Dan saya harap kalau ikut tender, pastikan tender terbuka, jangan ada campur tangan politik, dapatkan kontraktor yang terbaik supaya masalah air Labuan, mungkin 100 peratus tak dapat diselesaikan, tapi ada perbezaan,” tambah beliau.

Persidangan Dewan Rakyat 13 Oktober lepas meluluskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/masalah-bekalan-air-di-labuan-sukar-tarik-pelabur-anifah/feed/ 0 45812