bekas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Sep 2023 07:43:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bekas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bekas pengurus kanan kilang di dakwa di mahkamah, kes tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/#respond Wed, 13 Sep 2023 07:43:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41770
Read Time:1 Minute, 31 Second

TAWAU: Seorang bekas pengurus kanan kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini, membabitkan tiga pertuduhan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,510 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Tertuduh, Hasnawi Dawi, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut ketiga-tiga kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa melanggar tatacara pengurusan kewangan Peruntukan Alat Ganti/Alat Tulis (Senggaraan) yang pada ketika itu tertuduh adalah sebagai Pengurus Kanan Gred 6 di Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, iaitu pertuduhan pertama pada 11 Disember 2017, dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,000.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 622, manakala pertuduhan kedua pada 19 Januari 2018,dengan curangnya telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM7,500.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 2622, dan pertuduhan ketiga pada 30 November 2017 dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,010.00 bagi kerja-kerja Membekal dan Menyediakan Tenaga Kerja, Bahan Serta Pengangkutan untuk Membuat Kerja- Kerja Menggantikan Lantai 1st Floor Bangunan Plant yang reput di dalam Kawasan Kilang FVOPSB-Sahabat Oil Products.

Ketiga-tiga perbuatan tersebut dilakukan di Pejabat Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, di dalam Daerah Lahad Datu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh diwakili peguam dari Chang & Kamaruddin Co.

Ketiga-tiga pertuduhan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun yang sama.

Mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dan RM3,000 didepositkan ke akaun mahkamah untuk kesemua pertuduhan beserta seorang penjamin tempatan.

Manakala, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap dua bulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh
sebutan, PTCM Sek. 51(A) CPC pada 17 Oktober 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/feed/ 0 41770
Bekas Banduan Bakal Dikenakan Hukuman Penjara, Pecah Masuk Restoran https://sabahmedia.com/2021/06/08/bekas-banduan-bakal-dikenakan-hukuman-penjara-pecah-masuk-restoran/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/bekas-banduan-bakal-dikenakan-hukuman-penjara-pecah-masuk-restoran/#respond Tue, 08 Jun 2021 08:44:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=806
Read Time:1 Minute, 0 Second

8 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]


BEAUFORT:  Tidak serik atas kesalahan kes jenayah lampau, seorang lelaki bekas banduan bakal dikenakan hukuman penjara selepas memecah masuk sebuah restoran di sini.

Dalam kejadian Ahad lalu, suspek berumur 38 tahun itu telah memecah masuk sebuah restoran hasil aduan dari pemilik premis tersebut.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh di dalam premis terbabit termasuk mengesan cap jari suspek.

Setelah pihak polis mengenalpasti segala maklumat,  suspek berjaya ditahan di Anjung Jaya di sini kira-kira jam 8 malam.

Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, akhirnya suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan dan telah menjual semua barangan yang dicuri di sekitar daerah ini.

“Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuklah tiga projektor TV, mesin pencetak, basikal jenis Mountain Bike, balang berisi duit syiling dan empat kanvas.

“Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai empat kes jenayah lampau dan pernah dijatuhi hukuman sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, suspek akan dirujuk ke mahkamah untuk mendapatkan kelulusan permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/bekas-banduan-bakal-dikenakan-hukuman-penjara-pecah-masuk-restoran/feed/ 0 806