bekalan air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Aug 2025 09:59:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bekalan air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bekalan air di Kota Kinabalu semakin stabil – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/08/04/bekalan-air-di-kota-kinabalu-semakin-stabil-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/08/04/bekalan-air-di-kota-kinabalu-semakin-stabil-shahelmey/#respond Mon, 04 Aug 2025 09:54:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78558
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Bekalan air di kawasan bandaraya Kota Kinabalu termasuk Kota Kinabalu Utara kini menunjukkan peningkatan dari segi tekanan dan kestabilan selepas kerja-kerja pemasangan paip baharu bagi Projek Telibong Dua Fasa Dua siap sepenuhnya pada 14 Julai lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerja-kerja pembersihan, pengujian dan pentauliahan telah dilaksanakan selepas pemasangan paip baharu selesai sebelum disalurkan kepada pengguna.

Katanya, pada ketika ini tekanan air yang lebih baik mula dirasai penduduk di sekitar kawasan Kota Kinabalu.

“Namun masih ada kejadian-kejadian seperti paip-paip lama yang pecah serta penyesuaian masa yang diperlukan untuk menstabilkan paras air di tangki simpanan Jabatan Air, yang sedang ditangani secara berperingkat.

“Jadi, ini merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang dilaksanakan oleh Jabatan Air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan rasmi antara Jetama Sdn Bhd dan Sabah FC di sini pada Isnin.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut mengulas mengenai gangguan bekalan air di Tawau yang berlaku sejak minggu lalu.

Katanya, gangguan itu adalah susulan penghentian sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) Utara Tawau. 

“Keputusan itu dibuat selepas bacaan amonia melebihi paras selamat, iaitu 1.4mg/l berbanding had yang dibenarkan sebanyak 0.5mg/l.

“Kandungan amonia yang tinggi dipercayai berpunca daripada pencemaran di kawasan tadahan sungai, termasuk penempatan perumahan yang dibina berdekatan kawasan sungai tersebut.

“Sebagai langkah segera, lapan lori air telah digerakkan oleh Jabatan Air untuk membekalkan air kepada penduduk yang terjejas,” katanya 

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, satu mesyuarat telah diadakan antara Jurutera Jabatan Air Daerah Tawau dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran serta mencari penyelesaian jangka panjang.

“Saya difahamkan semalam ada hujan berlaku di Tawau. Kita berharap paras amonia itu akan turun ke tahap yang boleh diterima dan LRA boleh digunakan semula,” katanya – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/04/bekalan-air-di-kota-kinabalu-semakin-stabil-shahelmey/feed/ 0 78558
Sistem bekalan air SMK Dalit bawa manfaat kepada sekolah, komuniti https://sabahmedia.com/2025/06/12/sistem-bekalan-air-smk-dalit-bawa-manfaat-kepada-sekolah-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/06/12/sistem-bekalan-air-smk-dalit-bawa-manfaat-kepada-sekolah-komuniti/#respond Thu, 12 Jun 2025 05:01:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75427
Read Time:1 Minute, 57 Second

Keningau : Pelaksanaan sistem bekalan air di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit di sini bakal memberi manfaat kepada warga sekolah selain memberi impak positif terhadap penduduk setempat.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pelaksanaan projek itu membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya didengari, malah diambil tindakan sewajarnya.

Katanya, masalah gangguan bekalan itu memberi kesan besar kepada kelancaran operasi sekolah termasuklah daripada kebersihan tandas, keselamatan makanan di kantin, sehinggalah kesihatan dan keselesaan pelajar serta para guru.

“Projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga SMK Dalit, malah turut memberi impak kepada kampung-kampung sekitarnya. 

“Kita yakin usaha ini akan meningkatkan tahap kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar secara menyeluruh.

“Ini adalah langkah konkrit untuk menjamin akses kepada air bersih hak asas yang sewajarnya dinikmati oleh semua, tidak kira di mana mereka berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pemasangan sistem bekalan air SMK Dalit di sini pada Rabu.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, projek itu akan dilaksanakan secara berfasa. 

Katanya, Fasa pertama akan membekalkan air ke sekolah dan kampung berdekatan, manakala fasa kedua akan menyusul ke kampung-kampung lain yang turut memerlukan.

“Bagi kampung-kampung di Mukim Dalit serta Mukim Ansip termasuk Kampung Mempulut, Kampung Membulu, Kampung Kuala Puntih dan Kampung Tigasa, saya telah berusaha sejak beberapa tahun lalu, termasuk mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak Jabatan Air Keningau.

“Saya dimaklumkan bahawa permohonan dan kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 telah dihantar. 

“Oleh itu, kita amat berharap agar kelulusan dapat disegerakan demi kesejahteraan masyarakat di kawasan-kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pihaknya akan terus komited memperjuangkan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya yang baik, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

“Ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat akses kepada kehidupan yang lebih berkualiti.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap pelaksanaan projek ini. 

“Ini mencerminkan iltizam kerajaan dalam memastikan pembangunan yang saksama dan menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada seluruh warga sekolah, para guru, pelajar dan komuniti setempat agar menghargai dan menjaga kemudahan ini dengan penuh tanggungjawab.

“Usaha yang besar ini hanya akan memberi manfaat berpanjangan jika ia dipelihara dan dimanfaatkan dengan baik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/12/sistem-bekalan-air-smk-dalit-bawa-manfaat-kepada-sekolah-komuniti/feed/ 0 75427
JANS giat laksana operasi pemotongan paip haram, 21 sambungan berjaya dipotong https://sabahmedia.com/2024/07/11/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-paip-haram-21-sambungan-berjaya-dipotong/ https://sabahmedia.com/2024/07/11/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-paip-haram-21-sambungan-berjaya-dipotong/#respond Thu, 11 Jul 2024 09:03:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57393
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 21 sambungan paip haram yang dilakukan penghuni setinggan sekitar Inanam dan kawasan berhampiran berjaya dipotong anggota penguat kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, antara kawasan terlibat adalah sekitar tepi jalan berhampiran Puspakom; paip utama Jambatan Lembaga Padi; Kampung Likas dan Signal Hill.

“Pada hari ini, anggota penguat kuasa JANS telah melaksanakan operasi pemotongan sambungan paip haram yang dijalankan sekitar Inanam dan beberapa kawasan berhampiran.

“Daripada jumlah yang dipotong, sembilan sambungan telah dipotong di kawasan paip utama jambatan Lembaga Padi dan lapan sambungan dipotong berhampiran jalan dekat Puspakom,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, selain itu, JANS turut melaksanakan pemotongan tiga sambungan paip haram di kawasan setinggan Kampung Likas dan satu di Signal Hill.

Katanya, sambungan paip haram itu juga menjadi antara faktor yang mempengaruhi kepada tekanan air rendah sekitar Inanam dan Kionsom.

“Saya difahamkan sambungan paip haram itu menjadi antara punca kepada rungutan pengguna di Inanam dan Kiansom yang mendakwa tekanan air rendah.

“Selain itu, saya turut difahamkan kawasan berkenaan mempunyai banyak sambungan paip haram dan pihak penguat kuasa JANS akan terus giat melaksanakan operasi pemotongan dikawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Katanya, JANS kini giat menjalankan pemantauan berterusan terhadap situasi ini.- SABAH MEDIA / FOTO JANS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/11/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-paip-haram-21-sambungan-berjaya-dipotong/feed/ 0 57393
Inisiatif stabilkan bekalan air sekitar Kota Kinabalu giat dilaksana – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/06/06/inisiatif-stabilkan-bekalan-air-sekitar-kota-kinabalu-giat-dilaksana-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/06/06/inisiatif-stabilkan-bekalan-air-sekitar-kota-kinabalu-giat-dilaksana-shahelmey/#respond Thu, 06 Jun 2024 04:46:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55568
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Sabah memaklumkan bahawa inisiatif untuk menstabilkan sepenuhnya bekalan air, khususnya di kawasan Kota Kinabalu sedang giat dilaksanakan dan secara keseluruhan bekalan air di Daerah Kota Kinabalu telah berjaya distabilkan sejak suku ketiga tahun 2023.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya susulan isu viral penganjuran satu kempen yang dipanggil Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun ini di hadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) atau Menara Kinabalu, di sini, yang dilancarkan melalui laman Facebook Suara Mahasiswa UMS, baru-baru ini.

Shahelmey turut menjelaskan segala usaha mentsabilkan bekalan air tersebut bagaimanapun, gangguan bekalan air adakalanya tidak dapat dielakkan disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) dan juga sistem agihan sama ada berjadual atau kecemasan.

Katanya, pada masa yang sama, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) turut berhadapan dengan gangguan bekalan air akibat penyambungan paip secara haram oleh penduduk setinggan, yang ada kalanya mengakibatkan gangguan bekalan air ke UMS dan sekitarnya. Walau bagaimanapun, masalah ini telah dan akan terus ditangani khususnya melalui tindakan penguatkuasaan.

“Sebagai tindakan serta merta, JANS akan memperkenalkan sistem vendor dalam tempoh terdekat bagi membekalkan air kepada penduduk setinggan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri Negeri baru-baru ini.

“Inisiatif ini akan membolehkan kawalan dan pemantauan keatas penggunaan air oleh penduduk di kawasan-kawasan berkenaan. Inisiatif menstabilkan bekalan air di kawasan Kota kinabalu juga termasuklah penambahan kapasiti bekalan air daripada LRA Telibong 2 Fasa 2 sebanyak 15-20 MLD sehari.

“Ini telah memberi impak signifikan kepada bekalan air di kawasan utara Kota Kinabalu. LRA yang telahpun disiapkan ini berkapasiti 80 MLD dan akan membekalkan sepenuhnya kapasiti berkenaan di kawasan Kota Kinabalu sebaik sahaja jajaran paip di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Pakej Kerja 8 disiapkan awal tahun hadapan,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kerja Raya Sabah bersama-sama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Kementerian Ekonomi sedang dalam proses akhir memuktamadkan kaedah pelaksanaan projek-projek untuk sistem bekalan air negeri Sabah di bawah pakej peruntukan RM300 juta yang dijangka dimulakan pada tahun ini.

“Skop-skop di bawah projek ini adalah bagi mengurangkan gangguan bekalan, menstabilkan tekanan air, menyelesaikan masalah sambungan tidak mengikut peraturan, menaik taraf dan membaiki aset-aset pam serta penambahan kapasiti loji rawatan air di daerah Kota Kinabalu. Skop projek ini juga turut melibatkan daerah Papar, Keningau, Lahad Datu dan Tawau,” ujarnya.

Terdahulu, mengenai perhimpunan tersebut, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, menegaskan pendirian universiti tidak menyokong sebarang tindakan atau usaha dilakukan mana-mana kumpulan pelajarnya yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air atau apa saja isu di Sabah.

Beliau berkata universiti itu pada dasarnya tidak membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mewujudkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap ketenteraman awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/06/inisiatif-stabilkan-bekalan-air-sekitar-kota-kinabalu-giat-dilaksana-shahelmey/feed/ 0 55568
Pihak berkaitan digesa pantau, selenggara tangki air, salur bekalan air bersih – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/#respond Sat, 27 Apr 2024 06:49:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53576
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Aset-aset khususnya tangki-tangki air di bawah selenggaraan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa agar sentiasa memantau keadaan aset-aset tersebut dengan baik bagi menyalur bekalan air bersih kepada pengguna.

Ini berikutan tular di media sosial tangki air yang berkarat tidak diselenggara dengan baik dan membekalkan air kotor dan tercemar di salah satu kawasan perumahan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, video yang tular itu bukan di Sabah namun kemungkinan ianya boleh berlaku di negeri ini sekiranya tangki-tangki air tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berkaitan.

“Justeru, pihak Jabatan Air diminta agar sentiasa menjalankan kawalan secara berkala terhadap tangki-tangki air ini, namun demikian kita perlu membezakan kategori aset-aset yang secara langsung di bawah Jabatan Air atau aset-aset air yang dimiliki oleh individu atau juga pihak pengurusan kawasan perumahan.

“Ini memerlukan kerjasama yang jitu diantara pelbagai pihak yang menggunakan syarat-syarat yang sebenarnya ada yang dikenakan tapi mungkin ada satu kelemahan dalam budaya penyelenggaraan kita,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Sri Putatan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey turut memaklumkan bekalan air terawat yang dihasilkan di loji-loji rawatan air JANS semuanya adalah selamat dan menepati piawaian seperti yang ditetapkan.

Shahelmey bersalaman dengan orang ramai semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.
Wan Azizah bersama Juliah turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan menteri-menteri persekutuan dan negeri lain.

Kira-kira 7,000 orang tetamu hadir pada majlis tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/feed/ 0 53576
Segera Salur Bekalan Air Bersih Di DUN Sebatik – Hassan https://sabahmedia.com/2021/10/13/segera-salur-bekalan-air-bersih-di-dun-sebatik-hassan/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/segera-salur-bekalan-air-bersih-di-dun-sebatik-hassan/#respond Wed, 13 Oct 2021 00:33:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7469
Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik Hassan A Ghani Pg Amir memohon kerajaan supaya menyegerakan usaha untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan pedalaman DUN itu.

Beliau berkata ini kerana masih ada rakyat di kawasan DUN Sebatik yang terpaksa bergantung penuh dengan sumber air dari sungai berdekatan untuk melakukan rutin harian termasuk mandi dan mencuci pakaian yang mendedahkan penduduk kepada serangan haiwan liar.

“Jika nasib tidak baik, penduduk berdepan ancaman buaya ketika mendapatkan keperluan asas ini, seperti kes pada Ahad lepas seorang wanita ditemukan maut diserang buaya ketika mandi di sungai bersama neneknya di Kampung Serudung Laut.

“Justeru kita berharap perkara ini diberi perhatian serius dan segera ditangani kerana ia menghantui penduduk, tragedi diserang buaya ketika turun ke sungai bagi melakukan rutin harian bukan pertama kali berlaku di Kalabakan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Hassan berkata isu bekalan air bersih di DUN Sebatik itu sudah disuarakan kepada kerajaan negeri dan bahaya serangan buaya berkenaan boleh dijadikan iktibar bagi menyegerakan bekalan air bersih ke kawasan tersebut.

Sementara itu katanya Kampung Serudung dalam proses permohonan untuk diwartakan sebagai Kampung Sejahtera di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi membolehkan kampung itu dibangunkan dengan lebih baik. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/segera-salur-bekalan-air-bersih-di-dun-sebatik-hassan/feed/ 0 7469