Bekerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jan 2024 08:53:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bekerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemimpin muda perniagaan dan industri diseru bekerjasama bantu bangunkan ekonomi Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/01/17/pemimpin-muda-perniagaan-dan-industri-diseru-bekerjasama-bantu-bangunkan-ekonomi-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/pemimpin-muda-perniagaan-dan-industri-diseru-bekerjasama-bantu-bangunkan-ekonomi-sabah-hajiji/#respond Wed, 17 Jan 2024 08:52:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48105
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada pemimpin muda perniagaan dan industri Sabah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri itu untuk manfaat Sabah dan rakyat.

“Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk Sabah dan saya mahu anda, sebagai ahli Sabah Young Business and Industry Leaders (SYBIL) menjadi rakan kongsi kerajaan bagi merealisasikan agenda pembangunan negeri kita yang sedang dilaksanakan pada masa ini untuk kepentingan Sabah dan rakyatnya,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika menghadiri secara mengejut pada sesi dialog Meet & Greet antara Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dengan ahli SYBIL di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Ketua Menteri turut meluahkan rasa gembira melihat semangat yang dicerminkan dengan kehadiran 100 peserta termasuk golongan pemimpin muda perniagaan yang mapan di Sabah.

“Saya gembira melihat semangat mereka dan saya memuji inisiatif SEAC untuk memulakan dan memberikan suara kepada golongan muda dari bidang perniagaan dan industri,” katanya.

Hajiji berkata sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri pada September 2020, kerajaan negeri tidak membuang masa menstruktur semula ekonomi Sabah.

“Kita telah meletakkan sasaran berani untuk membangunkan Sabah dalam tempoh lima tahun mulai 2021 menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Sehingga kini, kita telah merekodkan lebih RM12 bilion pelaburan merentasi 90 projek, menjanjikan untuk menjana beribu-ribu peluang.

“Minggu lalu, saya telah mengumumkan projek keluli hijau bernilai RM20 bilion. Fasa Satu projek akan bermula pada akhir tahun ini dan siap pada 2026, menjanjikan 2,795 peluang pekerjaan semasa fasa operasinya.

“Dasar mesra pelabur yang dibuat menjadikan Sabah kondusif untuk pelaburan dan kita menjangkakan lebih banyak pelaburan akan datang tidak lama lagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/pemimpin-muda-perniagaan-dan-industri-diseru-bekerjasama-bantu-bangunkan-ekonomi-sabah-hajiji/feed/ 0 48105
Sabah-PBB bekerjasama tingkatkan pembangunan negeri https://sabahmedia.com/2023/12/04/sabah-pbb-bekerjasama-tingkatkan-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/12/04/sabah-pbb-bekerjasama-tingkatkan-pembangunan-negeri/#respond Mon, 04 Dec 2023 07:05:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46031
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNCT) berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam meningkatkan pembangunan selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Penyelaras Residen PBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Ini adalah misi pertama El Korri ke Sabah sebagai penyelaras residen PBB.

Dalam pertemuan itu, El Korri turut membincangkan dengan Ketua Menteri cara untuk 22 agensi PBB di Malaysia dalam mengukuhkan penglibatan mereka di Sabah.

Beliau memberi jaminan bahawa UNCT Malaysia komited sepenuhnya untuk menyokong Sabah dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan rangka kerjanya.

Turut hadir dalam rombongan El Korri ialah Ketua Pejabat Penyelaras Residen dan Perancangan Strategik, Juanita Joseph dan Pakar Ekonomi Kanan, Dr Richard Marshall.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/04/sabah-pbb-bekerjasama-tingkatkan-pembangunan-negeri/feed/ 0 46031