Belanjawan 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Oct 2024 03:23:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Belanjawan 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Inisiatif Berterusan Kwsp Bak “Sinar Sebelum Malap” https://sabahmedia.com/2024/10/13/inisiatif-berterusan-kwsp-bak-sinar-sebelum-malap/ https://sabahmedia.com/2024/10/13/inisiatif-berterusan-kwsp-bak-sinar-sebelum-malap/#respond Sun, 13 Oct 2024 06:39:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61858
Read Time:4 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR — Bercakap tentang kos sara hidup – secara realitinya, hari ini tidak lagi sama dengan apa yang kita lalui pada 10, 20 tahun yang lalu.

Kita bukan lagi di zaman beli kuih dua ketul dengan harga RM1, atau anak-anak yang bawa RM5 ke sekolah untuk berbelanja pada waktu rehat dari kalangan keluarga yang mewah.

Apatah lagi RM50 untuk bertahan selama satu minggu hari bekerja, dari isi petrol untuk kenderaan, makan minum dan belanja dapur, belum lagi hal-hal di luar kawalan.

Hari ini, mahu tidak mahu, keadaan sudah berubah. Ekonomi dunia menyaksikan tranformasi, nilai mata wang sentiasa wujud naik turunnya, soal politik dan kuasa serta pengaruh saling berkaitan.

Selaku negara kecil, Malaysia pastinya menerima kesan daripada pergolakan ekonomi semasa global berikutan ciri ekonomi negara yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan.

Sehubungan itu, Kerangka Ekonomi Madani yang bertindak sebagai daya tahan ekonomi telah meletakkan Malaysia di landasan pertumbuhan yang stabil, sekaligus menjadi penyambung kepada struktur ekonomi negara yang pelbagai serta asas kukuh yang dibina selama ini.

“Faktor-faktor positif ini yang disokong oleh dasar dan pelan tindakan kukuh bertunjangkan kerangka Ekonomi Madani serta pelaksanaan berterusan langkah-langkah dan inisiatif pragmatik ditetapkan oleh kerajaan, akan memastikan ekonomi kita kukuh dan berdaya tahan.

“Walaupun sektor luaran kekal penting, pertumbuhan kini semakin didorong oleh permintaan domestik,” demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak keterlaluan untuk Kerajaan Madani pimpinan Anwar dipuji apabila tampil dengan pelbagai inisiatif segar dalam membantu dan meringankan beban rakyat.

Kehidupan pasca Covid-19 diakui semakin mencabar, dengan itu kerajaan meneruskan dan menambah baik pelbagai segi bantuan dan inisiatif oleh kerajaan terdahulu.

Tumpuan kepada pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibangkitkan rakyat demi kelangsungan hidup masing-masing.

Meskipun simpanan KWSP adalah untuk perbelanjaan persaraan, namun Kerajaan mengambil maklum keperluan mengimbangi keperluan hari kemudian dengan perancangan kewangan pada hari ini lebih-lebih lagi untuk pekerja gig dan sektor tidak formal

INFOGRAFIK AKAUN FLEKSIBEL KWSP


AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Terbaru kerajaan meluluskan Akaun Fleksibel KWSP yang memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.

Memetik laporan, sehingga 19 Julai lalu, seramai 3.4 juta daripada 13.1 juta ahli KWSP di bawah usia 55 tahun, membuat pengeluaran Akaun Fleksibel berjumlah RM8.9 bilion.

Dalam tempoh sama juga, sejumlah 29.3 peratus atau 3.8 juta ahli KWSP memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3) dengan pemindahan berjumlah RM12.6 bilion, manakala RM5.6 bilion dipindahkan ke Akaun Persaraan.

“Memandangkan komitmen semakin bertambah, gaji bulanan adakalanya hanya ‘cukup-cukup makan’, agak sukar untuk menyimpan dalam jumlah yang besar.

“Saya ada perancangan untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Jadi saya fikir hendak gunakan sejumlah wang dari Akaun Fleksibel itu nanti sebagai modal awal,” kata Mohd Yusof, 37 tahun.

Beliau yang masih kerja makan gaji itu amat menghargai keprihatinan Kerajaan Madani melonggarkan syarat kepada pencarum berhubung wang caruman mereka.

Sebagaimana tujuannya, penstrukturan semula akaun KWSP ini adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.

Bagi pekerja swasta, Intan Munirah Rosli, 36, berpandangan inisiatif Kerajaan Madani ini amat baik, namun tetap mengambil langkah berwaspada agar tidak disalah guna.

“Kadang-kadang kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Dalam situasi getir hari ini, akses kepada Akaun Fleksibel amat membantu kami.

“Saya buat keputusan untuk peruntukkan sejumlah amaun di dalam Akaun Fleksibel untuk hal kecemasan, yang mungkin di waktu terdesak jika wang bulanan dari gaji saya tak mencukupi,” ujarnya.

Hal yang sama juga disokong oleh Shahir Omar, 34, yang memutuskan melangsaikan baki hutang komitmen bulanan menerusi pengeluaran Akaun Fleksibel.

“Insentif kerajaaan membenarkan pengeluaran Akaun Fleksibel membantu saya untuk menyelesaikan baki-baki hutang yang lain.

“Seperti contoh, hutang yang masih berbaki lima ke enam tahun akan datang dapat diselesaikan terus.

“Sementara duit untuk membayar bulanan hutang dapat disimpan atau digunakan pada hal-hal yang lain.

“Komitmen bulanan kini menjadi ringan sebab dapat menyelesaikan komitmen yang lain,” ujarnya.

Bagaimanapun perlu juga diingatkan saranan KWSP terhadap pencarum untuk mempunyai kuantum simpanan asas sebanyak RM240,000 ketika mencapai umur 55 tahun.

Angka itu dikira sebagai jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun sehingga mencapai usia 75 tahun selaras dengan jangkaan jangka hayat rakyat Malaysia.

Sehubungan itu adalah penting untuk turut sama mengingatkan pencarum agar tidak menyalah gunakan kelonggaran pengeluaran Akaun Fleksibel sehingga mungkin memberi kesan jangka masa panjang.

Di kala sebilangan besar pencarum memilih pengeluaran untuk Akaun Fleksibel, sebenarnya masih ramai lagi yang mengambil sikap waspada dan enggan berfikiran ‘terlalu berduit’ dalam soal wang caruman.

“Memandangkan saya pernah membuat beberapa kali pengeluaran Akaun Dua (Sejahtera) bagi tujuan bayaran yuran pendidikan dan pinjaman perumahan, kini saya sedang memulakan kembali simpanan Akaun Dua.

“Jadi memang tidak ada pindahan kepada Akaun Fleksibel,” demikian menurut Nurul Nabilah Shukri.

Tidak semua dalam kalangan kita bernasib baik. Jadi dengan sedikit kelonggaran dan keprihatinan Kerajaan Madani ini, sekurang-kurangnya dapat memberi sinar kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk merancang hala tuju kewangan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/13/inisiatif-berterusan-kwsp-bak-sinar-sebelum-malap/feed/ 0 61858
Usaha Memperkasa Golongan Petani, Nelayan Dan Penoreh Getah Diteruskan Dalam Belanjawan 2025 https://sabahmedia.com/2024/10/11/usaha-memperkasa-golongan-petani-nelayan-dan-penoreh-getah-diteruskan-dalam-belanjawan-2025/ https://sabahmedia.com/2024/10/11/usaha-memperkasa-golongan-petani-nelayan-dan-penoreh-getah-diteruskan-dalam-belanjawan-2025/#respond Fri, 11 Oct 2024 01:21:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61844
Read Time:3 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Usaha YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan di kalangan rakyat mulai berhasil. Usaha yang berani telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sejak mengambil alih Putrajaya adalah membetulkan perkara yang “dibiasakan” dengan tatakelola yang sewajarnya dilaksanakan.

“Cita-cita Ekonomi MADANI mengangkat darjat hidup rakyat, menstruktur semula ekonomi bagi melonjak Malaysia sebagai jaguh hebat di rantau Asia” ujar YAB Perdana Menteri. Inilah aspirasi sebenar YAB Perdana Menteri untuk memperkasakan ekonomi rakyat secara umumnya.

Banyak isu-isu rakyat bawahan terus-terusan membelenggu mereka kerana kelemahan tadbir urus, ketirisan dan isu rasuah yang amat parah. Menurut data, dalam tempoh 39 tahun (1980 – 2019), hasil padi negara telah meningkat sebanyak 49.3%, dari 2.85 MT/ ha kepada 4.25 MT/ ha.

Namun begitu, dalam jangka masa 10 tahun selepas itu (2009 – 2019), hasil padi hanya meningkat sebanyak 14.4%, dari 3.72 MT/ ha kepada 4.25 MT/ ha. Menurut data daripada Khazanah Nasional, pertambahan pendapatan petani di Malaysia adalah amat perlahan dalam tempoh tiga dekad (1986-2016) berbanding dengan negara-negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, Vietnam, Indonesia, Philipines dan Thailand.

Bila berlaku peningkatan yang amat perlahan ini, bermakna ada sesuatu yang perlu diperbetulkan, diperbaiki dan diuruskan semula tatakeloanya bagi memastikan petani mendapat manfaat yang lebih dan sepatutnya mereka nikmati.

Pesawah, petani dan penoreh getah adalah golongan yang setia mendengar pembentangan  Belanjawan diumumkan pada setiap tahun. Mereka ternanti-nanti dengan penuh pengharapan apakah yang akan Kerajaan Malaysia berikan kepada mereka. Ternyata tahun lepas, banyak berita gembira diberikan kepada mereka.

Dalam Belanjawan 2024  yang lepas, sejumlah RM2.6 billion telah diperuntukan kepada petani dan pesawah. Buat pertama kalinya juga Skim Subsidi Harga Padi dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan. Malahan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan dinaikkan bagi meningkatkan pendapatan petani.

Secara keseluruhannya, pertambahan sejumlah RM600 juta terhadap golongan petani dan pesawah berbanding belanjawan sebelum ini. Subsidi kepada petani padi huma dan bukit ditambah, subsidi diesel kepada nelayan dijaga, malah Kerajaan Madani turut memberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan kepada nelayan selain Insentif  Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan.

Kerajaan MADANI turut menyediakan RM10 juta untuk  membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang sudah uzur. Banyak perkara yang diumumkan dalam Belanjawan lepas yang memanfaatkan ratusan ribu petani, nelayan dan penoreh getah. Tambahan  usaha itu ditambah baik dengan Inisiatif BUDI MADANI dengan pemberian subsidi tunai secara bersasar kepada petani yang benar-benar layak agar isu ketirisan tidak lagi berlaku di peringkat bawahan.

Tahun ini, dijangka dalam pengumuman Belanjawan t 2025, banyak perkara baik akan terus lagi dinikmati oleh golongan petani, pesawah dan penoreh getah. Pastinya tiga skop utama tumpuan Belanjawan 2025 akan terus memberikan manfaat langsung kepada rakyat.

a) Menaikkan siling – menjadikan Malaysia negara peneraju di Asia.

b) Menaikkan lantai – meningkatkan darjat hidup rakyat.

c) Tatakelola baik dan reformasi sektor awam

Ketiga-tiga matlamat ini adalah untuk meletakkan hala tuju ekonomi di landasan yang jelas, serta menyokong cita-cita menyeluruh untuk negara bukan sahaja dalam percambahan ekonomi, malah penambah baikan keadilan sosial dan tatakelola.

Berbanding dengan Belanjawan sebelum ini, ada enam perkara yang jelas sekali dinikmati oleh petani seperti peningkatan harga lantai belian padi, skim subsidi harga padi, bantuan khas pesawah yang pertama kali diperkenalkan, skim perlindungan takaful tanaman padi, insentif pengeluaran getah dan bantuan musim tengkujuh.

Infografik berkaitan peningkatan insentif kepada pesawah & getah

Tahun ini, agenda pemerkasaan petani, pesawah dan penoreh getah dijangka akan diteruskan lagi. Kepimpinan yang dekat jiwanya  dengan golongan terbanyak dan sentiasa memikirkan nasib rakyat akan melaksanakan tindakan dan dasar yang secara langsung mengesankan akar umbi..

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ikon lejen memperjuangkan isu-isu rakyat di Malaysia sejak 1970an lagi. Terutamanya isu rakyat lapar dan miskin yang rata-ratanya adalah masyarakat petani, penoreh dan mereka yang berada di luar bandar.

Sejak hampir 50 tahun (1974) yang lalu lagi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah memperjuangkan isu-isu petani di Baling. Rakyat bangkit dan bersama-sama dalam momentum (wave) yang dicipta oleh Dato’ Seri Anwar pada ketika itu.

Kini Dato’ Seri Anwar menerajui Putrajaya, sudah pastinya usaha untuk membantu petani, nelayan dan penoreh getah akan menjadi keutamaan namun tiap usaha untuk menoktahkan kemiskinan dan memperkasakan golongan marhaein perlukan usaha yang komprehensif daripada semua pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/11/usaha-memperkasa-golongan-petani-nelayan-dan-penoreh-getah-diteruskan-dalam-belanjawan-2025/feed/ 0 61844
Industri Padi Sabah Akan terus Dibangunkan Dalam Belanjawan 2024 https://sabahmedia.com/2023/12/10/industri-padi-sabah-akan-terus-dibangunkan-dalam-belanjawan-2024/ https://sabahmedia.com/2023/12/10/industri-padi-sabah-akan-terus-dibangunkan-dalam-belanjawan-2024/#respond Sun, 10 Dec 2023 04:18:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46362
Read Time:5 Minute, 38 Second

oleh – Wan Azrain Adnan

1.        Belanjawan Sabah 2024 bertemakan ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ yang di bentangkan baru-baru ini terus memberi penekanan kepada pembangunan sektor pertanian di Sabah. Ini membuktikan komitmen Kerajaan Sabah untuk memacu sektor pertanian sebagai salah satu sektor ekonomi utama di Sabah. Komitmen sebegini akan dapat meningkatkan hasil serta kualiti produk pertanian, dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan di Sabah.

2.        Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi ke-3 terbesar di Sabah, selepas sektor perkhidmatan dan sektor perlombongan dan pengkuarian. Pada tahun 2022, sektor pertanian telah menyumbang sejumlah 15.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah, berbanding sektor perkhidmatan (49.5%) dan sektor perlombongan dan pengkuarian (24.8%).

3.        Di bawah Belanjawan Sabah 2024, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah di berikan jumlah peruntukkan ke-4 terbesar dari sebelas Kementerian di Sabah, selepas Kementerian Kewangan, Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kerja Raya.

4.        Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah di berikan peruntukkan sejumlah RM 553.07 juta, terbahagi kepada: RM 363.91 juta untuk perbekalan, RM 189.16 juta untuk pembangunan. Jumlah RM 553.07 juta tersebut merupakan 9.7% daripada jumlah peruntukkan keseluruhan perbelanjaan (RM 5.701 billion) Belanjawan Sabah 2024.

5.        Belanjawan Sabah 2024 akan memberi fokus kepada pembangunan industri padi dan beras Sabah, bertetapan dengan usaha untuk meningkatkan Kadar Sara Diri (SSL) Beras Sabah, dari 22% ketika ini kepada 31% pada tahun 2025. Ini adalah satu sasaran yang sukar untuk di capai di dalam tempoh masa singkat yang di tetapkan. Namun begitu, peruntukkan belanjawan yang di sediakan untuk industri padi dan beras Sabah adalah permulaan yang baik untuk mencapai matlamat yang di tetapkan.

6.        Isu Kadar Sara Diri (SSL) Beras Sabah mesti di tangani segera kerana ianya telah menunjukkan trend menurun yang membimbangkan. Dalam tempoh masa 20 tahun, ianya telah menurun dari 41% (2004) kepada 22% (2022). Oleh kerana itu, Sabah terpaksa mengimport sejumlah 78% beras untuk memenuhi keperluan tempatan, terutamanya dari negara China, Vietnam, Thailand dan Pakistan. Pada tahun 2021, Sabah telah mengimport 261,672 tan beras, bernilai RM 534 juta.

7.        Trend penurunan Kadar Sara Diri (SSL) Beras Sabah tersebut adalah di sebabkan oleh hasil pengeluaran padi yang menurun di Sabah. Dalam tempoh masa 2018 – 2021, pengeluaran padi telah menurun dari 77,099 tan (2018) kepada 70,407 tan (2021). Malah dalam tempoh yang sama (2018 – 2021), jumlah keluasan kawasan padi di Sabah telah mengecil sebanyak 14% (6,429 hektar): dari 44,634 hektar (2018) kepada 38,205 hektar (2021).

8.        Maka, selaras dengan kenyataan yang di buat oleh Ketua Menteri Sabah pada Julai 2023, sejumlah RM 1.82 juta telah di peruntukkan di bawah Belanjawan Sabah 2024 untuk penubuhan semula Lembaga Padi Dan Beras Sabah. Ini adalah langkah yang penting agar usaha membangunkan industri padi dan beras Sabah dapat di selaraskan dan di laksanakan dengan berkesan.

9.        Tambahan lagi, Belanjawan Sabah 2024 turut menyediakan peruntukkan:

  • RM 18 juta: untuk pemberian Insentif Pembajakan Sawah Padi
  • RM 5.16 juta: untuk pemulihan tanah sawah terbiar, pembangunan padi tanah kering, penambahan bilangan jentera pembajak dan jentuai, pemberian baja pada kadar optimum serta pemberian subsidi penjualan padi kepada semua pengusaha

10.      Peruntukan untuk penambahan bilangan jentera membajak dan menuai sudah pasti akan dapat membantu para petani. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, industri padi di Sabah ketika ini menghadapi kekurangan jentera untuk aktiviti membajak dan menuai. Sebagai contoh: Untuk kawasan padi seluas 24,013 hektar di Sabah, kira-kira 480 jentera membajak dan 240 jentera menuai di perlukan. Namun begitu, hanya 211 (44%) jentera membajak dan 143 (60%) jentera penuaian beroperasi secara aktif.

11.      Di samping itu, Kerajaan Sabah juga akan memberikan penekanan kepada bidang penyelidikan untuk menambah daya-saing sektor pertanian di Sabah. Ini akan dapat meningkatkan hasil pertanian dan pendapatan para petani. Sebagai contoh:

  • Kerajaan Sabah akan meneruskan kajian terhadap varieti padi yang sesuai di tanam di kawasan sawah padi yang di masuki air masin khususnya di Pantai Timur Sabah, dan teknologi tanaman padi tanah kering juga akan di perkenalkan kepada petani.
  • Ketika ini, Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran sedang menerokai bidang penyelidikan bioteknologi tumbuhan, khususnya biologi molekul, bagi menghasilkan varieti baharu yang mempunyai tempoh masa matang yang singkat, tahan terhadap serangan penyakit dan mengeluarkan hasil tanaman yang berkualiti.

12.      Pada masa yang sama, Belanjawan Sabah 2024 menyediakan peruntukkan sebanyak RM 168.34 juta bagi program menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran di seluruh Sabah. Ini akan dapat meningkatkan pembolehdaya pengeluaran padi di Sabah, dan juga mengurangkan kesan bencana banjir kepada rakyat Sabah.

13.      Isu infrastruktur pengairan dan saliran adalah satu isu legasi yang telah lama di hadapi oleh para petani di Sabah. Ini telah menyumbang kepada hasil pertanian yang masih rendah. Sebagai contoh: Pada tahun 2021, purata hasil padi di Sabah hanyalah 3.46 tan per hektar.

14.      Namun begitu, Belanjawan Sabah 2024 tidak menyediakan peruntukkan khusus untuk meningkatkan penggunaan teknologi terkini oleh para petani padi di Sabah. Usaha untuk membangunkan industri padi di Sabah sudah pasti akan terbantut sekiranya para petani masih bergantung kepada pertanian secara tradisional, dan tidak beralih kepada Model Pertanian Pintar yang berteraskan penggunaan teknologi seperti – dron, Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT) serta robotik.

15.      Model Pertanian Pintar, yang melibatkan automasi dan analisa data, telah terbukti dapat memberikan pelbagai manfaat kepada industri padi, termasuklah: meningkatkan produktiviti kerja, mengoptimumkan kos penanaman, mengurangkan kebergantungan tinggi kepada tenaga kerja manusia, mengoptimumkan penggunaan racun dan air serta membantu kelestarian alam sekitar.

16.      Justeru itu, Kerajaan Sabah wajar mempertimbangkan untuk menyediakan dana khusus sebagai insentif untuk menggalakkan para petani padi di Sabah mengguna-pakai teknologi terkini di dalam operasi penanaman padi. Dana teknologi sebegini akan dapat melonjak para petani ke era moden, dan seterusnya mengtransformasi industri padi di Sabah. Dana tersebut boleh di sediakan sebagai insentif input pertanian, serupa denganInsentif Pembajakan Sawah Padiyang di sediakan di bawah Belanjawan Sabah 2024.

17.      Jumlah yang di peruntukkan untuk industri padi di bawah Belanjawan Sabah 2024 adalah masih kecil dan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat yang telah di sasarkan. Namun begitu, peruntukkan yang di sediakan serta keputusan yang di ambil oleh Kerajaan Sabah di bawah Belanjawan Sabah 2024 dapat meletakkan asas yang baik untuk membangunkan industri padi dan beras di Sabah.

18.      Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/10/industri-padi-sabah-akan-terus-dibangunkan-dalam-belanjawan-2024/feed/ 0 46362
FeRTAS sambut baik Belanjawan 2024 Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/27/fertas-sambut-baik-belanjawan-2024-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/fertas-sambut-baik-belanjawan-2024-negeri-sabah/#respond Mon, 27 Nov 2023 04:20:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45748
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) menyambut baik peruntukan sebanyak RM106.14 juta untuk pembangunan pelancongan luar bandar dalam Bajet Negeri 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun pada Jumaat.

Presiden FeRTAS Walter Kandayon (gambar) berkata jumlah peruntukan tersebut amat wajar memandangkan pelancongan luar bandar terutama sekali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di negeri Sabah telah mula menunjukkan hasil yang memberansangkan selepas secara agresifnya dibangunkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) pada tahun 2014.

“Sungguhpun pembangunan CoBT hanya mula dirancakkan 8 tahun lalu, namun program ini sudah terbukti berupaya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.

“CoBT berjaya menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan di luar bandar.

“Sebagai contoh ada beberapa CoBT di Kiulu dan Kota Belud yang diangkat oleh kerajaan negeri sebagai perintis pembangunan pelancongan pelancongan luar bandar mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Walter, dengan adanya peruntukan yang lebih besar maka lebih banyak program yang melibatkan pelancongan komuniti di luar bandar dapat dilaksanakan.

“Bagi pihak komuniti pelancongan luar bandar di Sabah, FeRTAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sesungguhnya FeRTAS amat kagum dengan kebijaksanaan Ketua Menteri dalam memberi fokus kepada tiga bidang utama pertumbuhan ekonomi termasuk industri pelancongan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, FeRTAS amat mengalu-alukan peruntukan tersebut dan yakin bahawa ia mampu memacu pembangunan pelancongan luar bandar sering dengan impian 2030, pelancongan luar bandar Sabah bertaraf dunia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/fertas-sambut-baik-belanjawan-2024-negeri-sabah/feed/ 0 45748
Belanjawan 2024 : KKR beri fokus usaha naik taraf infrastuktur Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/27/belanjawan-2024-kkr-beri-fokus-usaha-naik-taraf-infrastuktur-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/belanjawan-2024-kkr-beri-fokus-usaha-naik-taraf-infrastuktur-sabah/#respond Mon, 27 Nov 2023 02:28:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45735
Read Time:2 Minute, 0 Second

Putatan : Peruntukan sebanyak RM1.72 bilion kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah dalam pembentangan Belanjawan Sabah 2024 Jumaat lalu akan memberi fokus kepada usaha menaik taraf dan menyelesaikan masalah infrastuktur di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasulah usaha menaik taraf jalan raya dan air yang sering membelenggu rakyat di Sabah.

Katanya, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun itu akan mula dibahaskan hari ini dan berharap agar ianya dapat diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Tambahan peruntukan ini yang memfokuskan kepada usaha-usaha untuk menaik taraf dan menyelesaikan infra seperti jalan raya, air dan sebagainya.

“Sudah pasti harapan saya, belanjawan ini akan dibahas bermula esok (hari ini) sehingga Khamis nanti dan akan dapat diluluskan.  InsyaAllah dan seterusnya adalah pelaksanaan bajet tersebut pada tahun 2024 nanti, moha ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Hari Keselamatan Makanan Sedunia dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Sabah 2023 di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, belanjawan yang dibentangkann itu merupakan belanjawan lebihan yang menunjukkan sedikit peningkatan walaupun keadaan ekonomi dunia pada masa kini cukup mencabar.

“Bajet yang dibentangkan ini adalah merupakan bajet surplus dan menampakkan ada sedikit pertambahan dalam keadaan ekonomi dunia yang begitu mencabar sekarang ini tapi kita masih dapat melaksanakan bajet lebihan dengan pertambahan jumlah berbanding tahun sebelumnya.

“Jadi ianya merupakan satu usaha Kerajaan negeri Sabah bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan keadaan rakyat berapa dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey menyeru pengusaha makanan agar terus komited dalam memastikan penghasilan makanan yang selamat. 

Katanya, pengusaha makanan dinasihat untuk mendapatkan pensijilan bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat dan berkualiti kepada pengguna. 

“Pada masa kini, kawalan keselamatan dan kualiti makanan menjadi semakin mencabar disebabkan faktor kompleksiti dalam penghasilannya.

“Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan telah memperkenalkan beberapa jenis pensijilan kepada pengusaha makanan seperti Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP), MeSTI, BeSS, Trust MyCatering dan Home Based Listing bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan di pasaran terjamin. 

“Tahniah diucapkan kepada lebih kurang 12 perusahaan makanan yang akan menerima pensijilan keselamatan makanan bagi MeSTI dan Home-based Listing pada hari ini.

“Kita semua sebagai pengguna mempunyai hak untuk memacu perubahan dalam memastikan makanan yang diambil adalah bersih dan selamat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/belanjawan-2024-kkr-beri-fokus-usaha-naik-taraf-infrastuktur-sabah/feed/ 0 45735
KSM fokus pemerkasaan TVET dalam Belanjawan 2024 https://sabahmedia.com/2023/10/21/ksm-fokus-pemerkasaan-tvet-dalam-belanjawan-2024/ https://sabahmedia.com/2023/10/21/ksm-fokus-pemerkasaan-tvet-dalam-belanjawan-2024/#respond Sat, 21 Oct 2023 06:15:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43964
Read Time:3 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memfokuskan beberapa inisiatif yang dibentang dalam Bajet 2024 khususnya berkaitan memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kementeriannya menyambut baik pengumuman Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Parlimen pada 13 Oktober lalu.

“Justeru, saya ingin memfokuskan beberapa inisiatif yang dibentang dalam Bajet 2024 khususnya berkaitan TVET.

“Ini merupakan bajet khusus dalam memastikan generasi muda negara
dapat dilatih sebagai tenaga mahir yang kompeten dan berkualiti,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Kampus Induk Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) di Likas, hari ini.

Mustapha berkata, melalui pengumuman Bajet 2024, Kerajaan telah memperuntukkan
keseluruhan RM6.8 bilion bagi memperkasakan bidang TVET merentasi 12 kementerian.

“Ia melibatkan RM100 juta bagi
menyediakan pensijilan profesional yang diikitiraf industri kepada
graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.

“KSM melalui Human Resource Development Corporation (HRD
Corp) juga terus komited memangkin pembangunan modal insan menerusi inisiatif-inisiatif peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.

“Ini akan dilaksanakan menggunakan peruntukan RM1.6 bilion levi pembangunan manusia untuk 1.7 juta jumlah latihan,” katanya.

Selain itu, katanya, HRD Corp juga akan menjayakan Program Latihan MADANI.

“Inisiatif ini akan direalisasikan menerusi pewujudan dana khas
dengan pengasingan 15 peratus daripada sebahagian caruman levi majikan yang tidak diguna pakai oleh majikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh HRD Corp sepertimana diperuntukkan oleh Akta PSMB 2001.

“Dana khas ini akan digunakan untuk menyokong usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta akan membantu golongan rentan seperti bekas banduan, OKU, warga emas dan pesara. Ini merupakan berita baik untuk pengusaha PMKS di Sabah untuk didedahkan dengan kaedah pengurusan dan teknologi baharu,” ujarnya.

Tambah beliau, pada tahun hadapan HRD Corp juga akan menyediakan dana kredit kemahiran atau MySkills Credit bagi membiayai program latihan kemahiran individu pilihan sendiri.

“Manakala, melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
(PTPK) dengan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta ringgit akan menyediakan pinjaman Pendidikan kepada 12 ribu pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran.

“RM20 juta ringgit dikhaskan untuk manfaat pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa. Dana ini juga akan memperuntukan sebahagian untuk kos logistik kepada anak-anak Sabah dan Sarawak sebagai insentif tambahan,” jelasnya.

Disamping itu, beliau berkata, bagi mengekang kekurangan bakat tempatan dan ketidak padanan
kemahiran, Program Academy in Industry (AiI) akan dilaksanakan
untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan sebanyak RM70 juta ringgit.

Seterusnya, katanya, sebanyak 17 juta ringgit disediakan untuk melaksanakan Program Tahfiz TVET.

“Program ini akan membuka
peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran di
samping meneruskan pengajian hafazan.

“Dalam hal ini, saya di kementerian sedang dalam membangunkan
kerangka penubuhan Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Ulul Albab dengan menggunakan dan mentransformasi ILP sedia ada.

“ILP Ulul Albab ini akan menawarkan program-program TVET dalam masa
yang sama menawarkan kursus menghafaz Al-Qur’an yang lebih
berstruktur. Inisiatif ini akan memberi nilai tambah kepada para
huffaz dan sudah pasti kita ingin melahirkan generasi teknokrat
MADANI,” katanya.

Mustapha (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah KKYS Datuk Tah Nia Jaman berupa barangan kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar KTYS sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki (kiri).

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beliau yang juga selaku Pengerusi Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mengadakan lawatan rasmi beliau ke KTYS bertujuan memastikan semua penyedia-penyedia latihan yang berada di negara ini, termasuk dalam program-program yang dirancang oleh KSM terutamanya melibatkan TVET.

“Kebetulan KTYS di bawah kawasan Parlimen saya, jadi saya ingin memastikan kolej ini bersama-sama menjayakan program-program latihan yang dirancang oleh KSM terutamanya melibatkan TVET berjalan dengan lancar.

“Justeru itu, sesungguhnya, saya amat yakin dengan peruntukan yang
dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri berkaitan TVET akan dapat memastikan TVET akan terus diperkasa dan mampu merubah mentaliti bahawa TVET bukan lagi pilihan altenatif terakhir.

“Saya juga percaya Bajet 2024 “Reformasi Ekonomi, Memperkasa
Rakyat” akan memangkin kekuatan ekonomi Malaysia.

“Terutamanya dalam melahirkan bakat tempatan yang berkemahiran
dan berpendapatan tinggi serta mengurangkan kebergantungan
dengan pekerja asing,” tegasnya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) Sdn Bhd Datuk Tah Nia Jaman dan Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/21/ksm-fokus-pemerkasaan-tvet-dalam-belanjawan-2024/feed/ 0 43964
Sabah dijangka terima peruntukan lebih besar Belanjawan 2024 – Ahmad Maslan https://sabahmedia.com/2023/09/06/sabah-dijangka-terima-peruntukan-lebih-besar-belanjawan-2024-ahmad-maslan/ https://sabahmedia.com/2023/09/06/sabah-dijangka-terima-peruntukan-lebih-besar-belanjawan-2024-ahmad-maslan/#respond Wed, 06 Sep 2023 07:25:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41346
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sabah dijangka akan terus menerima peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Sabah merupakan negeri yang menerima peruntukan terbesar dari keseluruhan 14 negeri dalam belanjawan tahun ini.

“Saya ingin maklumkan, RM6.5 bilion yang diperuntukkan pada belanjawan tahun ini bagi projek pembangunan di Sabah adalah yg terbesar daripada keseluruhan 14 negeri.

“Manakala dari segi bilangan projek tahun lepas sebanyak 1,048 merentas kementerian-kementerian dan tahun ini ditingkatkan kepada 1,144 projek jadi dari segi bilangan projek bertambah
dan dari segi peruntukan tahunan daripada RM5.1 bilion ditingkatkan
Kepada RM6.5 bilion,”

“Ini peruntukan bajet tahunan pembangunan, tetapi dari segi jumlah kos projek dipecahkan mengikut tahun, pada 2022 jumlahnya RM48.1 bilion , kita beri RM5.1 bilion tahun itu, namun ia melonjak RM6.1 bilion tahun ini, dengan nilai RM6.5 bilion projek pembangunan untuk negeri Sabah.

“Sabah kemungkinan akan menerima peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2024 ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sabah di sini hari ini.

Menurut Ahmad lagi, selain projek pembangunan, Kerajaan Persekutuan turut memberikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Sabah dari jumlah isi rumah 370,000 dengan nilai RM525 juta, warga emas sebatang kara 81,000 orang jumlahnya RM48 juta dan untuk bujang 347,000 orang dengan jumlahnya RM121 juta.

“Jumlah keseluruhan tiga kategori itu 769,817 orang dengan nilai RM666.3 juta, ini untuk STR,” katanya.

Ahmad berkata, menyedari akan jumlah berkenaan masih tidak mencukupi sebab Sabah adalah negeri yang luas dan kekurangan prasaranan walaupun demikian ia membuktikan kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tumpuan yang tinggi kepada Sabah.

“Di Semenanjung pun ada lagi yang memerlukan peruntukan, namun dari segi sudut wilayah ini untuk kali pertama ini masa saya umumkan bahawa projek pembangunan terbesar di Sabah dibanding dengan negeri lain pada bajet tahun ini dan kemungkinan pada bajet tahun depan ia akan berlaku sekali lagi,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/06/sabah-dijangka-terima-peruntukan-lebih-besar-belanjawan-2024-ahmad-maslan/feed/ 0 41346