Bekalan Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jun 2026 01:37:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bekalan Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Catuan bekalan elektrik berjadual dilaksana susulan kekurangan kapasiti penjanaan https://sabahmedia.com/2026/06/29/catuan-bekalan-elektrik-berjadual-dilaksana-susulan-kekurangan-kapasiti-penjanaan/ https://sabahmedia.com/2026/06/29/catuan-bekalan-elektrik-berjadual-dilaksana-susulan-kekurangan-kapasiti-penjanaan/#respond Mon, 29 Jun 2026 01:37:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99037
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan di seluruh Sabah berikutan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Menurut syarikat utiliti itu, keadaan tersebut berpunca daripada gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus mengurangkan kapasiti penjanaan elektrik dalam sistem grid Sabah.

Sabah Electricity memaklumkan, langkah catuan bekalan itu perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri dapat dikekalkan sementara kerja-kerja pemulihan kapasiti penjanaan sedang dijalankan.

“Sabah Electricity memahami kesulitan yang akan dialami pengguna akibat pelaksanaan catuan bekalan ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan tempoh gangguan.

“Maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat serta perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi Facebook rasmi Sabah Electricity Careline. Pengguna juga boleh menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444 untuk sebarang pertanyaan,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sabah Electricity turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh catuan bekalan.

Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya serta mengikuti pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Sabah Electricity dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/29/catuan-bekalan-elektrik-berjadual-dilaksana-susulan-kekurangan-kapasiti-penjanaan/feed/ 0 99037
500 petugas Sabah Electricity komited pastikan bekalan elektrik stabil di pagi Syawal https://sabahmedia.com/2026/03/19/500-petugas-sabah-electricty-komited-pastikan-bekalan-elektrik-stabil-di-pagi-syawal/ https://sabahmedia.com/2026/03/19/500-petugas-sabah-electricty-komited-pastikan-bekalan-elektrik-stabil-di-pagi-syawal/#respond Thu, 19 Mar 2026 08:51:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93579
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seramai 500 petugas Sabah Electricity terus komited menjalankan tugas pada pagi Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan elektrik di seluruh negeri kekal stabil, sekali gus membolehkan rakyat menyambut Syawal dalam suasana selesa dan harmoni.

Petugas yang terdiri daripada jurutera, juruteknik dan kakitangan operasi telah digerakkan secara menyeluruh merangkumi stesen janakuasa, pencawang, serta pusat kawalan sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata langkah kesiapsiagaan ini termasuk pemantauan rapi 24 jam dan tindak balas segera bagi menangani sebarang kemungkinan gangguan bekalan.

Komitmen warga kerja pada hari perayaan mencerminkan keutamaan syarikat dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

“Walaupun Hari Raya adalah waktu untuk bersama keluarga, dedikasi petugas kami yang terus berkhidmat pada pagi Syawal amat kami hargai. Mereka adalah tulang belakang kepada kesinambungan bekalan elektrik yang stabil, khususnya ketika permintaan meningkat pada musim perayaan,” katanya.

Menurut beliau, tahap kesiapsiagaan operasi pada musim perayaan dipertingkatkan melalui penyelarasan pasukan teknikal di lapangan serta pemantauan sistem secara berpusat bagi memastikan sebarang gangguan dapat ditangani dengan pantas dan berkesan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan elektrik serta mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap.

Para pengguna boleh mendapatkan lebih banyak tip keselamatan dan panduan menjimatkan elektrik, dengan melayari laman web www.sesb.com.myUntuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Sabah Electricity melalui saluran Facebook: Sabah Electricity CareLine, Talian 15444, 088-515000 atau melalui aplikasi Sabah Electricity.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/19/500-petugas-sabah-electricty-komited-pastikan-bekalan-elektrik-stabil-di-pagi-syawal/feed/ 0 93579
Bekalan elektrik stabil: Langkah Kerajaan Sabah disambut baik pemain industri https://sabahmedia.com/2025/10/31/bekalan-elektrik-stabil-langkah-kerajaan-sabah-disambut-baik-pemain-industri/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/bekalan-elektrik-stabil-langkah-kerajaan-sabah-disambut-baik-pemain-industri/#respond Fri, 31 Oct 2025 07:20:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84558
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pemain industri di Sabah menyambut baik hala tuju Kerajaan Negeri dalam memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di seluruh negeri.

Langkah ini diambil melalui pelaksanaan pelan jangka panjang yang menumpukan kepada penjanaan tenaga mampan serta langkah jangka pendek yang lebih pragmatik.

Mereka percaya,  susulan keputusan kerajaan negeri untuk memberi kebenaran kepada pihak pengurusan kawasan perindustrian membina loji janakuasa sendiri atau Penyedia Tenaga Bebas atau Independent Power Producer (IPP), ia akan memastikan bekalan elektrik di Sabah mencukupi untuk menjana pertumbuhan kawasan industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Sdn Bhd., Datuk Lawrence G. Kimkuan, berkata taman perindustrian itu bakal melaksanakan projek penjanaan tenaga elektrik sendiri berkapasiti 300 megawatt (MW) bagi menjamin keperluan tenaga sektor industri tanpa menjejaskan agihan bekalan kepada rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaan projek berkenaan merupakan langkah strategik bagi memastikan taman perindustrian mempunyai sumber tenaga yang stabil dan mampan.

“Permintaan tenaga meningkat seiring dengan pertumbuhan pesat industri serta kemasukan pelabur besar ke Sabah.

Justeru, KKIP perlu mengambil pendekatan jangka panjang dengan menambah kapasiti penjanaan sendiri,” katanya ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Lawrence menjelaskan bahawa projek itu akan dilaksanakan secara berfasa, dengan bermula dengan fasa pertama yang dijadual bermula pada Januari 2026 dan siap sepenuhnya pada Jun 2027.Kapasiti tenaga bagi fasa ini adalah 155MW. Manakala fasa kedua dengan tambahan 155MW akan dimulakan selepas fasa pertama siap sepenuhnya. Jumlah keseluruhan ini mencukupi untuk menampung kegunaan industri di kawasan KKIP sedia ada dan kawasan baharu yang akan dibangunkan di Kota Belud

Lawrence turut menegaskan bahawa inisiatif itu juga bagi menjawab kebimbangan masyarakat terhadap dakwaan kononnya kemasukan pelabur mega di KKIP menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna awam.

“Kami memandang serius perkara ini. Oleh itu, KKIP mengambil tanggungjawab untuk menjana tenaga sendiri agar tidak berlaku persaingan antara keperluan industri dan rakyat,” katanya.

Tambah beliau lagi, KKIP berhasrat menjadi taman perindustrian pertama di Sabah yang mampu menjana dan mengurus bekalan tenaga secara kendiri dengan kerjasama pemain tenaga tempatan.

“Kita mahu pastikan agihan tenaga negeri kekal seimbang. Ini bukan sekadar soal keperluan industri, tetapi juga tanggungjawab sosial terhadap rakyat Sabah,”

Dengan pelaksanaan projek tenaga itu, KKIP dijangka mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemacu utama pembangunan perindustrian negeri serta menjadi penyumbang penting kepada ekosistem pelaburan berdaya saing di Sabah.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Sabah (caretaker), Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kerajaan negeri akan memberi kebenaran kepada pihak pengurusan kawasan perindustrian untuk membina loji janakuasa sendiri atau IPP.

“Pendekatan ini membolehkan kawasan perindustrian menjana tenaga sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity). Bekalan elektrik yang dijimatkan dapat disalurkan semula untuk kegunaan domestik,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/bekalan-elektrik-stabil-langkah-kerajaan-sabah-disambut-baik-pemain-industri/feed/ 0 84558
Utamakan keselamatan petugas dalam pemulihan bekalan elektrik – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/09/14/utamakan-keselamatan-petugas-dalam-pemulihan-bekalan-elektrik-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/utamakan-keselamatan-petugas-dalam-pemulihan-bekalan-elektrik-hajiji/#respond Sun, 14 Sep 2025 12:08:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81242
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Mesyuarat khas pemulihan segera bekalan elektrik susulan gangguan bekalan yang melanda kawasan Pantai Timur Sabah sejak semalam diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri di sini pada Ahad.

Hadir pada mesyuarat itu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Pegawai Operasi Sabah Electricity, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof dalam taklimatnya memaklumkan punca kejadian adalah runtuhan tanah di Kampung Sarapung, Penampang yang menyebabkan menara penghantaran Kolopis–Segaliud 275kV tumbang.

Beliau yang juga Komander Krisis bagi operasi pemulihan berkata, pasukan krisis Sabah Electricity kini berada di lokasi kejadian dan giat melaksanakan kerja-kerja penyambungan semula talian penghantaran.

Katanya, kerja-kerja pemulihan dijangka siap dalam tempoh dua hari namun bergantung kepada keadaan cuaca jika mengizinkan, 

Mesyuarat turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Yahya Sulaiman.

Hajiji dalam pada itu berkata, pihaknya memahami situasi yang dihadapi petugas bagi memastikan bekalan pulih.

“Saya faham kerja-kerja pemulihan ini sangat mencabar. Walaupun kita mahu ia diselesaikan segera, keselamatan pasukan di lapangan juga mesti diberi keutamaan,” katanya.

Hajiji turut mengarahkan Sabah Electricity agar sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai serta memantau keadaan di lokasi dari semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/utamakan-keselamatan-petugas-dalam-pemulihan-bekalan-elektrik-hajiji/feed/ 0 81242
Bekalan elektrik Sabah semakin stabil, ‘Reserve Margin’ dijangka cecah 20 peratus Julai ini https://sabahmedia.com/2025/04/16/bekalan-elektrik-sabah-semakin-stabil-reserve-margin-dijangka-cecah-20-peratus-julai-ini/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/bekalan-elektrik-sabah-semakin-stabil-reserve-margin-dijangka-cecah-20-peratus-julai-ini/#respond Wed, 16 Apr 2025 13:23:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72109
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Situasi bekalan elektrik di Sabah menunjukkan peningkatan yang positif menerusi kadar ‘reserve margin’ semasa yang kini berada pada 12.4 peratus.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 20 peratus menjelang Julai tahun ini.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Sabah Electricity (SE), kekerapan catuan bekalan elektrik telah berkurangan secara ketara berbanding tahun sebelumnya.

“Pada bulan lalu, hanya empat kali catuan bekalan direkodkan berbanding 13 kali pada bulan yang sama tahun lalu, iaitu pengurangan sebanyak 69 peratus.

“Manakala pada bulan ini, hanya sekali catuan direkodkan berbanding tiga kali pada April 2024 dan ia menurun sebanyak 67 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Jabatan Ketua Menteri (JKM) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Hajiji turut menjelaskan bahawa kebanyakan insiden ‘load shedding’ tahun ini berpunca daripada gangguan pembekalan gas oleh PETRONAS serta gangguan teknikal lain.

Katanya, ia termasuk kehilangan tenaga solar secara mendadak di Tadao, Kudat akibat cuaca mendung secara tiba-tiba dan insiden di Pencawang Masuk Utama Segaliud pada April lalu.

“Namun tindakan pantas Grid System Operator dan pihak Sabah Electricity berjaya meminimumkan gangguan tersebut kepada hanya satu jam,” katanya lagi.

Hajiji berkata, dalam usaha menangani isu bekalan elektrik secara berkesan, Majlis Tenaga Sabah yang telah bersidang sebanyak tiga kali pada tahun lalu telah meluluskan beberapa langkah mitigasi interim serta projek ‘fast-track’ untuk meningkatkan kapasiti penjanaan dan memenuhi permintaan bekalan tambahan.

“Langkah-langkah ini akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan tenaga di Sabah dapat dikekalkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/bekalan-elektrik-sabah-semakin-stabil-reserve-margin-dijangka-cecah-20-peratus-julai-ini/feed/ 0 72109
SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan – Adrian https://sabahmedia.com/2024/06/26/sesb-pantau-kestabilan-bekalan-elektrik-di-labuan-adrian/ https://sabahmedia.com/2024/06/26/sesb-pantau-kestabilan-bekalan-elektrik-di-labuan-adrian/#respond Wed, 26 Jun 2024 07:55:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56558
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memantau kestabilan bekalan elektrik ke Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan disebabkan gangguan bekalan gas di pulau itu berikutan penutupan oleh Petronas.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.

“SESB telah mendapat makluman mengenai penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) mililk Petronas di pulau itu bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan,” katanya dalam satu kenyataan media pasa Rabu.

Penutupan itu bermula pada 26 Jun, 2024 sehingga 2 Julai, 2024.

Menurut beliau walaupun kapasiti penjanaan ke Grid Sabah akan terjejas, SESB akan memastikan rizab marjin penjanaan adalah mencukupi untuk mengelakkan catuan bekalan di pulau itu.

SESB Zon Labuan telah menerima makluman tersebut dan akan berada dalam tunggu sedia bagi memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/26/sesb-pantau-kestabilan-bekalan-elektrik-di-labuan-adrian/feed/ 0 56558
Sidang DUN Khas ambil alih kawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan bulan Januari tahun depan https://sabahmedia.com/2023/06/12/sidang-dun-khas-ambil-alih-kawal-selia-bekalan-elektrik-daripada-kerajaan-persekutuan-bulan-januari-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2023/06/12/sidang-dun-khas-ambil-alih-kawal-selia-bekalan-elektrik-daripada-kerajaan-persekutuan-bulan-januari-tahun-depan/#respond Mon, 12 Jun 2023 10:56:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36229
Read Time:3 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Sidang khas Dewan Undangan Negeri telah dijadualkan pada 3 Januari tahun depan bagi membuka jalan kepada Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Perdana Menteri pada dasarnya telah memberi lampu hijau kepada Sabah untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektriknya pada 1 Januari 2024.

“Untuk mencapai tarikh sasaran yang ditetapkan itu, penyelarasan dan kerjasama semua pihak adalah penting supaya semua isu, terutama proses perundangan, dapat diselesaikan,” katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik kepada Sabah.

Ketua Menteri mempengerusikan mesyuarat bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Menara Kinabalu, hari ini.

Antara langkah yang perlu diambil ialah mendapatkan kelulusan daripada Kabinet Persekutuan untuk memohon dan mewartakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan untuk menggantung Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 448), Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 ( Akta 726) di Sabah.

“Seterusnya, mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperlukan dan dan disusuli dengan urusan (Lay Order) semasa sidang Parlimen yang boleh dibentangkan selepas tarikh Penggantungan tersebut,” katanya.

Di pihak Kerajaan Negeri, dua rang undang-undang mengenai Enakmen Bekalan Elektrik dan Enakmen Tenaga Boleh Diperbaharui, serta pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (kemasukan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui), akan dibentangkan semasa Sidang Khas Dewan
Undangan Negeri pada 3 Januari tahun depan.

“Kita memerlukan persetujuan daripada kementerian dan agensi berkaitan sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri supaya semua proses ini dapat dilakukan dengan lancar terutama dari segi kesahihan dan mengelakkan gangguan kepada operasi bekalan elektrik di Sabah,” katanya.

Hajiji dan Nik Nazmi kemudian turut mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET), yang mana Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah (2023- 2027) telah diluluskan.

Dirumuskan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Pelan Pembangunan Penjanaan Sabah bertujuan menyediakan penyelesaian segera kepada kekurangan kapasiti penjanaan kuasa yang kritikal semasa Sabah.

Terdahulu, Hajiji berkata dalam menjangkakan penyerahan kawalan kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah, Kerajaan Persekutuan digesa untuk memudahkan dan meneruskan proses bagi memastikan projek yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah siap tepat pada masanya.

Beliau berkata ini termasuk langkah pantas untuk meningkatkan kuasa di Pantai Timur, yang akan segera memulihkan margin rizab elektrik Sabah kepada sekurang- kurangnya 30 peratus menjelang September tahun ini.

“Ini akan menyelesaikan masalah kekurangan kapasiti yang serius di Sabah sekali gus akan menggambarkan komitmen Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan efektif,” katanya.

Selain itu, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menambah kapasiti penjanaan di pantai barat menggunakan bekalan gas asli sedia ada serta projek penjanaan
tambahan lain di seluruh Sabah.

“Kerajaan Negeri menyedari akan kepentingan meningkatkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu dalam menyokong inisiatif Neutral Karbon negara dan potensi tenaga solar yang tinggi di Sabah. Maka Kerajaan Negeri akan menambahkan kapasiti Solar
Berskala Besar sebanyak 100MW pada tahun 2026 yang akan ditempatkan di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Hajiji berkata memandangkan loji janakuasa hidroelektrik berpotensi untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, Kerajaan Negeri, melalui ECoS, akan menjalankan kajian untuk merangka Pelan Induk Pembangunan Hidroelektrik Sabah mulai tahun ini.

Hajiji juga mengulangi pendirian Kerajaan Negeri mengenai isu projek Talian Penghantaran Southern Link (TPSL), yang telah dibangkitkannya dalam mesyuarat
JPPPET yang lalu.

Beliau berkata projek Southern Link mesti dilaksanakan dan Kerajaan Persekutuan mesti memperuntukkan pembiayaan melalui geran kerana ia merupakan projek kemudahan awam yang mesti disiapkan menjelang 2028 agar kuasa daripada dua stesen hidroelektrik baharu dapat disalurkan kepada pengguna melalui grid negeri.

“Projek Southern Link juga akan mempertingkatkan keboleharapan sistem grid dan melengkapkan gelung sistem 275kV yang membolehkan pengagihan kapasiti elektrik yang lebih tinggi kepada pengguna industri besar di Sabah,” katanya.

Ketua Menteri berkata, selain itu, Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 atau singkatan SE-RAMP 2040 yang disediakan oleh ECoS merangkumi pelbagai strategi
dan inisiatif bagi mengimbangi keperluan tenaga agar ia terjamin (energy security), mampu milik (affordability) dan kelestarian alam sekitar (environmental sustainability), akan dilancarkan tidak lama lagi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong;
Timbalan Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Mohamad Razif Abd Mubin; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Ketua Pegawai Eksekutif ECos, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid serta pegawai kanan Persekutuan dan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/12/sidang-dun-khas-ambil-alih-kawal-selia-bekalan-elektrik-daripada-kerajaan-persekutuan-bulan-januari-tahun-depan/feed/ 0 36229
Pencawang Masuk Utama Penampang Dijangka Mampu Memperbaiki Sistem Bekalan Elektrik https://sabahmedia.com/2021/11/22/pencawang-masuk-utama-penampang-dijangka-mampu-memperbaiki-sistem-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/pencawang-masuk-utama-penampang-dijangka-mampu-memperbaiki-sistem-bekalan-elektrik/#respond Mon, 22 Nov 2021 07:34:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8719
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang yang dijangka siap pada awal tahun 2022 dengan kapasiti 2x90MVA transformer 132/33kV mampu untuk menambahbaik kestabilan sistem bekalan elektrik di kawasan bandar utama sekitar Kota Kinabalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd Ir. Idris Mohd Noor berkata, projek pembinaan PMU itu sedang berjalan dengan kos bernilai RM 79.5 juta.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media berikutan kejadian talian dan beberapa pencawang elektrik SESB telah terpelantik pada malam Ahad yang menyebabkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.

Kejadian berlaku bermula jam 9.11 malam melibatkan kerosakan kabel dan alatsuis pencawang yang mengakibatkan dua pencawang utama telah terputus bekalan iaitu Pencawang Masuk Utama Karamunsing dan Pencawang Pembahagian Utama Kundasang.

“Gangguan bekalan yang berlaku ini melibatkan pengguna di sekitar Karamunsing, Kiulu, Pekan Nabalu dan Kundasang dengan anggaran jumlah kehilangan beban oleh SESB sebanyak 14MW yang meliputi hampir 13,536 pengguna” katanya.

Beliau turut berkata bahawa impak gangguan boleh dimitigasikan sekiranya PMU Penampang yang baharu tersebut siap kelak dengan adanya redundansi atau kabel tambahan.

Seramai lebih kurang 30 anggota kerja teknikal SESB telah bertungkus lumus untuk melaksanakan proses pemulihan di tapak dan juga melalui Pusat Kawalan Grid SESB.

Bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 9.45 malam yang melibatkan kawasan Kundasang dan pada jam 11.10 malam untuk kawasan Karamunsing manakala kawasan lain yang terjejas mendapat bekalan secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada jam 4.50 pagi tadi.

Untuk tujuan memastikan bekalan dapat diberikan dengan kadar segera, sebanyak enam buah generator bergerak telah digunakan dalam usaha memulihkan bekalan ke seluruh kawasan yang terjejas.

Kerja-kerja pemulihan kabel yang rosak di seksyen Karamunsing-Kota Kinabalu serta pembaikan peralatan suis di Pencawang Masuk Utama Penampang dan Pencawang Masuk Utama Karamunsing masih lagi dalam tindakan pembaikan oleh pihak SESB dan punca kerosakan masih disiasat.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut adalah dinasihat untuk berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/pencawang-masuk-utama-penampang-dijangka-mampu-memperbaiki-sistem-bekalan-elektrik/feed/ 0 8719
SESB Teruskan Kerja 24 Jam Membaikpulih Bekalan Elektrik https://sabahmedia.com/2021/09/05/sesb-teruskan-kerja-24-jam-membaikpulih-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2021/09/05/sesb-teruskan-kerja-24-jam-membaikpulih-bekalan-elektrik/#respond Sun, 05 Sep 2021 12:00:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5867
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Kerja-kerja membaikpulih bekalan elektrik yang terganggu ekoran hujan dan banjir melanda beberapa kawasan di Pantai Barat Negeri Sabah sejak Khamis diteruskan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja tersebut dilaksanakan sebaik sahaja keadaan dan kawasan adalah selamat untuk dilalui.

“Antara tumpuan pembaikan adalah tiang elektrik yang tumbang kesan tanah runtuh, talian putus dan juga memastikan pencawang elektrik bertugas seperti biasa.

“Pasukan teknikal SESB bertugas 24 jam secara bergilir dengan bantuan kontraktor yang dilantik sejak Khamis lalu untuk memastikan kerja-kerja membaikpulih dilaksanakan demi kelangsungan bekalan kepada pengguna,” kata Idris dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu, Idris meminta pengguna untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 atau Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang aduan gangguan bekalan.

Beliau turut mengulangi nasihat agar orang ramai tidak menghampiri pepasangan SESB bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/05/sesb-teruskan-kerja-24-jam-membaikpulih-bekalan-elektrik/feed/ 0 5867
Pemulihan Bekalan Elektrik Secara Berperingkat Ke Kawasan Terjejas Akibat Banjir https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:41:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5819
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Pantai Barat Negeri Sabah pada Khamis dan Jumaat dilaksanakan secara berperingkat dan dalam keadaan yang selamat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Asset) Sabah Electricity Sdn Bhd, Ir. Idris Mohd Noor berkata kerja-kerja pemulihan bekalan telah dimulakan serta merta pada Khamis di kawasan-kawasan yang boleh dilalui oleh pasukan teknikal SESB.

Kerja baikpulih bekalan disebabkan kerosakan sedang diambil tindakan, dengan keutamaan diberi kepada kerosakan-kerosakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, seperti tiang patah dan wayar putus.

“Namun ada sebahagian kawasan yang tidak dapat dilalui disebabkan banjir dan pencawang elektrik ditenggelami air,” katanya dan menambah bahawa pemulihan dilaksanakan apabila air banjir surut.

Selain itu, SESB terpaksa menutup bekalan ke beberapa kawasan yang ditenggelami air banjir atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau berkata, lebih dari 3000 panggilan aduan gangguan bekalan dan kerosakan melibatkan talian putus dan pokok tumbang diterima oleh SESB Careline sejak Khamis sehingga lewat malam Jumaat.

Kerosakan talian dan gangguan bekalan itu telah menjejaskan lebih 20,000 pengguna di kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sipitang, Bongawan dan Penampang.

Sementara itu, Idris menasihati orang awam untuk tidak menghampiri ataupun menyentuh pepasangan SESB seperti wayar putus, tiang tumbang bagi tujuan keselamatan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang pertanyaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/feed/ 0 5819