Belajar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Sep 2024 04:04:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Belajar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ” School but Not Educated” – Satu Pandangan Mengenai Pendidikan Kita https://sabahmedia.com/2024/09/21/school-but-not-educate-satu-pandangan-mengenai-pendidikan-kita/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/school-but-not-educate-satu-pandangan-mengenai-pendidikan-kita/#respond Sat, 21 Sep 2024 04:04:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60976
Read Time:6 Minute, 24 Second

1.        Baru-baru ini, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa lebih 120,000 pelajar Tahun 1 Sesi 2024/ 2025 di seluruh negara telah terpilih mengikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi.

2.        Program berkenaan yang bermula pada Ogos 2024, di laksanakan untuk membantu pelajar terpilih meningkatkan penguasaan kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (3M).

Selepas tiga bulan, pelajar-pelajar tersebut akan di nilai semula untuk menentukan samada mereka boleh kembali ke kelas biasa ataupun masih perlu terus mengikuti program intervensi sehingga mencapai tahap penguasaan 3M yang di tetapkan.

3.        Menurut beliau, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Tahun Satu untuk beberapa bulan, saringan oleh guru-guru mendapati pelajar-pelajar berkenaan belum mencapai paras TP1 (Tahap Penguasaan) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

4.        Daripada jumlah 122,062 pelajar terpilih, kelemahan pelajar berkenaan terbahagi kepada tiga kumpulan:

Kelemahan KemahiranJumlah
Literasi dan Numerasi62,928 pelajar
Literasi45,465 pelajar
Numerasi13,669 pelajar
Jumlah Keseluruhan122,062 pelajar

5.        Ini merupakan satu situasi yang agak membimbangkan, memandangkan angka besar berkenaan (122,062 pelajar) merangkumi 27.2% daripada jumlah keseluruhan pelajar Tahun 1 di seluruh negara (448,113 pelajar).

6.        Susulan pengumuman berkenaan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia/ National Union of The Teaching Profession (NUTP) di laporkan telah menerima baik pelaksanaan program intervensi tersebut. NUTP berpendapat program intervensi adalah penting sebagai persediaan bagi para pelajar sebelum memasuki peringkat sekolah menengah.

7.        Selain itu, NUTP memohon agar para guru yang terlibat di dalam program intervensi berkenaan di beri ruang untuk menjalankan tugas, tanpa sebarang gangguan dan tekanan dari mana-mana pihak.

8.        Sebenarnya, pengumuman ini adalah selari dengan kenyataan yang di buat oleh Menteri Pendidikan Malaysia semasa Persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2024. Beliau telah memaklumkan, sehingga Disember 2023, terdapat lebih 430,000 pelajar di seluruh negara yang masih belum menguasai kemahiran 3M.

9.        Ini terbahagi kepada:

Peringkat PersekolahanJumlah
Sekolah Rendah (Tahun 1 – 6)280,985 pelajar
Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)154,853 pelajar
Jumlah435,838 pelajar

10.      Mungkin ada sesetengah pihak yang mempertikai tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan program intervensi berkenaan. Pihak ini mungkin berpendapat program intervensi sebegini boleh memberi tekanan kepada para pelajar terpilih serta melemahkan semangat pelajar untuk belajar.

11.      Lebih-lebih lagi, program intervensi di laksanakan untuk pelajar Tahun 1 yang baru ‘berdikari’ dan masih di dalam proses menyesuaikan diri menjalani sesi persekolahan formal.

12.      Selain itu, para pelajar terpilih juga boleh menjadi mangsa ejekan dan layanan buruk oleh pelajar-pelajar lain serta guru-guru. Dan stigma sebagai ‘pelajar lemah’ boleh kekal berpanjangan sehingga pelajar terpilih berkenaan menamatkan persekolahan peringkat rendah.

Ini sudah pasti akan mengganggu emosi dan menjejaskan kesihatan mental pelajar terpilih berkenaan.

13.      Namun begitu, tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia wajar di sokong sepenuhnya untuk memastikan para pelajar terpilih dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik dari awal lagi, sebelum berganjak ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi dan kompleks.

14.      Sekiranya kelemahan kemahiran 3M tidak di perbetul, para pelajar berkenaan akan menghadapi kesukaran memahami pembelajaran dan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam penilaian dan peperiksaan di sekolah.  

Akhirnya, pelajar-pelajar berkenaan akan merasa rendah diri dan seterusnya hilang minat untuk belajar sama sekali.

15.      Ketika ini, tanpa mengira tahap penguasaan kemahiran 3M, semua pelajar akan ‘naik kelas’ dari satu tahun ke tahun seterusnya. Pelajar yang lemah 3M akan turut ‘naik kelas’, dan melayari sesi persekolahan tanpa mencapai potensi dan tahap yang sewajarnya.

Situasi ini boleh di rumuskan seumpama: schooled but not educated!

16.      Program intervensi sebegini amat penting memandangkan prestasi pencapaian pelajar di Malaysia semakin merundum, dan sudah mencapai tahap yang membimbangkan.

17.      Sebagai contoh. Berdasarkan analisa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2017 – 2023, lebih 550,000 pelajar telah mencatatkan gred GAGAL untuk mata-pelajaran Matematik.

Tahun SPMJumlah Calon MatematikPeratusan Calon Gagal (%)Jumlah Calon Matematik Gagal
2023369,42523.285,707
2022369,34824.389,752
2021375,99725.595,879
2020378,15817.465,799
2019386,01018.671,798
2018388,74218.069,974
2017411,22117.672,375

18.      Malah, pencapaian pelajar Malaysia juga rendah berbanding dengan negara-negara lain. Sebagai contoh. Menurut laporan Kajian PISA 2022, prestasi pencapaian pelajar Malaysia untuk ketiga-tiga domain literasi yang di nilai telah merosot, serta skor purata pelajar Malaysia adalah lebih rendah daripada skor purata negara-negara OECD.

Domain literasi yang di nilai adalah: Matematik, Sains, Bacaan.

  Sumber: The Star: Prestasi PISA 2022 – Malaysia DAN ASEAN         

19.      PISA 2022 telah melibatkan seramai 7,069 pelajar Malaysia yang merupakan sampel mewakili hampir 400,000 pelajar berumur 15 tahun di Malaysia.Pelajar terbabit telah di pilih secara rawak dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara.

20.      Fakta menarik: Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa/ Programme for International Student Assessment (PISA) 2022 di laksanakan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi/ Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), yang merangkumi 38 buah negara, termasuklah: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Finland, Australia, Korea Selatan, Jepun.

21.      Di samping itu, di dalam laporan “World Bank Malaysia Economic Monitor, Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills”, Bank Dunia merumuskan bahawa pelajar Malaysia masih ketinggalan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains, berbanding dengan Singapura dan Korea Selatan.

22.      Maka, persoalan yang wajar di tanya adalah kenapa ramai pelajar masih tidak dapat menguasai kemahiran 3M di tahap yang di tetapkan, walaupun telah memasuki Tahun 1 sekolah rendah.

23.      Tanpa data yang menyeluruh, sukar untuk merungkai persoalan tersebut. Tiada data relevan yang di umumkan, seperti: samada situasi ini banyak berlaku di bandar atau luar bandar, apakah latar belakang pelajar.

24.      Walaubagaimanapun, tidak boleh di ketepikan kemungkinan salah satu punca utama kelemahan kemahiran 3M ialah kerana pelajar-pelajar berkenaan tidak mendapat pendidikan pra-sekolah yang berkualiti. Ataupun lebih malang, langsung tidak menyertai pendidikan pra-sekolah.

25.      Ini boleh berlaku apabila latar belakang keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan pendidikan pra-sekolah yang berkualiti kepada pelajar-pelajar berkenaan. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar berkenaan akan bergelut dan menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran 3M apabila memasuki Tahun 1 sekolah rendah.  

26.      Pendidikan pra-sekolah sewajarnya telah menyediakan para pelajar dengan asas kemahiran 3M yang kukuh agar para pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran di peringkat sekolah rendah dengan mudah dan lancar.

27.      Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mesti memastikan semua pelajar di seluruh negara mendapat akses setara kepada pendidikan pra-sekolah yang berkualiti. Pada masa yang sama, KPM mesti senantiasa memperkasakan pendidikan pra -sekolah dari aspek kurikulum, prasarana sekolah dan guru.

28.      Program Intervensi Literasi dan Numerasi sebegini mesti di laksanakan dengan baik demi masa depan para pelajar. Pihak KPM, sekolah dan guru-guru juga mesti memastikan para pelajar terpilih tidak mengalami stress dan gangguan emosi.

Amat malang sekali sekiranya usaha yang baik ini akhirnya membawa keburukan dan kesan negatif kepada pelajar berkenaan.

29.      Di masa hadapan, Petunjuk Prestasi Utama/ Key Performance Indicator (KPI) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sewajarnya ialah jumlah pelajar terpilih untuk program intervensi berkenaan menurun dan menuju sifar, sehinggakan program intervensi boleh di batalkan terus.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/school-but-not-educate-satu-pandangan-mengenai-pendidikan-kita/feed/ 0 60976
Pelajar Disaran Belajar Bidang Kemahiran Selain Akademik https://sabahmedia.com/2021/10/14/pelajar-disaran-belajar-bidang-kemahiran-selain-akademik/ https://sabahmedia.com/2021/10/14/pelajar-disaran-belajar-bidang-kemahiran-selain-akademik/#respond Thu, 14 Oct 2021 08:48:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7515
Read Time:1 Minute, 34 Second

KINABATANGAN: Golongan pelajar diingatkan supaya mempunyai kesedaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran lain tidak hanya bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik cemerlang untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, selain pencapaian cemerlang dalam bidang akademik pelajar juga perlu memberikan tumpuan kepada bidang-bidang kemahiran yang amat diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan seiring dengan perkembangan semasa.

“Pelajar juga jangan ketepikan bidang teknik dan vokasional ini disebabkan bidang ini dapat menjadikan golongan pelajar sebagai modal insan berkemahiran tinggi, berinovasi serta mampu menghadapi cabaran alaf baharu yang relevan dengan keperluan semasa,” katanya ketika berucap merasmikan program Ceria Ke Sekolah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan baru baru ini.

Bagaimana pun menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, kelahiran golongan modal insan seperti ini menuntut kepada peningkatan bilangan pelajar dalam bidang teknik dan vokasional yang dianggap sebagai satu pilihan baharu kepada aliran pembelajaran yang sedia ada.

“ Jika pelajar kurang cemerlang dalam bidang akademik jangan mudah berputus asa bidang kemahiran merupakan pilihan terbaik yang boleh mencorak masa depan untuk mencari bidang pekerjaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung berkata dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RM-12) kerajaan terus memperkasa bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion.

Menurut beliau sebanyak RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta.

“Ibubapa juga perlu memberikan galakan kepada anak-anak mereka untuk belajar dalam bidang kemahiran selain bidang akademik,” ujarnya.

Mengulas program tersebut Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag berkata kerajaan mengalu-alukan kerjasama agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memajukan modal insan melalui pendidikan di negeri ini.

Beliau berkata sinergi pihak berkaitan menerusi perkongsian idea pintar dan bantuan yang lain mampu memaksimumkan kualiti pendidikan di negeri ini.

“Agenda memberi daya insan adalah suatu usaha berterusan dan ia tidak akan berjaya sekiranya tiada kerjasama pelbagai pihak.” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/14/pelajar-disaran-belajar-bidang-kemahiran-selain-akademik/feed/ 0 7515