Bekalan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 19 Jan 2024 09:11:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bekalan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelaksanaan inisiatif berdasarkan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/19/pelaksanaan-inisiatif-berdasarkan-kuasa-kawal-selia-bekalan-eletrik-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/19/pelaksanaan-inisiatif-berdasarkan-kuasa-kawal-selia-bekalan-eletrik-sabah/#respond Fri, 19 Jan 2024 08:56:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48210
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melaksanakan setiap inisiatif yang telah
dirangka berdasarkan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah yang kini dimiliki
oleh Sabah, dengan sasaran yang ditetapkan dalam Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pelaksanaan segala inisiatif bagi meningkatkan lagi prestasi bekalan elektrik di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dalam memudah cara dan memberikan sokongan dalam melaksanakan Pelan Transformasi SESB ke arah kemampanan syarikat utiliti tersebut.

“Kerajaan Negeri melalui Energy Commission of Sabah (ECoS) akan memastikan penglibatan secara langsung semua pemegang taruh di negeri Sabah bagi memastikan isu-isu semasa dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu pada Jumaat.

Hajiji (tiga kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam, Datuk Sei Fadillah Yusof (tengah) menyaksikan sesi penyerahan 7 projek siap bagi Pasukan Projek Khas Bekalan Eletrik Sabah daripada Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Dr. Ching Thoo A/L Kim (kanan) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr.Safar Untong di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna
Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan Persekutuan secara simbolik menyerahkan kuasa berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Hajiji berkata, proses pengambilalihan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik dan Tenaga Boleh Baharu oleh Kerajaan Negeri telah disempurnakan selepas Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Enakmen Tenaga Boleh Baharu diluluskan dalam persidangan khas Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3 Januari lalu.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan proses pengambilalihan kuasa kawal selia dengan lancar dan teratur.

“Ini menunjukkan kesepakatan dan semangat kerjasama yang tinggi diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri”, tegasnya.

Hajiji juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas penyerahan tugas kuasa kawal selia bekalan elektrik Negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah, penyerahan dokumen rasmi daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Peralihan
Tenaga dan Daya Guna Awam kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dan
penyerahan plaque projek siap daripada KSU kementerian kepada SKN Sabah.

“Semoga semua usaha ini akan membawa Sabah ke tahap bekalan tenaga yang berdaya harap demi kesejahteraan rakyat negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Dr Ching Thoo A/L Kim, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Energy Commission of Sabah (ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser
Abdul Wahid.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/19/pelaksanaan-inisiatif-berdasarkan-kuasa-kawal-selia-bekalan-eletrik-sabah/feed/ 0 48210
Bekalan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 cukup – KPDN https://sabahmedia.com/2023/12/20/bekalan-pelitup-muka-cecair-sanitasi-dan-test-kit-covid-19-cukup-kpdn/ https://sabahmedia.com/2023/12/20/bekalan-pelitup-muka-cecair-sanitasi-dan-test-kit-covid-19-cukup-kpdn/#respond Wed, 20 Dec 2023 12:49:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46868
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Bekalan penjualan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 di pasaran setakat ini masih ada dan mencukupi, kata Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah, Zulfamy Mat Udi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubungan situasi semasa penjualan pelitup muka, cecair sanitasi dan test kit Covid-19 disebabkan peningkatan kes Covid-19, KPDN Sabah mengambil maklum berhubungan trend kes Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat setiap hari di Negeri Sabah.

Zulfamy berkata, berdasarkan kepada pengedaran dan penjualan pelitup muka, cecair sanitasi serta test kit Covid-19 di negeri ini mendapati ada dijual dipasaran sama ada di farmasi atau pasar raya pada harga yang murah dan berpatutan.

“Setakat ini, KPDN Sabah tiada menerima sebarang aduan ataupun laporan berhubungan kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan tersebut di pasaran.

“Beberapa premis farmasi yang telah
diperiksa juga memaklumkan permintaan terhadap test kit Covid-19 ada berlaku sedikit peningkatan permintaan, walau bagaimanapun, bekalan masih ada mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak farmasi juga sentiasa menambah stok bekalan daripada pembekal untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat. Keadaan di pasaran juga tidak berlaku ”Panic Buying” daripada pengguna.

“Anggota Penguat Kuasa KPDN Sabah akan sentiasa berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi barang-barang keperluan termasuk pelitup muka, cecair sanitasi serta test kit Covid-19 sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga ataupun kekurangan bekalan barang
kawalan.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran aduan seperti berikut:
a) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
b) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
c) Call Centre 1-800-886-800;
d) Emel: [email protected] ;
e) Ez ADU KPDN;
f) Hadir sendiri ke Pejabat KPDN yang berdekatan;
g) Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command
Centre): 03 – 8882 6088 / 6245;

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/20/bekalan-pelitup-muka-cecair-sanitasi-dan-test-kit-covid-19-cukup-kpdn/feed/ 0 46868