bekalan beras – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Mar 2026 09:19:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bekalan beras – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bekalan beras Sabah mencukupi, pengguna tidak perlu panik – Jamawi https://sabahmedia.com/2026/03/18/bekalan-beras-sabah-mencukupi-pengguna-tidak-perlu-panik-jamawi/ https://sabahmedia.com/2026/03/18/bekalan-beras-sabah-mencukupi-pengguna-tidak-perlu-panik-jamawi/#respond Wed, 18 Mar 2026 09:19:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93541
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan bekalan beras di Sabah adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik susulan laporan kekurangan stok di beberapa daerah pedalaman.

Beliau berkata, setakat ini stok simpanan beras negeri mampu menampung keperluan rakyat sehingga enam bulan.

“Jika digabungkan dengan stok perdagangan, stok pemborong serta bekalan beras tempatan, jumlah keseluruhan bekalan beras di Sabah boleh bertahan sehingga sembilan bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memantau rapi kedudukan bekalan makanan asas dan menasihatkan orang ramai agar kekal bertenang.

Beliau turut memaklumkan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya penghantaran bekalan beras putih import (BPI) pada harga mampu milik dipercepatkan dengan kuantiti besar ke Keningau, Sook, Tenom, Kemabong dan Sipitang.

“Saya menyeru orang ramai supaya mengelakkan pembelian panik. Bekalan akan kembali stabil seperti biasa,” katanya.

Seawal pagi kelmarin, Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah, Datuk Dr Ramle Kasin bersama pegawai BERNAS Sabah telah menjalankan pemantauan di Pusat Simpanan Kolombong dan mendapati bekalan beras berada pada tahap stabil serta mencukupi.

Tinjauan pagi ini pula menunjukkan bekalan beras telah mula diedarkan ke premis-premis peruncit di Tenom, Kemabong, Sook dan Keningau.

Di Tenom sahaja, sebanyak 53 tan beras telah dipasarkan melalui pengedar BERNAS, melibatkan 30 tan oleh PPK Tenom dan 23 tan oleh Sazarice.

Secara keseluruhan, pergerakan stok beras ke daerah Tenom ketika ini menunjukkan bekalan adalah mencukupi, hasil kerjasama pemborong yang telah menghantar bekalan ke beberapa premis sekitar daerah berkenaan.

Tinjauan juga mendapati situasi pembelian panik sebelum ini telah reda dan kembali terkawal.

Keperluan bekalan beras bulanan di kawasan terlibat dianggarkan sebanyak 470 tan metrik (MT), bersamaan kira-kira 16 MT sehari. Setakat hari ini, sebanyak 70 MT atau 15 peratus daripada keperluan bulanan telah dihantar, melebihi keperluan harian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/18/bekalan-beras-sabah-mencukupi-pengguna-tidak-perlu-panik-jamawi/feed/ 0 93541
‘Jangan panik, bekalan beras putih import bersubsidi mencukupi’ – Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/05/jangan-panik-bekalan-beras-putih-import-bersubsidi-mencukupi-pengarah-kawalselia-padi-dan-beras-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/05/jangan-panik-bekalan-beras-putih-import-bersubsidi-mencukupi-pengarah-kawalselia-padi-dan-beras-sabah/#respond Thu, 05 Oct 2023 07:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43100
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya rakyat di negeri Sabah ini dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik ketika ingin mendapatkan bekalan beras di pasar raya atau kedai-kedai runcit, kata Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Negeri Sabah, Ab Alim Multazam.

Ini adalah berikutan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras putih import (BPI) kepada Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober ini.

Ab Alim berkata, kerajaan telah memutuskan agar harga BPI diserap oleh kerajaan mulai 5 Oktober 2023 bagi membolehkan BPI diperolehi dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram.

Oleh yang demikian, dengan berita baik ini, beliau menasihatkan kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan pembelian panik khususnya bagi mendapatkan bekalan beras kerana bekalan beras bersubsidi ini mencukupi untuk rakyat Sabah.

“Kita dapati ada berlaku pembelian panik melebihi iaitu tiga hingga lima kampit beras, kita nasihatkan supaya jangan berlaku pembelian panik kerana beras akan masuk pada pasaran seperti biasa, jadi beli dalam keadaan biasa, satu dua kampit cukup untuk kegunaan harian.

“Pihak kita akan sentiasa memantau bekalan beras dan kita akan pastikan beras bersubsidi ini masuk ke pasaran dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa membuat tinjauan harga dan bekalan beras bersubsidi di beberapa pasar raya besar sekitar Kota Kinabalu hari ini.

Beliau turut menasihatkan kepada peniaga boleh menghadkan setiap pembelian BPI bersubsidi untuk sementara waktu, sehingga semuanya berjalan lancar.

“Kita juga nasihatkan para peniaga boleh hadkan untuk sementara waktu iaitu bagi pembelian dua kampit setiap keluarga untuk kita mengelakkan gangguan pada bekalan itu, jadi tiada masalah by law ia tidak menjadi masalah. Cuma saya nasihatkan jangan panik, bekalan mencukupi dengan harga yang bersubsidi bagi Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tinjuan mendapati hari pertama, hari ini, beras bersubsidi dijual dengan harga kurang RM31 setiap 10kg iaitu serendah RM28.50 di salah satu pasar raya sekitar Kota Kinabalu.

Ab Alim berkata, beliau berpuashati semasa membuat tinjuan itu kerana pasar raya berkenaan menjual beras bersubsidi mengikut harga yang disarankan oleh kerajaan.

“Harga ditetapkan RM31 setiap 10kg namun ia boleh kurang mengikut keadaan dari segi kos pengangkutan dan sebagainya bagaimanapun ia tidak boleh lebih dari harga RM31,”jelasnya.

Hadir sama semasa tinjauan itu ialah wakil daripada syarikat Sazarice Sdn Bhd dan TKC.

Sementara itu, pengguna Mohd Iskandar Abdul Kamal, 55, dari Kinarut juga turut mengingatkan kepada pengguna lain supaya tidak membuat pembelian panik terhadap bekalan beras bersubsidi tersebut.

“Alhamdulillah, harga beraspun sudah turun dan saya nasihatkan kepada pengguna lain supaya tidak membuat pembelian panik kerana saya difahamkan bekalan mencukupi, terima kasih kepada kerajaan kerana meringankan beban kami sebagai pengguna,”katanya.

Manakala suri rumah, Laina Teawa, 39, dari Putatan berkata, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan kerana sebelum ini memang berasa terbeban dengan harga beras yang tinggi.

“Kami mempunyai keluarga yang besar jadi dengan adanya subsidi beras dari kerajaan ini meringankan beban dan dapatlah membeli barang keperluan makanan lain selain beras,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/05/jangan-panik-bekalan-beras-putih-import-bersubsidi-mencukupi-pengarah-kawalselia-padi-dan-beras-sabah/feed/ 0 43100